Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS ASPRESIASI KECEMERLANGAN, PERJUMPAAN JAYA

WARIS DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN


CALON SPM 2023

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّر ِح ْيِم‬


‫ َو الَع اِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن َو الَّص َالة َُو الَّس َالُم َع َلى َس ِّيِد َنا ُم َحَّمٍد َو َع َلى آِلِه‬, ‫َاْلَحْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬
‫َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬
, Ya Allah Ya Karim
Pada pagi hari yang mulia ini,
kami berkumpul dalam Majlis Aspresiasi Kecemerlangan, Perjumpaan Jaya Waris Dan
Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan Percubaan Calon Spm 2023,
untuk mengharapkan keredhaan dan rahmat-Mu dalam seluruh hidup kami,

Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam,
lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap
rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan
daripada kami.

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-
Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-
Mu.

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan
dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang akademik mahupun
aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan
demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,


Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan ini. Jadikanlah kami pelajar-pelajar yang akan
sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka
dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh pengharapan agar majlis ini akan menjadi sumber inspirasi
kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng
tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

ِ ‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنة ً َو ِفي األِخَرِة َح َس َنة ًَو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َحَّمٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai

  • Masjid Timbua Model - pdf4
    Masjid Timbua Model - pdf4
    Dokumen1 halaman
    Masjid Timbua Model - pdf4
    fikhry hakim muhammad hilmi
    Belum ada peringkat
  • Soalan PPT TSW21
    Soalan PPT TSW21
    Dokumen2 halaman
    Soalan PPT TSW21
    fikhry hakim muhammad hilmi
    Belum ada peringkat
  • Pai F3
    Pai F3
    Dokumen18 halaman
    Pai F3
    fikhry hakim muhammad hilmi
    Belum ada peringkat
  • Doa Palestin
    Doa Palestin
    Dokumen1 halaman
    Doa Palestin
    fikhry hakim muhammad hilmi
    Belum ada peringkat
  • Doa MSG 2023
    Doa MSG 2023
    Dokumen1 halaman
    Doa MSG 2023
    fikhry hakim muhammad hilmi
    Belum ada peringkat