Anda di halaman 1dari 27

ZZZT 1043 HUBUNGAN ETNIK

TAJUK KAJIAN :

PENYESUAIAN BUDAYA : DALAM KONTEKS PERKAHWINAN CAMPUR ANTARA ETNIK DI SABAH

DISEDIAKAN OLEH :

1) 2)

MOHD NAZIR BIN OMAR (760315-11-5235) FERAWATI BINTI HARBI (821231-12-5256) SEMESTER 2

GB01474 GB01665

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KOTA KINABALU 2011

ISI KANDUNGAN

Perkara 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Pengenalan Matlamat Kajian Objektif Kajian Kerangka Teori Permasalahan Kajian Batasan Kajian Hipotesis Kajian Definisi Operasi Kajian Metode Kajian Analisis Data a) b) 11. 12. 13. 13. 14. Hasil pengumpulan data Kesan kahwin campur antara etnik di Sabah

Muka surat 1 4 4 4 4 5 5 6 12

13 13 19 21 22 23 24 - 25

Ulasan Kajian Lepas / Kepustakaan (Literature Review) Rumusan Jadual Kerja Bibliografi Lampiran

1.0

PENGENALAN Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah bagi meneruskan dakwahnya mengatasi

masalah social dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam dan melahirkan generasi yang bertakwa dan soleh. Allah SWT menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Perkahwinan adalah institusi sosial wajib dalam semua masyarakat, tidak kira tradisional atau moden. Institusi sosial itu berasaskan sepasang lelaki dan perempuan disahkan sebagai suami dan isteri, dan juga sah di sisi undang-undang (Jaswant Kaur 1987). Walaupun majoriti rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan perkahwinan sesama kaum masing-masing (intra-marriage), namun perkahwinan campur (inter-marriage) bukanlah fenomena sosial yang baru. Yang menarik ialah perkahwinan campur mendapat reaksi yang berbeza- beza di kalangan ahli masyarakat yang berlainan itu. Perkahwinan campur seharusnya sudah menjadi gejala sosial yang biasa di Malaysia, memandangkan perlunya interaksi dan saling pergantungan sesame kaum, lebih-lebih lagi setiap kaum itu perlu hidup aman damai, selain ia juga boleh menjadi faktor penting dalam mengikis perasaan perkauman. Pendek kata, dari perkahwinan campur diharap akan terbentuk generasi baru dengan sikap yang lebih terbuka terhadap perbezaan antara kaum, maka dapat memahami dan menerima budaya lain dengan lebih mudah. Kesemua manfaat itu sangatsangat diperlukan untuk semua rakyat Malaysia. Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak syarak. Ini seperti dinyatakan dalam Firman Allah yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13) Namun perkahwinan campur ada kalanya mencapai kegagalan akibat daripada perbezaan budaya sesuatu kaum. Akibat daripada tidak boleh menyesuaikan diri dengan budaya pasangan masing-masing merupakan faktor terbesar kes perceraian yang berkahwin campur.

Sejarah Kahwin Campur Di Malaysia Kahwin campur di Malaysia dipraktikkan lama lagi sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada kurun ke15 Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, dan maharaja Yongle telah menghadiahkan puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri sultan. Hang Li Po datang ke Tanah Melayu bersama dengan Laksamana Cheng Ho dan 500 pengiring perempuan. Pengiring-pengiring puteri menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Shah. Maka, hasil kahwin campur antara kaum melayu dan kaum cina pada masa itu dikenali sebagai Baba-Nyonya. Selain itu, kaum India telah berhijrah dalam jumlah yang besar ke Tanah Melayu pada akhir kurun-19 semasa Tanah Melayu dijajah oleh orang Portugal dan Belanda. Menurut Datuk Haji Omar Hashim, pengerusi Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dalam temuramahnya yang bertajuk Rentetan Sejarah Kedatangan Kaum India , kaum India datang secara sukarela kerana India pada ketika itu menghadapi masalah kemiskinan, oleh itu mereka datang sebagai buruh dan telah melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan dan perdagangan. Kahwin campur antara kaum India dan kaum Cina juga amat dikenali dalam Malaysia, malah, generasi yang dari keluarga kahwin campur ini dikenali sebagai Chindian . Sejak tahun 1882, orang Sikh telah menjejak kaki ke Sabah apabila pasukan polis ditubuhkan ketika Kompeni Borneo Utara menubuhkan Constabulari Bersenjata Borneo Utara. Oleh sebab kaum Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka pihak yang ingin berkahwin dengan kaum Sikh mestilah memahami serta memeluk agamanya. Perkahwinan campur antara orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah komuniti yang dikenali sebagai komuniti peranakan Punjabi. Selain daripada yang atas, di Malaysia juga terdapat komuniti India muslim di Pulau Pinang yang membentuk Jawi Peranakan hasil daripada perkahwinan antara lelaki India Muslim dari Selatan India dan perempuan Melayu di Pulau Pinang. Seterusnya komuniti Ceti yang menganut agama Hindu di Melaka hasil daripada perkahwinan pedagang India Selatan dengan wanita pribumi.

Stereotaip Etnik Merujuk kepada ethnocentrism, seperti mana kita menilai dan mempunyai tanggapan tentang budaya lain, keadaan yang serupa juga akan bertimbal balik kepada diri kita. Tanggapan, prejudis atau prasangka ini adalah culturally rooted yang seringkali berasaskan hanya daripada pengalaman lalu. Antara contoh yang boleh kami bawakan seperti:1. Daripada kaca mata orang Melayu, orang India sering kali dilihat sebagai kaki botol dan ganas. 2. Mereka juga menganggap orang-orang India terutamanya keturunan Punjabi gemar mengawal suami. 3. Orang melayu beranggapan bahawa orang-orang Cina gemar berjudi dan sanggup berhutang demi memuaskan kehendak mereka. Sikap mereka yang dianggap tamak dan sanggup mengkhianati saudara sendiri kerana wang dan harta. 4. Masyarakat melayu menganggap orang-orang Inggeris biasanya dikaitkan dengan aktiviti yang kurang bermoral. Mereka lebih suka berfoya-foya dengan minum arak serta tidak memandang serius dalam hubungan khususnya ikatan perkahwinan. 5. Sama seperti orang Inggeris, masyarakat melayu menganggap orang Serani yang hanya mahu mengaut keuntungan dan mahu mempermain-mainkan anak dara orang sahaja. Mereka takut pegangan agama anak-anak mereka akan menipis atau disesatkan. 6. Orang Cina menganggap orang Melayu bodoh dan pemalas khuatir perkahwinannya akan menjejaskan keturunan mereka sekiranya perkahwinan tersebut dikurniakan anak kelak. 7. Masyarakat India merasakan kebanyakan wanita Melayu terlalu mengongkong dan tidak setia dalam hubungan perkahwinan. Daripada pengalaman-pengalaman yang lalu, mereka mendapati banyak penceraian yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga dianggap terlalu materialistik kerana bersikap, biar papa asalkan bergaya. 8. Masyarakat Inggeris pula beranggapan masyarakat Melayu terlalu berpegang kepada adat-adat tradisi yang tidak menguntungkan. Atas alasan ini, mereka menganggap masyarakat Melayu mundur, terkebelakang dan lambat dalam membuat satu-satu tindakan. Oleh itu, mereka payah mengecap kejayaan berbanding dengan masyarakat lain.

2.0

MATLAMAT KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai pandangan masyarakat terhadap

perkahwinan campur antara etnik di Sabah serta mengkaji kesannya sama ada positif atau pun negatif serta mengkaji hubungan perkahwinan campur dalam perpaduan rakyat dan keharmonian kaum.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengkaji pandangan masyarakat terhadap perkahwinan campur antara etnik di Sabah. 2. Mengkaji kebaikan dan keburukan disebabkan perbezaan budaya terhadap hubungan perkahwinan campur antara etnik di di Sabah. 3. Mengkaji hubungan perkahwinan campur antara etnik terhadap perpaduan di Sabah.

4.0

KERANGKA TEORI Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan masyarakat serta implikasinya

terhadap perkahwinan campur antara etnik di Sabah. Oleh yang demikian, dalam kajian ini, variable bersandar adalah perkahwinan campur dan variable tidak bersandar adalah kaum di Sabah.

Variable bersandar Perkahwinan campur

Variable tidak bersandar Etnik di Sabah

5.0

PERMASALAHAN KAJIAN:

Masih terdapat masyarakat yang berfikiran tertutup dan mengganggap bahawa perkahwinan campur antara etnik di Sabah merupakan sesuatu yang tidak baik. Kesan negatif yang disebabkan oleh perkahwinan campur seharusnya dipandang serius. Masalah- masalah ini

patut dikaji dan diselesaikan. Hubungan antara etnik yang berasaskan sifat hormatmenghormati semakin pudar kebelakangan ini.

6.0

BATASAN KAJIAN:

Kajian ini adalah berfokuskan kepada lelaki atau wanita yang kahwin campur antara etnik di Sabah serta lelaki atau wanita yang belum berkahwin. Kajian ini tidak dapat dilakukan secara menyeluruh disebabkan tempoh masa yang terhad. Tambahan pula, pengkaji perlu menggunakan sumber kewangan sendiri dalam menjalankan kajian ini. Sehubungan dengan itu, kajian hanya dapat dibuat untuk bilangan sampel yang kecil serta pemilihan responden adalah daripada 7 etnik yang utama di sabah sahaja iaitu daripada bangsa Bajau, Kadazandusun, Sungai, Bugis, Melayu, Suluk dan Bisaya.

7.0

HIPOTESIS KAJIAN:

Hipotesis kajian ini adalah berdasarkan objektif-objektif yang tersebut di bawah:-

i) Untuk mengkaji pandangan masyarakat terhadap perkahwinan campur antara etnik di Sabah. Ho : Masyarakat memandang negatif terhadap perkahwinan campur antara etnik. Ha : Masyarakat memandang positif terhadap perkahwinan campur antara etnik.

ii) Mengkaji kebaikan dan keburukan disebabkan perbezaan budaya terhadap hubungan perkahwinan campur antara etnik di Sabah. Ho : Banyak keburukan yang diperolehi daripada perkahwinan campur antara etnik. Ha : Banyak kebaikan yang diperolehi daripada perkahwinan campur antara etnik.

iii) Mengkaji hubungan perkahwinan campur antara etnik terhadap perpaduan di Sabah. Ho : Perkahwinan campur antara etnik memecahbelahkan perpaduan di Sabah. Ha : Perkahwinan campur antara etnik mengeratkan perpaduan di Sabah.

8.0

DEFINISI OPERASI KAJIAN: Definisi operasi kajian kepada kajian yang bertajuk: Penyesuaian Budaya : Dalam

Konteks Perkahwinan Campur Antara Etnik Di Sabah ialah:-

8.1

Penyesuaian Kata dasar bagi penyesuaian ialah suai. Menurut Kamus Dewan, suai dari sudut

bahasa ialah kenal atau tali. Istilahnya pula ialah menyesuaikan diri (dengan sesuatu keadaan yang baru). Oleh itu, penyesuaian bolehlah dikatakan seperti seseorang individu itu tidak akan mengalami satu kejutan budaya dalam mengkaji masyarakat lain, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud. Seseorang yang mengkaji masyarakat industri tidak akan terkejut jika pergi ke negara tersebut. Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian.

8.2

Budaya

Menurut Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Melayu, budaya bermaksud peradaban, tamadun dan kultur. Menurut hasil Kajian Kebudayaan Melayu (1963), budaya berasal dari perkataan Jawa: bu da ya iaitu hasil cantuman bu dhi dan da ya . Perkataan bud hi yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini (budaya) akan membawa maksud tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Budaya juga diertikan sebagai, The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned

but are often too pervasive to be readily noticed from within . ( Dictionary Of Philosophy 1996 ). Selain itu, berdasarkan glosari daripada Modul Hubungan Etnik (2008), budaya ialah keseluruhan cara hidup sesuatu kelompok sosial yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, pemikiran, nilai, kepercayaan, adat resam serta segala penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian. Ianya juga turut didefinisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat. ( Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia 2001). Kesimpulannya, budaya itu dari sudut bahasanya

membawa makna cara hidup manusia, manakala sudut istilah pula menyatakan bahawa budaya itu ialah cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.

8.3

Kahwin Campur

Kahwin campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan sebuah perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian. Tapi, pada hari ini, perkataan kahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang mempunyai agama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin campur boleh dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu, kahwin campur antara kaum atau etnik, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama. Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum, sebagai contoh, seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina. Kahwin campur antara negara melibatkan kewarganegaraan. Sebagai contoh, seseorang Muslim yang berbangsa Melayu berkahwin dengan seorang Muslim yang berbangsa Arab. Kahwin campur antara agama melibatkan dua individu yang menganut agama yang berbeza, contohnya seseorang yang beragama Hindu berkahwin dengan seseorang yang beragama Buddha. Jenis-Jenis Perkahwinan Campur Perkahwinan campur boleh terjadi dalam tiga kategori yang berbeza seperti yang dinyatakan berikut beserta dengan contohnya.

1. Antara Kaum Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari di kalangan masyarakat. Malaysia sendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Di Sabah khusunya, perkahwinan sebegini samada antara Bajau dengan Dusun, Kadazan atau bangsa lain senegara melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain termasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman Islam Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM akan memberikan bantuan dalam soal pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan tersebut.

2. Antara Negara Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam dengan warganegera Asing di Malaysia atau di luar negara. Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan borang permohonan berkahwin disertakan dengan dokumen- dokumen berikut : i. Salinan passport yang sah ii. Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon iii. Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia.

3. Antara Agama Terdapat juga kes-kes istimewa di Malaysia melibatkan seorang warganegara yang beragama selain Islam yang telah pun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islam walaupun pasangan dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinan campur yang terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah Tinggi dalam ucaptamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf

dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 Akta Mempebaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian 1976) membenarkan pasangan bukan Islam untuk menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur-prosedur penceraian tidak dijalankan.

8.4

Etnik Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang.

Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau subbudaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik dari sudut bahasa ialah ialah kaum atau bangsa. Dari sudut istilah pula, etnik ialah kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia, ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep keturunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Selain itu, Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya dan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Perbezaan budaya bagi kumpulan etnik yang dikelaskan melalui demografi ini. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan anggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral. Penggunaan istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun ia membawa makna yang berbeza. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesame

10

manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006) Di Malaysia, kedua-dua istilah ras dan etnik sering kali dicampuradukkan dan digunakan secara bertukar-tukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian

8.5

Sabah Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan

kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah: 1. Kadazandusun 2. Bonggi 3. Murut 4. Tidung 5. Kimarang 6. Bajau 7. Kwijau 8. Paitan 9. Lundayeh 10. Kedayan 11. Ubian 12. Binadan 13. Bisaya 14. Kokos

11

15. Rumanau 16. Lotud 17. Minokok 18. Orang Sungai (Sungei) 19. Rungus 20. Tatana 21. Tagaas 22. Suluk 23. Melayu 24. pelbagai kumpulan etnik Filipina selatan 25. Irranun 26. Ida'an Brunei 27. Bugis Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun. Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku). Sebahagian lagi kumpulan rakyat Malaysia yang berbangsa lain dikelaskan sebagai Bukan Bumiputera seperti rakyat berbangsa Cina dan berbangsa India. Ini termasuklah juga rakyat Malaysia yang berasal dari negara lain tetapi mendapat kerakyatan Malaysia seperti imigran yang berasal dari negara Indonesia, Filipina, Timor Leste, Pakistan termasuk juga dari negara Barat dan Timur Tengah.

12

9.0

METODE KAJIAN

9.1

Instrumen kajian iaitu :i) Kaedah perpustakaan a. b. internet buku / majalah / suratkhabar

ii) Kaedah lapangan a. Temubual

Kaedah temubual ini dipilih untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam daripada responden. Temubual ini dijalankan melalui tiga cara iaitu bersemuka dengan responden, melalui panggilan telefon dan e-mail. Responden yang ditemubual ialah lelaki atau wanita berdasarkan status perkahwinan mengikut kepelbagaian etnik di Sabah. Maklumat temubual ini direkod atau dicatat melalui borang yang telah disediakan. Bentuk temubual ini ialah temubual berstruktur. Ini kerana jawapan yang diperolehi lebih terhad bagi memudahkan penganalisaan data selain turut dapat menjimatkan kos masa dan kewangan. Ditil soalan temubual seperti dalam Lampiran A.

9.2

Persampelan

Target populasi untuk kajian ini adalah berdasarkan status perkahwinan di antara individu yang berkahwin campur dan belum berkahwin mengikut kepelbagaian etnik di Sabah. Merujuk kepada Jadual Krejcie & Morgan, seramai 28 sampel yang kahwin campur dan 28 sampel yang belum berkahwin berdasarkan kepelbagaian etnik dipilih sebagai sampel untuk kajian ini. Sampel ini dipilih melalui kaedah persampelan probability untuk mengelakkan daripada adanya unsur berat sebelah, di mana 28 etnik telah dipilih sebagai sampel daripada 30 etnik yang terdapat di Sabah. Melalui kaedah ini, teknik persampelan rawak mudah menggunakan teknik Loteri (Fishbowl Draw) adalah sangat sesuai digunakan memandangkan jumlah sampel yang kecil dipilih sebagai responden untuk ditemubual.

13

10.0

ANALISIS DATA

10.1

Hasil pengumpulan data

Keputusan temubual adalah seperti berikut :-

Rajah 1: Pendapat individu yang berkahwin campur antara Etnik Jantina Wanita Lelaki Jumlah Bilangan 14 14 28 14 14 28 Positif 100% 100% 100% Negatif

Rajah 2: Pendapat individu yang belum berkahwin tentang kahwin campur antara Etnik Jantina Wanita Lelaki Jumlah Bilangan 14 14 28 12 14 26 Positif 86% 100% 93% 2 7% 2 Negatif 14%

Berdasarkan perangkaan di atas, dapat disimpulkan bahawa 100% lelaki dan wanita menyetujui perkahwinan campur antara etnik di Sabah kerana mereka berpendapat bahawa berlainan etnik bukanlah satu halangan utnuk mereka melayari hidup yang bahagia bersama pasangan dan keluarga. Sikap toleransi, bertolak-ansur, hormat-menghormati dan memahami serta menyesuaikan diri dalam perubahan budaya amatlah penting. Dengan kahwin campur ini juga, pasangan yang berlainan etnik serta anak-anak dapat mempelajari pelbagai bahasa etnik serta mengalami adat-adat yang berlainan. Bagi individu yang belum berkahwin, hanya 14% sahaja wanita yang menolak untuk berkahwin campur kerana ingin mengekalkan kesukuan mereka daripada hilang. 100% lelaki pula bersetuju sepenuhnya kerana ingin mengelakkan daripada sifat perkauman serta berasa

