Anda di halaman 1dari 12

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


STID1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN

SEMESTER
JANUARI 2022/2023 (JJ221)

PUSAT
KAMPUS UUM KUALA LUMPUR

<TUGASAN 1>
<MICROSOFT WORD>

DISEDIAKAN UNTUK
NOOR IZZAH YAHYA

DISEDIAKAN OLEH
MOHAMAD WALIYUDDIN HAMZAH (283933)

TARIKH HANTAR
18 FEBRUARI 2022

0
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK HALAMAN

1. PENGENALAN

2. TEKNOLOGI BARU DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)

2.1 DEFINASI BAGI 3 TEKNOLOGI BARU IR 4.0


2.2 KEFUNGSIAN BAGI SETIAP TEKNOLOGI BARU IR 4.0
2.3 DUA (2) KEBAIKAN DAN KEBURUKAN IR 4.0
2.4 DUA (2) NEGARA YANG MELAKSANAKAN IR 4.0
2.5 TIGA (3) CABARAN REVOLUSI TERHADAP SEKTOR SWASTA
DAN KERAJAAN DI MALAYSIA

3. KESIMPULAN
4. RUJUKAN

1
1.0 PENGENALAN

Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) melibatkan teknologi automasi sedikit sebanyak
memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini. Oleh itu, keperluan industri
melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk terus kekal berdaya saing.
Dengan penggunaan nama akronim Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), segala urusan harian manusia
akan dikongsi Bersama robot yang dicipta bagi mengoptimumkan keperluan dan keselesaan
manusia. IR 4.0 meliputi Sembilan (9) penemuan pelbagai teknologi baharu seperti Internet of
Things (IoT), analisis dan big data, pengkomputeran awan, keselamatan siber, integrasi sistem,
robotik, automasi, simulasi, realiti tambahan, pembuatan bahan tambahan dan simulasi yang
bakal merancakkan kemajuan terhadap landskap dunia moden.

Pada tahun 1820 sehingga 1840, Revolusi Pertama telah bermula di negara Great Britain yang
menyaksikan perubahan dalam sektor pembuatan yang menggunakan tangan kepada kaedah
penggunaan mesin yang dikuasakan oleh tenaga wap dan air. Kemudian, revolusi perindustrian
ini terus berkembang pada sekitar tahun 1870 sehingga 1914 di mana Revolusi Industri Kedua
melihatkan penggunaan tenaga elektrik dalam bidang pembuatan berskala besar. Kemudian,
sejarah tercipta di mana Revolusi Industri Ketiga atau lebih dikenali sebagai Revolusi Digital
berlaku pada lewat abad yang ke-20 yang memperlihatkan peralatan elektronik dan teknologi
informasi digunakan dalam membantu sektor pengeluaran. Hal ini berlaku berikutan penciptaan
litar bersepadu (IC) yang membolehkan komputer bersaiz kecil dapat dihasilkan.

Dalam Revolusi Industri Ketiga, penggunaan komputer dilihat belum mampu disambungkan
sesame sendiri dan pengenalan Internet di dunia ini membolehkan komputer mampu
berkomunikasi antara satu sama lain. Namun, setelah Revolusi Industri Keempat diperkenalkan,
rangkaian capaian Internet dan teknologi komunikasi telah menjadi lebih baik yang turut dibantu
dengan kemajuan teknologi tanpa wayar seperti rangkaian 3G, 4G, 5G, Wi-Fi dan Bluetooh.
Revolusi Industri 4.0 juga mengoptimumkan penggunaan komputer dan teknologi maklumat
(IT).

2
Di Malaysia, kebanyakkan sektor perindustrian menggunakan mesin bagi melakukan
pemprosesan dalam pengeluaran produk mereka. Dengan kewujudan Revolusi Industri Keempat
(IR 4.0) ini, ianya mampu membantu mesin berkomunikasi dengan mesin yang lain di mana
sebelum ini mesin hanya bekerja secara individu dan tidak berlaku perkongsian dan pertukaran
data. Apabila mesin berkomunikasi dengan mesin yang lain, mesin tersebut mampu berkongsi
data dan maklumat yang diterima. Ia juga dikenali sebagai sistem siber-fizikal iaitu sistem
diantara maklumat di dalam siber seperti kumpulan koleksi data-data yang penting dan fizikal
mesin itu sendiri. Artificial Intelligence telah diwujudkan bagi membenarkan data yang diperoleh
dapat digunakan dalam membuat keputusan yang penting tanpa perlu melibatkan campur tangan
manusia dan pembaziran dapat dikurangkan. Sejarah Revolusi Industri yang telah berlaku di
seluruh dunia boleh dilihat pada Rajah 1 dan sembilan (9) kerangka utama dalam Revolusi
Industri 4.0 pada Rajah 2.

Rajah 1: Sejarah Revolusi Industri Dunia

3
Rajah 2: Kerangka Utama Revolusi Industri 4..0

4
2. TEKNOLOGI BARU DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)

2.1 Definasi Bagi Komponen Teknologi Baru Dalam IR 4.0

Internet Benda (IoT) merupakan sistem yang bersandarkan pada penggunaan peranti
pengkomputeran, mekanikal dan mesin digital yang saling berkaitan dalam menjalankan
fungsinya melalui komunikasi data pada rangkaian internet tanpa bergantung kepada interaksi
manusia atau interaksi manusia dan komputer. Sistem IoT ini menghubungkan beberapa
komponen seperti sensor, keupayaan pemprosesan, perisian dan teknologi lain yang
membolehkan elemen tersebut untuk berhubung, mengumpul dan bertukar data dengan peranti
dan sistem yang lain melalui rangkaian Internet dan komunikasi lain. Seterusnya, definasi bagi
Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) adalah satu sistem yang dihasilkan bagi mempelajari
persekitaran dan menjadi pemacu kepada hubungan di antara manusia, peralatan fizikal dan
dunia digital. Definasi bagi teknologi baharu yang ketiga iaitu Realiti Maya (Virtual Reality)
yang menyediakan maklumat visual secara maya yang dipaparkan sama ada pada stereoskop
khas atau skrin komputer seperti ‘Metal Gear Solid’ yakni satu permainan yang memerlukan
penggunaan VR. Namun sebahagian simulasi tersebut memasukkan maklumat deria tambahan
seperti bunyi melalui pembesar suara. Sistem Realiti Maya terdiri daripada 6 komponen iaitu
dunia atau persekitaran maya, enjin grafik, enjin simulasi, antaramuka pengguna, input pengguna
dan output pengguna.

2.2 Fungsi Teknologi Baru Dalam IR 4.0

Fungsi yang dimilik oleh Internet Benda (IoT) adalah dapat melakukan pemantauan alam sekitar
seperti memantau tahap kualiti air, keadaan tanah dan atmosfera serta meninjau pergerakan
binatang liar dan habitat tersebut.Selain itu, IoT juga mampu menguruskan infrastruktur serta
mewujudkan aplikasi perindustrian.

5
Fungsi bagi Kecerdasan Buatan (AI) pula sering digunakan oleh institusi-institusi kewangan, ahli
psikologi, pengamal perubatan, perancang bandar serta lain-lain entiti. AI lebih cenderung untuk
digunakan secara khusus bagi tugasan tertentu. Ianya boleh digunakan dalam permainan
komputer, menafsirkan foto-foto, merancang perjalanan serta membantu membina mesin yang
kompleks. Teknologi AI juga digunakan dalam perdagangan elektronik bagi mengesan sebarang
kemungkinan penipuan dan digunkan bagi transaksi kewangan yang bernilai jutaan ringgit setiap
hari.

Fungsi teknologi baharu yang ketiga ialah fungsi Realiti Maya di mana teknologi ini banyak di
gunakan oleh pasukan tentera bagi latihan mereka menentang musuh sebagai medan pemantapan
kebolehan mereka.Selain itu juga, Realiti Maya ini jugak digunakan dalam sektor perkilangan
dan pembinaan di mana VR digunakan dalam bentuk 3D memudahkan mereka melakukan
rekaan dan ilustrasi bagi setiap produk keluaran mereka.

2.3 Kebaikan dan Keburukan Teknologi Baru Dalam IR4.0

Kesan baik yang pertama adalah setiap maklumat yang diperlukan mudah untuk dicari dan
didapati tanpa had dengan menggunakan khidmat rangkaian internet dengan hanya memerlukan
sambungan dari telefon pintar, komputer, laptop dan apa jua peralatan elektronik yang
mempunyai ciri-ciri capaian internet. Semua maklumat adalah dihujung jari pada zaman kini.
Banyak maklumat yang bernas serta positif yang dapat dimanfaatkan oleh semua manusia untuk
tujuan kehidupan seharian. Dahulunya, surat khabar perlu dibeli pada setiap pagi di kedai-kedai
berdekatan bagi mendapatkan berita terkini dan mutakhir. Namun, apabila berlaku revolusi
industri ini, setiap berita yang terkini boleh didapati secara atas talian sahaja. Ianya lebih
memudahkan dari perlu ke kedai membeli surat khabar. Selain itu juga, ilmu-ilmu duniawi dan
ukhrawi juga terdapat dalam peranti pintar dengan hanya perlu muat turun aplikasi yang
berkaitan seperti aplikasi TheNoor yang menyediakan perkhidmatan ‘Al-Qur’an online’ dan
panduan solat serta arah kiblat. Pengguna lebih mudah mempelajari dan memahami dengan
penggunaan aplikasi tersebut.

