Anda di halaman 1dari 18

Ciri-Ciri Guru Cemerlang

Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu: 1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas. 2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan. Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif Berakhlak mulia Adil Bertimbang rasa Amanah Bertanggung jawab Kreatif Inovatif Kemas Sikap sedia berkongsi Bersikap terbuka Berpemikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu Berkebolehan menyelesaikan masalah Membuat keputusan yang rasional serta objektif Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra. Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel. Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.

5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil Sabar Tegas Konsep kendiri positif Kesungguhan Mesra Prihatin Kerjasama Menepati masa Bertanggung jawab Berakhlak mulia Kecindan (unsur jenaka)

Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri


Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan Cemerlang
"If they aren't learning...then you aren't teaching." ~ Anon Pendahuluan Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan 'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen (committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul dan tepat.

Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti. Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap). Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal. Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task' merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar. Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire). Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkaraperkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkahlaku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi dengan jayanya. Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Guru Berkesan Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut: Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. Kaya ilmu. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja. Bermoral teguh. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu). Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah. Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang? Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau menyatakan bahawa; Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat . Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi. Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarapperkara kembali kepada keadaan asalnya. Mengubah Diri Mengubah Sikap Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya." Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu

tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah: Jadilah Proaktif (Be Proactive) Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in Mind) Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan adalah: Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win) Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be understood) Sinergi (Synergize) Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw) Memenangi Peribadi Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif dan kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik dan harmonis. Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (selfawareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan 'kebebasan memilih' inilah pula manusia sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedardiri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman (suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh. Ciri kedua memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau pun 'su'ul khatimah'. Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama (Put First Things First) yang maksudnya kita mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain.

Pendidikan Cemerlang Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit. Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya. Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar). Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata; "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya, seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak, segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai." Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan; a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar; b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian; c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamatmatlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua. Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP) Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah dibasmi dan dielakkan: Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota; Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang; Sikap tidak cakna; Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa'; Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau; Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan; Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan; Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan; Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan memasuki kumpulan yang menolak perubahan. Menempa Kejayaan

Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat dari sebelumnya dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya. Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras di samping membuat perubahan pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif. Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin dalam hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan. Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different next time." Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act). Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat, atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu. Do (Buat) : Semua yang telah dirancang mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan dan kemerosotan. Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan; penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak dengan teliti dan rapi seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak Komprehensif yang melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah.

Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya, cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia atau sistem dan prosedur atau tidak jelas bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal. Penutup Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat. Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah, dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan kelemahan. Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi. Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut; " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul."

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut: - Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik. - Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidangbidang teknologi maklumat dan komunikasi. - Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. - Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi. - Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah. - Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru

yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri yang berikut dari segi kualiti: Peribadi: Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik. Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ternologi maklumat dan komunikasi. Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

Menurut kajian Md Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang : Personaliti dan Kemahiran, terdapat lima aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :

kecemerlangan peribadi (nilai kendiri yang positif, berakhlak mulia, adil, bertimbang rasa, amanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, kemas, sedia berkongsi, bersikap terbuka dan berfikiran positif)

kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran (mengamalkan budaya ilmu, berkebolehan menyelesaikan masalah, membuat keputusan yang rasional dan sebagai pakar rujuk) kecemerlangan komunikasi (kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan, memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya, berkeupayaan memelihara hubungan mesra, menghormati semua ahli masyarakat sekolah)

kecemerlangan potensi (keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum, penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus profesional, seminar, bengkel dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran)

personaliti unggul (adil, sabar, tegas, konsep kendiri positif, kesungguhan, mesra, prihatin, kerjasama, menepati masa, bertanggungjawab, berakhlak mulia,kecindan)

Ciri-ciri guru yang cemerlang pula dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu ciri-ciri personaliti (menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan dan tegas) dan aspek kemahiran pedagogi seperti komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang), kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Guru yang mempunyai personaliti yang seimbang mempunyai ciri-ciri berikut : Ramah Guru yang peramah dan mudah dihampiri akan dapat membina perhubungan yang mesra dengan kanak-kanak.

Adil

Guru yang adil tidak mengamalkan pilih kasih di kalangan pelajar-pelajarnya. Sifat ini membolehkan guru menjalankan pemeriksaan latihan dan penilaian tugasan pelajarpelajar secara objektif.

Fleksibel Guru yang mudah lentur sifatnya berupaya mengubah bahan pengajaran mengikut keupayaan dan keperluan pelajar. Ini akan menjadikan pembelajaran yang fleksibel.

Tegas Ketegasan guru penting kerana dia juga berperanan sebagai pendisiplin.

