Anda di halaman 1dari 17

Perancangan Strategik

Perancangan Taktikal 1

Pelan Operasi

Teras: Memperkasakan sekolah kebangsaan Matlamat : Semua sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan Fokus: Peningkatan Prestasi akademik Sekolah Kebangsaan Isu utama: Prestasi Pencapaian akademik masih kurang cemerlang Strategi: Mencemerlangkan prestasi pencapaian akademik 1. Program Peningkatan Prestasi Matematik UPSR Pelaksana : Guru Besar, semua PK, Ketua Panitia & semua guru Matematik Indikator pencapaian: Murid boleh lulus sekurang-kurangnya 84.7 % dalam mata pelajaran Matematik dalam UPSR 2010

Nama Projek : Program Memantapkan Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah Objektif : i. Meningkatkan prestasi Matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 ii. Memantapkan pengetahuan dan ilmu Matematik di kalangan guru. ii. Menanam minat pelajar untuk belajar matapelajaran Matematik iii.Memastikan Panitia Matematik bergerak secara aktif dan efektif. Penetapan Dasar : Guru Besar, PK1, Ketua Panitia, J/K Panitia Aktiviti : i. Kursus Perkongsian Amalan Terbaik ( PAT ) Matematik. ii. Program Back To Basic . iii. Sesi perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga Pemantauan Guru Besar, semua PK, Ketua Panitia Matematik, semua guru Matematik

Aktiviti i) ii) iii)

Kursus Perkongsian Amalan Terbaik ( PAT ) Matematik Program Back To Basic . Sesi perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga

Pelan Operasi Aktiviti : Kursus Perkongsian Amalan Terbaik ( PAT ) Tarikh pelaksanaan : Mengikut takwim sekolah 2010 Pelaksana : Guru Matematik Pelaksanaan : i. Mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru Matematik dalam perkongsian ilmu Matematik. ii. Mengadakan perjumpaan perkembangan staf yang berfokus. Indikator kejayaan : Pendekatan P & P guru lebih bermakna dan berkesan

Pelan Operasi Aktiviti : Program Back To Basic Tarikh pelaksanaan : Mengikut takwim sekolah 2010 Pelaksana : Guru Matematik Pelaksanaan : i. Mengadakan kursus dalaman kepada guru-guru Matematik dari segi pendekatan menyampaikan proses pengajaran iaitu daripada mudah kepada susah, konkrit kepada abstrak dan asas kepada khusus. ii. Mengadakan perjumpaan perkembangan staf yang berfokus. Indikator kejayaan : Pendekatan P & P guru dapat menarik minat belajar, menyeronokkan dan memotivasikan pelajar.

Pelan Operasi Aktiviti : Sesi Perjumpaan dengan Ibu bapa/ Penjaga Tarikh pelaksanaan : Mengikut takwim sekolah 2010 Pelaksana : Guru Besar Pelaksanaan : i. Mengumpul maklum balas melalui senarai semak ii. Mengadakan perbincangan berkenaan prestasi anak-anak dengan ibu bapa Indikator kejayaan : Ibu bapa sedar tentang kepentingan mata pelajaran Matematik

Perancangan Strategik Teras: Memperkasakan sekolah kebangsaan Matlamat : Semua sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan Fokus: Peningkatan Prestasi akademik Sekolah Kebangsaan Isu utama : Prestasi Pencapaian akademik masih kurang cemerlang Strategi : Mencemerlangkan prestasi pencapaian akademik 1. Program Peningkatan Prestasi Matematik UPSR Pelaksana : Guru Besar, semua PK, Ketua Panitia Sains, Semua guru Sains Indikator pencapaian: Murid boleh lulus sekurang-kurangnya 84.7 % dalam mata pelajaran Matematik dalam UPSR 2010

Perancangan Taktikal Nama Projek : Program Peningkatan Profesionalisme Guru Objektif : i. Meningkatkan penguasaan BI Guru Matematik ii. Meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan peralatan PPSMI iii.Memastikan Panitia Matematik aktif dan efektif Penetapan Dasar : Guru Besar, PK1, Ketua Panitia, J/K Panitia, Guru Matematik Aktiviti : i. Mesyuarat Panitia Matematik ii. Bengkel Pemantapan Panitia Matematik iii. Kursus Peningkatan Penguasaan BI untuk Guru Matematik iv. Pencerapan 2 kali setahun bagi setiap guru Matematik. Pemantauan Guru Besar, semua PK, Ketua Panitia Sains, semua guru Matematik

Pelan Operasi Aktiviti : i) Mesyuarat Panitia Matematik ii) Bengkel Pemantapan Panitia Matematik iii) Kursus Peningkatan Penguasaan BI untuk Guru Matematik. iv) Pencerapan 2 kali setahun bagi setiap guru Matematik.

