Anda di halaman 1dari 32

Nama Kursus Tajuk Kursus

: Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak : Memupuk kreativiti penulisan puisi dalam kalangan kanak-kanak

ISI KANDUNGAN

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

01.
02.

Pendahuluan Takrif Kanak-kanak

3
3

03.

Kreativiti

04.

Maksud Puisi dan contoh jenis-jenis puisi

6-13

05.

Memupuk Kreativiti penulisan puisi dalam kanak-kanak.

14-16

06.

Pernyataan masalah

17

07.
08.

Kaedah Pengajaran memupuk kreativiti penulisan puisi. Rumusan

18 19

09. 10. 11.

Lampiran Kesimpulan Bibliografi

20 21 21

1.0

Pendahuluan Kanak-kanak sememangnya memiliki sikap, tingkah laku dan pemikiran yang kreatif. Mereka sentiasa ingin mengetahui banyak perkara seperti manusia dan tentang alam sekitar mereka. Oleh itu, kanak-kanak amat memerlukan peluang, ruang, dan masa untuk memenuhi keperluan ingin tahunya itu. Menurut De Bono kanak-kanak sering mengemukakan persoalan tentang kenapa dan kena tidak. Mereka juga selalunya mahukan peluang untuk menyentuh, peluang untuk melihat, peluang untuk bertanya, peluang untuk mencuba dan sebagainya. Kanak- kanak akan berasa amat seronok untuk menjelajah atau mencari sesuatu yang baru, yang aneh atau yang luar biasa. Justeru itu, kanak-kanak itu perlulah didedahkan dengan pelbagai pengalaman baru yang bersifat multi etnik, multi budaya dan komuniti. Dedahkan mereka dengan budaya ingin tahu dan mengetahui sendiri keunikan pengalaman itu.

2.0

Takrif Kanak-kanak

Akta 611 telah mendefinisikan kanak-kanak dalam seksyen 2 sebagai:

a) seseorang yang di bawah umur 18 tahun; dan b) berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan. Oleh itu Akta 611 terpakai kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun, selain daripada dalam sesuatu prosiding jenayah. Ini adalah selaras dengan Akta Umur Dewasa 1971 yang menetapkan umur dewasa sebagai 18 tahun

3.0

Kreativiti Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam menggeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) menyatakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikan nya kepada lima peringkat iaitu:1. Peringkat ekspresif

2. Peringkat produktif 3. Peringkat inventive 4. Peringkat inovatif 5. Peringkat emergentif

Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran sekolah. Taylor (1975) menyarankan beberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan perbezaan dari segi proses iaitu:1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originality dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak) 2. Kreativiti Teknikal kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola) 3. Kreativiti Inventif - reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel 4. Kreativiti Inovatif - kefahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif 5. Kreativiti emergentif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.

4.0

Maksud Puisi dan contoh jenis-jenis puisi

Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain. Terdapat dua kategori puisi dalam bahasa Melayu, iaitu puisi terikat dan puisi bebas. Kelahiran puisi juga banyak bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 30 jenis puisi. Dalam perkembangan puisi tradisional Melayu terdapat jenis-jenis seperti pantun, syair, gurindam, seloka, pantun seloka, teromba, peribahasa berangkap, talibun, mantera, nazam, rubai, qitah, masnawi, ghazal, dikir@zikir, teka-teki, endoi, rejang, hadrah, dabus, perbilangan,

perbilangan adat, kata-kata adat, terasul, tambo, jampi, bait, marhaban, dan berzanji. Berikut ada lah beberapa maksud atau penerangan tentang beberapa jenis puisi. 4.1 Pantun Pantun adalah satu-satunya puisi Melayu tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat dikemukakan oleh

pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh Pijnappel, Hoessein Djajadiningrat, Zainal Abidin Ahmad(Zaba), Wilkinson, Winsteadt dan Van Ophuijsen. Menurut Harun Mat Piah (1989), dari segi tema dan isi, pantun dapat dibahagikan keada tujuh iaitu pantun kanak-kanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun pujipujian atau sambutan, pantun nasihat, agama dan adat, dan pantun naratif atau cerita. Pantun mempunyai unsur estetika alamiah yang bersifat bertentangan, berpasangan, dan berangkapan. Sebab itu, antara ciri-ciri pantun ialah berskema rima a/b /a/b yang terdiri daripada dua komponen, iaitu pembayang atau sampiran dan maksud. Setiap serangkap dapat

menyelesaikan keseluruhan idea. Penjenisan pantun berdasarkan bentuk dan strukturnya yang tetap. Setiap barisnya mempunyai antara lapan hingga sepuluh suku kata yang sesuai dengan pernafasan normal, dan mempunyai antara empat hingga lima perkataan. Setiap pantun mempunyai rangkap-rangkap yang berlainan. Maksudnya berdiri sendiri (kecuali pantun berkait), dan setiap rangkap membawa persoalan yang sempurna

4.2

Gurindam

Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa istilah Gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit dan masuk ke bahasa Melayu menerusi bahasa tamil, tetapi pengisiannya tidak menurut puisi Sanskrit atau Tamil (Zaba: 1965). Ia merupakan pinjaman dari segi istilah saja. Gurindam merupakan sejenis puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri daripada dua baris serangkap, hampir sama dengan syair dua baris atau nazam. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas,sama ada berangkap atau tidak; jika berangkap tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris; dan mempunyai rima atau tidak. Puisi jenis gurindam dirujuk kepada Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji . Meskipun terdapat unsur bebas dalam gurindam berkenaan, seperti tidak ditentukan jumlah perkataan bagi setiap baris, tetapi unsur-unsur terikatnya lebih banyak. Gurindam adalah puisi dua-dua baris, rima akhir bagi dua baris adalah sama dan tiada had bagi jumlah keseluruhan barisnya. Dalam setiap dua baris itu terdapat timbal antara baris pertama dan baris kedua. Dalam gurindam juga kadang-kadang terdapat ciri puisi seperti asonansi, aliterasi, dan gaya bahasa tertentu. Sesebuah gurindam sarat dengan tema dan perutusan yang bersifat nasihat, keagamaan, dan pengajaran

4.3

Endoi

Endoi berasal daripada kata endul yang bermaksud buaian (Harun Mat Piah, 1989). Endoi merupakan tradisi lisan berbentuk perbuatan yang disambut oleh masyarakat Melayu dalam majlis keramaian seperti kenduri kahwin untuk memeriahkan suasana. Endoi sebagai bentuk puisi tumpang menggunakan bentuk syair, nazam dan juga antun sebagai wadah penyampaiannya. Antara persoalan yang disampaikan dalam puisi endoi ialah menceritakan salasilah dan riwayat hidup Rasulullah s.a.w. menceritakan kisah-kisah nabi, menyampaikan nasihat kepada anak-anak agar berbuat baik, berbudi bahasa dan menghormati ibu bapa, dan memperkatakan tentang pengajaran Islam seperti rukun islam, dan kitab suci al-Quran. Secara khususnya, endoi berfungsi untuk menyatakan rasa

kesyukuran ibu bapa atas kelahiran anak sulung yang diadakan ketika upacara bercukur rambut anak yang berusia tujuh hari. Selain itu, puisi ini

juga bertujuan untuk memberikan panduan dan pengajaran kepada masyarakat khalayaknya

4.4

Syair

Walaupun berasal dari Arab-Parsi namun syair Melayu tidak beracuan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (Harun Mat Piah, 1989). Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke Melaka. Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di Pasai. Selepas itu terdapat syair berbahasa Melayu yang pertama di batu bersurat atau prasasti Minye Tujuh (1380 m). Dalam Sulalatus Salatin

Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair, sama ada dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Dalam perkembangan persuratan Melayu selanjutnya, Hamzah Fansuri, seorang tokoh ulama dan pujangga melayu merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuk yang lebih mantap dan tekal. Semenjak itu, syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi tiruannya.

4.5

Teka Teki Berbeza dengan puisi-puisi yang lain, teka-teki merupakan puisi lisan

yang popular. teka-teki dalam sastera tradisional terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu prosa dan puisi. teka-teki yang tergolong dalam bentuk puisi mungkin ditemui dalam bentuk syair dan antun atau dalam ungkapanungkapan puitis yang lebih bebas seperti talibun, sesomba atau gurindam. Sejenis puisi yang tidak terikat; terdiri daripada sebaris atau beberapa baris yang berturutan, sama ada berangkap atau tidak. Jika berangkap, tidak tentu jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris, mempunyai rima atau tidak. Tiap-tiap baris atau serangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea. Secara umumnya, teka-teki berfungsi sebagai bahan hiburan dan pengisi masa lapang bersama keluarga atau sahabat handai. Kadang-kala

teka-teki membawa nada jenaka, ada juga yang menguji kecerdikan dan akal fikiran, malahan dapat meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak juga orang dewasa. Sesuai dengan fungsinya, teka-teki membawa pelbagai tema. Bagaimanapun, penumpuan lebih kepada benda-benda yang paling hampir dengan kehidupan manusia sehari-hari dan alam sekeliling. Pencita teka-teki adalah seorang pemerhati yang peka dan seniman yang aktif.

4.6

Dikir/Zikir Menurut Harun Mat Diah (1989), dikir berasal daripada perkataan

Arab, zikir yang bermakna puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan rasul-Nya Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perkembangan puisi Melayu tradisional, puisi dikir/zikir bermakna puisi puji-pujian. Dikir/zikir juga merupakan puisi yang mengandungi isi tentang unsur-unsur agama, sama ada tentang ibadat, pujipujian, pengajaran atau tentang Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaranajarannya. Dari segi bentuk, dikir/zikir merupakan puisi bebas. Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dan suku kata dalam sebaris, tidak tentu. Begitu juga rangkapnya; mungkin mempunyai atau tidak mempunyai rangkap. Dikir/zikir biasanya terdiri daripada ungkapan-ungkapan sejajar yang puitis, dan tidak terikat kepada bentuk yang tertentu. Kadang-kadang

dikir/zikir mengambil bentuk-bentuk puisi yang lain seperti pantun, syair, mantera dan nazam. Puisi ini dinamakan dikir kerana setiap ungkapan atau kata-kata maksud atau isi puisi yang dipaparkan diselang-selikan dengan kata-kata atau ungkapan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. Pada permulaan puisi, ungkapan puji-pujian (zikir) terhadap Allah s.w.t. dan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad s.a.w. (selawat) disusun sehingga membentuk satu rangkap yang tersendiri. Rangkap ini diulang-ulang sehingga adakalanya beberapa rangkap sebelum rangkap isi. Dikir/zikir tergolong dalam kesusasteraan rakyat kerana

penyebarannya dilakukan secara lisan. Berdasarkan isinya, dikir/zikir berfungsi sebagai alat pendidikan atau didaktik iaitu mengingati khalayaknya tentang perkara-perkara yang baik dan yang perlu diikuti, serta menjauhi perkara-perkara yang buruk atau dilarang sama ada dari aspek agama (Islam) atau nilai masyarakat. Selain itu, dikir/zikir juga sebagai ejen penyebaran dan pemantapan nilai-nilai positif dan akhlak yang baik keada masyarakat khalayaknya, di samping sebagai pengawal nilai sosial dalam masyarakat seperti nilai kerjasama, hormat-menghormati, bertolak ansur dan sebagainya. Dikir/zikir dituturkan dalam upacara yang tertentu, seperti dalam tarian dabus, permainan kompang/hadrah, dan upacara sambutan maulidur Rasul. Dikir/zikir yang diucapkan atau yang dinyanyikan dalam upacara maulidur Rasul biasanya mengandungi unsur dakwah, dan isinya penuh dengan puji-

pujian dan kemuliaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. selain itu dikir/zikir sebagai alat hiburan di majlis-majlis sosial seperti majlis sambutan pembesar, majlis perkahwinan dan sebagainya. Akhir sekali, dikir/zikir sebagai gambaran masyarakat terutama dalam aspek kebahasaan dan nilainilai estetika

5.0

Memupuk Kreativiti penulisan puisi dalam kanak-kanak.

Terdapat berbagai-bagai faktor berperanan dalam memupuk kreativiti penulisan puisi kanak-kanak. Antara yang memainkan peranan paling penting ialah kanak-kanak itu sendiri, para guru dan juga persekitaran sekelilingnya termasuklah rakan-rakannya sendiri.

Sudah sedia maklum bahawa, proses menulis merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi Ismail, 2002).). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu.

Dalam penghasilan sesebuah penulisan puisi, pengarang atau kanakkanak tersebut juga perlu menyampaikan idea yang ingin disampaikan secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan atau isi puisi itu. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah puisi. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik sebelum memulakan aktiviti menulis puisi itu sebelum ia dilakukan. Penguasaan kemahiran menulis puisi juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penjenisan puisi tersebut sama ada menulis pantun, syair gurindam teka teki dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk puisi.

Selain dari itu juga, dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan puisi, guru juga perlu mengenal pasti dan mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan kanak-kanak atau pun murid dengan menggunakan strategi berpusatkan murid. Teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran terutamanya dalam meningkatkan kreativiti dalam menulis puisi. Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan salah satu daripada ciri pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial. Pembelajaran secara

konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam menulis puisi. Oleh itu, salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989). Dalam hal ini, pengajaran dan pembelajaran dalam memupuk idea kreatif dalam menulis penulisan puisi akan lebih senang difahami, dikuasai, dan

keberhasilan dalam menulis puisi itu lebih berjaya kerana kanak-kanak itu tidak akan malu untuk mendendangkan puisi yang ditulisnya di kalangan kanak-kanak lain.

6.0

Pernyataan masalah Dalam proses penulisan puisi , masalah yang sering dihadapi oleh

kanak-kanak ialah untuk memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa. Selain dari itu, Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan kanak-kanak akan menyebabkan pencapaian mereka dalam menulis puisi kerana mereka tidak dapat menyatakan atau menyampaikan sesuatu dengan baik dan berkesan melalui penulisan puisi mereka. Kelemahan kanak-kanak dalam penulisan puisi juga akan bermasalah jika kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis puisi dalam kelas tidak menepati kehendak dan keperluan kanak-kanak tersebut.. Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan kanak-kanak menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan Baki, 2003). Selalunya, cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang sesuatu bentuk puisi dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk menghabiskan waktu pengajaran.

7.0

Kaedah Pengajaran memupuk kreativiti penulisan puisi.

Dalam pengajaran menulis puisi secara kreatif ini, saya telah mengguna pakai Model Pembelajaran Menulis Secara Koperatif. Terdapat beberapa model KPK telah diperkembangkan dalam P&P, misalnya Jigsaw, TGT (Teams-Games-Tournaments atau Kumpulan Pertandingan Permainan), STAD (Students Teams- Achievement Division atau dikenali Kumpulan Pembahagian Pencapaian Murid), Belajar Bersama (Learning Together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), Round Robin (Putaran Giliran), Meja Bulat (Round Table) dan sebagainya (Kagan, 1992). Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, saya telah mengguna pakai model Belajar Bersama (Learning Together).

Berikut adalah fasa pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. 1. Guru memberi arahan/ tugasan

2. Pelaksanaan tugasan secara berkumpulan

3. Mengutarakan pendapat berkongsi maklumat membaca dan

menyemak penulisan puisi masing-masing secara bergilir-gilir hasil tugasan mengikut putaran.

