Anda di halaman 1dari 13

KOD KURSUS:

IIQ3007 METODOLOGI DAKWAH

TAJUK:

DEFINISI DAN KONSEP METODOLOGI DAKWAH

PENSYARAH:

DR. FAKHRUL ADABI BIN ABDUL KADIR

KUMPULAN 2:

NAMA NO MATRIK
MUHAMAD KHAIRUL NAJMI BIN ZAILANI U2000386/2
MUHAMMAD DANIAL BIN ABD SAMAD U2000242/2
WAN AHMAD NAJIB BIN WAN MOHD NAZIRIN U2000149/2
MOHAMAD FIRDAUS NAIM BIN MOHD NOOR U2000117/2
MUHAMMAD AIMAN BIN JAFFAR U2000124/2
AHMAD FIKRI BIN MOHD SABRI U2000131/2

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

SESI 1 2023/2024
Isi Kandungan
Isi Kandungan ............................................................................................................. i

Pengenalan ................................................................................................................ 1

Definisi Dakwah ......................................................................................................... 2

Jenis Dakwah ............................................................................................................. 4

1.Dakwah Perseorangan ................................................................................................... 4


2.Dakwah Secara Umum ................................................................................................... 4
3.Dakwah Melalui Lisan ..................................................................................................... 5
4.Dakwah Melalui Amal ..................................................................................................... 5
5.Dakwah Melalui Penulisan.............................................................................................. 6
6.Dakwah Melalui Kebijaksanaan ...................................................................................... 6
Konsep Metodologi Dakwah ....................................................................................... 8

Kesimpulan .............................................................................................................. 10

Rujukan .................................................................................................................... 11

i
Pengenalan
Secara umumnya, asas kepada dakwah itu adalah untuk menarik atau mengajak
para manusia agar beriman dengan ajaran Islam sebagai pedoman hidup. Agama
Islam amat menekankan institusi dakwah. Setiap manusia yang diciptakan ke dunia
ini yang bergelar seorang Muslim telah diamanahkan dan dipertanggungjawab dalam
menyebarkan dakwah kepada seluruh umat manusia. Namun begitu, dakwah tersebut
akan disebar dan disampaikan dalam bentuk dan kaedah yang berbeza supaya dapat
mengikut laras pemahaman yang berbeza bagi setiap orang yang didakwah. Dakwah
juga merupakan satu proses yang tiada hentinya dan sentiasa berterusan sejak dari
zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Jika kita perhatikan ke arah perkembangan aktiviti
dakwah Islam dari dulu hingga sekarang, sesungguhnya banyak aspek yang telah
ditambah baik dari semasa ke semasa supaya mesej Islam itu dapat dibawa ke
seluruh dunia. Kecanggihan teknologi dan maklumat yang ada pada masa kini serba
sedikit telah banyak membantu dalam menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat
awam supaya mereka cakna dengan pesanan yang dibawa oleh ajaran Islam.
Sebagai contoh, penggunaan aplikasi media sosial yang sedang giat digunakan oleh
para pendakwah bagi menyebarkan dakwah mereka seperti “WhatsApp”, “Facebook”
dan “Instagram”.

Bersangkutan dengan metodologi dakwah pula, perkara ini telah banyak


memberi penyusunan yang rapi dalam menyampaikan dakwah. Kewujudan
metodologi ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi kita sebagai seorang penuntut ilmu.
Hal ini kerana, perkataan al-Manhaj Dakwah, al-Wasilah Dakwah dan Uslub Dakwah
itu telah memberi makna yang sama seperti metodologi dakwah akan tetapi
definisinya akan berubah apabila memerlukan penyesuaian yang tersendiri untuk
dipadankan dengan sasaran dakwah. Justifikasinya, secara definisinya manhaj,
wasilah, uslub dan metodologi itu mempunyai ruang lingkup yang sama apabila
dipadankan dengan kerja-kerja dakwah. Tambahan, metodologi dakwah yang dirujuk
kepada asas di dalam al-Quran telah tertumpu kepada tiga bahagian iaitu “al-dakwah
bi al-hikmah”, “al-mauizah al-hasanah” dan “al-mujadalah bi allahi hiya ahsan”.

