Anda di halaman 1dari 1

Doa Sebelum Kelas Hafazan Malam

‫ احلمد هلل رب العاملني‬,‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬,

‫والصالة والسالم على سيدنا حممد وآله وأصحابه أمجعني‬.


Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan prasangka, muliakanlah kami
dengan cahaya kefahaman, bukakanlah pengertian ilmu kepada kami,
terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Kau terangi
matahari dan bulan, dan bukakanlah untuk kami pintu-pintu kurniaan
anugerah-Mu yang sangat luas, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.

‫آمني يا رب العاملني‬.

Doa Selepas Kelas Hafazan Malam

‫ احلمد هلل رب العاملني‬,‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬,

‫والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني وعلى آله وصحبه أمجعني‬.
Ya Allah, kami menadah tangan memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kepada Mu kerana memberi ruang dan peluang untuk kami mengecapi
kemanisan Kalam-Mu yang Maha Agung pada malam ini. Oleh itu, rahmatilah
kami para pelajar SMKAKL agar dapat mentadabbur serta mengamalkannya
pula sepanjang hidup kami. Kami diberi kekuatan untuk mengamalkan semua
suruhannya dan menjauhi segala larangannya.

‫آمني يا رب العاملني‬.

Anda mungkin juga menyukai