Anda di halaman 1dari 16

1

1.0 PENGENALAN

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang

memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu A Analisa Pelajar (Analyze Learners) adalah analisis tentang ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. S Menyatakan Objektif (State Objective) merupakan pernyataan objektif prestasi dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran. S Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) iaitu memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran. U Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials) adalah guru harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau

melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. R Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation) adalah media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklum balas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan. E Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise) ialah penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana

keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982).

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kelas: 3 Kenanga Tajuk: Nombor Bulat Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat menambah tiga nombor sehingga 10 000 dalam bentuk lazim. Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid sudah mengetahui: i) ii) Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 1000. Mengira hasil tambah dua nombor sehingga 1000 dalam bentuk lazim. Masa: 7.30 pagi 8.30 pagi Bil. Murid: 28 orang

Nilai: Kerjasama Bahan Pembelajaran: Tayangan slaid, tayangan video, bahan 2-dimensi dan lembaran kerja.

Langkah/Masa Isi Kandungan

Aktiviti Pembelajaran

Media Pengajaran

Set Induksi ( 5 minit )

Mencongak hasil dua tambah nombor

i) Guru

menampal

kad-kad

i) Kad imbas

imbasan pada papan hitam. ii) Murid dipilih secara rawak dan diminta membaca

sehingga 1000.

nombor yang ditunjukkan. Apakah nombor yang yang terdapat pada kertas berwarna merah? iii) Guru menyuruh hasil murid tambah dengan

mencongak dua

nombor

menyebut

warna

kertas.

Dalam masa yang sama guru menggalakkan proses persaingan antara murid. Sekarang, cikgu akan

menyebut dua warna kertas dan kamu dikehendaki hasil tambah

mencongak

dua nombor tersebut. Siapa yang cepat akan diberi ganjaran Contoh: - Merah (531) dan Kuning (320) - Biru (420) dan Oren (67) - Hijau (91) dan Ungu (301)

1( 15 minit )

Mengira tambah nombor

hasil dua

i. Murid-murid telah diberikan lembaran mengandungi soalan. Murid-murid, soalan-soalan sila di baca atas kerja yang beberapa

i.

Tayangan video

ii. Lembaran kerja

sehingga 1000.

lembaran kerja yang telah cikgu berikan, kamu menjawab semasa

dikehendaki soalan-soalan

menonton video ini ii. Murid murid dikehendaki Cerita

menonton

video

seorang petani.

iii. Murid

diberikan

masa

tambahan selama 2 minit untuk soalan. Murid-murid, kamu menjawab soalan-

diberikan masa 2 minit untuk menjawab soalan-soalan. iv. Guru bersama murid-murid membincangkan lembaran

kerja yang diberikan. v. Guru memilih murid-murid secara menjawab. 2 ( 15 minit ) Mengira tambah nombor hasil tiga dalam i. Guru membuat 5 soalan di papan hitam dan menyuruh murid mengira hasil tambah dua nombor dalam bentuk lazim. ii. Beberapa murid dipanggil untuk menjawab soalanrawak untuk

bentuk lazim.

soalan tersebut. Contoh:

1) 2) 3) 4) 5)
iii. Guru

673 + 146 280 +561 473 + 507 307 + 197 178 +372
mengajarkan murid

cara penambahan 3 nombor dalam bentuk lazim

sehingga 10 000 di papan

hitam iv. Kemudian guru menyuruh murid membuat soalan soalan yang

berdasarkan

telah diberikan. Contoh: 2351 1017 + 2031 5399 3 ( 20 minit ) Mengira tambah sehingga 10 000 hasil i. Murid-murid dibahagikan Tayangan slaid

kepada empat kumpulan. ii. Guru tayangan mengandungi objektif dan memaparkan slaid yang soalan soalan

penyelesaian masalah. iii. Setiap dikehendaki soalan-soalan kumpulan menjawab yang

dikhususkan untuk setiap kumpulan yang terdapat di tayangan slaid. iv. Soalan yang dijawab

dibincangkan di dalam kelas bersama guru. v. Guru wakil memanggil kumpulan setiap untuk

menjawab

soalan-soalan

yang diberikan.

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

i. Guru merumuskan tajuk pembelajaran pada hari ini.