Gemar berjenaka Guru yang gemar berjenaka pasti akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang riang, tenang dan menyeronokkan.

Utuh Keutuhan merujuk kepada ketekalan tingkahlaku seseorang guru. Guru seperti ini adalah jujur dan boleh dipercayai.

Berdedikasi Guru yang berdedikasi pasti akan menjalankan seberapa cekap yang mungkin. Dia akan mengutamakan kebajikan pelajar lebih daripada dirinya sendiri. Peka Guru yang berkesan hendaklah peka terhadap minat, kebolehan pelajarnya. serta keperluan

Inovatif Guru yang inovatif sentiasa memperkenalkan sesuatu strategi pengajaran yang baru.

Berwibawa Seorang guru yang berwibawa dapat memastikan segala aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah dapat dirancang dan dilaksanakan mengikut objektif yang ditentukan.

Bermoral Guru hendaklah mempunyai tahap kemoralan yang tinggi agar boleh dicontohi oleh pelajar seperti seperti menepati masa, kemas, rajin dan sebagainya.

Toleran Guru hendaklah bertoleransi dengan pelbagai watak pelajar di dalam kelasnya.

Guru yang cemerlang pula mempunyai ciri-ciri yang berikut : Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. Komitmen yang menyeluruh. Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan. Sebagai satu idola kepada pelajar. Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.

. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. 2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada muridmurid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya. 3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan muridmuridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna. 5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas. 6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan

Kejayaan seseorang guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid tidaklah semata-mata bergantung kepada kemahiran menggunakan teknik dan kaedah pengajaran yang pelbagai sahaja. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah juga berkait rapat dengan kefahaman guru tentang peranan mereka yang sebenar, personaliti, keperibadian, kewibaan dan kesungguhan yang ditonjolkan, kebijaksanaan menawan hati budi murid, sifat pengorbanan dan keikhlasan, di samping perancangan yang teliti dan menyeluruh. Pemantauan dan penyeliaan yang berterusan serta melakukan refleksi bagi tujuan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan merupakan usaha-usaha dilakukan semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Kajian tindakan atau soal selidik boleh dilakukan oleh guru sebagai asas untuk tindakan yang lebih berkesan ke arah peningkatan prestasi murid. Perkongsian bijak dengan rakan-rakan panitia juga salah satu langkah ke arah memeperkasakan pengajaran dan dan pembelajaran. Bagi melaksanakan tugas yang mencabar ini, guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika usaha-usaha yang dijalankan menemui kegagalan. Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi. Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. InsyaAllah dengan doa dan harapan, usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua.

Personaliti guru a. Kajian oleh Anderson (1959) dan Boynton (1934) mengatakan kanak-kanak lebih selesa belajar dengan guru yang lemah lembut dan penyayang. Ryans (1960) mengatakan guru pemaaf, berbincang tentang kesalahan murid, bukan menghukum mereka, menerima idea murid tanpa syarat menjadikan murid belajar dengan mudah dan tenang. Conin dan Gymp (1961) mengatakan murid yang mempunyai masalah disiplin dan suka bergaduh adalah disebabkan oleh guru yang selalu memberi hukuman kepada

murid yang melakukan kesalahan disiplin. Guru yang suka menghukum menyebabkan murid hilang rasa kasih sayang kepada sekolah manakala guru yang pemaaf, lemah lembut dan mempunyai kasih sayang kepada murid menyebabkan mereka menyayangi sekolah dan meningkatkan prestasi akademik. Witty (1967) telah menyenaraikan sifat-sifat guru yang disenangi murid: i. Suka membantu ii. Demokratik iii. Lemah-lembut iv. Memahami perbezaan individu v. Sabar vi. Prihatin vii. Suka berjenaka viii. Adil dan tidak memihak ix. Tetap pendirian x. Prihatin terhadap masalah murid xi. Fleksibiliti xii. Memberi ganjaran positif xiii. Mempunyai kompetensi super di dalam bidangnya. 3. Semangat guru: Kajian yang dilakukan oleh Mastin (1973), Rosenshine dan Furst (1973) mendapati bahawa semangat guru ketika melakukan proses pengajaran memberi kesan positif kepada penguasaan murid. Murid lebih mudah mengikut pengajaran guru yang melakukan aktiviti dengan semangat berbanding guru yang hanya melakukan syarahan atau meminta murid menyalin nota daripada papan tulis atau buku teks. 4. Unsur kemanusiaan: Guru yang bersifat kemanusiaan adalah guru yang lemah lembut dengan murid dan memahami masalah murid. Guru manusia adalah guru yang tidak mengambil tindakan terhadap murid sekiranya murid melakukan kesilapan disiplin. Sebaliknya guru manusia akan mencari punca murid melakukan kesalahan dan menyelesaikan masalah tersebut. Guru manusia adalah guru yang bertanya masalah murid kenapa murid tersebut lewat datang ke sekolah. Guru manusia juga tidak akan mendenda murid yang tidak membawa buku teks, atau gagal menyiapkan kerja rumah. Guru manusia akan membimbing murid untuk menyiapkan tugasan beliau dan meminta murid berkongsi buku sekiranya terlupa membawa buku teks. Kajian yang dilakukan oleh Morse (1961) menyatakan bahawa murid memerlukan guru untuk membimbing mereka ketika mereka melakukan kesilapan.

