Anda di halaman 1dari 17

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

Rajah 1 Carta menunjukkan variasi Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia.

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

PENGENALAN
Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia. Sebutan ini sangat popular khususnya bagi penduduk di sebelah pantai barat Semenanjung seperti negeri Selangor dan Johor. Ia merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal dan sehingga kini masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Jadi, pandangan umum tentang bahasa Melayu Johor-Riau sebagai dasar bahasa Melayu baku masih dapat dipertahankan.

Oleh sebab bahasa Melayu baku berasal daripada loghat Johor-Riau, maka sebutan orang-orang Melayu yang berloghat Johor-Riau itu pun dianggap umum sebagai sebutan baku bahasa Melayu juga. Dengan adanya anggapan ini, maka orang-orang Melayu dari daerah-daerah lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka berusaha mengubah sebutan yang menjadi kebiasaannya di tempat-tempat itu kcpada sebutan orang Melayu Johor.
1.0 Definisi Sebutan Baku

Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan di dalam semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat itu. Pengkodan adalah satu persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang wujud dan menjadi kelainan bagi sesuatu bahasa itu. . Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku juga sebagai a codified form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community. Ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model kepada masyarakat bahasa tersebut.
2

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

Menurut Profesor Nik Safiah Karim, Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri. Berdasarkan kenyataan Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku ini adalah dialek Johor-Riau. Aspek sebutan bahasa baku ini dilancarkan pada tahun 1988. Sebutan baku dalam Bahasa Melayu ini adalah berdasarkan kepada ejaan . Maksudnya setiap huruf akan dibunyikan iaitu satu huruf satu bunyi. Hal ini pernah dinyatakan oleh Datuk Hassan Ahmad (1989). Menurut beliau:Sebutan baku yang diucapkan menurut ejaan baku Bahasa Kebangsaan atau menurut nilai bunyi huruf dalam bahasa kita, bukan menurut sebutan loghat atau menurut nilai bunyi huruf asing seperti Bahasa Inggeris. Di dalam Kamus Dewan 1989 pula, perkataan baku ini membawa pengertian yang (sudah) diterima umum sebagai betul dan sah; dan dapat dijadikan asas perbandingan Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa baku.Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi bahasanya yang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya sendiri. Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

daripada Bahasa Melayu atau dengan kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek. 1.2 Konsep Sebutan Baku Sebutan baku adalah sebut sebagaimana yang dieja agar menjadi sebutan yang standard dan mudah difahami oleh penutur komuniti bahasa. Sistem sebutan baku juga memiliki hukum yang lebih jelas, tekal dan seragam. 1.3 Dasar Umum Sebutan Baku Dasar umun telah menetapkan sebutan baku bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan, menurut perlembangan huruf dan penyukuan kata, serta fungsinya di dalam ayat. Sebutan ini adalah berdasarkan cirri-ciri tersebut: (i) Sebutan huruf: Pada umumnya setiap huruf di dalam ejaan rumi dan jawi hendaklah jelas menurut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. (ii) Sebutaan kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola-pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan.
(iii)

Intonasi : Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat samada dalam kalimat di dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu seperti kata raid linguistik.

1.4 Penyebutan Bunyi Vokal


4

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

1. Vokal /a/ diucapkan [ a ] pada sebarang kedudukan, sama ada di awal, di tengah

atau di akhir kata.


2. Vokal /e/ yang melambangkan /e/ taling dan /e/ pepet diucapkan [ e ] atau [ e ]

mengikut bunyi asal sesuatu kata itu. 3. Vokal / i / dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [ i ] bukannya bunyi [ e ] 4. Vokal /o/ dalam sebutan baku diucapkan [ o ] dan bukannya [ 0 atau bahasa asing yang lain, vokal /o / boleh dibunyikan [ o ]. 5. Vokal /u/ yang melambangkan bunyi [ u ] diucapkan bunyi [ u ] juga, dan bukannya bunyi [ o ]. 2.0 Definisi Fonogi Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji mengenai pola bunyi bahasa dan fungsinya dalam sesuatu bahasa. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisa sistem ini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematicorganization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. ].

Bagaimanapun, untuk melafazkan beberapa kata pinjaman dalam bahasa Inggeris

2.0 Perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau dari segi fonologi. 5

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

Sebutan Baku

Sebutan Johor-Riau

1. /Benda/ 2. /lumpur/ 3. /pasir/ 4. /stabil/ 5. /jatuh/

[ben.de] [lum.po] [pa.se] [sta.bel] [ja.toh]

Berdasarkan contoh di atas, kata benda adalah fonem /a/ pada suku kata akhir terbuka disebut atau diucapkan dengan bunyi [e] diucapkan dengan bunyi [ade]. Apabila kata-kata yang berasal daripada bahasa asing seperti dunya (Arab) dan bhasa (Sanskrit) pun diucapkan dengan bunyi [dunie] dan [bahase] maka dengan ini jelas menunjukkan bahawa fonem /a/ pada suku kata akhir terbuka tidak dapat diucapkan sebagai [a] menurut yang dieja dalam sesuatu tulisan, melainkan [e] menurut kebiasaan umum pertuturan dengan loghat Johor-Riau. Konsonan /r/ tidak diucapkan apabila berlaku ia sebagai penutup suku kata akhir dalam sebutan menurut loghat Johor- Riau. Oleh itu, kata-kata seperti pasir dan lumpur diucapkan dengan sebutan [pase] dan [lumpo]. Fonem /u/ diucapkan dengan bunyi [o] pada suku kata tertutup dalam sebutan loghat Johor-Riau asli. Oleh sebab itu kata-kata seperti jatuh diucapkan dengan sebutan [jatoh]. Demikian pula kata-kata seperti betul, belum, lanun, burung, tutup, tikus dan dalam

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

parut diucapkan dengan sebutan [betol], [belom], [lanon], [burong],[tutop], [tikos] dan [parot]. Seterusnya /i/ dan /u/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka diucapkan dengan bunyi [i] seperti yang dilambangkan dalam ejaan. Contohnya ini dan itu diucapkan dengan sebutan [ini] dan [itu]. Fonem /e/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka tidak berlaku dalam loghat Johor-Riau asli. Demikian pula /o/ sebagai vokal pada suku kata akhir terbuka tidak berlaku. Oleh kerana itu kata-kata seperti sate dan jago daripada bahasa Jawa atau tauge dan teko daripada bahsa Cina adalah asing dalam sebutan Johor-Riau asli. Fonem /a/ tetap diucapkan dengan bunyi [a] seperti dilambangkan dalam ejaan apabila berlaku pada suku kata tertutup. Contohnya akan, dapat dan malam diucapkan dengan bunyi [akan], [dapat] dan [malam] Fonem /e/ tidak juga berlaku pada suku kata tertutup dalam loghat Johor-Riau. Maka, kata-kata seperti artikel, sistem, dan sumber adalah asing dalam sebutan menurut loghat Johor-Riau asli. Kesimpulannya, sistem sebutan baku bahasa Melayu adalah bersifat fonemik, iaitu satu lambang atau huruf, mewakili satu fonem dan mestilah dibunyikan mengikut cara penyebutan fonem itu sendiri. Dialek Johor Riau Dialek Johor-Riau digunakan di hampir semua bekas jajahan empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah akhiran /a/ yang dibunyikan sebagai [e]. Seperti contoh : /saya/ - disebut [sa.ye] /apa/ disebut [a.pe]
7

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

/berapa/ disebut [berape] Bagaimanapun akhiran /a/ untuk kata-kata yang diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan seperti sebutan asal : /anda/ disebut [an.da] /merdeka/ - disebut [mer.de.ka] bunyi akhiran /r/ tergugur pada kata-kata seperti berikut: /besar/ - disebut [be.sa] (dengan sebutan [a] yang betul) /lebar/ - disebut [le.ba] (dengan sebutan [a] yang betul) /sabar/ - disebut [sa.ba.] (dengan sebutan [a] yang betul) Bunyi /o/ diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan [ur] /tidur/ disebut [ti.do] /telur/ disebut [te.lo] Pengguguran bunyi /r/ ditengah kata sebelum huruf konsonen seperti berikut: /kerja/ - disebut [ke.ja] (/a/ menjadi sebutan [e]) /pergi/ - disebut [pe.gi] /berjalan/ - disebut [be.ja.lan]

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

3.0 Kebaikan Sebutan Baku Bahasa Melayu. Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen. Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa. Keseragaman dalam bentuk bererti bahawa bahasa baku sudah dikodifikasikan, baik dari segi ejaan, peristilahan, mahupun tatabahasa, walaupun kodifikasi bahasa itu tidaklah semestinya merupakan penyeragaman kod yang mutlak. Misalnya, dalam tatabahasa sudah ada rumus morfologi Melayu yang menetapkan bahawa konsonan k pada sesuatu kata dasar digugurkan apabila diberi awalan meN; umpamanya kasih menjadi mengasihi, dan ketat menjadi mengetatkan. Tetapi dengan masuknya kata asing yang mengandungi gugus konsonan pada awal kata, rumus tersebut diberi rumus tambahan, iaitu untuk kes tersebut, konsonan k tidak digugurkan apabila diberi awalan meNG; umpamanya kritik menjadi mengkritik. Dari segi fungsi, kebaikan bahasa baku dapat menjadi unsur penyatu, unsur pemisah dan pemberi prestij kerana:

Unsur penyatu: digunakan oleh orang-orang daripada pelbagai daerah loghat; Unsur pemisah: memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu; dan Pemberi prestij: digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi; umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga fungsi ini dianggap oleh Paul Garvin sebagai fungsi perlambangan.Dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salahbetulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat. Nik Safiah menjelaskan bahawa pembakuan sebutan bermaksud penyeragaman dalam melafazkan bunyi-bunyi bahasa. Beliau menyatakan bahawa bagi keseragaman sebutan,prinsip satu bunyi satu sebutan hendaklah dipegang. Dapatlah dirumuskan bahawa system sebutan baku bahasa Melayu adalah bersifat fonemik, iaitu satu lambang atau huruf, mewakili satu fonem dan mestilah dibunyikan mengikut cara penyebutan fonem itu sendiri. Jelas di sini bahawa sistem sebutan mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem ejaan atau tulisan. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu sudah mantap atau baku, jadi wajarlah setiap sebutan itu mengikut sistem ejaan. Sebutan mengikut prinsip fonemik ini memudahkan para penutur kerana keseragaman dalam sistem sebutan ini boleh mengelakkan kekeliruan dalam penyebutan sesuatu perkataan. Sebutan yang tidak mengikut fonemik atau yang salahakan hanya mengelirukan para penutur kerana kelainan bunyi akan melahirkan makna atau maksud yang berlainan. Perlulah difahami bahawa selain bagi tujuan keseragaman, sebutan baku juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan berbahasa para penutur dan memantapkan system dalaman bahasa Melayu. Ismail Dahaman menggariskan matlamat pembakuan sebutan baku adalah untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau rasmi seperti dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, perhimpunan, mesyuarat PIBG dan sebagainya. Kebaikan sebutan baku juga dapat meningkatkan kecekapan berkomunikasi bahasa Melayu di kalangan golongan pengguna bahasa Melayu seperti kaum India, Cina dan sebagainya. Seterusnya dengan penggunaan bahasa Melayu ia juga membantu memantapkan dan mengukuhkan system daan struktur dalaman bahasa Melayu dari segi system sebutan menjadi mantap dan sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata seperti perbendaharaan kata umum dan istilah dan system ejaan. Penggunaan sebutan baku dapat menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur dan mengurangkan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek
10

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Sebutan baku juga amat berkesan dalam berkomunikasi. Ini kerana sebutan baku lebih fonemik iaitu sebut sebagaimana ditulis. Oleh itu, sebutan baku akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya ia dapat membantu objektif pembelajaran tercapai di samping pelajaran dapat disampaikan dengan sempurna dan mudah difahami oleh pelajar. Keburukan Sebutan Baku Bahasa Melayu Walaupun sebutan baku mempunyai banyak kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada pengguna bahasa Melayu ia juga mempunyai beberapa keburukan kepada penuturnya. Sebutan baku akan mematikan dialek dan mengganggu kelancaran komunikasi bagi sesetengah pengguna bahasa lain khususnya penutur jati dialek Terengganu, Kelantan, Melaka, Pahang, Kedah dan Penang. Sebutan baku juga menimbulkan kesulitan dan memberi masalah untuk memahami sesuatu apa yang diperkatakan. Selain itu, sebutan baku menghilangkan identiti Malaysia yang sebenarnya. seterusnya sebutan baku adalah pengaruh Indonesia dan sebutan baku bertentangan dengan prinsip linguistik bahawa bahasa ialah pertuturan. Sebutan baku juga menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa yang tidak khatam ilmu sebutan baku,prinsip dan pengecualian. Penambahbaikan mungkin lebih kepada aspek ejaan, misalnya untuk kata pinjaman bahasa Arab: reda, saleh, zalim. Sistem transliterasi perlu penambahan simbol tertentu.

11

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

RUMUSAN
Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah jauh dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari kesalahan ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Justeru, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi. DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Semoga dengan langkah-langkah ini, kerancuan bahasa Melayu dapat ditangani dan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan lebih mantap.
12

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

RUJUKAN
Abdullah Hassan (ed.) (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (19522002). Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi (Edisi Kedua) (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar 2006). Fonetik dan Fonologi. Batu Caves: PTS Profesional. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad (2006). Teks Bahasa Melayu STPM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Prof. Dr. Mansur Fadzil & Prof Madya Dr. Widad Othman (2010). HDML 1203/HBML 1203. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Samsuri (1972). Bahasa dan Ilmu Bahasa dan Fonologi. Kuala Lumpur: DBP (atas talian) http://matskai.blogspot.com/2007/07/bahasa-sebutan-baku.html ( 12.05.2010) (atas talian) http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg06570.html ( 13.05.2010) (atas talian) http://artikelpdf.com/pdf/sebutan-baku-dengan-johor-riau.html ( 26.06.2010)

13

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

LAMPIRAN
KERATAN AKHBAR SURAT-SURAT PEKELILING SEBUTAN BAKU ARTIKEL - ARTIKEL

14

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

KEMENTERIAN PENDIDIKAN KAJI KEKAL ATAU MANSUH SEBUTAN BAKU

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Pendidikan sedang mengkaji sama ada penggunaan sebutan Bahasa Melayu baku di peringkat sekolah akan diteruskan atau sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahad Badawi hari ini. Katanya, mesyuarat kabinet hari ini diberitahu bahawa kementerian itu sedang membuat kajian mengenai penggunaan sebutan itu di peringkat sekolah. "Menteri Pendidikan (Tan Sri Musa Mohamad) telahpun memaklumkan bahawa mereka sedang membuat kajian mengenai perkara ini... apakah mereka fikir wajar dihentikan dasar dulu iaitu menerima (sebutan) baku dalam segala aspek atau tidak perlu lagi menggunakan sebutan baku," katanya. "Kabinet bersetuju mendengar laporan (kajian) itu nanti pada mesyuarat akan datang, dan pada waktu itu kita akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan Umno di sini. Khamis lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim mengumumkan arahan kerajaan supaya pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu baku dimansuhkan termasuk penggunaannya melalui stesen televisyen dan sekolah. Pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk daripada pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa

15

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

Datuk Abdul Rahim Abu Bakar, yang menyifatkan tindakan itu sebagai langkah ke belakang dan mengecewakan. Abdullah berkata isu baku dibincangkan pada mesyuarat kabinet dan kesemuanya menyatakan bahawa isu itu hanya menyentuh mengenai sebutan. Ketika ditanya mengapa Kementerian Pendidikan perlu menjalankan kajian sekarang sedangkan kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan sebutan baku, beliau berkata: "Kita faham masa ini rakyat tidak menerima secara menyeluruh sebutan secara baku. Di RTM, perkara ini tak jadi isu sebab masih menggunakan cara lama, walaupun TV3 guna sebutan baku." Sambil menyatakan perkara mengenai sebutan baku itu ditimbulkan pada mesyuarat kabinet, beliau berkata: "Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak diterima tetapi yang popular dan diterima ialah sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-Riau." Abdullah juga berkata pengumuman Rais supaya penggunaan sebutan baku dimansuhkan di stesen-stesen televisyen, kekal, manakala kenyataan Menteri Pendidikan bahawa pihaknya sedia mengkaji balik arahan pemansuhan sebutan baku di sekolah jika ada alasan kukuh bahawa penggunaannnya perlu diteruskan, ditangguhkan. -- BERN

16

HBML1203: FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NORLIA BINTI KASBAN 810826-01-6004

17