Refleksi:

3.0 ANALISIS MEDIA PENGAJARAN MENGGUNAKAN MODEL ASSURE

Tajuk Pengajaran Nama Guru Kelas Kandungan Pengajaran Masa Komponenkompenen

: Nombor Bulat : Nurfarhanah Ahmad Tarmizi : 3 Kenanga : Hasil Tambah Nombor Bulat. : 7.20 8.20 ( 1 jam )

Bil. 1

Huraian i. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid, di mana 12 orang daripadanya ialah murid lelaki dan 18 orang lagi murid perempuan. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya iaitu 25 orang murid Melayu, 3 orang murid Cina dan 2 orang murid India.

A Analyze Learner (Analisis Pelajar)

ii. Mereka merupakan murid-murid yang sederhana cerdas daripada segi mental dan sosial serta tiada kecacatan fizikal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang berpotensi untuk menonjol sekiranya diberi galakan berterusan.

iii. Mereka juga berasal daripada keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang sederhana dan berada. Secara umumnya, murid-murid kelas ini tidak menghadapi masalah dalam menyediakan kelengkapan untuk belajar.

iv. Bagi mempelajari tajuk ini, murid-murid berpengetahuan untuk mengira dan mencongak hasil tambah dua nombor sehingga 1000.

v. Kebanyakan murid lebih suka belajar melalui aktiviti yang menarik, bersesuaian dengan minat mereka berbanding belajar secara formal. Mereka juga lebih suka belajar dengan berpusatkan murid (student-centered).

vi. Terdapat tiga jenis gaya pembelajaran, iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik. Secara keseluruhannya, 30% murid-murid dalam kelas 3 Kenanga ini belajar dengan gaya pembelajaran kinestetik, 30% daripadanya belajar secara audio dan 40% lagi belajar dengan gaya pembelajaran visual. Perkara ini dapat dilihat apabila mereka lebih tertarik untuk menonton sesuatu yang dipaparkan berbanding mendengar sahaja ataupun melakukan pergerakan aktif.

1. Bilangan murid: 30 orang 12 Lelaki 18 Perempuan

2. Purata umur: 9 tahun

3. Etnik Melayu: 25 Cina: 3 India: 2

4. Gaya Pembelajaran Kinestatik: 30% Audio: 30% Visual: 40%

10

Select Bahan 2-Dimensi (2D) i. Tujuan: Bahan 2D ini merupakan kad imbasan yang digunakan semasa set induksi. Sebagai bahan yang digunakan untuk merangsang murid, guru membuat kad imbasan ini di atas kertas yang berwarna-warni serta

Methods, Media and Materials (Pilih Media Bahan) Kaedah, Dan

menggunakan dua bentuk yang berbeza bagi setiap warna tersebut, iaitu bentuk segi empat tepat dan bulatan. Manakala warna kertas pula terdiri daripada kuning, merah, merah jambu, biru, jingga, hijau, ungu dan hijau muda. Oleh itu guru menyediakan 16 kad imbasan, di mana guru akan menampal nombornombor yang mudah di atas setiap kad imbasan tersebut. Guru menggunakan pelbagai warna dan bentuk bagi menarik minat murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti ini. Tambahan pula, penggunaan kad imbasan adalah lebih efektif jika dibandingkan dengan cara guru menulis secara langsung pada papan hitam.

ii. Cara-cara: Guru akan menampal kad imbasan tersebut di papan hitam dan meminta murid mengira nombor, dengan menyebut warna dan bentuk kertas. Murid perlulah melakukan pengiraan secara congak. Jika murid yang dipilih tidak dapat menjawab dengan betul, guru boleh meminta murid lain membantu.

iii. Objektif pembelajaran: Murid dapat melakukan pengiraan secara congak. Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh murid tidak semestinya tepat. Memadailah jika jawapan mereka menghampiri jawapan yang betul.

11

iv. Adakah ia akan menarik minat murid-murid? Penggunaan bahan 2-Dimensi ini dapat menarik perhatian murid-murid kerana penggunaan kertas yang berwarna-warni, di samping guru dapat mewujudkan unsur suspen dalam kalangan murid kerana mereka perlu peka dengan warna dan bentuk kertas yang disebutkan oleh guru.

v. Cara Media Diperoleh: Bahan 2D ini diperoleh dengan membuatnya sendiri. Pada mulanya nombor-nombor dibuat dan tersebut dan dicetak di atas kertas putih sebelum ditampal di atas kertas-kertas berwarna. Tujuannya adalah untuk memastikan nombor-nombor tersebut dapat

dipaparkan dengan lebih jelas.