Guru idaman saya seharusnya mempunyai pertama, sifat yang lemahlembut. Ini kerana saya amat tidak gemar sekali akan guru yang amat garang kerana mereka sering meninggikan suara mereka itu dan apabila mereka sedang naik angin, mereka pasti akan berceloteh panjang lebar seperti nenek tua. Ini membuatkan saya tidak selesa akan sifatnya itu. Sebaliknya, saya amat menyukai jikalau mereka mempunyai sifat yang lemah-lembut. Ini kerana mereka akan menyampaikan pengajaran mereka dengan sopan-santun sekali sehinggakan pada suatu hari, saya amat tertarik sekali dengan cara mereka menyampaikan pengajaran mereka itu. Contoh-contohnya itu termasuk apabila mereka menyampaikan pengajaran

mereka itu, timbullah perasaan gembira dan tertarik di dalam lubuk hati saya kerana sifatnya yang lemah-lembut itu yang membuatkan saya memahami akan pengajarannya itu. Kedua, mereka juga harus mempunyai sifat yang rajin di dalam diri mereka itu. Ini kerana mereka seharusnya membuat persiapan mereka itu sebelum mereka mengajar dengan menyiapkan jadual pengajaran mereka itu sebelum mereka memasuki ke kelas. Bukan itu sahaja, mereka juga seharusnya menyiapkan dan memberikan kertas kerja untuk muridmuridnya itu. Sebagai seorang guru, mereka amat wajib sekali untuk melakukan itu semua kerana perkara itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka sebagai guru. Contoh-contohnya itu termasuk apabila murid-muridnya sedang khusyuk mendengar penerangan dan penjelasan guru itu, mereka boleh mengedarkan nota-nota yang mereka telah sediakan lebih awal lagi kepada murid-muridnya itu. Dengan cara itu, murid-muridnya dapat memahami lebih mendalam dan lanjut lagi apabila guru itu membuat penerangan dan penjelasan kepada mereka itu. Ketiga, mereka juga harus mempunyai sifat bertanggungjawab di dalam diri mereka itu. Ini kerana sebagai guru yang amat prihatin kepada muridmuridnya itu, mereka seharusnya bertanggungjawab terhadap keselamatan dan perangai terhadap setiap individu murid-muridnya itu. Keprihatinan mereka itu juga terletak di tangan murid-muridnya itu kerana mereka berjumpa mereka hampir setiap masa dan setiap hari. Justeru itu, mereka banyak meluangkan masa mereka dengan murid-muridnya itu daripada ibu bapa mereka. Contoh-contohnya itu termasuk apabila murid-muridnya tidak hadir pada hari tersebut di sekolah, itu adalah tanggungjawab seorang guru untuk menghubungi murid-muridnya itu dan bertanyakan tentang tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Keempat, mereka juga harus mempunyai sifat baik hati. Ini kerana pada anggapan saya, mereka juga memainkan peranan sebagai kawan kita kerana mereka sudi meluangkan masa mereka mendengar kesedihan dan luahan isi hati murid-muridnya itu. Merka juga tidak berasa bosan mendengar luahan isi hati mereka itu kerana mereka mengetahui bahawa murid-muridnya memerlukan seseorang untuk memberikan dan membangkitkan semangat mereka itu untuk terus yakin akan dirinya itu.

Contoh-contohnya itu termasuk apabila murid-muridnya hilang semangat akan pelajarannya itu atau mereka berasa hiba dengan masalah yang sedang membelenggu di dalam otak fikiran yang kusutnya itu. Justeru itu, mereka dapat meluangkan masa mereka berbual-bual dengan muridmuridnya itu supaya mereka dapat mewujudkan lagi semangat untuk terus berjuang di dalam kehidupan mereka itu. Mereka juga boleh memberikan kata kata hikmah dan nasihat tentang masalah mereka itu.

Anda mungkin juga menyukai