Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil a’lamin, wassolatu wassalamua’la

asyrafil anbiya iwalmursalin, waa’la alihi wasohbihi ajmain.

Assalamualaikum w.b.t. , salam muhibbah dan salam sehati sejiwa.

Yang saya hormati tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
bijaksana, rakan-rakan seperjuangan serta warga dewan sekalian.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Pembuka tirai cerita saya.

Bapa ku pulang dari kota,


Bapa ku belikan kuih talam,
Datang ke mari membawa cerita,
Cerita bertajuk Kisah Kesabaran Nabi Ayub a.s.

Kawan-kawan kenal siapa Nabi Ayub a.s.? Lawyer? Bukan. Majistret? Pun bukan.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi mari saya kenalkan siapakah Nabi Ayub
a.s ini supaya nanti sama-sama kita dapat bercinta dengan sifat penyabar baginda.

Hadirin yang dihormati,

Nabi Ayub a.s. adalah putera kepada Mawsh bin Razakh bin Aish bin Ishak
bin Ibrahim al-Khalil a.s. Ibu baginda merupakan anak perempuan kepada Nabi Luth
a.s. Baginda dilahirkan di daerah Hauran. Baginda berkahwin dengan seorang
wanita bernama Rahmah binti Afraathim.

Nabi Ayub a.s. telah ditugaskan oleh Allah untuk berdakwah kepada Bani
Israil dan Kaum Amoria di Hauran, Syam. Nabi Ayub a.s. telah diangkat menjadi
nabi pada tahun 1500 SM dan namanya disebutkan sebanyak 4 kali di dalam Al-
Quran.

Kawan-kawan tahu, Nabi Ayub a.s ini merupakan nabi yang sangat kaya dan
mempunyai ramai anak. Baginda mempunyai pelbagai ternakan seperti sapi,
kambing, kuda, keldai, unta dan sebagainya. Baginda orang yang baik hati, suka
mengeluarkan harta benda, membantu fakir miskin dan bermacam lagi kebaikan
yang dilakukannya. Kita juga mesti mencontohi sifat Nabi Ayub a.s ini ya kawan-
kawan.

Walaupun Nabi Ayub a.s seorang yang sangat kaya, namun baginda tidak
sombong dan tidak pernah lalai melakukan ibadah malah semakin baginda kaya
semakin bertambah ketaatannya kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub juga dikenali
sebagai nabi yang sangat kuat keimanannya sehinggakan Allah memujinya di dalam
Al-Quran :

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah
sebaih-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya).”

(Surah Shad: 44)

Warga pendengar yang budiman,

Iblis merasa cemburu dan sakit hati mendengar pujian malaikat terhadap
kekuatan iman Nabi Ayub. Beberapa cubaan telah dilaksanakan terhadap Nabi Ayub
a.s. supaya lalai melakukan ibadah. Cubaan pertama, Iblis merayu Nabi Ayub agar
meninggalkan perintah Allah. Namun, hal itu tidak pernah berhasil. Cubaan pertama,
gagal.

Iblis pun pergi menemui Allah dan berkata, “Wahai Allah, Ayub itu sebenarnya
tidak ikhlas sujud kepada-Mu. Dia hanya mahukan nikmat kekayaan dan anak
sebagai pewarisnya”. Huh. Busuk sungguh hati iblis itu. Janganlah sesekali kita
mengikut sifat iblis itu ya kawan-kawan. Allah ingin membuktikan bahawa Nabi Ayub
memang seorang yang beriman, sabar, dan tabah dalam menghadapi segala ujian.
Kemudian, Allah memberikan izin kepada iblis untuk menghasut Ayub agar lalai
beribadah.

Iblis pun memusnahkan seluruh harta benda Nabi Ayub. Kemudian iblis
merobohkan pula rumah Nabi Ayub. Seluruh anak-anak Nabi Ayub yang berada di
dalam rumah itu meninggal dunia. Kemudian, iblis menyamar sebagai seorang lelaki
dan berkata “Tiada berguna engkau rajin beribadah kerana Allah Yang Maha Kuasa
itu pun tidak mahu menyelamatkan mu.” Nabi Ayub menjawab, “Wahai iblis, semua
yang aku miliki selama ini adalah pinjaman dari Allah. Kini sudah tiba masanya Allah
mengambilnya semula. Hanya Allah yang berkuasa atas segala-galanya”. Iblis
berasa kesal dengan jawapan Nabi Ayub itu. Cubaan kedua juga gagal.

