Anda di halaman 1dari 2

SKRIP PERTANDINGAN WARTAWAN KESIHATAN (MINGGU SIHAT HEPILI 2022)

SCENE 1 (PAPAN TANDA WE LOVE SKKKB)

Dhana : Selamat pagi dan salam sejahtera. Bersama dengan saya


Dhanalakshmii a/p Vayapuri, kita bersiaran secara langsung dari SK
Kuala Kubu Bharu. Bersempena dengan Minggu Sihat Hepili 2022,
pada hari ini saya akan menemubual beberapa orang rakan di
sekolah ini tentang cara untuk kekal sihat dan ceria. Tema Minggu
Sihat Hepili 2022 ialah TAKE 5 yang menumpukan kepada 5 mesej
penting iaitu :
1. Kekal berhubung : mengeratkan rangkaian sosial
2. Aktifkan diri : meningkatkan kecergasan diri.
3. Syukur : menghargai nikmat kehidupan.
4. Teroka minat : dengan menonjolkan bakat
5. Beri : kebahagiaan dikongsi bersama.

Ingin tahu lebih jelas tentang TAKE 5 ?


Jom kita tanya pendapat rakan-rakan kita.
SCENE 2 (PADANG)

Dhana : Bersama dengan saya Amir Zihni dari kelas 6 Za’aba. Baiklah, Amir.
Bersempena dengan Minggu Sihat Hepili 2022, tema yang
diketengahkan ialah TAKE 5. Apa yang awak tahu tentang TAKE 5?
Amir : Apa yang saya tahu tentang TAKE 5 ialah amalan yang boleh
dilakukan untuk kita kekal sihat dan ceria. Ada 5 mesej penting yang
terdapat dalam TAKE 5 iaitu :
1. Kekal berhubung
2. Aktifkan diri
3. Syukur
4. Teroka minat
5. Beri

Dhana : Seperti yang dapat kita lihat, Amir baru sahaja bersukan di mana
aktiviti ini merupakan contoh bagi salah satu mesej yang terdapat
dalam TAKE 5 iaitu aktifkan diri. Boleh tak Amir jelaskan apa yang
Amir faham tentang mesej tersebut?
Amir : Baiklah, seperti apa yang saya lakukan sebentar tadi, saya baru
sahaja selesai melaksanakan aktiviti kelas Pendidikan Jasmani
Aktiviti ini dapat meningkatkan kecergasan diri sekaligus dapat
membuatkan badan kita lebih sihat. Untuk aktifkan diri juga, aktiviti
bersenam ini bukan sahaja perlu dilakukan di sekolah, malah perlu
juga diteruskan di rumah. Contohnya, saya sendiri suka berbasikal
pada waktu petang bersama rakan-rakan. Secara tidak langsung
mesej pertama dalam TAKE 5 iaitu Kekal Berhubung juga dapat
diterapkan.
Dhana : Terima kasih, Amir Zihni atas pendapat yang diberikan sebentar tadi.
Mari kita bersama dengan rakan yang lain pula untuk bertanya
pendapat mereka.

Anda mungkin juga menyukai