Anda di halaman 1dari 46

Contents

PROLOG .................................................................................................................................................. 3
Pendahuluan........................................................................................................................................... 5
Disclaimer ............................................................................................................................................... 7
Peringkat Permulaan (Initial Stage) ................................................................................................... 8
Peringkat Pertengahan (Intermediate Stage) ................................................................................. 10
Peringkat Mutlak (Absolute Stage) .................................................................................................. 13
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA QUEEN CONTROL.............................................................................. 18
Suami Kurang Kredibiliti................................................................................................................... 19
Suami Terkulai .................................................................................................................................. 20
Komunikasi Fakta Vs Emosi.............................................................................................................. 22
Loss Control ...................................................................................................................................... 24
Kelemahan Menangani Konflik Rumahtangga ................................................................................ 25
Suka Cuci Mata ................................................................................................................................. 27
Suami Kurang Romantik dan Tidak Tahu Menghargai .................................................................... 28
PELAN TINDAKAN ................................................................................................................................. 33
Jadi “Alpha” ...................................................................................................................................... 34
Proaktif Dalam Memberikan Nafkah ............................................................................................... 36
Hidupkan Kembali Aura Romantik – The Power of Gift.................................................................. 38
Fahamkan betul-betul Tanggungjawab sebagai seorang Suami/Bapa .......................................... 39
Terbuka dan Rasional Dalam Menangani Masalah Rumahtangga ................................................. 40
Manfaatkan Komuniti / Forum Para Suami di sekitar Anda ........................................................... 41
Pelbagaikan Posisi Ketika Bersama ................................................................................................. 42

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


1
BAHAGIAN - 1

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


2
PROLOG

“Abang!!! Apa ni? Baju saya tak iron lagi, pinggan makan tak basuh, kunci kereta letak
merata, takkan semua benda saya nak buat? Tu, bil-bil banyak dah keluar Red Notice, bila
nak bayar? Satu lagi, minggu depan gaji abang masuk kan? Jangan lupa transfer separuh
dekat sayang. Harapkan suami, suami sendiri tak boleh harap!”

Bayangkan…

Sambil anda bawa kereta ke pejabat,


bait-bait kata isteri anda seperti di
atas berputar-putar dalam kepala.

Anda berhenti di lampu isyarat dan lihat kereta di sebelah, sepasang suami isteri sedang
berbual. Masing-masing menunjukkan riak muka yang ceria dan bersahaja. Satu persoalan
timbul di kepala.

“Kenapa isteri aku tak macam tu?”

Sedang anda khayal mengelamun…

“Pon!!! Pon…!!!” Bunyi lori dibelakang kereta anda memekakkan telinga. Tanpa berlengah
anda turunkan hand brake dan memecut laju ke pejabat.

Dah la serabut kepala belum settle lagi dengan problem isteri pagi tadi, nak pergi kerja pun
kena lagi dengan lori. Semak lah!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


3
10.00 Pagi

“Mat… Apasal aku tengok muka kau macam ayam berak kapur je? Dari pagi tadi lagi. Cuba
kau cerita sikit. Ajak pergi mancing, kau tak nak. Lepak mamak, macam-macam alasan kau
bagi.”

“Dulu kau tak macam ni Mat. Pantang di ajak, laju je kau ikut. Apa masalah kau sebenarnya
Mat?” Tegur Saiful, officemate yang anda dah kenal 10 tahun lamanya.

Dulu masa interview, anda masuk sama dengan dia. Dari bujang, sampailah ke masing-masing
dah kahwin.

“Entahlah Pul, aku nak cakap, malu pun ada juga. Tapi aku dah tak tahu dah nak buat apa.
Kau pun tahu kan, aku dah kahwin 3 tahun.” Perlahan anda mulakan story.

“Em… Ha ar. Aku perasan kau lepas kahwin yang jadi macam ni. Dulu aku tengok aktif je.
Banyak program-program group Kelisa kita buat kau join. Pergi camping la, hiking, jalan sana
sini. Sekarang jangan kata nak join, dalam group pun kau senyap je.”

“Sorry la aku tanya Mat, tapi kau dengan wife kau tu, OK ke? Aku tengok banyak je gambar-
gamabr dia post dekat IG pergi lepak dengan kawan-kawan. Tapi gambar kau satu pun takde.
Korang OK ke?” Soal Saiful lagi.

“Macam ni lah Pul, aku rasa kita dah kawan lama. Dan jujur cakap aku memang serabut
sekarang ni. Pul… Aku rasa… Em… Aku rasa Pul, aku kena Queen Control la dengan wife aku.”

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


4
Pendahuluan

Sebelum anda teruskan bacaan ini, mungkin ramai yang tak tahu apa tu Queen Control.

Wanita “Queen Control”, dia yang memerintah suami melakukan itu dan ini. Disuruh basuh
baju, masak, kemas rumah, jaga anak dan bermacam lagi. Dia juga yang mengawal segala
kewangan dan keputusan keluarga. Apabila isteri bersikap begini, ramai suami yang mula
mengeluh kerana hidup mereka seperti dikongkong dan tidak dihormati.

Dalam sesebuah rumahtangga secara lumrahnya suami akan mengemudi kapal dan menjadi
nakhoda dalam membuat sebarang keputusan.

Anda selaku suami ada authority, ada kuasa dan berhak untuk tentukan hala tuju keluarga
kecil anda.

Namun begitu, istilah Queen Control bukan lagi sesuatu perkara baru dalam masyarakat kita
hari ini. Ini ditambah lagi dengan gerakan-gerakan feminism, Women Power dan Women’s
Right dari barat.

Sedikit demi sedikit, ada sebahagian lelaki dalam masyarakat kita terasa kehilangan power,
hak membuat keputusan anda dilucutkan, anda rasa anda tak bermaya dalam rumah sendiri!
Lebih parah, semua keputusan dibuat oleh isteri anda!

Bagi mereka yang sedang berdepan masalah ini, JANGAN RISAU!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


5
Penulis akan cuba kongsikan beberapa parameter, tip dan pelan Tindakan untuk anda
berdepan dengan Wanita-wanita Queen Control ini. Penulis akan bekalkan:

1. Kategori Queen Control – Untuk anda kenal pasti isteri anda berada di tahap yang
mana
2. Faktor menyumbang kepada terjadinya Queen Control – Untuk anda audit diri anda
3. Pelan Tindakan – Untuk berdepan dan Wanita Queen Control dan Overcome mereka!

OK. Buat para suami di luar sana yang berdepan masalah Queen Control, you read here and
let me give you some advice!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


6
Disclaimer

Segala informasi dalam penulisan ini disusun, digarap dan diolah mengikut kesesuaian semasa
serta berdasarkan kajian ilmiah serta praktikal yang dilakukan.

Pihak kami tidak bertanggungjawab sepenuhnya jika timbul sebarang masalah di kemudian
hari dengan mempraktikkan sebarang tip yang dikongsikan dalam penulisan ini.

Walaupun begitu, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan


maklumat yang sahih dan berguna untuk panduan anda.

Jika anda merasakan belum cukup berani atau bersedia untuk berdepan dengan sebarang
kemungkinan yang memudaratkan diri anda, keluarga dan hal-hal lain, JANGAN sesekali
praktikkan apa yang dikongsikan di sini.

Penulis juga telah menjalankan tanggungjawab dan Langkah berjaga-jaga dengan melakukan
proses suntingan yang berkali-kali supaya tulisan ini mudah difahami, tidak mendatangkan
tekanan emosi dan sesuai untuk bacaan umum.

Kami juga menggalakkan anda untuk mendapatkan khidmat tambahan secara khusus
bersama kaunselor bertauliah sekiranya anda benar-benar berdepan dengan Wanita Queen
Control. Ini kerana setiap Wanita itu unik!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


7
Baik. Kita teruskan kepada bahagian pertama – kategori Queen Control

Peringkat Permulaan (Initial Stage)

Isteri Queen Control di peringkat permulaan biasanya boleh dikesan seawal 1-3 tahun usia
perkahwinan.

Isteri dan suami pada awalnya saling bercinta dan saling mengasihi. Pada zaman ini segala
keburukan dan kelemahan disembunyikan dengan baik.

Namun begitu, setelah berkahwin segala yang disembunyikan itu akan terbongkar!

Manakan tidak, anda dah tidur, makan, mandi bersama-sama! Pendek kata semua aktiviti nak
dibuat bersama-sama. Al-maklumlah, sebelum ni ada batas-batas yang perlu dijaga. Bila dah
halal, semua nak gasak dan dibuat tanpa perlu sembunyi-sembunyi lagi.

Waktu itu, isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat
pasangannya.

Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas
dan kerap memberi muka kepada isteri, iaitu sering tunduk kepada kemahuan si isteri.

Di samping itu, suami juga mungkin pamerkan sikap sambal lewa, kurang daya ketrampilan,
zero kebolehan memimpin mengakibatkan sang isteri kecewa dan beranggapan ada
keperluan untuk ambil langkah awal dalam membuat keputusan!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


8
Isteri sebegini dikategorikan sebagai peringkat awal Queen Control dan masih boleh dikawal.
Para suami hanya perlu melakukan perubahan-perubahan kecil dari segi perwatakan dan
cara-cara menguruskan rumah tangga.

Buat para suami yang baru menjejakkan kaki ke-alam rumahtangga, cuba selak hadis-hadis
berkaitan perkahwinan dan wanita. Antara hadis mahsyur yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah RA, yang bermaksud:

Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan
yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk
meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap
bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita

Sebelum terlambat, anda mungkin boleh mulakan dengan hadiri kursus-kursus rumahtangga
dan tahu tanggungjawab sebelum dan selepas kahwin!

Ingat! Terlalu keras mereka akan patah. Jika dibiarkan mereka akan terus bengkok!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


9
Peringkat Pertengahan (Intermediate Stage)

Isteri Queen Control peringkat pertengahan berlaku apabila si isteri suka mengawal dan
mengarah suami mengikut emosi.

Berdasarkan kajian yang dilakukan dan dibukukan dalam “Men from Mars Women from
Venus” tulisan John Gray, perempuan diibaratkan seperti ombak.

Ini kerana emosinya yang turun naik seperti pukulan


ombak. Ada ketika dia berasa seronok, gembira,
bermotivasi (digambarkan dengan gerakan ombak yang
bergerak naik).

Ada ketika pula dia berasa tidak gembira, tidak


bermotivasi, dan perasaan negatif lain yang cuba
menguasai diri mereka (digambarkan dengan gerakan
ombak yang turun menjunam).

Jadi, apabila berdepan dengan isteri sebegini, para suami haruslah bijak membaca dan
memahami “kamus hidup” isterinya.

Harus diingat, setiap Wanita memiliki definisi “kamus hidup” yang berbeza. Suami harus bijak
dalam membaca mood isteri.

Isteri sebegini memiliki sikap yang berubah-ubah dan bertindak mengikut mood tanpa
hiraukan perasaan yang dialami suami Ketika itu. Dari segi kategori, mereka dimasukkan
dalam peringkat pertengahan Queen Control!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


10
Oleh itu, sebagai suami maulana, dan nakhoda kapal berjaya, anda perlu membaca angin
badai dan bertindak bijak mengemudi kapal dikala ombak melanda. Tersilap percaturan,
karamlah kapal anda!

Suami Maulana Bijak kemudi Layar Dikala Badai Melanda!

Berdasarkan pengamatan kami, ramai suami di luar sana tak tahu dan tak faham mengapa
emosi isteri mereka tak stabil.

Cuba anda bayangkan, sedang anda lena dibuai mimpi, tiba-tiba muka anda disirami air! Mata
anda pedih. Terpisat-pisat anda lap muka anda dan rasa nak marah. Siapa yang baling air
dekat muka aku ni!

Anda buka mata dan Nampak isteri anda sedang menangis teresak-esak. Tangannya
memegang segelas cawan kosong yang digunakan untuk siram anda tadi.

“Abang tak pernah faham sayang! Kenapa abang buat sayang macam ni?!” Marah isteri anda.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


11
Anda bingung.

Anda blur. Apa yang jadi


sebenarnya ni? Dari rasa
nak marah, terus tak jadi.
Rasa pelik pula yang
datang menerjah.

Apa aku buat sampai dia marah macam tu?

OK. Mari penulis bantu dan kongsikan dengan anda, BAKAL suami-suami maulana. 10 sebab,
mengapa isteri anda sering tertekan (Dan sekaligus bawa kepada masalah Queen Control di
kemudian hari).

1) Anda banyak main Game dan kurang bantu uruskan kerja rumah.
2) Anda tak bantu uruskan dan mengasuh anak.
3) Anda lebihkan kawan-kawan dan abaikan perasaan isteri.
4) Anda tak pernah berikan isteri anda “Me Time”.
5) Keseronokkan dan kemanisan bersama anda semasa bercinta dah hilang.
6) Anda tak reti imbangkan waktu berkerja dan waktu bersama keluarga.
7) Ketrampilan anda sentiasa selekeh. Sebelum kahwin anda seorang yang smart.
8) Anda tak pernah berikan kejutan kepada dia di tempat kerja seperti suami orang lain.
9) Anda sentiasa lepas tangan atas urusan-urusan remeh seperti buang sampah.
10) Anda sentiasa lebihkan adik beradik anda. Bila dia mengadu anda tak pernah nak
dengar.

Baik. Sekarang cuba audit diri anda, ada tak anda buat perkara-perkara di atas kepada isteri anda?

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


12
Peringkat Mutlak (Absolute Stage)

Haa… Guys. Ini adalah kategori yang paling menyeramkan, mengerikan dan membimbangkan
buat para suami! Sila ambil perhatian dan analyse isteri anda!

Maya Angelou merupakan seorang aktivis dan


sasterawanita kelahiran Amerika yang terkenal.
Antara kenyataan beliau yang menarik perhatian
dunia adalah:

“How important it is for us to recognize


and celebrate our heroes and she-roes!”

Maya Angelou

Pihak barat kerap melaungkan perjuangan “hak kesamarataan” atau “Equal Right” mahupun
“Gender Equality”. Antara intipati dalam perjuangan mereka adalah semua manusia perlu
diberikan hak yang sama rata tanpa mengira jantina.

Namun begitu, ada sesetengah pihak yang terlalu ekstrimis dan melihat ada keperluan untuk
wanita perlu dan layak diberikan ruang untuk membuat keputusan penting melebihi lelaki.

Ini kerana, pada tafsiran mereka, lelaki yang ada pada hari ini tidak competent, kurang
berkelayakan, tidak berketrampilan dan tidak bertanggungjawab!

Mereka juga merasakan hak mereka selaku wanita tidak dibela dengan baik dan dinafikan
kedudukan yang sepatutnya.

Maka bertitik tolak daripada itu, lahirkan pejuang-pejuang feminisme seperti Virginia Woolf,
Emily Davison, Simone de Beovoire hingga Naomi Woof.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


13
Golongan Queen Control peringkat mutlak, biasanya datang dari kalangan mereka yang
menyokong ideologi ekstrimis, radikal dan liberal sebegini!

Di Asia, waima di Malaysia dan Indonesia


khususnya, fahaman Feminisme ini mula
mendapat tempat kalangan rakyatnya.

Perkembangan isu wanita dan tuntutan


kesamaan hak mula menjelma hanya selepas
kemerdekaan negara Malaysia pada tahun
1957.

Zaman pra-kemerdekaan melihat penglibatan wanita dan lelaki secara bersama dalam usaha
mengusir keluar penjajah British. Waktu ketika itu isu wanita yang diketengahkan hanya
berhubung pendidikan khususnya bagi kanak-kanak perempuan yang buta huruf.

Perwakilan wanita dalam arena politik pada mulanya sangatlah rendah; daripada 1% yang
mewakil di parlimen (1950-an), kepada 5.2% pada tahun 1980-an, dan 7.8% pada tahun 1990-
an.

Kini matlamat gerakan feminisme di Malaysia banyak menjurus kepada isu-isu kekeluargaan
dan kurang prihatin kepada pembanterasan keganasan dan gangguan seksual yang dihadapi
oleh kaum hawa Malaysia.

Jadi, cuba anda perhatikan apakah bahan-bahan bacaan yang isteri anda suka baca?

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


14
Apakah topik atau tajuk semasa yang gemar mereka bangkitkan dan kongsikan ketika berbual
dengan anda?

Cuba ambil tahu dan kenali Gerakan-gerakan NGO yang mereka sertai dan apakah objektif
mereka.

Tak salah ada isteri yang aktif berpersatuan. Namun, sebagai suami anda perlu kekalkan
pengaruh dan kuasa anda dalam hidup berumahtangga.

Banyakkan berbual dan berbincang secara terbuka dan berlandaskan fakta (Bukan emosi).
Kegagalan anda melakukan sedemikian membuka kepada isteri anda dengan mudah didoktrin
oleh ideologi-ideologi feminisme ini!

Lebih parah, mengubah isteri anda menjadi Queen Control di peringkat Absolute!

Golongan ini ada segelintirnya mula


mengawal tingkah laku dan
pergerakan suami secara mutlak dan
100% menjadikan suami ibarat
haiwan peliharaan.

Mereka mengharapkan suami tunduk


sahaja kepada segala kemahuan dan
kehendak mereka. Lebih malang, ada
segelintir yang sanggup melakukan
kekasaran fizikal kepada suami!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


15
BAHAGIAN - 2

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


16
Sambungan kisah Mat dan Saiful

“Em… Berat masalah kau ni Mat. Macam ni la, aku rasa aku boleh tolong kau.” Kata Saiful.

“Serius Pul? Kau nak tolong macam mana?” Balas Mat. Baginya, masalah ni kalau dapat
diselesaikan ibarat beban sebesar bukit Uhud berjaya diangkat daripada bahunya.

“Macam ni, esok kau ambil cuti. Aku bawa kau jumpa abang Salleh Yakob. Bukan pelakon tu
ya. Nama je lebih kurang. Aku rasa dia boleh tolong kau.” Jawab Saiful.

“Siapa abang Salleh ni Pul? Aku segan la. Masalah ni kalau ramai orang tahu, malu aku bro!
Macam aku tak pandai didik isteri pula.” Ujar Mat. Perasaan risau jelas terpancar.

“Abang Salleh tu, kerja dekat bangunan sebelah. Isteri ada 4 orang. Orang kata nasihat dan
ilmu rumah tangga dia best. Selalu kalua budak-budak baru nak kahwin ni, banyak jumpa dia
la. Minta nasihat.” Balas Saiful.

“OK. Aku percaya sebab kau ni member aku Pul. Kalau kau tipu aku, dan kau sebar cerita ni,
memang siap la kau aku letup!” Ugut Mat.

“Aiii… Aku nak tolong kau la ni. Dengan aku berani pulak letup-letup. Cuba kau letup bini kau
tu tengok. Apa jadi.”

Terdiam Mat. Muka mula berubah pucat dan kembali termenung panjang. Jelas, kata-kata
Saiful sedikit sebanyak buatkan ego lelaki Mat terkesan!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


17
“Adoi… Silap cakap la pula. OK macam ni. Aku minta maaf Mat. Tak niat pun nak kenekan kau
pasal masalah kau tu. Ni aku ikhlas nak tolong.” Pujuk Saiful.

“Tapi kan, cuba kau fikir balik. Masa kau mula kahwin dulu, sampai sekarang, kau tahu tak
apa punca isteri kau jadi macam tu? Penting juga tu untuk kau ambil tahu. Faktor-faktor
Queen Control ni kan banyak.” Kata Saiful.

“Aku tak rasa isteri aku tu dulu macam tu.


Sejak dua menjak ni je Pul. Dulu dia OK. Cakap
dengan aku pun lemah lembut. Kalau tak,
macam mana aku boleh cair dengan dia kan.”
Balas Mat.

“Aku ada terbaca dekat SuamiSihat.com.my


sebelum ni tentang faktor-faktor yang
menyumbang kepada queen control ni. Cuba
kau tengok E-book ni Mat.” Kata Saiful sambal
forward E-Book Cara Jadi Suami Maulana:
Panduan Step by Step kepada Mat.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA QUEEN CONTROL

Sebenarnya, kewujudan sikap queen control tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi.
Kewujudannya disebabkan beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak,
sama ada lelaki mahupun Wanita.

Penulis akan cuba kupaskan secara ringkas faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah
Queen Control!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


18
Suami Kurang Kredibiliti

Merujuk Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali berkata, tidak kira
apa zaman sekali pun memang masih wujud sikap-sikap yang dirujuk sebagai queen control.

Menurut beliau, antara faktor yang menyumbang kepada Queen Control antaranya adalah
apabila suami gagal berperanan sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri perlu mengambil
alih peranan suami sepenuhnya.

Selain itu, terdapat juga kes suami mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga
hingga mengakibatkan isteri bertindak mengawal segala tindak-tanduk suami dengan
harapan pengabaian tanggungjawab suami tidak berulang lagi

Kegagalan demi kegagalan yang dipamerkan oleh para suami yang kurang Power ini
membawa kepada mereka gagal mengawal isteri hingga membiarkan dirinya dikawal penuh
walaupun di rumah sendiri!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


19
Suami Terkulai Di Ranjang

Ya tuan-tuan. Ini perkara yang serius. Ramai yang pandang serong bila penulis tekankan bab
ini. Tetapi sedarkah kita bab intimasi & servis nafkah batin kita ni merupakan penanda aras
indeks kebahagiaan rumahtangga. Jadi soalan yang kerap ditanya adalah:

Berapa kali seks seminggu diperlukan untuk kekalkan keintiman suami isteri?

Jelas Dr. Logan Levkoff yang merupakan seorang Pakar


Seks dari New York University, sebenarnya tiada jumlah
yang normal untuk melakukan seks dalam seminggu.

Ini kerana setiap perhubungan adalah berbeza


bergantung kepada individu masing-masing.
Dr. Logan Levkoff

Dalam erti kata yang lain, istilah ‘normal’ itu sendiri perlu difahami oleh anda dan pasangan
anda.

Perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah masjid. Antara rahsia mempertahankan
ikatan suami isteri supaya kekal bahagia bukan sekadar hubungan seksual sahaja. Tetapi,
kebolehan suami beraksi juga memainkan peranan penting!

Kebahagiaan itu merangkumi banyak perkara. Bagi pasangan yang baru berkahwin, di awal
perkahwinan kekurangan diri dapat dimaafkan.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


20
Tetapi selepas beberapa tahun berkahwin kenalah cari formula bagaimana hendak
menambat hati si isteri supaya tetap menyayangi anda.

Namun begitu, apa yang berlaku hari ini adalah kegagalan suami untuk bertahan lama. Ada
yang sekadar 2 minit beraksi, dah terkulai!

Lebih malang lagi, ada yang berdepan masalah mati pucuk di usia yang amat muda!

Kelemahan seperti ini, kadang-kadang menjadi faktor menyumbang kepada masalah Queen
Control! Mereka menggunakan kelemahan anda di ranjang, untuk kawal anda secara total!

Jadi… Apa yang perlu anda lakukan?

Langkah paling awal adalah mulakan komunikasi dari hati ke hati di antara anda dan isteri
anda! Ingat, komunikasi juga sebahagian daripada langkah ikhtiar!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


21
Komunikasi Fakta Vs Emosi

Kita harus faham, bahawasanya lelaki dan perempuan sememangnya berbeza.

Adalah salah sekiranya kita mengharapkan mereka juga “mahukan apa yang kita mahukan”
dan “merasakan apa yang kita rasakan” kerana ternyata antara lelaki dan perempuan berbeza
cara berfikir dan berperasaan.

Komunikasi antara lelaki dan perempuan juga berbeza. Lelaki dan perempuan mempunyai
bahasa dan kamus tersendiri yang hanya difahami oleh mereka.

Isteri akan mula bertindak menjadi dominen apabila merasakan si suami tak pernah faham
atau cuba untuk faham kemahuan mereka. Ini boleh berlaku pada isteri yang berkejaya dan
memegang jawatan penting dalam organisasi mereka berkerja.

Sinar Harian bertarikh Januari 2019 melaporkan kemurungan dalam diri kaum Hawa
dikatakan berkait rapat dengan perubahan hormon.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


22
Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir pula memberitahu,
wanita gemar mengambil pendekatan tidak berkongsi masalah dialami, sebaliknya
memendam perasaan hingga mengalami kemurungan.

Secara psikologinya, wanita ini lemah daripada lelaki. Ini bermakna, mereka cepat terusik
emosinya jika di bawah paras tekanan.

Maka, tidak hairanlah sekiranya ada masa-masa tertentu, isteri akan bertindak mengikut
emosi dan sebagai suami, anda perlu bijak untuk membawa isteri tersebut ke perbincangan
berasaskan fakta.

Ibarat pepatah melayu lama – Ikut hati, Mati. Ikut rasa, binasa. Ikut mata, buta!

Cuba ambil masa sekitar 5 minit, perhatikan rakan-rakan wanita di pejabat anda. Pasti anda
akan melihat berbagai ragam.

Ada yang pendiam, ada yang suka bercerita, ada yang sentiasa nampak ceria dan tak kurang
juga yang kerap lekapkan headset di telinga dan kurang bertegur sapa.

Ini normal tuan-tuan. Sekali anda faham cara mereka


berkomunikasi, mudah untuk anda lakukan kerja bukan?
Begitu juga isteri anda! Cuba faham cara mreka
berkomunikasi!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


23
Loss Control

Dalam islam, kita disarankan untuk mengahwini pasangan yang sekufu ataupun setaraf. Ini
termasuklah dari aspek pendidikan, harta, agama dan lain-lain.

Tidaklah menjadi satu kesalahan jika berkahwin dengan pasangan yang tidak setaraf, tetapi
ini akan menimbulkan masalah-masalah lain.

Cuba bayangkan, anda berkerja dengan pendapatn RM 800.00 sebulan. Pasangan anda
datang daripada keluarga berharta. RM800.00 tu ibarat belanjanya ke spa untuk 1 sesi sahaja.

Maka tidak mustahil apabila ada suara-suara yang tidak enak didengar bila si isteri mula
mengungkit setiap pemberian yang diberikan dan keterpaksaan dia, sebagai isteri, untuk
menanggung hidup si suami.

“Kau ni memang jantan tak guna! Duit makan, minum, belanja kau semua aku yang bagi! Gaji
kau RM 800.00 tu, nak banding dengan aku yang RM 8000.00 ni, mana boleh! Dah! Mulai hari
ni, gaji bulan kau bagi aku urus! Nanti duit kocek kau biar aku yang atur. Faham!?”

Perit bukan? Apabila dengar isteri sendiri


kata begitu?

Buatlah pilihan yang bijak sebelum buat


keputusan untuk berkahwin. Ukur baju di
badan sendiri dulu tuan-tuan.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


24
Kelemahan Menangani Konflik Rumahtangga

Berdasarkan kajian dan dapatan yang dilakukan oleh Fadillah Ismail, Fakulti Pengurusan
Teknologi dan Perniagaan UTHM bertajuk Faktor Kerharmonian dan Keruntuhan Rumah
Tangga, faktor pengurusan konflik berada di tangga yang ke-5.

Selaku ketua keluarga, anda


memainkan peranan penting
untuk selesaikan konflik
rumahtangga.

Isteri yang bersifat Queen control


sekalipun, akan tunduk hormat
jika si suami berupaya untuk
menangani sebarang konflik Min Keseluruhan Setiap Faktor Keruntuhan Rumahtangga

keluarga.

Antara punca yang menyumbang kepada kegagalan suami menangani konflik rumah tangga
adalah tidak merujuk kaunselor/pendamai untuk selesaikan masalah, tidak menghindari sifat
ego yang melampau, tidak berusaha mengawal emosi dan tidak memujuk pasangan.

Ada juga yang menuding jari kepada jabatan agama apabila statistik perceraian membabitkan
pasangan Islam terus meningkat kerana berpandangan sistem kaunseling yang dilaksanakan
kurang berkesan sehingga tidak mampu membantu suami isteri mengubah keputusan untuk
bercerai.

Tuan-tuan, harus penulis tekankan di sini, dengan mendapatkan khidmat kaunseling bagi
menangani konflik rumahtangga, merupakan salah satu alternatif.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


25
TAPI, ianya bukan jalan mutlak yang mampu selesaikan masalah anda. Lihat komen yang
dipetik daripada temuramah akhbar Berita Harian di bawah:

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), Bukhari Md Akhir, berkata unit runding cara di jabatan agama
bertujuan membantu keluarga bermasalah menyelesaikan konflik dihadapi melalui khidmat
nasihat dan kaunseling.

Namun begitu, unit berkenaan bukan pihak yang dapat menentukan keputusan terbaik bakal
diambil oleh pasangan yang datang mendapatkan bantuan kerana perkhidmatan diberikan
lebih bersifat nasihat.

Pesan penulis untuk para suami di luar sana, sekiranya anda sedang berdepan masalah
rumahtangga, duduk dan bincanglah bersama pasangan. Kenal pasti punca. Orang putih kata
“Root cause”.

Kemudian usaha bersama untuk selesaikannya. Jika masih gagal, anda boleh dapatkan
khidmat nasihat daripada pakar kaunseling. Anda dan pasangan bebas untuk buat keputusan
yang terbaik selepas itu.

Sekali lagi, khimat kaunseling


sekadar berikan nasihat, anda
selaku ketua rumahtangga dan
isteri yang perlu ambil keputusan
dan jalan terbaik!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


26
Suka Cuci Mata

Isteri dah cantik, tapi mata masih lagi suka pandang wanita lain.

Bayangkan kalua anda sedang berjalan bersebelahan isteri dan anak-anak, tiba-tiba lalu
Wanita seksi berpakaian belah dada hingga ke hujung lurah, skirt tersingkap tinggi ke pangkal
paha. Mata anda terus tertancap dan tak berkedip-kedip.

Eh, agak-agak ada ke isteri tak kisah bab ini? Jawapannya tidak tuan-tuan.

Isteri, bila dah sayang dan berkahwin, pada mereka suami adalah milikan tunggal dan mutlak.
Tidak boleh dikongsi dan berkongsi. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan si
suami tak terlepas ke tangan perempuan lain. Ini termasuklah, transform menjadi Queen
Control!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


27
Suami Kurang Romantik dan Tidak Tahu Menghargai

Suami tak romantik, kurang sensitif dan lebih pentingkan kawan-kawan.

Jangan terkejut jika 3 faktor ini menyumbang kepada isteri Queen Control.

Seperti di awal tadi, perempuan ibarat ombak. Emosi dan perasaan mereka boleh jadi naik
dan turun dalam sekelip mata.

Ini boleh berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin melebih tempoh 5 tahun. Mungkin
di peringkat awal si isteri telah banyak bersabar dan banyak berikan peluang kepada suami!

Bayangkan, isteri anda seorang


yang berduit, tidak berkira,
semua urusan makan dan minum
anda dijaga dengan baik, belanja
harian anda tak pernah
diabaikan.

Sedangkan anda, seorang yang selekeh, tidak romantik, kerap abaikan perasaan isteri dan tak
pernah sekali pun ucapkan sebarang penghargaan sepanjang perkahwinan.

Untuk suami jenis begini, maaf, anda sedang menempah maut!

Isteri begini, apabila mereka meletus dan mengamuk, jangan terkejut mereka boleh jadi
queen control dalam sekelip mata!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


28
Segala kesenangan, kemewahan dan kemudahan yang anda miliki sejak kahwin, hilang dalam
sekelip mata! Ego anda mungkin akan dihentak dan dihenyak dalam sekelip mata. Dan apabila
mereka jadi Queen control, mereka akan terus ke kategori Mutlak (Absolute).

Baik tuan-tuan, satu soalan penulis rasa perlu dilontarkan. Bila kali terakhir tuan-tuan
hadiahkan Bunga atau coklat kepada isteri tuan?

Bila kali terakhir tuan selaku suami, order surprise gift kepada isteri tuan di pejabat dia?

Bayangkan, isteri tuan terima panggilan di pejabat yang mengatakan ada bungkusan. Dan
ianya datang dalam bentuk kejutan.

Tuan hadiahkan bunga dan coklat kepada si


isteri.

Habis kecoh pejabat isteri tuan-tuan!


Confirm! Semua kawan-kawan dia akan
berkata untung dia dapat suami macam tuan!
Romantik!

Ini strategi suami maulana! Berikan kejutan


tanpa diminta. Jadi, tunggu apa lagi?
Mulakan Langkah seawall esok! Berani?

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


29
BAHAGIAN - 3

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


30
Sambungan Kisah Mat, Saiful Bersama Abang Salleh

Keesokan harinya Saiful dan Mat bertemu dengan Abang Salleh.

Perawakkanya seperti lelaki awal 50-an, berbaju biru dan Nampak bersahaja. Nak kata
terlampau alim tu, tidaklah juga. Kelihatan bersahaja dan riak muka sentiasa tersenyum.

Usai Saiful memperkenalkan Mat kepada abang Salleh, sesi perkongsian pun bermula. Segala
yang terbuku dan terpendam habis diluahkan Mat kepada abang Salleh.

Ada masa dan Ketika, suaranya meninggi luahkan rasa marah. Ada masa sedikit teresak-esak
dan muka Mat kelihatan sugul, jelas terpancar rasa kesal dan sedih.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


31
“Begitulah ceritanya masalah saya ni abang Salleh. Saya dah tak tahu nak buat apa. Kadang-
kadang saya buntu, tak tahu dekat mana silapnya. Dulu masa mula kahwin, isteri saya tak
macam tu.” Luah Mat.

“Hmm… Besaq masalah hang ni. Tapi takpa lah. InsyaAllah kita ikhtiarkan.” Kata abang Saleh
perlahan.

“Aku ni, takda la pandai mana. Isteri 4 orang tu semua jodoh. Tapi aku kongsi mana yang aku
tau, nanti hang tengok mana yang sesuai dengan hang ya.” Sambung abang Salleh dengan
loghat utara.

“Daripada apa yang hang cerita sat tadi ni, aku rasa masalah hang ni boleh selesai. Cuma
kena practice sikit. Isteri hang tu baru peringkat permulaan nak Queen control. Paling-paling
pun baru masuk pertengahan. Takdak la teruk sangat lagi.” Ulas abang Salleh sambal
tersenyum.

“Aku ajaq ni, step-by-step. Hang kena mula pelan-pelan noh. Tak boleh skip. Hang try buat
satu-satu.” Tambah abang Salleh.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


32
PELAN TINDAKAN

Baiklah, bahagian yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Kenal pasti kategori Queen Control sudah, tahu punca


berlakunya masalah ini pun sudah. Jadi, apa yang para
suami perlu lakukan untuk TAK takut bini?

Jangan sembang “Beras kita beli” sangat kalua depan isteri masing-masing mengucing.

Teringat kisah keluarga 69 lakonan P.Ramlee. Bila kantoi, semua porak peranda. Last-last,
P.Ramlee lari tidur dekat pejabat!

Haaa… Mungkin ada dah la tu yang terbayang tragedy tidur dalam kereta, surau atau luar bilik
kan?

Jangan risau tuan-tuan, penulis cuba kongsikan tip-tip dan pelan tindakan untuk hadapi
masalah tuan ini!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


33
Jadi “Alpha” Di Ranjang

Ya suami-suami sekalian! Anda tak tersalah baca. Pelan Tindakan pertama daripada penulis
adalah berkaitan aktiviti suami isteri di ranjang!

Sebelum kita teruskan perbincangan dalam topik ini, kami mohon maaf sekiranya ada yang
kurang gemar perkara ini dibincangkan secara terbuka.

Bukan niat kami untuk mewujudkan normalisasi bercakap perkara dalam selimut di khalayak
ramai.

Namun begitu, antara percaya atau tidak, masalah ini sedikit sebanyak mempengaruhi
kebahagiaan rumah tangga dan lebih malang lagi, masih ramai lelaki di luar sana yang belum
tahu!

Jadi, lapangkan minda tuan-tuan. Positif dan teruskan membaca!

Mulakan dengan lihat kondisi diri dan kesihatan anda selaku suami.

Pergi ke klinik atau hospital dan buat Medical check up. Tengok, badan kita ni ada masalah
kesihatan atau tidak.

Ubah gaya hidup dan banyakkan aktiviti senaman untuk Kembali sihat dan cergas. Kurangkan
kegiatan merokok dan minum minuman keras ya tuan-tuan! Tak bagus untuk kesihatan dan
merencatkan tenaga batin!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


34
Bila kesihatan dijaga dengan baik dan badan pun cergas, baru boleh jadi Alpha di ranjang.
Alpha di sini, untuk buktikan pada isteri yang selaku suami kita mampu untuk menjadi
dominan di atas katil Ketika memberi nafkah batin!

Sekiranya anda selaku suami, berupaya menjadi “Alpha” di ranjang, dan buatkan isteri anda
tunduk dalam keadaan lelah, masalah Queen control nescaya sedikit sebanyak dapat diatasi!

Sebagai lelaki dan suami, anda adalah nakhoda kapal laut yang sedang belayar menuju ke
destinasi. Ia adalah tanggungjawab anda untuk mengemudi dan mengepalai setiap aspek
kehidupan dalam alam perkahwinan termasuklah hubungan seksual.

Satu soalan yang mungkin bermain di minda para suami ketika ini.

Berapa lama anda perlu perform di atas ranjang?

Menurut soal selidik yang dilakukan oleh syarikat


kondom SKYN terhadap 2,000 individu dewasa,
secara puratanya mereka mengatakan bahawa 28
minit secara keseluruhan aktiviti seks adalah waktu
yang paling ideal!

Manakala menurut soal selidik yang dilakukan oleh


syarikat alatan seks Lovehoney terhadap 4,440
individu dewasa pula, secara puratanya mereka
mengatakan bahawa 19 minit sudah memadai.

Anda berada dalam julat yang mana ya? Kredit Gambar -


https://www.imdb.com/title/tt1640515/mediaviewer/r
m3902019328/

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


35
Proaktif Dalam Memberikan Nafkah

Selesai soal kesihatan, pelan tindakan yang kedua adalah mula jadi proaktif dalam berikan
nafkah zahir mahu pun batin.

Untuk permulaan, mungkin anda akan ditolak mentah-mentah bila meminta untuk bersama
dan berikan nafkah batin.

Tapi, selaku Wanita Queen Control, itu secara tak langsung mencabar kebolehan dia untuk
cuba jadi dominan dalam rumahtangga.Sampai satu ketika, dia akan tunduk juga, kerana itu
fitrah manusia, perlukan nafkah batin.

Berdasarkan rekod dan statistic terkini, tahukah anda ada isteri yang mengadu tidak terima
nafkah batin selama 7 tahun dan terpaksa menipu suami supaya diceraikan?

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


36
Berkaitan nafkah zahir, jadilah proaktif untuk 3 bulan pertama. Berlatih dan terus berlatih.

Proaktif di sini bermaksud isteri anda Nampak usaha anda untuk mencari rezeki dan
bersungguh-sungguh berusaha untuk sediakan nafkah buat keluarga.

Anda boleh mulakan dengan ajak keluar makan, bercuti ke tempat-tempat peranginan dan
lawati kembali tempat anda honeymoon dulu.

Buatlah surprise yang isteri tak jangka. Booking hotel bilik yang sama, pesan makanan yang
sama dan ulangi kata-kata yang anda ucapkan dulu.

Cuba anda bayangkan, satu hari anda balik rumah dan cakap pada isteri.

“Sayang, nanti kemas barang ya. Esok kita nak pergi bercuti. Abang dah uruskan semua. Kesian
isteri abang penat berkerja. Minggu ni kita pergi berehat ya sayang.”

Anda tak rasa isteri anda akan melting dengan anda?

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


37
Hidupkan Kembali Aura Romantik – The Power of Gift

Kalau usaha bercuti ke tempat Honeymoon tak berhasil, jangan bimbang!

Anda boleh mulakan dengan kaedah semudah kata-kata romantik! Hadiahkan bunga, jemput
di tempat kerja, tinggalkan nota-nota kecil bertulis ungkapan sayang dan lain-lain.

Buatkan dia melihat anda berusaha ingin tawan semula hati si isteri.

Jangan terkejut, haidah coklat serendah RM 2.99 dari Lotus pun kadang-kadang boleh
buatkan isteri anda tersenyum simpul di tempat kerja.

Cubalah!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


38
Fahamkan betul-betul Tanggungjawab sebagai seorang Suami/Bapa

Ini penting.

Walau agama apa pun anda anuti, setiap agama menyarankan kita untuk hormati Wanita dan
isteri.

Belajar dan tuntutlah ilmu. Berguru dengan orang-orang yang lebih senior dan
berpengalaman.

Dalam agama Islam, kita disarankan untuk ikuti contoh Rasulullah s.a.w.

Kenalpasti tanggungjawab anda selaku suami dan bapa. Ada masa dan ketika, isteri Queen
control berkelakuan demikian kerana melihat anda tidak menjalankan tanggungjawab dengan
baik!