Iblis sangat marah, dia menemui Allah lagi dan menyatakan kekecewaannya.
Untuk kali ketiga, Allah memberi izin kepada iblis untuk mengganggu kesihatan Nabi
Ayub pula. Iblis memasukkan sesuatu penyakit yang tidak ada ubatnya ke dalam
tubuh Nabi Ayub. Nabi Ayub menahan rasa sakit selama bertahun-tahun. Namun,
segala rasa sakit tidak menjadi penghalang kepada Nabi Ayub untuk beribadah.

Penyakit Nabi Ayub semakin lama semakin parah sehinggakan baginda tidak
dapat berbaring. Walaupun begitu, Nabi Ayub tetap tabah dan menerimanya sebagai
cubaan dari Allah swt. Keimanannya kepada Allah s.w.t tidak berkurang sedikit pun,
malah baginda semakin rajin beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah swt. Iblis
sangat kecewa dan tidak puas dengan ketabahan Nabi Ayub. Cubaan ketiga juga
gagal.

Kawan-kawan nak tahu cerita selanjutnya?

Baiklah, hadirin sekalian,

Masyarakat di sekitar kawasan Nabi Ayub melupakan sifat dermawan Nabi


Ayub. Selama baginda sakit, seluruh penduduk di sekitarnya mengasingkan dirinya.

“Ish..jangan lalu dekat rumah Ayub tu. Nanti berjangkit pula”. Kasihan Nabi Ayub.
Hanya isterinya yang mengurus segala keperluan Nabi Ayub. Namun, iblis selalu
menghasut isteri Nabi Ayub itu. Iblis membisikkan kebencian ke dalam hati isteri
Nabi Ayub. Pada suatu hari, isteri Nabi Ayub berkata “bukankah kau nabi yang
dikasihi Allah? Mengapa Allah tidak membantu mu?”. Nabi Ayub pun sangat sedih.
Baginda bersumpah apabila ia sembuh kelak, ia akan memukul isterinya sebanyak
100 kali.

Pada saat keadaan Nabi Ayub semakin lemah, baginda memohon pada Allah
sepertimana yang tercatat dalam Al-Quran :
‫َو َأُّيوَب ِإْذ َناَد ى َر َّبُه َأِّني َم َّس ِنَي الُّض ُّر َو َأنَت َأْر َح ُم الَّراِح ِم يَن‬
Maksudnya : “(Ya Tuhanku), Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau
adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua Penyayang.”

(Surah Al Anbiyaa’: 83)

Lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya :

Maksudnya : “Hentakkan lah kakimu sehingga muncul air yang sejuk untuk mandi
dan minum.”

(Surah Shad : 42)

Nabi Ayub menghentakkan kakinya ke tanah sehingga air keluar. Air tersebut
digunakan untuk mandi dan minum Nabi Ayub. Tidak lama kemudian, tubuh Nabi
Ayub kembali sihat. Malah lebih sihat dan kuat berbanding sebelumnya.

Setelah sembuh, isteri Nabi Ayub kembali kepada suaminya Nabi Ayub
teringat dengan sumpahnya. Namun, kerana kasih dan cinta kepada isterinya
baginda tidak sampai hati memukul isterinya. Oleh karena itu, ia tidak dapat
memenuhi sumpahnya. Setelah itu, turunlah perintah Allah agar Nabi Ayub
melaksanakan sumpahnya. Baginda diperintah untuk memukul isterinya
menggunakan 100 helai rumput yang diikat. Firman Allah s.w.t yang berbunyi :

Maksudnya : “Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput). Yakni seikat jerami,
ilalang, tangkai atau yang lainnya sebanyak seratus biji, kemudian pukullah ia
dengannya dan janganlah kamu melanggar sumpah.”

(Surah Shad: 44).


Kawan-kawan,

Begitu lah kisah kesabaran Nabi Ayub yang sangat tinggi. Walaupun diuji
dengan pelbagai dugaan namun kekuatan iman Nabi Ayub tidak sedikit pun goyah.
Bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada tanyalah iman.

Justeru saya ingin menyeru kepada warga dewan agar kita sentiasa sabar
dalam menghadapi segala ujian. Kita juga hendaklah bersyukur dengan nikmat yang
dikurniakan oleh Allah kepada kita. Semoga kita menjadi hamba Allah yang kuat
imannya dan taat kepada nya sehingga ke hujung nyawa. In sha Allah.

Sekian sahaja cerita daripada saya. Saya memohon maaf sekiranya terdapat salah
dan silap sepanjang saya menyampaikan cerita. Sebelum saya mengakhiri cerita
saya, izinkan saya menyampaikan serangkap lagu :

Kalau lah ada sumur di ladang,


Boleh lah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
In sha Allah berjumpa lagi.

Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai