Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA

RAMADAN SK NENASI 2023

Bismillahhirrahmannirrahim……
1. Yang berbahagia Tuan Guru Besar Sk Nenasi, Encik Fardlie bin Zakirai @ Zakaria
2. Yang dihormati Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zurainy bt Awi.
3. Yang dihormati Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Abdull Latif bin Abdullah
3. Yang dihormati Setiausaha Hal Ehwal Murid, Encik Wan Rozani bin Wan Ismail.
4. Yang berusaha Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam, Puan Norma bt Musa
5. Guru-guru
6. Barisan AKP dan staff sekolah serta
7. Semua murid yang dihormati sekalian,

Assalamulaikum W.B.T.

Hadirin-hadirat yang dirahmati allah sekelian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana
dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk kita
bersama-sama menjayakan majlis khatam al-quran dan penutupan ihya’ ramadhan Sekolah
Kebangsaan Nenasi.

Bacaan doa pembuka majlis

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis mempersilakan Adik Ubaidullah bin Mohd Anwarudin
untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Ubaidullah atas bacaan doa itu tadi.

Bacaan khatam al-quran

Warga Dewan Al- Ghazali yang di rahmati sekalian,


Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengan majlis khatam al-quran. Justeru majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan adik Ubaidullah bin Mohd Anwarudin bagi
mengetuai bacaan khatam al-quran dengan diiringi oleh Ustaz Mohd Tarmizi bin Che Abdul Rani.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

………………Bacaan khatam al-quran


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Tarmizi bin
Che Abdul Rani atas penyempurnaan majlis khatam al-quran secara beramai-ramai sebentar tadi.
Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa membaca satu huruf dari Al-Quran, maka ia mendapat satu
kebaikkan dan satu kebaikkan sama dengan sepuluh kali ganda. Amatlah rugi jika kita tidak merebut
peluang yang datang pada bulan ramadhan ini, insya Allah.

Ucapan Guru Besar

Hadirin-hadirat sekelian,

Majlis pada pagi ini adalah majlis khatam Al-Quran dan penutupan program ihya’ ramadhan 2023.
Buat pengetahuan hadirin program ihya’ ramadhan telah bermula sepanjang bulan ramadhan 2023 ini
dan telah hampir ke penghujungnya.
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam
Justeru marilah kita sama-sama mendengarkan ucapan perasmian penutup Program Ihya Ramadan SK
Nenasi 2023 yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Fardlie bin Zakirai@Zakaria.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tuan Guru Besar diminta untuk terus kekal berada di atas pentas bagi upacara penyampaian
cenderahati kepada semua peserta khatam.

Dipersilakan peserta khatam murid lelaki terlebih dahulu untuk menerima cenderahati diikuti oleh
peserta daripada kalangan murid perempuan.

Terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas kesudian menyampaikan cenderahati peserta khatam
sebentar tadi.

Penyampaian hadiah

Hadirin warga dewan Al-Ghazali yang dihormati sekelian,

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang
telah dijalankan sepanjang program ihya’ ramadhan 2023.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Penolong
Kanan Pentadbiran Puan Zurainy binti Awi bagi menyempurnakan penyampaian hadiah. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan
Majlis mengumumkan keputusan pertandingan yang pertama iaitu pertandingan
Mewarna bagi murid tahun 1. (rujuk lampiran)

Terima kasih buat Puan Zurainy atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi

Penyampaian bantuan anak yatim dan fakir miskin.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bantuan anak yatim dan fakir miskin. Majlis dengan ini
mempersilakan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Abdul Latiff bin Abdullah untuk
menyempurnakan penyerahan bantuan tersebut.

Penerima pertama bantuan anak yatim dan fakir miskin ialah …… (rujuk lampiran)

Terima kasih buat Encik Abdul Latiff atas kesudian menyampaikan bantuan sebentar tadi.

Majlis Penutupan Ihya Ramadan dan Khatam Al-Quran berakhir di sini. Segala yang baik itu
datangnya daripada Allah s.w.t dan yang tidak itu adalah kelemahan kami sendiri. Sekian terima
kasih. Kami menyerahkan mikrofon ini kepada Puan Ainil Fatieha bt Abdul Razak untuk agenda
seterusnya.

Sesi santai.

Karaoke and etc.

Penyampaian duit raya dan Bersalam-salaman


Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, eloklah kiranya kita bermaaf-maafan
antara satu sama lain. Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan silaturrahim
kekeluargaan antara kita.

Rasullullah saw pernah bersabda, siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya
dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali sillaturrahim

Sehubungan dengan itu diminta guru lelaki untuk berbaris di sebelah kanan dewan dan guru wanita
disebelah kiri dewan bagi memudahkan murid-murid bersalaman dengan kalian. Dipersilakan

Semua murid bolehlah berbaris dan bersalaman dengan semua guru anda. Di ingatkan juga kepada
semua murid, anda dibenarkan bersalaman hanya kepada yang muhrim anda sahaja. Dipersilakan

Anda mungkin juga menyukai