1
Definisi Dakwah

Dakwah merupakan aktiviti yang sangat mulia yang sangat dituntut dalam
agama Islam, dimana seorang pendakwah itu menyampaikan risalah kebenaran
kepada masyarakat, dengan tujuan mengajak masyarakat ke arah amal ma’aruf dan
nahi munkar. Tugasan pendakwah bukan sekadar menyebar ilmu agama, tetapi
metodologi dakwah mereka perlu disampaikan secara bijak dan berhemah.
Berdakwah tidak boleh mementingkan beberapa golongan tetapi kepentingan semua
masyarakat sama ada berlainan kaum, umur atau agama. Dari sudut pandang inilah
profesionalisme pendakwah sangat dituntut, supaya tidak bersikap berat sebelah
serta merugikan mana-mana pihak, sama ada pihak pendakwah itu sendiri mahupun
sasaran dakwah mereka.

Kata asal dakwah berasal daripada sebuah perkataan arab ‫ يدع‬،‫ دعى‬yang
bermakna mengajak, menyeru atau memanggil. Pada dasarnya, definisi secara
bahasa bagi dakwah adalah sebuah ajakan, seruan serta panggilan kepada ajaran
Islam yang sebenar. Manakala dari segi istilah pula, terdapat banyak definisi yang
terdapat bagi menjelaskannya.

Antara penjelasan definisi istilah bagi erti kata dakwah menurut Nur, D.M (2011)
ada menyatakan daripada pandangan Syed Qutb bermakna mengajak manusia
masuk ke sabilillah (jalan Allah) dan bukannya hanya sekadar mengikuti seorang da’ie
itu ataupun sekelompok manusia secara melulu. Kedua, ada nya organisasi yang
menunaikan misi dakwah yang juga disebut sebagai tabligh. Yang terakhir pula
disebut sebagai dakwah bil harakah (dakwah secara meluas).

Memetik kenyataan Hamriani, H. M. (2013), beliau mengatakan bahawa


organisasi dakwah dapat disimpulkan sebagai sebuah aktiviti menyusun suatu pelan
dan kerangka bagi setiap usaha dakwah melalui cara menyusun serta membahagi
tugasan dakwah bagi setiap penyampai dakwah. Melalui cara dakwah di dijadikan
sebuah organisasi, ia mempunyai makna yang penting bagi dakwah kerana dengan
berdakwah secara organisasi, maka rancangan yang dirangka akan lebih mudah
dilaksanakan. Hal ini disebabkan oleh setiap tugasan telah dibahagikan kepada setiap
ahli dalam organisasi tersebut supaya setiap ahli dalam organisasi dakwah dapat
memainkan peranan masing-masing dalam usaha penyebaran dakwah. Jika tiada

2
penyusunan yang rapi dalam sebuah organisasi seperti ini maka susahlah usaha
dakwah ini dapat dijalankan.

Dakwah tidak dapat dipisahkan daripada komunikasi, kedua-dua nya saling


melangkapi satu sama lain. Tanpa komunikasi tidak dapat terjalinnya dakwah. Islam
sentiasa menggalakkan penganutnya supaya terus mengamalkan serta menyebar
luaskan dakwah Islamiyyah ini kepada seluruh umat manusia sama ada sesama
Muslim ataupun kepada orang bukan Islam. Keberkesanan suatu dakwah yang
dibawa oleh da’ie itu akan dipengaruhi oleh bagaimana mereka berkomunikasi
dengan sasaran dakwah mereka.

3
Jenis Dakwah
1.Dakwah Perseorangan
Jenis dakwah ini dilakukan secara tertutup yang mana melibatkan da’ie dengan
penerima dakwah dan tidak melibatkan beberapa kelompok.Dakwah perseorangan ini
akan lebih mudah untuk diterima para da’ie dapat memberi dakwah secara terus dari
hati ke hati yang mana dapat memberi kesedaran kepada seseorang itu.Bukan itu
sahaja jenis dakwah ini juga dapat mengelakkan daripada penerima dakwah itu malu
dengan teguran itu yang berkemungkinan kesalahan yang dilakukan itu adalah
perkara yang mengaibkan.Sebagai seorang manusia yang yang mempunyai iman dan
tanggungjawab kepada muslim yang lain untuk menyebarkan dakwah adalah penting
untuk menjaga seseorang itu daripada melakukan perkara yang dilarang.

Sesetengah orang sudah semestinya tidak menerima dakwah tersebut dalam


sebuah kelompok kerana menganggap dakwah tersebut akan mengaibkannya.Oleh
itu dakwah secara perseorangan adalah jalan terbaik untuk mereka menerima satu
nasihat yang akan meningkatkan keimanan seseorang menjadi lebih baik,sehingga
orang tesebut akan mendapatkan keridhoan Allah.Dakwah perseorangan ini secara
umumnya,dilaksanakan tanpa adanya persiapan yang rapi seperti berdakwah kepada
rakan-rakan,rakan sekerja dan ahli keluarga.

2.Dakwah Secara Umum


Jenis dakwah ini pula ialah dakwah yang dilakukan secara kelompok atau
ditujukan kepada satu kumpulan secara terbuka.Dakwa amat penting kepada semua
masyarakat kerana ia menggalakkan kepada kebaikan dan mengelakkan daripada
mendekati perkara yang haram.Kebiasannya,dakwah secara umum ini berupa
khtubah atau pidato yang mempunyai isi-isi yang padat berkaitan ajaran Islam yang
akan memberi sebuah pengaruh dan kesedaran yang meluas terhadap diri seseorang
itu.

Dakwah secara umum tertuju kepada sesiapa sahaja tidak mengira siapapun
orang itu sama ada mereka golongan bawahan atau atasan seperti raja,sultan dan
sesiapa sahaja.

4
3.Dakwah Melalui Lisan
Dakwah yang ketiga ini disampaikan dengan cara berkomunikasi langsung
antara pendakwah dan masyarakat seperti ceramah dan khutbah.Cara dakwah
dengan lisan ini perlu menggunakan suara yang lemah lembut dan makna yang jelas
kepada penerima dakwah supaya mereka dapat menerima dakwah itu dengan
ikhlas.Seseorang itu akan lebih mudah tertarik dengan cara baik untuk mengajak
mereka kepada jalan Islam seperti yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad
dalam menyampaikan dakwah yang mana baginda telah menggunakan kata-kata
yang indah dan tidak menyakiti hati sesiapa pun.Akhlak seseorang itu dapat dinilai
dengan sebuah kata-kata yang telah dari keluar mulut seseorang kerana kata-kata
yang baik menunjukkan seseorang itu mempunyai akhlak yang baik yang
melambangkan hati sesorang itu bersih.

Dakwah secara lisan bukan hanya bertujuan untuk menyampaikan informasi dan
nasihat semata-mata namun ingin merubah pendirian seseorang itu yang sering
melakukan kesalahan yang sama supaya dapat diperbetulkan.Sebagai
contoh,khutbah yang telah disampaikan adalah salah satu contoh dakwah secara
lisan yang mempunyai topik yang wujud unsur teguran yang memainkan peranan
penting untuk mengetuk hati pendengar berfikir sejauh mana mereka telah berpegang
kepada Islam.

