Anda di halaman 1dari 1

Setiap tahun kerajaan memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk membaiki kemudahan infrastruktur, terutamanya sistem jalan raya

di Negara kita. Objektif utama kerajaan adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya dan mengatasi kemalangan di jalan raya. Selain itu, kerajaan mesti memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Oleh itu, usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah. Rentetan itu, kempen-kempen kesedaran seperti Hargailah Nyawa haruslah diadakan dengan objektif menyedari para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Dalam pada itu, pemandu-pemandu perlu membuat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan, kalau tidak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sebagai contoh, tidak servis kereta sebelum memulakan perjalanan yang jauh, brek kenderaan mungkin rosak. Jelaslah di sini bahawa pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya. Di samping itu, kerajaan perlu memastikan keadaan jalan raya selamat, tiada lubang-lubang dan sebagainya. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk, pemandu tersebut tidak dapat melihat sekatan jalan raya di tempat-tempat berbahaya. Perkara seperti ini sering berlaku pada waktu malam, iaitu semasa dalam perjalanan pulang dari pub atau disko. Tambahan pula, pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan dan undangundang jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. Sebagai contoh, tidak melampaui had laju dan selalu mematuhi lampu isyarat. Polis trafik juga patut mengawasi para pemandu dengan cermat dan sesiapa yang melanggari peraturan mesti dikenakan denda sebagai amaran kepada pemandu lain. Tuntasnya, semua pihak harus bekerjasama bagai berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk membendung masalah ini. Harapan akan menjadi realiti sekiranya sikap bertimbang rasa dalam kalangan pengguna jalan raya dapat diwujudkan.