Anda di halaman 1dari 2

‫ِبْس ِم اِهلل الَّر ْح َم ِن الَّر ِح ْيِم‬

‫ َو الَّص َالةُ َو الَّسَالُم َعَلى َرُسْو ِلَنا األِم ْيَن َو َعَلى أِلِه َو أْص َح ابِِه‬، ‫اْلـَحْم ُد ِهلل الِذ ْي ِبِنْع َم ِتِه َتِت ُ الَّص اِلـَح اُت‬
‫َء‬ ‫ّم‬
. ‫أْج ـَم ِعْيَن‬

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Pada hari ini kami memanjatkan kesyukuran


kepadaMu kerana dengan hidayahMu kami dapat berkumpul BAGI MENYATAKAN
KEBENCIAN KAMI KEPADA pemusnah yang merosakkan umat manusia sejagat.
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

…Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim


Hari ini kami hamba-hambaMu berhimpun dan berkumpul bagi menjayakan ceramah
dan pameran antidadah peringkat sekolah SK Gelang Chinchin .kami memohon agar
.majlis kami ini mendapat keberkatan dan keredaanMu

Dalam ceramah dan pameran ini kami menyusun kata-kata indah, dengan gaya dan
nada yang penuh hikmah mengajak hamba-hamba-Mu mengamalkan segala kebaikan
dan menjauhi diri dari segala kejahatan dan kemungkaran. Hanya padaMu Ya Allah
kami berharap agar Engkau terimalah segala usaha murni ini dan jadikanlah ia sebagai
.amal soleh yang akan mendapat ganjaran pahala dariMu

Ya Allah, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang


kemurkaanMu,maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang.Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa
.mendengar dan mengIKUT PERKARA yang baik

Engkau cetuskanlah dalam hati kami, rasa jijik dan benci terhadap najis dadah dan
bahan - bahan lain seumpamanya.Ya Allah peliharakanlah kami dan jauhilah kami dari
perkara yang membinasakan kami.

Ya Allah kurniakanlah kesedaran kepada hambaMu yang terlibat dalam


penyalahgunaan dadah. Berikanlah keinsafan kepada pengedar dadah durjana agar
negara kami sentiasa selamat, aman makmur dan bahagia.
‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى ُمَح َّم ٍد َو َعَلى َءاِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَحْم ُد ِلَّلِه َر ِّب الَعاَلِم ْين‬

Anda mungkin juga menyukai