Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA PERTANDINGAN TOP HOST SEKOLAH RENDAH

SEMPENA KARNIVAL BUKU BANDAR DIRAJA


KUALA KANGSAR TAHUN 2023

Aluan Dari raub pergi ke pontian,


Terus pula ke kuala perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang ,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kuala Kangsar Teratas.

Yang Dihormati,
_____________________________________ ppd
Para Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana,
Guru-guru pengiring, Jawatankuasa Pelaksana, Para Peserta Serta Warga dewan Yang Di
Kasihi Sekalian.

Alhamdulillah.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama
memeriahkan majlis pada petang ini iaitu Pertandingan Top Host Sekolah Rendah.

Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran
hadirin di Dewan Jubli Kuala Kangsar.

Untuk makluman hadirin,


Pertandingan Top Host sekolah rendah, merupakan sebahagian daripada aktiviti Karnival
Buku Bandar Diraja Kuala Kangsar Tahun 2023.

Pada hari ini, seramai 42 orang peserta yang akan bertanding dalam Pertandingan Top Host
sekolah rendah ini.
Perkenalkan Hakim Hadirin yang dihormati sekalian,
sebentar lagi kita akan mulakan pertandingan Top Host Sekolah Rendah Tahun 2023.

Sebelum pertandingan bermula, izinkan saya memperkenalkan barisan panel hakim


pertandingan.

Yang pertama, _______________________________________


Selaku ketua Hakim.

Panel hakim yang kedua ialah __________________________________________


Dan penjaga masa ialah ____________________________________________.

Adalah dimaklumkan bahawa, keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan
tidak dibenarkan.
Baca syarat Seterusnya, izikan saya untuk membaca syarat-syarat pertandingan. Mohon para peserta
pertandingan mengambil perhatian.
Dengan ini saya menjemput Ketua Hakim untuk memerangkan syarat pertandingan ini.
Dipersilakan......
Terima kasih kepada ketua hakim atas penerangan syarat pertandingan sebentar tadi.

Pertandingan Hadirin yang dihormati sekalian,


Bermula – Bahagian Pertandingan Top Host Tahun 2023 bahagian pertama dimulakan dengan peserta pertama
1 iaitu Adik ....................................................
Dari sekolah ..........................................................
Dipersilakan.

Demikian sudah persembahan yang penuh semangat disampaikan oleh peserta pertama.

Seterusnya, majlis mempersilakan peserta kedua iaitu Adik.................................................


Dari Sekolah .................................................
Dipersilakan.

Satu penyampaian persembahan yang mengkagumkan.

Kini tiba giliran peserta ketiga


dari sekolah .......................
Dipersilakan adik .......................................

Nampaknya saingan kian hangat.


hadirin, tanpa melengahkan masa

kita mempersilakan peserta keempat iaitu


Adik.........................
dari sekolah............................
dipersilakan.

Amboi-amboi hebat sungguh adik kita berkarya


Kita teruskan pertandingan kita dengan perserta yang ke-5

Dengan ceritanya yang bertajuk ........................


Dipersilakan adik...........................
Dari sekolah................................

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan Top Host sekolah rendah bahagian pertama.
Para peserta diminta bersedia untuk pertandingan Top Host sekolah rendah Bahagian kedua
iaitu Host spontan.
Majlis akan berhenti rehat sebentar dan akan disambung semula pada jam _________
petang.

Pertandingan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin.
Bermula – Bahagian Sekarang tiba masanya yang kita nantikan iaitu Top Host sekolah rendah bahagian kedua.
2
Pada bahagian ini, peserta hanya diperuntukkan 3 minit untuk menyampaikan ceritanya.
Para peserta perlu memilih gambar dari sampul yang berada pada pihak hakim. Peserta
diberikan masa selama 1 minit untuk membuat persediaan bagi menyampaikan karya
mereka tanpa apa-apa bantuan nota, alat tulis atau alat elektronik.

Tanpa melengahkan masa, saya menjemput peserta pertama untuk memilih sampul.
Dipersilakan saudara / saudari …………………….

Terima kasih diucapkan. Seterusnya dipersilakan peserta kedua saudara/ saudari


________________________ untuk memilih sampul.
Majlis mempersilakan.

Dengan berakhirnya peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan Top Host
sekolah rendah bagi tahun 2023. Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan
kepada juri untuk membuat permarkahan pertandingan.

TEKS PENGACARA PERTANDINGAN TOP HOST SEKOLAH RENDAH


SEMPENA KARNIVAL BUKU BANDAR DIRAJA
KUALA KANGSAR TAHUN 2023
Kata Aluan Bertongkat si buta di atas pematang,
Berenang si kelah di hujung muara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarkaatuh,
Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Kuala Kangsar Teratas.
Yang Berusaha
________________________________________________ ppd

Yang Dihormati,
_________________________________________________GB,

Guru-guru pengiring, peserta-peserta dan murid-murid yang di hormati sekalian.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah kurnianya kita
dapat sama-sama berhimpun di sini pada petang ini. Semoga dengan adanya aktiviti seperti
ini akan meningkatkan dan memertabatkan lagi anak-anak didik kita di Daerah Kuala
Kangsar.

Ulasan Hakim Hadirin,


Bagi membuat rumusan pertandingan Top Host sekolah rendah yang telah diadakan
sebentar tadi, majlis dengan sukacita menjemput
___________________________________ selaku ketua hakim untuk menyampaikan
rumusan keseluruhan Pertandingan Top Host Sekolah Rendah tahun 2023.
Dipersilakan.
***
Majlis merakamkan terima kasih.

Cenderahati Hakim Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak dapat diadili dan berjalan
dengan lancar.

Sebagai menghargai kesudian mereka melaungkan masa untuk mengadili pertandingan Top
Host sekolah rendah pada petang ini.
Dengan itu, pihak majlis suka citanya menjemput .............................. diiringi oleh
______________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada panel hakim.

Dijemput panel hakim pertama ............................... untuk menerima cenderahati sebagai


tanda kenang-kenangan

Seterusnya dijemput ...................................

Dan Dijemput ..................................

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ................................... atas kesudian


menyampaikan cendrahati kepada para hakim.

Penyampaian Hadiah Warga dewan yang dimuliakan,

Sejajar meranti di tanah rendah,


Mencelah berangan tegak merendang
Keputusan dinanti di tangan sudah,
Adat pertandingan ada pemenang .

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui peserta manakah yang
menjuarai pertandingan Top Host sekolah rendah,

Bagi pertandingan Top Host sekolah rendah…………….

#Tempat ketiga dijemput adik ………………………. dari sekolah ……………………

#Naib johan dipersilakan adik ………………........ dari sekolah ………………………

#Dan johan pertandingan Top Host sekolah rendah dijuarai oleh adik
………………………………. dari sekolah …………………………………

Penutup Tahniah dan syabas kepada peserta yang berjaya. Manakala kepada yang tidak bernasib
baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan sebagai pembakar semangat
untuk mencuba pada masa akan datang.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, terimalah tiga rangkap pantun
dari saya;

Gugur menguning buah kuini


Menghijau pohon subur berbaja;
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.

Mudik ke Serada berperahu payang,


Sambil menantang bunga setanggi;
Kalau ada usia nan panjang,
Karnival mendatang bertemu lagi.

Sebarang kelemahan harap dimaafi


Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih daun keladi
Kenangan nan indah simpanlah di hati

Ampun maaf andainya terkasar bahasa, terkhalif bicara dan kurang manis bermadah
pujangga sepanjang karnival ini berlangsung.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum.

Majlis bersurai…

Anda mungkin juga menyukai