Anda di halaman 1dari 9

Bahasa

Melayu
Kertas 1 dan 2
November UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
2021 SMK SUNGAI KARANGAN

1 jam

UJIAN PRESTASI TINGKATAN 3


BAHASA MELAYU
(TINGKATAN 3)
Kertas 1 dan 2
Masa dicadangkan : 1 jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Buka kertas peperiksaan ini apabila diberitahu. Untuk Kegunaan Pemeriksa


2. Tulis nama dan nombor kad pengenalan anda pada Markah Markah
Bahagian Soalan
ruang yang disediakan. Penuh diperoleh
A 1 - 20 20
3. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat
bahagian iaitu Kertas 1, Bahagian A, Bahagian B, S1 3
B
dan Bahagian C manakala Kertas 2, Bahagian A S2 2
sahaja, C S1 15
4. Jawab semua soalan. Kertas 2
A 1 10
Jumlah 50

; Disediakan oleh
______________________
(Meganathan a/l Lachimanan)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh ;
__________________________
(Ladda Julaphong a/p Edeng)
Guru Kanan Bahasa
SMK Sungai Karangan

Nama : __________________________________________
No Kad Pengenalan : __________________________________________
Kelas : ___________

1
Bahagian A
[20 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sejak keluarganya berpindah, tiada sesiapa pun yang __________ rumah tersebut
sehingga kawasan sekitarnya menjadi semak samun.
A. mewarisi
B. mendiami
C. memasuki
D. mendekati

2. Kedengaran __________ suara orang menjerit meminta tolong ketika saya duduk
bersendirian pada petang itu.
A. jauh-jauh
B. jelas-jelas
C. sayup-sayup
D. samar-samar

3. Tujuan __________ itu dijalankan adalah untuk mendapatkan reaksi masyarakat


tentang sistem peperiksaan di negara kita.
A. maklum balas
B. soal jawab
C. soal siasat
D. kaji selidik

4. Barang-barang yang menjadi bahan bukti pihak pendakwa ada _________ pihak
mahkamah.
A. di C. kepada
B. pada D. dengan

5. Dia berasa ___________ ketika berada dalam majlis yang penuh adat istiadat yang
dihadiri oleh orang kenamaan.
A. kekok C. gerun
B. ganjil D. pelik

2
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Dengan __________ pelan yang diberikan oleh ibu, abang saya memberanikan diri
untuk ke pejabat pelajaran di tengah bandar.
A. berasaskan C. berpandukan
B. berdasarkan D. berlandaskan

Soalan 7 hingga Soalan 13


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

7. Pemain yang sungguh lincah itu dikawal ketat oleh pihak lawan setiap kali dia
A B C
menerima bola. Tiada kesalahan.
D
8. Pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan murid kepada semua guru
A B
dalam mesyuarat pada minggu hadapan. Tiada kesalahan
C D

9. Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di perkarangan rumah Kak
A B C
Hasnah sangat menarik perhatian kami. Tiada kesalahan.
D

10. Azrul kesejukan kerana kehujanan ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.
A B C
Tiada kesalahan.
D

3
Soalan 11 dan 13
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

11. Seorang dari peserta pertandingan syarahan itu telah menarik diri.
A. Seorang daripada peserta-peserta
B. Seorang daripada peserta
C. Seorang dari peserta-peserta
D. Seorang dari peserta

12. Juruteknik itu sedang memperbaiki perisian komputer pelanggannya yang rosak.
A. membaiki perisian komputer
B. memperbaiki pengisian komputer
C. membaikkan pengisian komputer
D. memperbaiki perisian komputer

13. Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong.
A. akan dibersihkan oleh kami
B. kami akan membersih
C. akan kami bersihkan
D. kami akan bersihkan.

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat-ayat yang betul.

14. I. Adik saya pucat lesi setelah melihat tragedi itu.


II. Sekembalinya ke tanah air, cara hidup Halil lebih ke barat.
III. Dalam pasukan bola sepak sekolah kami, dialah yang termuda.
IV. Pokok-pokok cili Pak Abu terbantut pertumbuhannya kerana diserang penyakit.
A. I, II dan III.
B. II, III dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

4
Soalan 15
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan
peribahasa di bawah.

Pak Kassim Kamu perlu menyimpan sebahagian kecil daripada pendapatan kamu itu
untuk persediaan jika ditimpa kesusahan.
Farid Terima kasih atas nasihat Pak Kassim, saya akan sentiasa beringat-ingat.

15. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah


A. sediakan payung sebelum hujan.
B. ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
C. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
D. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Soalan 16 hingga 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Beluntung menyandang beg kanvas hijau tua, sementara tangan kirinya memegang
karung guni. Di hadapannya, Tuyoq tertambat pada pokok nangka. Beluntung mengusap-
usap pangkal ekor Tuyoq. Ekornya melentik. Tuyoq bertambah jinak dan mesra. Beluntung
meletakkan karung itu di belakang Tuyoq. Dia mengusap-usap pangkal ekornya lagi
sebelum membuka tali tambatan, kemudian naik ke belakang Tuyoq.
Bawod yang sejak tadi menjerit-jerit kini bertambah-tambah kuat jeritannya. Bawod
mengekori Tuyoq yang mula menjejakkan kaki di tebing Sungai Layong. Tuyoq menguak
dan berhenti langkah. Beluntung mengasak-asakkan kedua-dua belah kaki ke tulang rusuk
Tuyoq beberapa kali. Tuyoq melangkah kembali. Beluntung cepat-cepat memegang ekor
Tuyoq apabila Tuyoq turun ke sungai. Ekor itu dipegangnya kuat-kuat. Dia takut terlorot ke
leher Tuyoq atau terjatuh ke dalam sungai. Bawod masih juga menjerit-jerit. Apabila Tuyoq
berjalan, Bawod berlari-lari ke hulu ke hilir tebing sungai itu. Tuyoq dan Beluntung kini
sudah menyeberangi sungai. Bawod masih lagi menjerit-jerit.
(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen Bawod,
antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia.)

16. Beluntung memegang ekor Tuyoq kuat-kuat apabila Tuyoq turun ke sungai kerana
A. Tuyoq terjerit-jerit.
B. Dia takut terlorot ke leher Tuyoq.
C. Tuyoq berlari-lari ke hulu sungai.
D. Tuyoq menjejakkan kaki ke tebing sungai.

17. Rangkai kata mengasak-asakkan kedua-dua belah kaki ke tulang rusuk membawa
maksud
A. membelai-belai tulang rusuk.
B. mengusap-usap tulang rusuk.
C. menendang-nendang tulang rusuk.
D. merapatkan kaki dengan kuat pada tulang rusuk.

5
18. Berdasarkan petikan cerpen, yang berikut merupakan latar tempat yang dinyatakan
kecuali
A. hilir tebing sungai
B. di bawah pokok nangka
C. halaman rumah
D. tebing Sungai Tuyoq

19. Pada pendapat anda, mengapakah Bawod menjerit-jerit apabila Tuyoq mula
menjejakkan kaki ke dalam sungai?
A. Bawod takut akan air.
B. Bawod ingin mengikut Tuyoq.
C. Beluntung meninggalkan Bawod.
D. Beluntung naik di belakang Bawod.

20. Berdasarkan keseluruhan cerpen, yang berikut merupakan perwatakan Beluntung


kecuali
A. penyayang
B. gigih berusaha
C. berani
D. pemikiran terbuka

6
Bahagian B
[5 markah]
[Masa dicadangkan : 5 minit]

1. Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin petikan itu semula.

Cendol merupakan sajian minuman tradisi yang cukup diminati oleh rakyat
Malaysia. Rasanya yang lemak dan manis hasil gabongan bahan seperti ais batu yang
dikisar halus, santan kelapa, kacang merah dan gula melaka memenuhi citarasa rakyat
Malaysia. Kini, cendol bukan sahaja dijual di gerai-gerai di tepi jalan malahan telah
menjadi menu istimewa di restauran ternama. Bagi sesiapa yang belum mencubanya,
nikmatilah cendol bersama dengan rojak dan pasembor. Wah sedapnya!
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Teladan Sejarah Hargai Warisan’
Buku Teks Tingkatan 2.

(i) ____________________________________________

(ii) ____________________________________________

(iii) ____________________________________________
[3 markah]

2. Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif.


(i) Abang saya telah menerima vaksin Pfizer pada minggu lepas di SMK Dato’
Lela Pahlawan.

________________________________________________________________

(ii) Kalian perlu menyiapkan kerja kursus RBT sebelum hujung bulan November.

________________________________________________________________

[2 markah]

7
Bahagian C : Ringkasan
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kepentingan tidur dari segi saintifik. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pernahkah sekali-sekala anda berasa otak lebih lembap dan sukar untuk
berfikir? Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar
memberikan tumpuan kepada kerja ataupun pelajaran? Kajian menunjukkan bahawa
masalah sukar menumpukan perhatian dan kelembapan otak ini ada kaitannya dengan
faktor tidur.
Tidur yang paling berkualiti ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat penting
bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini,
badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki
sel-sel yang rosak. Kajian mendapati bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan
keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang.
Selain itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa
tidur. Oleh itu, tidur lewat akan menyebabkan proses penyimpanan maklumat
terganggu. Seterusnya, tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang.
Menurut pakar, tidur yang mencukupi dapat memulihkan pusingan biologi dalam
badan. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang.
Selain tidur pada waktu malam, amalan tidur seketika pada waktu tengah hari
dapat menyegarkan tubuh badan. Kajian juga menunjukkan tidur secara rutin selama 30
minit pada waktu tengah hari dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Oleh itu, tidur
yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan
kesihatan yang baik.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tidur dari segi Saintifik’
oleh Danial Zainal Abidin,
Kosmo, Februari 2020)

8
Bahagian A : Karangan Respons Terhad
[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

KUIH TRADISIONAL DI MALAYSIA

pelbagai
menjadi identiti aroma dan
Malaysia bentuk

mengekalkan
murah dan mudah menarik
warisan nenek
diperoleh pelancong asing
moyang

Anda mungkin juga menyukai