Anda di halaman 1dari 5

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti.

Kemudian, jawab soalan-soalan yang


berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Burung botak upeh atau nama saintifiknya Myceteria cinerea sedang diancam
kepupusan yang amat serius. Dahulu, burung botak upeh sering kelihatan di habitat semula
jadinya, terutamanya di kawasan hutan paya bakau. Kini, kita perlu ke Zoo Negara dan Zoo
Taiping untuk melihat dari dekat.
Terdapat pelbagai faktor utama ancaman burung botak upeh iaitu perubahan ekosistem
akibat hakisan pantai berlumpur menyebabkan burung botak upeh sukar mendapat makanan.
Selain itu, burung botak upeh dianggap sebagai ancaman kepada kolam-kolam akuakultur yang
berdekatan dengan Kuala Gula, Perak.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memelihara burung botak
upeh yang semakin berkurang bilangannya. Perhililitan dan Zoo Negara pada tahun 2007 telah
menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Botak Upeh di Kuala Gula, Perak bagi
membantu meningkatkan populasi burung ini di habitat semula jadi. Namun, kemandirian
burung botak upeh di Kawasan tersebut sangat rendah kerana kesukarannya untuk mencari
habitat yang sesuai.
Dipetik dan diubah suai daripada “ Taiping biak spesies terancam” oleh
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri, Berita Harian, 29 Mei 2020.

Bahan 2

Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku
mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang kini
terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20
daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti
akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai
dipakai pada musim sejuk.

Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat sembarangan.
Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan
jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk mendapatkan
sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa
yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan
kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

140
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud diancam kepupusan.
[2 markah]

(ii) Bahan 1 dan Bahan 2 berkaitan dengan ancaman kepada haiwan. Berdasarkan bahan
tersebut, nyatakan punca haiwan terancam dan dibunuh.
[3 markah]

(iii) Haiwan merupakan makhluk Tuhan yang harus kita pelihara.


Pada pendapat anda, kemukakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memelihara haiwan yang
terancam.
[3 markah]

(iv) Persatuan Alumni sekolah anda akan menganjurkan program pemuliharaan alam sekitar
hutan paya bakau di Taman Negara Pulau Pinang bersama-sama aktivitis alam sekitar yang
lain.

Sekiranya anda diberikan peluang sebagai penganjur program, cadangkan aktiviti- aktiviti yang
akan dilakukan sebagai usaha memelihara hutan paya bakau di kawasan tersebut.

[4 markah]
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1

Burung botak upeh atau nama saintifiknya Myceteria cinerea sedang diancam
kepupusan yang amat serius. Dahulu, burung botak upeh sering kelihatan di habitat semula
jadinya, terutamanya di kawasan hutan paya bakau. Kini, kita perlu ke Zoo Negara dan Zoo
Taiping untuk melihat dari dekat.
Terdapat pelbagai faktor utama ancaman burung botak upeh iaitu perubahan ekosistem
akibat hakisan pantai berlumpur menyebabkan burung botak upeh sukar mendapat makanan.
Selain itu, burung botak upeh dianggap sebagai ancaman kepada kolam-kolam akuakultur yang
berdekatan dengan Kuala Gula, Perak.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memelihara burung botak
upeh yang semakin berkurang bilangannya. Perhililitan dan Zoo Negara pada tahun 2007 telah
menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Botak Upeh di Kuala Gula, Perak bagi
membantu meningkatkan populasi burung ini di habitat semula jadi. Namun, kemandirian
burung botak upeh di Kawasan tersebut sangat rendah kerana kesukarannya untuk mencari
habitat yang sesuai.
Dipetik dan diubah suai daripada “ Taiping biak spesies terancam” oleh
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri, Berita Harian, 29 Mei 2020.

Bahan 2

Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku
mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang kini
terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20
daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti
akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai
dipakai pada musim sejuk.

Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat sembarangan.
Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan
jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.

Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk mendapatkan
sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa
yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan
kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

140
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud diancam kepupusan.
[2 markah]

(ii) Bahan 1 dan Bahan 2 berkaitan dengan ancaman kepada haiwan. Berdasarkan
bahan tersebut, nyatakan punca haiwan terancam dan dibunuh.
[3 markah]

(iii) Haiwan merupakan makhluk Tuhan yang harus kita pelihara.


Pada pendapat anda, kemukakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memelihara haiwan
yang terancam.
[3 markah]

(iv) Persatuan Alumni sekolah anda akan menganjurkan program pemuliharaan alam sekitar
hutan paya bakau di Taman Negara Pulau Pinang bersama-sama aktivitis alam sekitar
yang lain.

Sekiranya anda diberikan peluang sebagai penganjur program, cadangkan aktiviti- aktiviti
yang akan dilakukan sebagai usaha memelihara hutan paya bakau di kawasan tersebut.

[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai