三小karangan 复习

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2
13/11 (Mon) Ulang kaji Penulisan tahun 5 ' Laporan Program Sayangi Bumi (Pada 19 hingga 23 Jun 2023,SJKC Bafnansara telah mengadakan Program Sayangi Bumi)Program ini dirasmikan oleh Guru Besar,Encik Tan Poh Teng di Dewan Cendekia. (Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar) Alam sekitar merupakan khazanah yang amat berharga,) Oleh itu, setiap individu bertanggungjawab untuk memulihara dan memelihara alam sekitar Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti pertandingan syarahan dan pertandingan keceriaan kelas. Para peserta pertandingan menyampaikan syarahan yang bertemakan alam sekitar. Murid-murid turut bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas. Selain itu, aktiviti kitar semula dan aktiviti menanam pokok juga diadakan. Aktiviti-aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Warga sekolah membawa barangan kitar semula ke sekolah. Mereka juga membawa anak pokok untuk ditanam di kawasan sekolah. Program ini memberikan impak yang luar biasa kepada murid. Diharapkan program seumpama ini akan terus diadakan setiap tahun. Scanned with CamScanner 16/11 (Thu) Program Lestari Hijau di Taman Sejahtera Penduduk di Taman Sejahtera menyambut baik Program Lestari Hijau yang diadakan di taman perumahan mereka. Program itu diadakan bagi mendidik para penduduk menyayangi dan memellihara alam sekitar, Antara aktiviti yang dilakukan ialah menanam pokok sayur-sayuran di kawasan rumah. Pokok sayur-sayuran ini dapat menghijaukan kawasan rumah di samping dapat dimakan oleh penghuninya. Selain itu, para penduduk telah menyambut baik saranan agar mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula. Bahan terbuang ini dikitar semula supaya pencemaran dapat dikurangkan. Di samping itu, kebanyakan penduduk telah membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan di kedai. Hal ini telah mengurangkan penggunaan bekas plastik dan beg plastik. Program Lestari Hijau yang diadakan berjaya meningkatkan kesedaran penduduk taman tentang kepentingan alam sekitar. Semoga usaha ini akan diteruskan agar alam sekitar di Taman Sejahtera sentiasa terjaga. Scanned with CamScanner

Anda mungkin juga menyukai