4. Membuat Refleksi giliran mereka.

5. Membuat pembetulan isi, huraian, contoh, kesalahan bahasa, olahan dan sebagainya.

8.0

Rumusan

Secara keseluruhannya, penggunaan Kaedah Koperatif dalam memupuk idea kratif dalam penulisan puisi adalah berkesan kepada kanakkanak. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini sekali gus dapat menarik minat murid dalam penulisan puisi kerana mereka dapat berkongsi pendapat, bertukar maklumat sesama ahli kumpulan.. Justeru, Kaedah Koperatif ini boleh diguna pakai dalam memupuk kreativiti penulisan puisi dalam kalangan kanak-kanak. Peranan guru pula adalah sebagai supervisor yang mana kehadirannya adalah untuk menggalakkan aktiviti pembelajaran. Guru juga perlu memberi bantuan kepada setiap kumpulan yang memerlukan bantuan, menjelaskan atau menerangkan perkara yang menjadi kekeliruan setiap kanak-kanak tersebut dalam memupuk idea penulisan kreatif puisi yang diberikan.. Selain itu, guru perlu menunjukkan hubungan yang mesra dan bermakna kepada setiap kumpulan dan membantu menghubungkan apa

yang telah dipelajari dalam konteks yang lebih luas berkaitan mata pelajaran yang diajarkan. Maka, dalam pembelajaran koperatif, guru perlu merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teliti. Dengan cara ini guru dapat mempelbagaikan corak interaksi (murid dengan guru dan sebaliknya) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

9.0

Lampiran

9.1

Pengenalan Puisi dan kaedah penulisan kepada murid-murid

tahun 1.

Pengenalan lagu puisi kepada kanak-kanak tahun 1

Nyanyian bersama-sama tajuk lagu puisi kanak-kanak untuk memeperkembangkan idea kreatif kanak-kanak tersebut.

9.2

Pembentukan Kumpulan mengikut Kaedah Koperatif bagi memupuk idea kratif sesama rakan mereka.

9.3

Lampiran hasil kerja murid

Hasil penulisan kreatif murid-murid dalam penulisan puisi.

9.4

Kaedah memupuk kreativiti dalam menulis puisi untuk tahun 4.

Pengenalan tajuk kepada murid-murid

Pembacaan puisi mengenai haiwan sebagai pengenalan pembelajaran puisi.

9.5

Perbincangan dalam kumpulan oleh murid-murid dan seterusnya menulis puisi mengenai haiwan yang mereka ketahui

9.6

Perbincangan dan bacaan puisi dalam ahli kumpulan.

9.7

Membentangkan hasil penulisan puisi setiap kumpulan.

9.8

Hasil penulisan puisi murid.

10.0

Kesimpulan Sekiranya pembelajaran bahasa dapat dijalankan dengan cara yang menyeronokkan, ia sudah tentu dapat membantu kanak-kanak mempelajarinya. Puisi-puisi ini dapat dijadikan dasar untuk perbincangan dan juga perkongsian pengalaman di antara para pelajar. Selain dari itu, mereka juga dapat melakonkan perasaan itu melalui gerakan tangan dan badan serta mimik muka. Akhir kata, kegiatan yang dapat dilakukan dengan menggunakan pendekatan pelbagai deria dapat membantu kanak-kanak

mengasah kemahiran mendengar, bacaan, penulisan dan juga lisan. Ciri-ciri penting di dalam pembelajaran bahasa

11.0

Bibliografi

1. Berk, L. E. (2003). Child Development. Ablongman (sixth edition) 2. Graves, D.H (1992). Explore Poetry. Portsmouth, NH: Heinemann 3. Jalongo, M. R., Ribblett, D. M. (1997). Using song picture books to support emergent literacy. Childhood Education, Fall 1997; 74:1. 4. Nani Menon, Rohani Abdullah, (2004). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. PTS publications and distributor Sdn. Bhd. 5. Steele, P. (1998). Rhymes for Language Development. NTUC Childcare Co-perative Ltd. 6. Tompkins, G. E. (2003). Literacy for the 21st Century. Merrill Prentice Hall. 7. Zubaidah, Mohsen, (2005). Timang tinggi-tinggi. NLB. Ed. Juffri Supaat.

Anda mungkin juga menyukai