Tayangan Slaid i. Tujuan: Tujuan bahan ini digunakan adalah untuk menyediakan latihan pengukuhan kepada murid-murid dengan cara yang lebih menarik. Guru cuba ICT berusaha berbanding

menggunakan

pendekatan

penggunaan cara lama yang hanya menggunakan papan hitam atau papan putih.

ii. Cara-cara: Media ini digunakan secara menyeluruh di dalam kelas semasa langkah ketiga. Guru akan memaparkan soalan-soalan Matematik berkaitan dengan objektif pengajaran dengan mengunakan perisian Microsoft Power Point. Kemudian, guru akan meminta murid untuk menjawab soalan tersebut di hadapan dengan klik pada jawapan yang mereka dapat.

12

iii. Objektif pembelajaran: Melalui media ini, guru mengharapkan agar muridmurid berupaya melakukan operasi penambahan

empat digit nombor dengan tepat. Sekiranya muridmurid tidak dapat menjawab dengan betul, guru boleh menunjukkan cara yang betul untuk mengira dalam bentuk lazim ataupun guru boleh meminta murid lain untuk menulis jalan pengiraan di hadapan kelas dalam bentuk lazim.

iv. Adakah ia menarik minat murid-murid: Paparan soalan dengan menggunakan ICT ini akan lebih menarik perhatian murid-murid selain sesi

pengajaran juga akan menjadi lebih efektif.

v. Bagaimana ia dihasilkan: Tayangan slaid ini telah dihasilkan dengan membuat sendiri soalan Matematik dengan berpandukan buku teks Matematik Tahun 3. Gambar-gambar yang

menarik telah dimasukkan sebagai latar belakang dan animasi-animasi yang dirasakan sesuai turut

dimasukkan sebagai cara untuk menarik minat muridmurid untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam slide PowerPoint ini.

Utilize and

i.

Semakan Media

Media Materials

Bahan 2D Idea untuk membuat bahan 2D ini telah dikemukakan kepada pensyarah pembimbing dan beliau telah mempersetujuinya kerana melalui cara tersebut, guru dapat menerapkan cara pembelajaran secara visual (mengenali warna dan bentuk kertas). Selain itu, bahan 2D ini turut ditunjukkan kepada rakan guru pelatih dan

(Penggunaan Media Material) Dan

13

mereka dapati bahan ini menarik kerana murid harus peka dengan arahan yang diberikan oleh guru.

Tayangan Slaid Tayangan slaid juga telah ditunjukkan kepada

pensyarah pembimbing dan beliau memberi pendapat supaya peka dengan gambar latar belakang slaid. Hal ini bagi memastikan gambar tersebut tidak

menenggelamkan tulisan yang sepatutnya menjadi fokus dalam slide yang dipaparkan. Rakan guru pelatih pula berpendapat beberapa kesan suara murid perlu dapat

dimasukkan

terutamanya

apabila

menjawab dengan betul atau ketika murid memberi jawapan yang salah.

ii.

Bahan/persekitaran

Bahan 2D Bagi penggunaan bahan 2D ini, guru perlu

menggunakan papan hitam. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid-murid duduk secara bedua-dua dan menghadap ke hadapan untuk memudahkan guru melihat mereka. Selain itu, guru akan meminta mereka untuk berdiri terlebih dahulu dan murid yang dapat menjawab dengan betul akan dibenarkan duduk.

Tayangan Slaid Untuk tujuan penggunaan tayangan slaid, guru turut memerlukan projektor, skrin layar putih dan pembesar suara serta papan hitam. Papan hitam di sini akan digunakan apabila murid tidak dapat menjawab soalan dngan betul. Guru atau murid lain akan menunjukan jalan perngiraan yang betul serta menerangkan operasi penambahan dengan menggunakan bentuk lazim. Di

14

sini, guru seharusnya turut mementingkan murid-murid duduk secara berpasangan. Namun, rombakan

mungkin akan dibuat sekiranya guru dapati terdapat murid yang tinggi fizikalnya duduk di bahagian hadapan kerana mereka akan menghalang penglihatan murid lain.

iii. Pengalaman Pembelajaran Bahan 2D Bagi menggunakan bahan 2D ini, murid-murid

seharusnya sudah mempunyai pengetahuan untuk mencongak dua nombor mudah sehingga angka 1000. Selain itu, murid-murid perlulah mengenali pelbagai warna yang ada serta bentuk-bentuk asas yang telah mereka pelajari seperti bentuk segi empat dan bulat.

Tayangan Slaid Memandangkan tayangan slaid ini digunakan pada langkah ketiga, guru perlulah memastikan murid-murid mampu menguasai penambahan 2 atau tiga nombor sehingga 10 0000 semasa proses Pengajaran & Pembelajaran dalam langkah 2.

Require Bahan 2D Kad imbasan nombor ini akan ditampal di hadapan kelas. Pada mulanya, guru akan meminta semua murid berdiri. Kemudian guru memanggil nama seorang murid dan memintanya mencari hasil tambah 2 nombor yang ditampal di hadapan secara congak. Guru akan menyebut warna dan bentuk kertas, bukan nombor kertas. Jika murid tersebut dapat menjawab dengan betul, dia dibenarkan duduk. Namun, jika jawapan yang diberikan salah, guru akan meminta murid lain menjawab dengan mengangkat

Learner (Penglibatan Pelajar)

15

tangan mereka terlebih dahulu.

Tayangan Slaid Tayangan slaid dipaparkan di hadapan kelas. Pada mulanya guru menunjukkan contoh bagaimana tayangan slaid tersebut akan digunakan. Kemudian, seorang murid akan dipanggil untuk menjawab soalan. Sekiranya

jawapan yang diberikan salah, guru perlulah menunjukkan langkah pengiraan yang betul. Guru juga boleh meminta murid lain menunjukkan langkah pengiraan yang betul. Tayangan slaid ini mempunyai dua bahagian. Oleh itu, guru perlu menetapkan 5 minit untuk setiap bahagian.

Evaluate Pada akhir pembelajaran, murid-murid seharusnya mampu untuk menjawab soalan dalam lembaran kerja yang dan diberikan dengan melakukan operasi penambahan tiga nombor sehingga 4-digit dalam bentuk lazim. Bagi penilaian bahan-bahan media, murid-murid perlu mengisi borang penilaian yang disediakan dan guru akan membuat kesimpulan daripada penilaian murid.

and Revise (Penilaian Revise)

16

4.0

PENUTUP Bagi semester ini saya telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Melalui subjek ini, saya memahami bahawa teknologi bukan semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan buka juga alat, sebaliknya proses, kaedah dan idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan itu mencapai kejayaan. Selain itu, saya turut diberi pendedahan mengenai keberkesanan pengajaran guru bukan sahaja mampu memproses maklmat dan memperoleh maklumat, malah pelajar mampu memproses maklumat dan

mengaplikasikanya sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baru. Sehubungan itu, saya telah diberi tugasan yang berkaitan dengan konsep teknologi yang telah saya pelajari. Tugasan tersebut mengkehendaki saya untuk membuat perancangan pengajaran pembelajaran berdasarkan Model ASSURE kerana melalui model tersebut, saya dapat mempelajari cara yang baik untuk merancang pengajaran yang mengaplikasikan penggunaan median. Sebelum itu, saya perlu memahami enam ciri yang terkandung dalam Model ASSURE. Berdasarkan Model ASSURE tersebut, saya dikehendaki pula

merancang satu rancangan pengajaran harian untuk murid sekolah rendah. Saya diberi kebebasan untuk memilih mana-mana huraian sukatan pelajaran untuk sekolah rendah. Apa yang penting, saya perlu memahami tajuk yang dipilih dan objektif yang menjadi matlamat dalam pengajaran tersebut. Selain itu, saya perlu mengaplikasikan teknologi dalam penyediaan rancangan pengajaran pembelajaran tersebut, bersesuaianlah dengan subjek ini sendiri. Saya harus memastikan sekurang-kurangnya dua bahan media digunakan dalam rancangan pengajaran tersebut. Sebagai kesimpulannya, tugasan pada kali ini memberi banyak pendedahan kepada guru pelatih untuk memahami konsep teknologi dan menggunakan teknologi yang ada pada masa kini dengan sebaik-baiknya supaya gaya pengajaran kita dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.