: :
No Matriks: Refleksi Kerja Kursus Pandu Puteri Kadet Dalam kerja kursus pendek badan beruniform ini, saya telah mempelajari mendedahkan pelbagai informasi tentang Pandu Puteri Kadet. Pengetahuan yang berkaitan adalah penting kepada saya sebagai seorang ahli Pandu Puteri. Saya akan menjadi pemimpin dan guru penasihat Pandu Puteri di sekolah pada masa akan datang. Pengetahuan yang telah dipelajari membolehkan saya berfikiran luas dan mantap dalam proses pelaksanaan kerja kursus ini. Saya dapat bersiap sedia menerima cabaran yang akan dihadapi pada masa depan. Selain itu, saya melakukan persediaan yang baik untuk melengkap kerja kursus ini. Saya telah melayari Internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang Pandu Puteri. Banyak ilmu telah diperolehi dan pemahanan tentang latar belakang Pandu Puteri lebih mendalam. Badan beruniform ini adalah sangat menarik dan bersistematik. Aktiviti Pandu Puteri membolehkan berasa gembira dalam penyertaan dan disiplin kendiri telah dilatih. Secara kesimpulan, kerja kursus pendek ini telah memanfaatkan saya Saya memahami sejarah Pandu Puteri Kadet dunia dan Malaysia dengan lebih lanjut. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan saya yang telah banyak memberi bimbingan saya untuk menjayakan kerja kursus pendek ini.
Nama No IC
: :
No Matriks: Refleksi Perkhemahan Pandu Puteri Kadet Perkhemahan kali ini diadakan di Pulakor, Sungai Petani, Kedah. Perkhemahan kali ini disertai semua ahli. Saya telah dilatih untuk mendirikan khemah penempatan kumpulan Pandu Puteri. Pembinaan khemah merupakan satu pengalaman yang bagus. Semua Pandu Puteri Kadet berkerjasama membersihkan tapak perkhemahan agar tempat yang ditinggal adalah selamat dan tiada sebarang kemalangan berlaku sepanjang perkhemahan. Pelbagai kursus pendek diadakan sepanjang perkhemahan,. Kami menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Pandu Puteri dalam kursus-kursus ini. Saya telah belajar ikatan pengakap, lagu-lagu Pandu Puteri, sorakan, isyarat-isyarat penting dan banyak permainan kecil. Kami juga ada pertandinga membina gadjet antara kumpulan. Kumpulan saya bersemangat tinggi dalam membina banyak jenis gadjet yang berlainan sehingga lewat malam. Kumpulan saya telah mendapat tempat pertama dalam aktiviti tersebut. Saya berasa gembira dan letih dalam pengalaman membina gadjet. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat, kalian AJK, senior-senior yang bertungkus-lumus dalam penyediaan aktiviti berikut, dan semua rakan seperjuangan. Sekian, terima kasih.