14

tidak akan menghadapi sebarang masalah yang sukar sekiranya berkahwin campur jika saling bertolak-ansur dan menghormati adat dan budaya pasangan. Melalui maklumbalas yang diterima, secara umumnya, masyarakat dapat menerima perubahan budaya untuk saling hormat-menghormati sesuai dengan usaha pemerintah di Malaysia dalam menggalakkan keharmonian kaum. Ramai yang tidak menganggap kahwin campur sebagai satu masalah malah menggalakkannya kerana boleh memperkayakan masyarakat dan mengeratkan perhubungan. Bahkan, ramai yang menganggap anak-anak hasil dari kahwin campur lebih unik, cantik dan mendapat gen positif ibu dan bapanya, menjadikannya lebih pintar dan bijak. Kahwin campur juga bukanlah masalah atau memberatkan tanggungjawab seseorang individu itu. Namun agama Islam menegaskan bahawa bangsa asing berlainan agama yang mahu berkahwin dengan orang Melayu itu perlu memeluk agama Islam. Perkahwinan merupakan satu cara untuk merapatkan hubungan etnik dan dalam konteks Malaysia, ia adalah langkah positif kerana perangkaan perkahwinan campur (interetnik) semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ringkasnya, bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain dan berkembang pesatnya budaya metropolitan di Malaysia, warna kulit tidak lagi dilihat sebagai adanya perbezaan. Perkahwinan antara bangsa berlainan adat, budaya dan agama ini semakin diterima rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang sebangsa atau pun tidak, masalah biasa alam perkahwinan tetap timbul. Setiap individu perlu bersikap rasional dalam menangani masalah tersebut serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Seperti rojak, adakalanya terlalu pedas atau terlalu masin. Pandai-pandailah kita menentukan kesedapan rojak secukup rasa.

10.2 Kesan-Kesan Perkahwinan Campur Antara Etnik di Sabah Perkahwinan campur antara etnik di Sabah meninggalkan kesan bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat sekeliling dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Kesan tersebut dapat dilihat dari dua sudut,iaitu kesan baik dan kesan buruk kahwin campur.

15

a. Kebaikan Kahwin Campur i- Dari segi individu Hikmah / kebaikan berkahwin campur dari segi individu ialah kita dapat mengenali antara satu sama lain. Melalui perkahwinan ini, ianya menjadi contoh kepada masyarakat umum bahawa Islam dan setiap etnik itu tidak mementingkan semangat perkauman yang melampau. Contohnya, lelaki yang berbangsa Bajau beragama Islam ingin mengahwini wanita yang berbangsa Kadazan beragama Kristian adalah dibolehkan dengan syarat wanita tersebut memeluk Islam terlebih dahulu. Melalui perkahwinan campur, ia dapat membuang persepsi dan semangat Assabiyah yang sukar dibuang daripada diri sendiri. Sabda Rasulullah SAW: "Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana Assabiyah" (Riwayat Abu Daud). Hakikatnya, Islam tidak menetapkan lambang kemuliaan pada bangsa, akan tetapi dinilai dari sudut takwa kepada Allah SWT. Ia dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di mana negara ini mempunyai pelbagai bangsa dan merupakan salah satu keunikan yang jarang didapati di negara lain. Anak-anak yang bakal dilahirkan juga dapat mengenali adat budaya dua kaum yang berbeza dan pastinya ia memberikan keistimewaan kepada anak tersebut. Semangat kemasyarakatan akan tersemai dalam diri anak-anak dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap penguasaan pelbagai bahasa. Mereka akan mahir sekurang-kurangnya tiga atau empat bahasa termasuk bahasa ibunda ibu bapa serta juga bahasa Inggeris. Anakanak juga dapat merayakan perayaan atau sambutan yang berganda. Dari segi makanan seharian, lebih seimbang dan pelbagai sebagai contoh masakan Bajau yang banyak masakan daging dapat diseimbangkan dengan pengambilan sayuransayuran orang Dusun untuk menyeimbangkan makanan berkenaan. Selain itu, adat-adat perkahwinan, menimang anak dan sebagainya juga adalah berlainan dan dapat digabungkan dalam sesebuah majlis untuk menunjukkan keunikan dan keistimewaan setiap etnik yang berlainan itu.

16

ii- Dari segi masyarakat Kebaikan perkahwinan campur ialah dapat mengeratkan perpaduan antara satu-satu kaum. Kahwin campur dapat menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Ini kerana apabila seseorang yang bukan beragama Islam ingin berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam. Dengan itu, dapatlah ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada bukan Muslim tersebut dengan harapan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah. Secara tidak langsung, anak-anak yang lahir dari hasil perkahwinan itu juga beragama Islam. Sselain itu, persepsi masyarakat dahulu yang takut untuk bergaul dan berkahwin dengan etnik lain juga dapat diubah. Dari segi saintifik dikatakan bahawa perkahwinan campur ini akan melahirkan generasi yang lebih genius. Kahwin campur sebenarnya memberikan satu sinar dan keceriaan bagi mereka yang bijak mengadaptasi kelebihan ini dalam rumah tangga dengan sentiasa cuba mempelajari dan mengenali amalan, budaya serta tabiat keluarga pasangan masingmasing.

iii- Dari segi Negara Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini dan di Sabah khususnya. Di samping itu, ekonomi juga dapat dijana melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan. Perkahwinan campur secara tidak langsung merupakan hasil dari perkembangan pesat globalisasi dan diharapkan dapat menyatukan kepelbagaian budaya masyarakat dalam mereliasasikan globalisasi untuk kemajuan negara.

b. Keburukan Kahwin Campur Secara ideal, perkahwinan campur itu dikatakan dapat memupuk persefahaman antara berbilang bangsa dan budaya. Namun begitu, realitinya perkahwinan campur juga kadangkala menemui jalan buntu apabila pihak yang terlibat tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam antara dua etnik berbeza. Sikap tidak mahu bertolak- ansur antara dua pihak mengakibatkan kegagalan dalam perkahwinan campur yang akhirnya membawa kepada kemusnahan unit keluarga tersebut.

17

Agak sukar untuk mengubah persepsi dan kepercayaan yang telah dipupuk sejak sekian lama yang telah sebati dalam diri. Tanpa pendedahan terhadap ilmu agama yang cukup, ramai saudara-saudara baru Islam hasil dari perkahwinan campur ini akhirnya terjerumus kembali dalam kefahaman dan kepercayaan lama. Perkahwinan tersebut mungkin melalui jalan- jalan sukar bagi membetulkan persepsi yang telah lama terpahat dalam diri. Akibatnya kedengaran banyak kes-kes perkahwinan campur yang berakhir dengan episod penceraian. Penceraian mungkin terjadi akibat dari tidak benar- benar memahami konsep sebenar perkahwinan dan keengganan untuk berubah serta bertolak ansur. Dari aspek masyarakat, akan wujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain. Tambahan lagi, jika terdapat halangan keluarga di mana keluarga pasangan tidak mahu pasangan bertukar agama. Contohnya, hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam masyarakat Melayu. Justeru, mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam kelompok mereka sendiri. Masyarakat Melayu tidak menggalakkan anak mereka mengahwini orang luar seperti bangsa India atau Cina kerana dikhuatiri akan kehilangan anak serta sering dipukul atau didera. Mereka juga khuatir jika anak-anak mahu berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Mereka tidak mahu anak-anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain dan yang paling membimbangkan mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut agama lain. Antara risiko yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan kadar penceraian dan masalah sosial, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap sepuluh perkahwinan campur, hanya tiga berjaya.

Stereotaip Etnik

Merujuk kepada ethnocentrism, seperti mana kita menilai dan mempunyai tanggapan tentang budaya lain, keadaan yang serupa juga akan bertimbal balik kepada diri kita. Tanggapan, prejudis atau prasangka ini adalah culturally rooted yang seringkali berasaskan hanya daripada pengalaman lalu.

Hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam sesetengah etnik, justeru itu mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam kelompok mereka sendiri. Orang-orang tua yang masih berfikiran kolot tidak menggalakkan anak mereka

18

mengahwini orang luar (etnik lain) kerana dikhuatiri kehilangan anak serta sering kali dipukul atau didera. Mereka juga khuatir jika anak-anak mahu berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Mereka tidak mahu anak-anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain atau yang paling membimbangkan mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut agama lain.

Bagi pasangan Aziz Aseng, 35 tahun, berbangsa Bajau yang berkahwin dengan Justina Joseph atau nama Islamnya Nur Aliah Abdullah, 33 tahun berbangsa Dusun, beliau mengatakan isterinya mengambil masa hampir setahun untuk menyesuaikan diri dengan agama Islam dan budaya bangsa Bajau selepas bernikah. Pihak keluarga isterinya yang kuat berpegang kepada kepercayaan dan agama mereka akhirnya menerima dirinya dalam keluarga dan merestui pernikahan mereka serta boleh menyesuaikan diri dalam adat ataupun upacara kaum Bajau.

Daripada kaca mata beberapa kaum, mereka menolak untuk berkahwin dengan kaumkaum yang tertentu kerana pihak lelakinya gemar berpoligami dan melebihkan keluarga berbanding isteri. Menurut maklumat daripada En. Anhar Azhar dan isterinya Puan Fajariah Mohd. Yusuf yang mempunyai dua orang anak yang mengahwini kaum lain, pada mulanya tanggapan seperti ini memang wujud dan mereka amat keberatan untuk menerima ahli keluarga baru itu. Namun, beliau lebih mementingkan kebahagian anak daripada segalanya dan setelah beberapa tahun berkahwin, anak-anak mereka masih berbahagia di samping suami.

Contoh pasangan kahwin campur (Bugis + Melayu) di Sabah

19

11.0

ULASAN KAJIAN LEPAS / KEPUSTAKAAN (LITERATURE REVIEW):

Kajian yang memperkatakan tentang kahwin campur antara kaum di Malaysia khususnya di Sabah masih lagi kurang diperkatakan secara khusus dan terperinci. Walau bagaimanapun, hasil kajian lepas yang dapat diperolehi ialah :

1.

Mohammad Isa Abdul Ralib. 2010. Perkahwinan Campur Tuntut Toleransi Pasangan Keluarga, Asas agama jadi tiang seri kerukunan rumah tangga. Berita Harian, 3 Mac: 29.

Kajian yang telah dinyatakan oleh penulis ini dalam keratannya mendapati bahawa masyarakat sudah dapat menerima hakikat kahwin campur dapat memperkaya budaya serta mengukuhkan hubungan antara kaum. Walaupun begitu, perkahwinan campur ini juga adalah satu tekanan besar terhadap pasangan serta keluarga masingmasing terutamanya bagi mereka yang asalnya berlainan agama dan budaya. Oleh itu, perkahwinan campur mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Namun begitu, kajian ini menjadi boleh dijadikan sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang dilakukan.

2.

Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi. 2010. PERKIM raikan Pengantin. Utusan Malaysia, 26 Oktober.

Penulis ini banyak memperkatakan tentang hikmah kahwin campur. Antaranya ialah dapat mengenali adat budaya dua kaum yang berbeza dan ianya memberi keistimewaan kepada anak-anak yang bakal dilahirkan. Beliau juga berpendapat kahwin campur dapat mengukuhkan lagi perpaduan sedia ada di kalangan pelbagai kaum di mana Negara ini mempunyai pelbagai bangsa dan merupakan salah satu keunikan yang jarang didapati di Negara lain. Pandangan penulis ini lebih menjurus kepada pandangan yang positif yang dapat membuka mata beberapa pihak yang masih lagi bersifat etnosentrisme.

20

3.

Zulkifli Jalil. 2010. Waspada kahwin campur. Pengarang@utusan.com.my [26 Februari 2010]

Berlainan daripada ulasan-ulasan penulis di atas, beliau kurang menyetujui kahwin campur terutamanya pasangan daripada warga asing kerana berdasarkan kajian ilmiah yang telah diperolehi daripada beberapa orang ahli sosiologi Negara ini antara tahun 1995 hingga 1998, kejayaan perkahwinan ini hanya 3:10 sahaja.

Berbanding dengan perkahwinan campur yang melibatkan si lelaki atau wanita dari kalangan bukan Islam kemudian memeluk Islam begitu berjaya. Dapatan yang diperolehi dari kajian ini ialah pentingnya persefahaman dan penyesuaian budaya di antara setiap pasangan kahwin campur terutamanya jika dari Negara yang berlainan dari sudut budaya, agama dan persekitaran.

4.

Zubaidi Abbas. 2010. Bahasa sukuan di Sabah menghadapi

kepupusan?

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/41199 [8 Ogos 2010] Penulis serta pengkaji linguistik Abd Nassir Said telah mengembara sejauh 200 km dari Kota Kinabalu bagi menjalankan kajian Jejak Etnik. Didapati bahawa penggunaan bahasa sukuan sebagai bahasa komunikasi mereka semakin menurun di mana hanya 2,007 atau 52.5 peratus daripada penduduk ini lebih menguasai Bahasa Melayu dibandingkan dengan bahasa sukuan mereka. Antara faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ialah kahwin campur antara kumpulan etnik yang lain di negeri ini. Contohnya seorang suami keturunan Dusun dan isterinya dari kaum Sungai. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi yang lebih dipertutur di rumah dan secara langsung menafikan peluang anak-anak mereka bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.

21

RUMUSAN

Perkahwinan campur kini merupakan suatu yang sering kita dengar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu, masyarakat secara umumnya masih sangsi dengan keberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza sama ada dari segi bangsa atau agama.Pandangan masyarakat yang skeptikal dan masih berfikiran tertutup juga menyumbang kepada kesukaran pasangan dalam perkahwinan campur dalam menjalani hidup seharian.Masyarakat muslim di Malaysia sendiri sering beranggapan bahawa golongan bukan Muslim yang memeluk Islam hanyalah semata- mata untuk perkahwinan sekaligus melemahkan semangat saudara baru ini untuk lebih mendalami Islam. Tekanan dari pihak sekeliling juga menjadi penyumbang mengapa kadang- kala saudara baru seagama ini kembali kepada kepercayaan lama sekali gus membawa kepada keruntuhan perkahwinan dan kemusnahan unit keluarga. Pihak berkuasa juga memainkan peranan dalam memastikan perkahwinan campur antara etnik atau agama untuk berjaya. Saluransaluran bantuan untuk tujuan tersebut tidak dihebahkankan secara luas mengakibatkan ramai pasangan yang menjadi tawar hati untuk meneruskan perkahwinan campur. Dalam memupuk keharmonian antara semua kaum di Malaysia, harus wujud sikap memahami dan bertolak ansur dalam diri masing-masing. Kegagalan sesebuah perkahwinan campur tidak seharusnya dijadikan faktor prejudis dan sterotaip terhadap sesuatu kaum. Kerjasama dari semua pihak perlu dalam menjayakan perpaduan di Malaysia melalui kahwin campur. Perkongsian harmoni atau co-existence, nilai-nilai agama Islam dan nilai agama lain di Malaysia mempunyai banyak persamaan dari segi nilai-nilai sejagat yang diterima dan diamalkan.

22

13.