Mereka kerap melihat suami rakan-rakan mereka datang jemput di pejabat. Masing-masing
naiki kereta dan datang ke pejabat bersama-sama.

Anda perlu tahu, Wanita adalah makluk yang mudah cemburu!

Apa yang orang lain ada, mereka juga mahukan hal yang serupa.

Mereka mahu tampak disayangi,


dihormati dan dilayan dengan
baik. Itu satu kebanggaan kepada
mereka apabila suami sendiri
datang jemput di pejabat.

Jadi… Cuba ubah diri anda


menjadi lebih baik! Esok datang
jemput isteri anda di pejabat ya!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


39
Terbuka dan Rasional Dalam Menangani Masalah Rumahtangga

Ego… Itu penting kepada anda selaku suami dan ketua keluarga.

Namun begitu, ego yang berlebihan akan hilangkan rasa kasih dan sayang.

Maka tak hairanlah kalau isteri anda dah mula hilang rasa dan melihat diri anda tak lagi
mampu berikan kasih sayang yang mereka perlukan.

Jadi, apabila berdepan dengan masalah rumahtangga, pertama yang perlu anda lakukan
bertenang! Dan akui yang anda dan isteri sedang berdepan dengan masalah.

Cuba lihat rancangan semanis kurma, yang mana pengisiannya diberikan oleh pasangan suami
dan isteri, Ustazah Siti Nor bahyah dan suami banyak kongsikan tip komunikasi suami isteri.

Cuba tuan-tuan buka 1 video youtube dan dengar sekejap.

Mulakan dengan komunikasi yang


baik dan terbuka untuk mendengar
luahan rasa si isteri.

Ada masa dan ketika pedih dan


panas untuk didengar. Tapi, cuba
luangkan masa dan terbuka. Cari
masa yang sesuai dan baca mood
isteri untuk mulakan perbincangan.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


40
Manfaatkan Komuniti / Forum Para Suami di sekitar Anda

Antara sedar atau tidak, selain daripada membaca buku dan menonton youtube, terdapat lagi
beberapa alternatif lain yang berbentuk “Self-Help” untuk mereka yang sedang berdepan
masalah serupa.

Anda boleh manfaatkan komuniti / Forum para semua di sekitar anda!

Semestinya, jika anda tak mahu masalah anda diketahui oleh jiran-jiran, anda masih boleh
memasuki group telegram bagi mendapatkan info-info berguna serta khidmat nasihat dari
semasa ke semasa.

Antara group / channel telegram yang anda boleh sertai adalah:

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


41
Pelbagaikan Posisi “Beromen”

Bonus!

Sekali lagi penulis mohon kemaafan, kerana menggunakan perkatan yang agak berani di sini.

Tapi, para suami perlu jelas. Dalam usaha menjadi isteri terhebat dan terbaik, tak takut bini
dan dihormati, perkara sebegini anda perlu menjadi expert.

Biarlah suami yang memegang kemudi kapal ketika bersama.

Biarlah anda yang menjadi kreatif dan tunjukkan cara. Sesungguhnya isteri anda sangat
dambakan dan perlukan bimbingan anda!

Mungkin tak ramai yang tahu atau percaya, sebenarnya keseronokan dalam berhubungan
kelamin atau seks mampu mengeratkan hubungan suami isteri!

Namun begitu, secara praktikalnya tak ramai yang sudi mengolah secara terperinci atas faktor
topik sebegini ibarat TABOO kepada masyarakat, Malaysia umumnya!

Jangan terkejut, apabila sebahagian daripada aduan yang diterima oleh ahli psikologi
daripada para isteri berkaitan keruntuhan rumahtangga mereka adalah berkaitan hubungan
seksual.

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


42
Antara aduan yang diterima adalah:

a) Suami rakus dan gelojoh


b) Suami kurang kreativiti dan asyik ulang posisi yang sama selama puluhan tahun!
c) Suami lemah tenaga batin dan tak mampu penuhi keperluan batin isteri
d) Suami ibarat kayu Ketika di ranjang
e) Suami terlalu takut untuk menjadi dominan ketika berasmara

Masalah anda ini bakal dapat diatasi dengan beberapa koleksi e-book dari kami di suami sihat.
Antara bahan bacaan yang kami sediakan adalah:

Sekali lagi pesanan buat para suami maulana di luar sana, jika perlukan bahan-bahan berupada
khidmat nasihat dan tip-tip berguna, jangan tunggu lama.

Muat turun aplikasi Telegram > Search Channel Suami Sihat > Klik Join Channel!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


43
BAHAGIAN AKHIR

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


44
“Hang faham tak aku cakap ni?!” Kata abang Salleh sedikit tinggi suaranya.

“Faham… Faham bang! Terima kasih banyak. Balik nanti saya try buat semua yang abang
pesan tu.” Sahut Mat dalam keadaan separa terkejut.

“Haa… Bagus-bagus. Apa-apa pun kita ikhtiar. Ni aku nak pesan, buat apa yang aku bagitahu
tu, buat juga. Tapi doa jangan lupa! Ingat, lepas ikhtiar kita kena doa dan tawakal.” Sambung
Abang Salleh.

“Baik bang Salleh. Terima kasih banyak. Saya minta diri dulu ya.” Sambung Mat.

“OK. Aku tunggu hang update aku lepas 3 bulan ya! Jangan lupa!” Laung Abang Salleh.

-TAMAT-

Nota Jari:
Kepada semua Mat-mat yang baca buku ni…. Ya… Kau la, yang tengah baca ni. Tip dah bagi,
bila nak buat? Aku bagi hang 3 bulan. Ingat! 3 bulan ja! Praktik semua yang aku bagi tu, lepas
tu tengok hasilnya. Aku tunggu hang update aku dalam channel Telegram Suami sihat OK!

SuamiSihat – Cara Jadi Suami Maulana: Panduan Step by Step


45

Anda mungkin juga menyukai