Anda di halaman 1dari 1

Doa Bengkel Menjawab SPM

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِحْيِم‬


. ‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َر ُسْو ِلَنا األِم ْيَن َو َع َلى َء أِلِه َو أْص َح ابِِه أْج ـَم ِع ْيَن‬، ‫اْلـَح ْم ُد ِهلل الِذْي ِبِنْع َم ِتِه َتِتّم ُ الَّص اِلـَح اُت‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Dengan nama Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit,


Dengan nama Allah Tuhan yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama Allah Tuhan yang memaafkan segala dosa,

Ya Allah, Ya Qaadialhaajat, Ya Raafi’addarajaat,

Kami bersyukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
BENGKEL MENJAWAB SPM pada hari ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah


Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami.

Ya Allah Bagi-Mu segala pujian, Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati
dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar bersyukur di atas nikmat-Mu serta badan
yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

Ya Allah,Ya Mujibassailin….

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan dengan program ini sedikit sebanyak dapat
memberikan dorongan dan semangat buat kami untuk terus berjuang menngejar dan
mencapai kecemerlangan khususnya dalam peperiksaan SPM yang bakal tiba

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan dan keselamatan

ِ‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو ِفي األِخ َرِة َح َس َنةً َو ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب الَعاَلِم ْيَن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai