Anda di halaman 1dari 7

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

KUIZ
TAHUN AKADEMIK 2022

AQIDAH ISLAMIYYAH

ARAHAN KEPADA CALON :

1. Masa yang diperuntukkan bagi kertas soalan ini ialah 2 JAM.


2. Kertas soalan ini mengandungi 4 SOALAN.
3. Jawab SEMUA SOALAN dalam kertas soalan yang disediakan.

NAMA :
SEMESTER :

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 5 HALAMAN BERCETAK.


1
KUIZ AQIDAH ISLAMIYYAH

SULIT
BAHAGIAN A (80 MARKAH)
JAWAB SEMUA SOALAN

SOALAN 1 (20 MARKAH)


a) Jelaskan Definisi Aqidah Islamiyyah

Iaitu ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang berkaitan


dengan ketuhanan, kerasulan, dan sam’iyat dengan dalil-dalil yaqiniyah yang
aqliyah dan naqliyah yang boleh menghilangkan semua keraguan yang ada di
dalam hati seseorang manusia.

(10 Markah)

b) Huraikan sumber Aqidah Islamiyyah.

Aqidah seseorang yang berasaskan keterangan dan dalil, sama ada dalil naqli atau
dalil aqli adalah aqidah yang sahih dan sah imannya. Dan mereka tidak termasuk
dalam firqah orang yang muqallid yang dipertikaikan oleh ulama tauhid kesahihan
iman mereka.

2
KUIZ AQIDAH ISLAMIYYAH

(10 Markah)

SOALAN 2 (20 MARKAH)

a) Jelaskan asas – asas Aqidah Islamiyyah.

Dalam islam, iman yang berlandaskan aqidah adalah menjadi asas sesuatu
amalan,di mana amalan-amalan seseorang tidak akan diterima oleh Allah SWT
kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman yang
berlandaskan aqidah.

(10 Markah)

3
KUIZ AQIDAH ISLAMIYYAH

b) Jelaskan kepentingan Aqidah Islamiyyah.


Aqidah bukan sahaja hanya menjadi suatu kepentingan dalam islam tetapi adalah
juga merupakan suatu perkara yang terpenting dalam hidup dan kehidupan
manusia sehari-hari, di mana mereka yang hidup di dunia ini tanpa aqidah, dan
dengan erti kata yang lain mereka yang jahil dalam aqidah adalah seperti seorang
buta yang tidak kenal keadaan dan bentuk diri mereka sendiri.

(10 Markah)

SOALAN 3 (20 MARKAH)

a) Terangkan amalan-amalan memperkukuhkan aqidah.

Mempelajari ilmu aqidah atau ilmu tauhid secara mendalam dan lebih luas lagi.
Dalam kitab Allah terdapat seruan Allah, atau malaikat-malaikatnya, atau kitab-
kitabnya atau rasul-rasul nya, atau hari akhirat, atau takdir baik dan jahat.ilmu ini
juga wajib dipelajari oleh setiap orang yang mukallaf, supaya syahadah mereka itu
betul, islamnya betul, imanya sah, dan amalanya diterima Allah.

4
KUIZ AQIDAH ISLAMIYYAH

(10 Markah)
b) Huraikan faktor-faktor kelemahan Aqidah.

Jahil terhadap prinsip-prinsip asas akidah yang benar. [hal ini terjadi kerana sikap
tidak mahu mempelajarinya, atau kerana begitu sedikitnya perhatian yang
dicurahkan untuk ilmu agama. Ini mengakibatkan datangnya generasi yang tidak
mengerti perkara-perkara yang bertengtangan denganya, sehingga yang benar
dianggap batil dan yang batil pun dianggap benar.

5
KUIZ AQIDAH ISLAMIYYAH

(10 Markah)

SOALAN 4 (20 MARKAH)

a) Jelaskan bagaimana aqidah yang mantap mampu menjana kejayaan dunia dan
akhirat.

Mengenai hakikat ihsan, iaitu kamu menyembah Allah seolah-seolah kamu


melihatnya jika kamu tidak melihatnya sekalipun, maka ingatlah sesungguhnya
Allah melihat kamu. Dalam tahap ini, barulah muslim dapat mecapai haqqul yakin,
iaitu berasaskan kehadiran Allah SWT dalam amalan, perilaku dan tindakannya
setiap detik. Dia juga akan merasai kemanisan iman yang tiada tolak bandingnya
dan menikmati kebahagian abadi dunia dan akhirat.

6
KUIZ AQIDAH ISLAMIYYAH

(20 Markah)

Anda mungkin juga menyukai