4.Dakwah Melalui Amal


Dakwah melalui amal ini adalah dakwah yang dilakukan dengan cara
menunjukkan sesuatu perbuatan yang baik yang dapat dicontohi oleh orang
lain.Disebabkan oleh itu,setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang
melambangkan peribadi mereka sama ada ianya perbuatan yang baik atau
buruk.Perkara ini sangat penting kepada masyarakat lebih-lebih lagi kepada golongan
muda yang mudah terpengaruh dengan pelbagai tindakan yang telah dilihat oleh
mereka dalam kehidupan harian.Oleh sebab itu,pentingnya berkelakuan baik supaya
mereka dapat mengikutinya sebagai kesan kepada dakwah melalui amal.Dakwah
melalui amal cukup besar pada penerima dakwah kerana akan membawa kepada
banyak kebaikan.Contohnya Nabi Muhammad telah melakukan dakwah secara amal
apabila baginda mendirikan masjid Quba untuk mempersatukan kaum Anshar dan

5
Muhajirin dan menjauhkan persengketaan antara dua kaum tersebut.Tujuan yang
sebenar melalui dakwah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan martabat
dalam menjaga kesejahteraan masyarakat.

5.Dakwah Melalui Penulisan


Pada zaman kini dakwah semakin mudah untuk dilaksanakan kerana ianya
dapat dilakukan melalui tulisan-tulisan seperti menerbitkan kitab,majalah,artikel di
Internet ataupun tulisan yang memberi satu dakwah kepada masyarakat yang mana
ia telah menujukkan ianya satu kaedah yang penting dalam menyampaikan
dakwah.Tulisan-tulisan yang ingin didakwahkan kepada semua masyarakat mestilah
menggunakan ayat-ayat yang menarik dan mudah difahami supaya mereka dapat
menjiwai tulisan itu untuk diterapkan di dalam kehidupan.Walaupun sebuah tulisan itu
hanya mempunyai ayat yang ringkas yang mempunyai isi yang padat dan mendalam
dapat memberi pengaruh besar kepada manusia.

Walaupun sang dai’e atau penulis telah meninggal dunia,kitab atau buku yang
telah dihasilkan masih lagi dapat dibaca oleh sesiapapun.Oleh itu,sesebuah
masyarakat perlu menghargai setiap usaha dai’e yang telah menulis beberapa kita
atau apa sahaja tulisan yang berkaitan dakwah kerana ia mempunyai peranan yang
besar dalam hidup kita.

6.Dakwah Melalui Kebijaksanaan


Jenis dakwah yang terakhir ini ialah dakwah yang menggunakan kebijaksanaan
untuk menyampaikan dakwah dengan ilmu yang dimiliki.Kaedah ini selalunya telah
diguna oleh para cendekiawan yang sentiasa ingin menarik minat penerima dakwah
supaya dapat menerima nasihat itu dengan hati yang terbuka.Setiap dakwah yang
dilaksanakan dengan kebijaksanaan memberi peluang yang sangat besar untuk
menghampiri seseorang madh’u kerana mereka akan berasa selesa dengan cara kita
yang penuh hikmah dalam menyampaikan dakwah.

Dengan ini penerima dakwah akan mengubah diri mereka dengan kemahuan diri
sendiri tanpa merasa dipaksa dan tanpa ada rasa tekanan atau konflik.Jenis dakwah
ini banyak beragntung kepada ilmu yang dimiliki oleh seseorang pendakwah

6
sehinggakan dapat melaksanakan dakwah ini menggunakan kebijaksanaan yang
ada.Maka dengan makna yang lain,dakwah melalui kebijaksanaan atau dakwah bil
himah adalah suatu kaedah yang bermatlamatkan atas dasar persuasif.

7
Konsep Metodologi Dakwah
Metodologi dakwah berasal dari dua perkataan iaitu metodologi dan dakwah.
Metodologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu methodos dengan maksud cara atau
jalan yang mana perkataan tersebut juga merupakan gabungan dari dua perkataan
yang lain iaitu meta dan hodos. Meta yang bermaksud melalui dan hodos yang
bermaksud jalan atau cara. Dari Bahasa Inggeris pula, metodologi atau methodology
bermaksud ‘a way of doing anything’. Menurut kamus Merriam-Webster, “methodology
is a body of methods, rules, and postulates employed by a discipline : a particular
procedure or set of procedures”.

Abdullah Mohd Zin menyatakan bahawa “Method means a particular way of


doing something”. Dari maksud yang beliau kemukakan, boleh kita simpulkan ‘a
particular way’ merujuk kepada satu jalan atau cara yang sesuai untuk mencapai
tujuan yang diingini. Cara tertentu yang perlu dpilih agar objektif dakwah dapat dicapai
pada tahap maksimum.

Terdapat juga sarjana yang berpendapat konsep istilah metodologi berkaitan


dengan beberapa perkataan lain, seperti pendekatan, strategi, metod, dan teknik,
manakala dalam bahasa Arab pula dikenali sebagai nahīyah, manhaj, uslūb, thāriqah,
syāhilah.

Dalam konteks dakwah, penggunaan perkataan ini lazimnya dikaitkan dengan


istilah khusus iaitu dalam metode dakwah yang diertikan sebagai cara atau jalan yang
dilakukan oleh para pendakwah dalam menyempurnakan misi dakwah ajaran Islam
melalui strategi-strategi tertentu.

Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan cara untuk mendakwah adalah untuk
mendorong orang ke arah Islam. Dalam Surah An-Nahl ayat 125, Allah berfirman:

َ ‫س َن ِة ۖ َو َج ٰـد ِْلهم ِبٱلَّ ِتى ِه‬


َ ْ‫ى أَح‬
‫سن ۚ ِإ َّن‬ َ ‫ظ ِة ٱ ْل َح‬
َ ‫س ِبي ِل َر ِبكَ ِبٱ ْل ِح ْك َم ِة َوٱ ْل َم ْو ِع‬
َ ‫ٱدْع ِإلَ ٰى‬
َ‫س ِبي ِل ِهۦ ۖ َوه َو أ َ ْع َلم ِبٱ ْلم ْهتَدِين‬ َ ‫عن‬ َ ‫ض َّل‬ َ ‫َربَّكَ ه َو أ َ ْعلَم ِب َمن‬
Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah
dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara
yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa

8
yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang
mendapat petunjuk.”

Menurut Sayyid Qutb, Al-Quran telah mengemukakan beberapa prinsip umum


dalam metodologi dakwah. Antara prinsip yang dimaksudkan ialah prinsip dakwah
dengan bijaksana dan kearifan (bi al-bikmah), dakwah dengan nasehat yang baik (bi
al-mau'izhat al-hasanah), dakwah dengan dialog yang baik (bi al-jadal al-husna), dan
dakwah dengan pembalasan berimbang (mu'aqabat bi al-mits). Ibn Kathir
mentafsirkan hikmah sebagai apa yang Allah turunkan kepada para Rasul, manakala
al-mauizah al-hasanah merujuk kepada pengajaran dan peringatan untuk semua
orang,

Menurut Fadlullah, beliau menyatakan metodologi dakwah yang terdapat di


dalam Surah An-Nahl ayat 125 telah menjadi pedoman atau panduan utama para
Rasul dan langkah tersebut, diikuti oleh pendakwah selepas mereka. Terdapat banyak
Hadis Nabi yang berkisarkan tentang metodologi dakwah iaitu:

َ ‫ َو َحدِثوا‬،ً‫ع ِني َولَ ْو آ َية‬


‫ع ْن َب ِني‬ َ ‫ي صلى هللا عليه وسلم قَا َل " َب ِلغوا‬ َّ ‫أ َ َّن ال َّن ِب‬
ِ ‫ى متَ َع ِمدًا فَ ْل َيتَ َب َّوأْ َم ْق َع َده ِمنَ ال َّن‬
."‫ار‬ َّ َ‫عل‬ َ َ‫ َو َم ْن َكذ‬،‫ِإس َْرا ِئي َل َوالَ َح َر َج‬
َ ‫ب‬
Maksudnya: Sampaikan dari aku kepada sesiapa walaupun satu ayat
dan beritahulah sesiapa mengenai keburukan Bani Israil tanpa rasa
berat, barangsiapa membohongi ke atas aku dengan sengaja maka
bersedialah untuk masuk neraka.

Metodologi dakwah adalah suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip
yang digunakan dalam menyampaikan dakwah. Metodologi dakwah yang tepat akan
dapat meningkatkan keberhasilan dakwah dalam mencapai tujuannya. Dalam Islam,
metodologi dakwah telah dicontohkan oleh Rasulullah saw. Beliau menggunakan
berbagai macam metode dakwah, sesuai dengan situasi dan kondisi yang dihadapi.
Dalam era globalisasi saat ini, metodologi dakwah harus disesuaikan dengan
perkembangan zaman. Dakwah tidak hanya dilakukan secara konvensional, tetapi
juga dapat dilakukan melalui media elektronik dan media sosial. Dengan
menggunakan metodologi dakwah yang tepat, diharapkan dakwah dapat mencapai
tujuannya, yaitu menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia.

9
Kesimpulan
Secara konklusinya, dakwah merupakan satu elemen aktiviti yang sangat
penting dalam agama Islam. Ia melibatkan penyampaian risalah kebenaran kepada
masyarakat dengan tujuan menyeru mereka ke arah amal ma’aruf dan nahi munkar.
Setiap individu muslim bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah tidak kira
kepada bukan islam mahupun islam. Metodologi dalam meyampaikan dakwah
memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan apa yang kita sampaikan
akan diterima ataupun ditolak. Terdapat pelbagai metod melibatkan penggunaan
berbagai kaedah, prinsip, dan strategi yang sesuai dengan situasi yang dihadapi.
Rasulullah SAW telah menunjukkan pelbagai contoh untuk kita jadikan panduan
dalam menyebarkan dakwah bagi memastikan dakwah yang disebarkan adalah
berkualiti dan efektif. Komunikasi yang digunakan oleh pendakwah mestilah secara
profesional suapaya mudah diterima oleh masyarakat. Dakwah yang baik
memerlukan pemahaman yang mendalam tentang ajaran Islam, kepekaan terhadap
keperluan masyarakat, dan kemampuan untuk menyampaikan pesan dengan cara
yang relevan dan memotivasi. Oleh itu, sebagai pendakwah kita mestilah sentiasa
memperbaiki cara kita menyampaikan dakwah supaya mudah diterima oleh
masyarakat di sekeliling. Akhir sekali, dalam menyampaikan dakwah, hendaklah
seseorang itu menyampaikan dengan ikhlas niat kerana Allah SWT. Hal ini kerana
pada zaman sekarang terlalu ramai pendakwah yang hanya mengejarkan nama dan
isi dunia semata-mata. Perkara seperti ni hendaklah dijauhkan.

10
Rujukan

Rosidah, R. (2015). DEFINISI DAKWAH ISLAMIYYAH DITINJAU DARI


PERSPEKTIF KONSEP KOMUNIKASI KONVERGENSI KATHERINE MILLER.
QATHRUNÂ, 2(02), 155-178.

Nur, D. M. (2011). Dakwah Teori, Definisi dan Macamnya. Wardah, 12(2), 135-141.

Hamriani, H. M. (2013). Organisasi dalam manajemen dakwah. Jurnal Dakwah


Tabligh, 14(2), 239-249.

Hendra, T. (2018). Profesionalisme Dakwah Dalam Pemberdayaan Masyarakat.


Jurnal At-Taghyir: Jurnal Dakwah Dan Pengembangan Masyarakat Desa, 1(1),
1-10.

Muhamad Bisri Mustofa. (2020, August 27). Analisis Dakwah Multikuktural KH.
Ahmad Mustofa Bisri Rembang (Konsep dan Metode Dakwah). Mau’idhoh
Hasanah : Jurnal Dakwah Dan Ilmu Komunikasi, 2(1), 1–9.
https://doi.org/10.47902/mauidhoh.v2i1.77

Esa, M., Abdullah, A. A., Deuraseh, N., & Redzuan, M. (2018, September 13).
Implementasi Konsep Pengurusan Dakwah Satu Tinjauan Awal Di Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sains Insani, 2(2), 10–19.
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no2.32

11

Anda mungkin juga menyukai