Anda di halaman 1dari 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saya Muhammad Muayyad Binti Adha, wakil murid kelas Pendidikan


khas Sekolah Kebangsaan Pendang ingin memberi ucapan penghargaan
kepada ustazah yang amat kami sayangi iaitu Ustazah Ku Rohani.
Setipa pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari ini, kami berasa terharu
kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai.
Ustazah bukan sekadar guru kami, tetapi juga ibarat ibu kami dalam
sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin kami menjadi insan
yang berguna.
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid, ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustazah Ku
Rohani Binti Ku Shuib yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan
mengorbankan waktu demi kami anak-anak muridmu. Kami doakan
semoga Allah melimpahkan rahmat kepada ustazah sekeluarga,
dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan tubuh badan.

Sudilah ustazah menerima serangkap pantun dari saya :


Patah dahan bunga kemboja,
Pucuk paku subur di titi,
Budi ustazah kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Salam kemaafan kami hulurkan, ilmu diberi harap halalkan. Doakan


kami semua berjaya di dunia dan akhirat.
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai