Anda di halaman 1dari 20

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2023

TAHUN 5

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN DAN PENULISAN (Set 2)

1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa

SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:
1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah
utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Nombor Soalan Penuh Diperoleh
Bahagian D.
A 1-10 10
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang
1 (a) 1
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini.
1 (b) 2
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih B 1 (c) 1
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
kamu pada kertas soalan tersebut. 1 (d) 1
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan 2 5
dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
C 1 soalan 10
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada D 1 soalan 20
akhir ujian tersebut.
JUMLAH 50

Kertas peperiksaan ini mengandungi 13 halaman bercetak

SULIT 2

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 hingga 3

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1.

Mikhail jatuh ____________ ketika berjalan di atas lantai yang licin.

A tertiarap
B terperosok
C tersungkur
D terhumban

2. Saya merakamkan video beberapa ekor ______________yang mengeluarkan cahaya ketika

ia terbang berhampiran pokok kayu bakau di tepi pantai.

A kunang-kunang
B anai-anai
C pepatung
D lelayang

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 3

3.

“Tiada siapa yang akan terlepas daripada tikaman keris Taming Sari ___________ ini,” jerit
Hang Tuah kepada Hang Jebat.

A beta
B patik
C saya
D hamba

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 4

Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sifat hemat dan suka menabung perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah yang
boleh diperolehi dengan tabiat menabung. Antaranya, dengan menabung dari kecil lagi, seseorang
murid itu dapat membuat persediaan awal untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Duit
tabungan ini boleh digunakan untuk membayar yuran pengajian dan menjadikan kita tidak terlalu
bergantung kepada pinjaman atau biasiswa yang agak sukar diperolehi kerana persaingan yang
sangat sengit.

Duit tabungan juga boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan dan perkara yang
tidak dirancang perbelanjaannya. Sebagai contoh, dengan membantu ahli keluarga yang ditimpa
musibah seperti banjir, kemalangan dan sebagainya. Hasil tabungan juga dapat membantu
meringankan bebanan ibu bapa dalam membeli keperluan pembelajaran terutamanya pada awal
tahun persekolahan seperti membeli buku aktiviti dan peralatan sukan. Ibu bapa pasti berbangga
dan bersyukur kerana memiliki anak yang bertanggungjawab dan sanggup membantu
meringankan beban mereka.

4 Sifat hemat dan suka menabung perlu dipupuk sejak dari kecil lagi

Peribahasa yang sesuai dengan ayat di atas ialah ________________.

A sediakan payung sebelum hujan

B melentur buluh biarlah dari rebungnya
C di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
D alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 5

5 Berikut ialah kelebihan menabung dari kecil kecuali ______________.

A kita tidak perlu terlalu berharap kepada pinjaman untuk ke universiti

B duit tabungan boleh digunakan untuk membeli peralatan persekolahan
C kita tidak perlu bekerja keras untuk menyambung pelajaran di universiti
D duit tabungan boleh digunakan untuk perkara-perkara kecemasan

6 Perkataan hemat diatas membawa maksud yang berikut kecuali ________________.

A cermat
B jimat
C teliti
D boros

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 6

Soalan 7 hingga 10

Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikut.

Program sukan rakyat yang kini mendapat tempat dalam kalangan mahasiswa di universiti-
universiti tempatan telah berjaya memupuk perpaduan serta mengangkat prinsip saling
menghormati dan kerjasama dalam pasukan tanpa mengira kaum dan usia.

Inisiatif ini dilihat sebagai wadah terbaik dalam mengangkat dan menjulang kembali
warisan budaya permainan tradisional yang sering menjadi perhatian dan aktiviti yang
menyatukan bangsa suatu ketika dahulu sebelum kehadiran teknologi pintar. Selain mengukuhkan
semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa, penganjuran sukan rakyat juga
dilihat mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang bersahsiah tinggi.

Kebanyakan permainan tradisional dalam sukan rakyat menguji kecekapan berfikir

seperti permainan congkak, wau tradisional, sepak raga, kabbadi dan guli lantas dapat melahirkan
mahasiswa yang cerdas pemikirannya. Pembentukan sahsiah mahasiswa yang cerdas akal
fikirannya mampu menyumbang cadangan bernas dan berfikir secara kritis dalam menyampaikan
idea kepada sebuah pembentukan negara yang lebih baik.

7. Kebanyakan permainan tradisional dalam sukan rakyat menguji kecekapan berfikir seperti
permainan congkak, wau tradisional, sepak raga, kabbadi dan guli lantas dapat melahirkan
mahasiswa yang cerdas pemikirannya.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah _______________.

A sebutir C sebiji

B seketul D sebuah

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 7

8.
Selain mengukuhkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa,
penganjuran sukan rakyat juga dilihat mampu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang
bersahsiah tinggi.

Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah _______________.

A bagai aur dengan tebing

B sambil menyelam minum air
C air yang dicencang tidak akan putus
D alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

9. Maksud perkataan wadah dalam petikan membawa maksud berikut kecuali_____________.

A alat
B medan
C saluran
D sempadan

10. Kenyataan yang berikut adalah benar tentang program sukan rakyat kecuali
____________________.

A sukan rakyat boleh menyatupadukan masyarakat berbilang bangsa

B sukan rakyat boleh membentuk mahasiswa yang berkeperibadian tinggi
C mahasiswa yang cerdas akal mudah menerima bulat-bulat pandangan orang lain
D ketiadaan teknologi pintar bukan alasan bagi masyarakat dahulu untuk bersatu padu

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 8

Bahagian B
[10 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RUSA YANG BONGKAK

Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor rusa yang sangat bongkak. Rusa tersebut memiliki
sepasang tanduk yang sangat cantik dan ia bangga akan tanduknya yang menawan itu. Setiap hari,
rusa akan memuji-muji tanduknya sehingga menimbulkan kejengkelan dalam kalangan haiwan-
haiwan lain di hutan itu. Haiwan-haiwan lain sudah puas menasihatinya tetapi rusa tidak
mengendahkan semua nasihat tersebut. Namun demikian, rusa selalu merungut apabila
mengenangkan kakinya yang kurus. Bagi rusa, kakinya tidak cantik dan tidak segagah haiwan
lain.

Pada suatu hari, rusa terdengar beberapa ekor anjing pemburu menyalak. Rusa pantas
berlari untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap oleh anjing-anjing itu. Ketika melarikan diri,
tanduk rusa tersangkut pada dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa meronta-ronta untuk
menyelamatkan tanduknya yang cantik itu. Tiba-tiba, kakinya yang kurus itu menyepak kuat
bahagian dahan sehinggalah tanduknya terlepas dari dahan tersebut. Namun, tanduknya yang
cantik itu patah sedikit dan tidak sempurna seperti sebelumnya. Sejak dari peristiwa itu, rusa
sentiasa bersyukur dengan anggota badannya dan tidak lagi memperlekehkannya.

1 (a) Setiap hari, rusa akan memuji-muji tanduknya sehingga __________________________

_______________________________________________________________________

[1 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 9

(b) Mengapakah rusa tidak lagi merungut tentang kakinya selepas peristiwa dikejar oleh
anjing – anjing pemburu?
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Tuliskan peribahasa yang sesuai dengan situasi ayat di bawah.

Haiwan-haiwan lain sudah puas menasihatinya tetapi rusa tidak mengendahkan semua
nasihat tersebut.
_______________________________________________________________________

[1 markah]

Soalan (d) adalah berdasarkan ayat di bawah.

Setiap hari, rusa akan memuji-muji tanduknya sehingga menimbulkan kejengkelan dalam
kalangan haiwan-haiwan lain di hutan itu.

(d) Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Setiap hari, haiwan-haiwan lain di hutan itu memuji-muji tanduk rusa

hingga menimbulkan kejengkelannya.
Tanduk yang dipujinya setiap hari menimbulkan kejengkelan dalam
kalangan haiwan-haiwan lain di hutan itu terhadap rusa.
Haiwan-haiwan lain di hutan memuji-muji tanduk mereka hingga
menimbulkan kejengkelan pada rusa.
[1 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 10

Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.
Jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

2. Kamu dan rakan kamu sedang makan mi goreng di sebuah gerai. Tiba-tiba rakan
kamu terjumpa seurat rambut di dalam mi goreng yang sedang dimakannya. Rakan
kamu berasa marah dan mahu peniaga kedai menggantikannya dengan sepinggan mi
goreng yang baharu.

Sebagai seorang rakan yang prihatin, apakah tindakan yang harus kamu lakukan?

______________________________________________________________________

[5 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 11

Bahagian C
[10 markah]

Gambar di bawah menunjukkan para pelajar yang dilantik menjadi pengawas sekolah sebagai
pemimpin cilik.

Tuliskan pendapat kamu tentang persediaan yang boleh dilakukan oleh murid-murid untuk
menjadi pemimpin.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

[10 markah]

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 12

Bahagian D
[20 markah]

Tulis karangan berdasarkan bahan grafik di bawah samada dalam bentuk berformat atau tidak
berformat.

Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

CARA-CARA MENJAGA ALAM SEKITAR

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 13

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 14

JAWAPAN

BAHAGIAN A
(10 markah)

Nombor Jawapan Topik soalan Markah

Soalan
1 C Kata kerja 1
2 A Kata ganda 1
3 D Kata ganti nama diri 1
4 B Petikan 1
5 C Petikan 1
6 D Petikan 1
7 C Petikan 1
8 B Petikan 1
9 D Petikan 1
10 C Petikan 1

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 15

BAHAGIAN B
(10 markah)

1. (a) Setiap hari, rusa akan memuji-muji tanduknya sehingga menimbulkan 1

kejengkelan dalam kalangan haiwan-haiwan lain di hutan itu.

