Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebiji Bola

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawa sanperindustrian di Pulau


Pinang. Badan aku diperbuat daripada getah.
Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan aku. Mereka mengisi
angin ke dalam perutku. Angin tersebut membuatkan perut aku kembung. Aku selalu
dimainkan di padang dan di kawasan lapang.
Aku diberikan nama ´Adidas. Badanku berwarna hitam dan merah.Setelah aku
dilahirkan, aku dihantar ke kedai sukan di Bandar bersama-sama rakanku yang lain. Di kedai,
aku dipamerkan. Aku dijual dengan harga RM399.00. Seorang budak lelaki sangat berminat
kepada aku.Dia telah meminta kedua-dua ibu bapanya membeli aku. Aku telah dibeli dan
dibawa pulang ke rumah. Nama tuan baharuku ialah Sukadev. Dia bersekolah di SJKT
Arumugam Pillai.
Setiap petang, aku dibawa ke padang permainan. Di sana, Sukadev dan rakan-
rakannya menendang aku ke sana dan ke mari.Badanku terasa sakit apabila ditendang,
ditanduk, dan dilambung. Di gawang gol, aku selalu ditangkap oleh penjaga gol.
Lama-kelamaan, perut aku kempis. Kemudian, tuan aku menyimpan aku di dalam
stor. Setelah berbulan-bulan aku berehat didalam stor itu, tiba-tiba suatu hari ibu bapa tuan
aku mengemaskan stor tersebut. Mereka mencampakkan aku ke timbunan sampah kerana aku
tidak digunakan lagi.
Nasib aku agak baik kali ini. Aku dikutip oleh sekumpulan budak yang ingin bermain
bola. Mereka menyepak aku walaupun perutku kurang angin. Badanku terasa bertambah
sakit. Akhirnya, setelah badanku koyak dan perutku tidak boleh kembung lagi, aku pun
dibuang.Begitulah riwayatku sebagai sebiji bola.

Anda mungkin juga menyukai