6
Kebaikan teknologi baharu IR 4.0 yang kedua adalah dapat memudahkan urusan pemasaran
secara dalam talian (online) terhadap perniagaan kecil dan perniagaan besar. Antara contoh
platform jualan atas talian masa kini seperti Shoppe, Lazada dan Ali Baba. Dengan kewujudan
platform ini, sedikit sebanyak dapat membantu para peniaga melebarkan rangkaian perniagaan
mereka daripada hanya memfokuskan kepada pelanggan dalam negara kepada pelanggan dari
luar negara, Selain sistem jualan yang mudah difahami, para peniaga juga dapat mengiklankan
produk-produk mereka tanpa had dalam mempromosikan barangan jualan mereka. Para
pelanggan juga tidak perlu keluar dari rumah dan bersusah payah mencari barangan yang terhad.
Semua itu boleh didapati dalam platform perniagaan online tersebut. Setelah maklumat
pembelian dalam sistem perniagaan tersebut diterima, syarikat penghantaran barang yang terlibat
akan menghantar pesanan pelanggan berkenaan secara pint uke pintu (door-to-door service).
Dengan ini, teknologi dapat memudahkan urusan para peniaga serta pelanggan dalam masa yang
sama kepuasan dan keinginan manusia itu dapat diperolehi.

Sebaliknya, terdapat juga beberapa kesan buruk dalam teknologi baharu yang terdapat dalam IR
4.0. Keburukan yang pertama adalah masalah pengangguran meningkat tinggi berikutan
ketiadaan perjawatan disebabkan oleh penukaran 70% tenaga kerja manusia kepada tenaga kerja
robot dan mesin. Hal ini menyebabkan tenaga manusia tidak lagi diperlukan dalam industri-
industri berikutan pihak industri telah beralih arah kepada penggunaan khidmat robotik dan
mesin canggih mengikut peredaran revolusi industri dunia. Ianya juga akan mengakibatkan anak-
anak (golongan muda) dari kumpulan menengah rendah akan menjadi satu kumpulan yang
paling terjejas berikutan khidmat tenaga mereka tidak lagi diperlukan dalam ekonomi ketika ini.
Akibat dari penggantian tenaga manusia kepada tenaga robot dan komunikasi digital, mereka
bakal dipinggirkan dalam sistem ekonomi baru ini. Ianya amat berbeza dengan kumpulan yang
berpendapatan rendah walaupun mereka mempunyai persamaan status dengan kumpulan
berpendapatan sederhana, ianya tetap mempunyai beberapa perbezaan yang positif dengan
majoriti mereka tetap mengekalkan pekerjaan masing-masing. Secara amnya, kumpulan ini
sentiasa dijaga serta mendapat perhatian dan sokongan daripada pihak kerajaan dan industri
mengenai takdir mereka. Pihak kerajaan semestinya akan menggubal beberapa dasar dan polisi
khusus bagi mengekalkan status pekerjaan golongan berpendapatan rendah ini. Teknologi

7
automasi dan robotik dilihat tidak mampu untuk menggantikan pekerjaan golongan
berpendapatan rendah ini. Antara pekerjaan yang dikatakan adalah pencuci tandas dan tukang
sapu bangunan.

Kesan buruk yang kedua adalah penggunaan gajet yang berlebihan terutamanya pada golongan
muda yang mana ianya akan mendatangkan musibah yang besar kepada negara dan bangsa.
Zaman kini, semua jenis golongan manusia baik yang tua mahupun muda, mereka semua
mempunyai kemampuan mempunyai gajet masing-masing atas alasan keperluan yang wajib
dalam kehidupan seharian bagi memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain
melalui perbualan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), mahupun media masa. Penggunaan
gajet yang melampau boleh menyebabkan pelbagai penyakit kepada manusia lebih-lebih lagi
kepada golongan muda kerana penggunaan gajet yang berlebihan akan menyebabkan penglihatan
mereka menjadi kabur dan berkemungkinan akan menghadapi masalah saraf mata. Selain itu,
mereka juga bakal terdedah dengan penyakit Insomnia yang mana akan mengakibatkan kualiti
tidur mereka terganggu. Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi
(NHMS) oleh Institut Kajian Umum (IKU) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
telah mendapati 50.1% pelajar-pelajar sekolah menengah antara 13-17 tahun menghabiskan masa
melebihi tiga jam sehari untuk menonton televisyen dan bermain permainan di gajet. Mereka
juga turut mendapati sebanyak 85.6% remaja adalah pengguna Internet paling ramai dan 29%
daripadanya mengalami ketagihan internet.

Disebabkan hal itu, kualiti pendidikan mereka akan terjejas dek kerana ketagihan melampau
dalam penggunaan gajet. Golongan-golongan muda ini juga lebih terdedah kepada unsur-unsur
budaya yang tidak bermoral seperti bebas melayari laman sesawang lucah, perjudian atas talian
dan sebagainya. Tonggak utama masa depan negara bakal terkubur jika penggunaan gajet yang
melampau ini tidak diambil peduli oleh ibu bapa, guru dan masyarakat sekitar. Hasil tinjauan
yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di
Lembah Klang pada tahun 2019, mendapati sebanyak 78.3% ibu bapa membenarkan anak-anak
mereka memiliki gajet. Ibu bapa zaman kini dilihat lebih cenderung mendidik anak mereka untuk
menggunakan peranti gajet sejak anak mereka kecil sehinggakan mereka menjadi leka bermain.

8
Selain itu juga, penggunaan gajet ini juga menyebabkan pembaziran kerana trend semasa
syarikat-syarikat telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model-model terkini dengan
harga yang tidak munasabah dan disebabkan oleh trend semasa tersebut, golongan muda ini akan
mengambil kesempatan untuk membeli baru telefon pintar keluaran terbaru untuk bermegah-
megah dikhalayak ramai.

2.4 Contoh Negara Yang Telah Melaksanakan IR 4.0

Negara China merupakan negara yang telah mengadaptasikan teknologi baharu dalam Revolusi
Industri 4.0 (IR 4.0) dimana mereka melaksanakan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial
Intelligence), Internet Benda (Internet of Things) serta sistem logisktik yang tersusun dalam
industri pembuatan negara tersebut lebih-lebih lagi dalam sektor pembinaan. Manakan tidak,
negara China mampu membina bangunan setinggi 57 tingkat dalam masa 19 hari sahaja.
Manakala, mereka Cuma mengambil masa 1 hari sahaja untuk menyiapkan bangunan setinggi
tiga hingga 5 tingkat. Melalui teknologi Internet Benda (Internet of Things), mereka juga dapat
merealisasikan matlamat IR 4.0 mereka dari sudut teknologi maklumat visual, penjadualan
kenderaan dan kebolehkesanan kargo. Merujuk kepada situasi semasa Covid-19, negara China
menggunakan teknologi AI dalam mengenal pasti risiko jangkitan yang mungkin berlaku kepada
individu menerusi maklumat data sejarah perjalanan dan tempoh masa berada di Kawasan yang
tercemar dengan wabak. Teknologi AI ini juga dapat mengenal pasti individu yang mempunyai
symptom demam menerusi topi keledar pintar mereka untuk tindakan rawatan dan pengasingan
pesakit Covid-19.

Negara yang kedua adalah Korea Selatan. Negara ini juga melaksanakan teknologi baharu IR 4.0
dalam bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) semasa menangani wabak pandemic
Covid-19. Negara ini melakukan kawalan harga barangan seperti topeng muka dan barangan
pencegahan yang lain dengan efektif berikutan pelaksanaan peraturan dan reka bentuk sistem
yang berasaskan AI. Selain itu juga, negari Korea Selatan turut memperkenalkan ujian Covid-19
secara pandu lalu yang membolehkan seseorang individu memandu kenderaan mereka ke sebuah
makmal ujian bergerak untuk memberikan sampel semasa dalam kenderaan tersebut dan

9
mendapat keputusan ujian dalam masa beberapa minit sahaja. Ini dilihat lebih teratur dan
tersusun kerana masyarakat setempat tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan
perkhidmatan kesihatan di negara berkenaan. Dalam masa yang sama, Korea Selatan
menggunakan Internet Benda (IoT) dalam membangunkan aplikasi telefon pintar yang boleh
digunakan sebagai ujian awal kepada pesakit virus Covid-19.

2.5 Cabaran Revolusi Industri 4.0 Terhadap Sektor Swasta & Awam

Antara cabaran IR 4.0 yang dihadapai oleh sektor swasta (pembuatan/pengilang) serta sektor
kerajaan adalah memerlukan satu perubahan yang drastik seiring dengan transformasi digital
yang berlaku. Kemudian, cabaran kedua adalah sektor yang terlibat perlu meningkatkan lagi
daya saing dalam menghadapi kemajuan teknologi automasi dalam memberi kesan langsung
terhadap masa depan dunia pekerjaan. Cabaran yang ketiga adalah kekurangan persediaan tenaga
mahir dilihat masih terkebelakang berikutan kebanyakkan industri pembuatan dan pengilangan
masih bergantung kepada bentuk pekerjaan manual yang memerlukan tenaga manusia.

10
RUJUKAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/521158/78-ibu-bapa-benar-anak-miliki-gajet

https://zoncyber.com/kesan-revolusi-industri-4-0/

https://www.hindawi.com/journals/sp/2021/5166993/

https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/
DOSM_BMP_5_2020_Siri-25.pdf

https://selangorkini.my/2019/04/suka-atau-tidak-ir4-0-akan-tetap-dihadapi-mb/

11

Anda mungkin juga menyukai