(b) Rusa tidak lagi merungut tentang kakinya selepas peristiwa dikejar oleh 2
anjing-anjing pemburu kerana kakinya yang kurus itulah yang telah
melepaskan tanduknya yang tersangkut pada dahan pokok dan
menyelamatkan dirinya daripada ditangkap oleh anjing-anjing pemburu.

(c) Peribahasa: *Salah satu daripada pilihan berikut boleh diterima. 1

• Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan

• Mencurah air ke daun keladi
• Seperti membuang garam ke laut

(d) Tanduk yang dipujinya setiap hari menimbulkan kejengkelan dalam 1

kalangan haiwan-haiwan lain di hutan itu terhadap rusa. √

2. Sebagai seorang rakan yang prihatin, Salin ayat soalan 1 markah

saya akan menenangkannya Tindakan pertama 1 markah

dan memintanya untuk membuang rambut Tindakan kedua 1 markah

tersebut.
Hal ini kerana, mi goreng yang tidak terkena Kenapa? 1 markah

rambut tersebut masih dalam keadaan baik

dan boleh dimakan daripada dibazirkan. Kenapa? 1 markah

Sebagai seorang rakan yang prihatin, saya akan menenangkannya dan

memintanya untuk membuang rambut tersebut. Hal ini kerana, mi goreng yang 5
tidak terkena rambut tersebut masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan
daripada dibazirkan.

[Bilangan perkataan: 33 patah]

• Tulis dalam satu perenggan sahaja.

• Lihat cara bagaimana untuk mendapatkan 5 markah penuh di atas.
• Jawapan lain yang munasabah diterima.
• Bilangan perkataan antara 30 hingga 35 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 16

BAHAGIAN C
(10 markah)

Terdapat beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh murid-murid untuk menjadi pemimpin.
Antaranya, kita haruslah berdisiplin kerana disiplin membentuk keperibadian yang unggul.
Selain itu, pengurusan masa yang baik juga penting agar semua tugasan dapat dilaksanakan
dengan cemerlang. Seterusnya, kita juga perlu menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh
tanggungjawab kerana ia merupakan satu amanah.

[52 patah perkataan]

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat

*Nota:
o Pastikan jawapan anda mempunyai yang berikut:
o Pendahuluan
o 3 isi tersurat
o 3 isi tersirat
o Penggunaan penanda wacana (seperti yang dihitamkan di atas)

o Bilangan perkataan antara 50 hingga 55 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 17

BAHAGIAN D
(20 markah)

Tema 1: Tema karangan penceritaan (karangan tidak berformat)

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyertai ceramah penjagaan alam sekitar yang dianjurkan
oleh Persatuan Pencinta Alam di sekolah. Banyak informasi berguna yang telah saya pelajari.

Antaranya, kita boleh menanam pokok-pokok di halaman rumah untuk mengurangkan

kadar kepekatan karbon dalam udara kerana pokok-pokok menyerap gas karbon dioksida. Selain
itu penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kadar emisi gas karbon dioksida di
udara apabila bilangan kenderaan di atas jalan raya berkurangan.

Penjimatan elektrik di rumah juga boleh membantu dimana ia mengurangkan

penggunaan bahan sumber alam untuk menjana kuasa elektrik.

[84 patah perkataan]

**Bilangan perkataan antara 80 hingga 85 patah adalah diterima.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT
SULIT 18

Tema 2: Tema fakta (Karangan tidak berformat)

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjaga alam sekitar. Antaranya, kita
dilarang melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh mencemarkan kualiti udara.

Selain itu, penggunaan solar panel untuk menjana elektrik daripada sumber cahaya
matahari adalah digalakkan kerana ia mesra alam. Seterusnya, penggunaan pengangkutan awam
dapat mengurangkan kadar emisi gas karbon dioksida di udara kerana bilangan kenderaan di atas
jalan raya berkurangan.

Tuntasnya, tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tergalas di atas bahu

masyarakat. Kita tidak seharusnya bersikap “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing” demi kelangsungan hidup manusia di bumi.

[81 patah perkataan]

**Bilangan perkataan antara 80 hingga 85 patah adalah diterima.

Pendahuluan
Isi tersurat
Isi tersirat
Kesimpulan

*Nota:

Karangan ini juga boleh ditulis dalam tema syarahan (karangan berformat). Walaubagaimana
pun, dengan limitasi bilangan perkataan tidak melebihi 80 patah, karangan dalam bentuk
syarahan agak sukar ditulis berbanding dengan tema fakta dan tema penceritaan.

Cikgu Hana © Modul Kertas [Lihat halaman sebelah

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2023 SULIT

Anda mungkin juga menyukai