Pelan Operasi Aktiviti : Mesyuarat Panitia Matematik Tarikh pelaksanaan : Januari, Mei dan Oktober 2010 Pelaksanaan: i. Mengadakan mesyuarat guru-guru Matematik ii. Menyediakan TOV iii. Membincangkan aktiviti-aktiviti panitia, masalah-masalah yang dihadapi dan cara penyelesaian Indikator kejayaan : i. Mesyuarat dijalankan seperti yang dicatatkan dalam Takwim Sekolah.

Pelan Operasi Aktiviti : Bengkel Pemantapan Panitia Matematik Tarikh pelaksanaan : Januari, Mei dan Oktober 2010 Pelaksanaan: i. Mengadakan bengkel bagaimana menyemak Kertas 2 Matematik ii. Membincangkan pendekatan, strategi, kemahiran dan teknik yang paling berkesan untuk P & P Matematik iii. Membincangkan aktiviti-aktiviti panitia, masalah-masalah yang dihadapi dan cara penyelesaian Indikator kejayaan : Guru-guru Matematik dapat menyemak soalan-soalan Kertas 2 Matematik mengikut skema pemarkahan UPSR.

Pelan Operasi Aktiviti : Kursus Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Untuk Guru Matematik Tarikh pelaksanaan : Sepanjang tahun 2010 Pelaksanaan: i. Mengaktifkan Program Buddy Support ii. Memastikan guru menggunakan modul SAL

Indikator kejayaan : Guru-guru Matematik dapat keputusan sekurang-kurangnya Aras 3 dalam peperiksaan PTP.

Pelan Operasi Aktiviti : Pencerapan 2 kali setahun bagi setiap guru Matematik. Tarikh pelaksanaan : Februari hingga Oktober 2010 Pelaksanaan: i. Membincangkan pendekatan, strategi, kemahiran dan teknik yang paling berkesan untuk P & P Matematik ii. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran guru terlibat serta menambahbaikan P & P tersebut. Indikator kejayaan : Mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada masa tersebut. Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Pelajar dapat menguasai kemahiran atau konsep yang diajar.

10

Perancangan Strategik Teras: Memperkasakan sekolah kebangsaan Matlamat : Semua sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan Fokus: Peningkatan Prestasi akademik Sekolah Kebangsaan Isu utama : Prestasi Pencapaian akademik masih kurang cemerlang Strategi : Mencemerlangkan prestasi pencapaian akademik 1. Program Peningkatan Pencapaian Prestasi Matematik UPSR Pelaksana : Guru Besar, semua PK, Ketua Panitia Matematik, Semua guru Matematik Indikator pencapaian:

Perancangan Taktikal Nama Projek : Kecemerlangan Prestasi Murid Dalam Matematik Objektif : i. Meningkatkan prestasi Matematik dalam peperiksaan dan penilaian UPSR Penetapan Dasar : Guru Besar, PK1, Ketua Panitia, J/K Panitia Aktiviti : i. Sudut Matematik dalam kelas ii. Kelas Tambahan Tahun 6 iii. Ceramah mengenai Teknikteknik menjawab soalan Matematik UPSR iv. Bacaan Sifir Darab / Ujian 4 operasi asas v. Program 30 Minit bersama Matematik Di Rumah Pemantauan

Pelan Operasi Aktiviti : i) Sudut Pembelajaran Matematik di dalam kelas. ii) Kelas Tambahan Tahun 6. iii) Ceramah mengenai : a) Teknik-teknik menjawab soalan UPSR b) Pengurusan masa dalam menjawab kertas soalan. iv) Bacaan Sifir Darab / Ujian 4 operasi Asas. v) Program 30 Minit bersama Matematik Di Rumah

Murid dapat lulus sekurang-kurangnya 84..7 % dalam mata pelajaran Matematik UPSR 2010

Guru Besar, semua PK, Ketua Panitia Matematik, semua guru Sains

11

Pelan Operasi Aktiviti : Sudut Matematik Dalam Kelas Tarikh pelaksanaan : Januari September 2010 Pelaksana : Guru Tahun 1-6 dan murid-murid Tahun 1-6 Pelaksanaan : i. Guru menyediakan bahan/maklumat berguna untuk dipamerkan di sudut Matematik ii. Guru mempamerkan rumus/formula yang perlu dikuasai murid. iii. Murid perlu menghayati dan mengingati kemahiran/konsep yang telah dipelajari. Indikator kejayaan : Pelajar dapat mengingati kemahiran/konsep yang telah diajar tanpa wujud faktor kelupaan..

12

Pelan Operasi Aktiviti : Kelas Tambahan Tahun 6 Tarikh perlaksanaan : Febuari Oktober 2010 Pelaksana : Guru-guru Matematik Tahun 6 Perlaksanaan : i. Kelas intervensi - Pemulihan ( membantu pelajar-pelajar yang lemah untuk menguasai Kemahiran 4 operasi asas. ii. Kelas Tuisyen - Bimbingan dan Pengayaan untuk murid cemerlang dan baik. Penekanan dibuat melalui proses pengukuhan dan latih tubi. Indikator kejayaan : Kelas intervensi dan kelas tuisyen dijalankan seperti yang dijadualkan.

13

Pelan Operasi Aktiviti : Ceramah mengenai: i) Teknik-teknik menjawab soalan Matematik UPSR ii) Pengurusan masa dalam menjawab kertas soalan Tarikh perlaksanaan : Motivasi 1/2 (Mengikut takwim sekolah) Pelaksana : Semua ahli Panitia Matematik/Guru Pakar/Guru Sumber/Guru Cemerlang Pelaksanaan : i. Latih tubi ii Pengukuhan a. Kemahiran 4 operasi asas b. Kemahiran Penyelesaian Masalah Matematik c. Format Kertas 1 dan Kertas 2 d. Contoh-contoh soalan UPSR Indikator kejayaan : Markah yang ditetapkan dalam OTI mencapai sasaran

14

Pelan Operasi Aktiviti : Bacaan Sifir Darab / Ujian 4 operasi asas Tarikh perlaksanaan : Mengikut Takwim Sekolah 2010 Bacaan Sifir Darab : Setiap pagi hari persekolahan Ujian 4 operasi asas : Bulan 4 dan bulan 9 Pelaksana : Guru Matematik Tahun 1 - 6 Perlaksanaan : i. Bacaan Sifir pagi ii. Latih Tubi iii. Mengukuhkan Kemahiran Penyelesaian soalan berbentuk mekanikal dan penyelesaian masalah Indikator kejayaan : Melepasi sasaran kehendak sekolah . Lulus sekurang-kurangnya 82% murid yang menduduki Matematik UPSR.

15

Pelan Operasi Aktiviti : Program 30 Minit bersama Matematik Di Rumah Tarikh perlaksanaan : Mengikut Takwim Sekolah 2010 Perjumpaan Bersama Ibubapa/bapa Pelaksana : Guru Matematik Tahun 1 6, Murid Tahun 1-6 dan Ibu bapa Perlaksanaan : i. Guru menyediakan soalan pengukuhan dan latih tubi sebagai kerja rumah murid. ii. Murid membuat aktiviti pengukuhan dan latih tubi di rumah setiap hari persekolahan dengan pengawasan ibu bapa/penjaga selama 30 minit. Indikator kejayaan : Lulus peperiksaan semester mengikut kehendak pihak sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 5. Melepasi sasaran kehendak sekolah . Lulus sekurang-kurangnya 82% murid yang menduduki Matematik UPSR.

16

SASARAN UPSR 2010 KUANTITI : Tempoh : Bulan Januari hingga Julai BILANGAN PELAJAR 6 PERDANA : 40 PELAJAR 6 WAJA : 39 PELAJAR 6 WIRA : 39 PELAJAR 118 PELAJAR
100 118

( Penekanan ke atas Kertas 2 Matematik ) LULUS SEKURANG-KURANGNYA GRED C 40 PELAJAR 30 PELAJAR 30 PELAJAR 100 PELAJAR

X 100%

84.7 %

( KENAIKAN 5 % BERBANDING UPSR 2009 : 79.7 % )

KUALITI : Tempoh : Bulan Julai hingga pertengahan September ( Penekanan ke atas Kertas 1 Matematik ) BILANGAN PELAJAR 6 PERDANA : 40 PELAJAR 6 WAJA : 39 PELAJAR 6 WIRA : 39 PELAJAR 118 PELAJAR
25 118

LULUS GRED A 15 5 5 25 = 21.2 %

X 100%

17

Anda mungkin juga menyukai