JADUAL KERJA

Jadual kerja yang dihasilkan adalah merujuk kepada Carta Gantt yang sesuai untuk merancang penyelidikan dan mengelak berlakunya pengulangan operasi penyelidikan. Berikut ialah langkah pembentukan Carta Gantt.

Aktiviti / Projek J Ulasan kepustakaan Pengumpulan data sekunder Membentuk soalan temubual Temubual Menganalisa data Memasukkan komputer Menulis draf laporan Menulis laporan akhir data ke F M A M J

2011 J O S O N D

* menerima tugasan pada bulan April dan tugasan wajib diserahkan pada bulan Jun 2011 iaitu pada pertemuan kuliah yang ketiga atau keempat.

23

BIBLIOGRAFI

Ahmad Sunawari Long. 2011. Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi : Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Haji Zainal Abidin Safarwan. 1995. Kamus Besar Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Selangor. Jeniri Amirn. 2011. Adat perkahwinan. Dewan Budaya, 1 Mac: 23-27 ________________. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Selangor. ________________. 1991. Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka & Universiti Sains Malaysia. Mohammad Isa Abdul Ralib. 2010. Perkahwinan Campur Tuntut Toleransi Pasangan Keluarga, Asas agama jadi tiang seri kerukunan rumah tangga. Berita Harian, 3 Mac: 29. Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi. 2010. PERKIM raikan Pengantin. Utusan Malaysia, 26 Oktober. Noran Fauziah Yaakub, The Yiek Koon & Salma Ishak. 1987. Kaum dan pemilihan kawan di peringkat pengajian tinggi. Ilmu Masyarakat, Oktober Disember : 3 Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi MARA. Zubaidi Abbas. 2010. Bahasa sukuan di Sabah menghadapi kepupusan?

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/41199 [8 Ogos 2010] Zulkifli Jalil. 2010. Waspada kahwin campur. Pengarang@utusan.com.my [26 Februari 2010] http://rexzyn.blog.friendster.com/2007/07/105 http://www.scribd.com/doc/52903635/16509047-Perkahwinan-Campur http://mistribikerz.multiply.com/journal/item/39

24

Lampiran A

TAJUK KAJIAN

PENYESUAIAN BUDAYA : DALAM KONTEKS PERKAHWINAN CAMPUR ANTARA ETNIK DI SABAH

Assalamualaikum WBT, Dengan segala hormatnya, kami MOHD NAZIR BIN OMAR (760315-11-5235) dan FERAWATI BINTI HARBI, (821231-12-5256), penuntut Fakulti Pengajian Islam (Syariah) semester 2 perlu menjalankan temubual ini bagi memenuhi tugasan pengajian Sarjana Muda. 02. Antara objektif temubual ini dijalankan adalah untuk :2.1 2.2 2.3 Mengkaji pandangan masyarakat terhadap perkahwinan campur antara etnik di Sabah. Mengkaji kebaikan dan keburukan disebabkan perbezaan budaya terhadap hubungan perkahwinan campur antara etnik di di Sabah. Mengkaji hubungan perkahwinan campur antara etnik terhadap perpaduan di Sabah.

03. Sehubungan itu, kami ingin memohon kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk menjawab soalan temubual ini dengan sejujur-jujurnya dan dengan rasa tanggungjawab. Kami berjanji bahawa segala maklumat sepanjang temubual ini adalah rahsia dan untuk tujuan kajian sahaja. 04. Kerjasama tuan/puan berhubung perkara di atas amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

.. (MOHD NAZIR BIN OMAR)

... (FERAWATI BINTI HARBI)

25

SOALAN TEMUBUAL BAGI LELAKI / WANITA YANG KAHWIN CAMPUR ANTARA ETNIK DI SABAH 1. Adakah anda mendapat tentangan keluarga sebelum berkahwin dengan pasangan anda yang berlainan etnik?

2.

Adakah anda boleh menyesuaikan diri dengan adat dan budaya keluarga pasangan anda?

3.

Adakah pasangan anda boleh menyesuaikan diri dengan budaya keluarga anda?

4.

Bagaimana penerimaan anak-anak anda terhadap budaya keluarga anda dan budaya keluarga pasangan anda?

5.

Pada pendapat anda, apakah kesan- kesan baik jika berkahwin campur antara etnik?

6.

Pada pendapat anda, adakah kesan-kesan buruk apabila kahwin campur antara etnik?

SOALAN TEMUBUAL BAGI LELAKI / WANITA YANG BELUM BERKAHWIN

1.

Adakah anda bersetuju dengan perkahwinan campur antara etnik? Kenapa?

2.

Pada pendapat anda, apakah kesan- kesan baik jika berkahwin campur antara etnik?

3.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk apabila kahwin campur antara etnik ?

4.

Berdasarkan pemerhatian / pengalaman anda, adakah perkahwinan campur antara etnik ini boleh berjaya?

5.

Adakah anda bersetuju untuk mengahwini pasangan dari etnik yang berlainan? Kenapa?