Anda di halaman 1dari 15

Bahasa Halus

Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama. Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan. Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda. Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang. Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.

BAHASA KASAR Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya. Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar. Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataancelaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.

Perihal Bahasa
BAHASA ialah penyatuan sistem lambang-lambang bunyi yang digunakan sebagai wahana perhubungan untuk menyatakan fikiran, perasaan dan tujuan dalam lingkungan kelompok manusia. Daripada perkataan bahasa dapat diterbitkan beberapa banyak ungkapan tertentu. Ungkapan-ungkapan ini mengandungi pengertian khusus bagi menyatakan sesuatu pula. Dalam masyarakat Melayu, jika kita berbudi bahasa, sopan dan tahu akan adat resam dikatakan kita berbahasa, yakni tahu menggunakan bahasa yang sesuai pada tempat, suasana, dan konteks. Kita seharusnya tahu memilih bentuk bahasa yang padan apabila berbicara dengan seseorang. Jika berkomunikasi dengan anggota golongan raja, sultan atau kerabat utama raja, walhal kita sebagai pembicara orang biasa, sudah tentu bentuk bahasa dalam yang kita gunakan. Bahasa dalam ialah bahasa halus yang digunakan di istana. Kata-kata seperti patik (saya), tuanku (awak), junjung kasih (terima kasih), santap (makan), gering (sakit), mencemar duli (berangkat), dan sebagainya digunakan sebagai wahana bicara. Sebaliknya, apabila kita bercakap dengan orang biasa tetapi dewasa, matang usianya, atau terhormat kerana pangkat kedudukan serta tinggi tahap sosialnya, sudah tentu kita akan memilih penggunaan bahasa halus. Katakata dalam bahasa halus lembut tidak dirasakan kasar atau yang boleh menyentuh perasaan. Dengan bahasa ini, misalnya, kita mengelakkan penggunaan kata ganti nama aku dan engkau bagi menurujuk diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap. Kita sudah tentu menggunakan saya, tuan, Tan Sri, dan seumpamanya. Kita juga berasa janggal menggunakan perkataan mati untuk manusia, tetapi menggantikannya dengan perkataan mangkat (raja),

meninggal dunia, atau dengan kiasan sudah pergi atau sudah tiada lagi (orang biasa). Demikianlah betapa perlunya kebijaksanaan kita memilih perkataan yang amat serasi. Bercakap dengan orang yang dihormati ini tidak molek, kiranya, kita menggunakan bahasa harian sepenuhnya, kerana bentuk bahasa basahan ini mengandungi perkataan dan ayat yang tidak mematuhi rumus tatabahasa baku. Lenggok bahasanya ringkas serta mudah. Ada perkataan tanpa imbuhan, tanpa gandaan, ayat tergantung tanpa subjek, predikat yang tidak sempurna, serta direncahi dengan bahasa daerah/bahasa dialek, yang hanya sesuai digunakan apabila bercakap dengan anggota keluarga atau rakan dalam suasana tidak rasmi. Penggunaan bentuk bahasa basahan ini dapat mewujudkan komunikasi natural, dan hubungan yang intim. Tetapi, apabila bercakap dengan rakan sejawatan atau sejabatan, kita merojakkan bahasa kita (bahasa rojak). Pada suatu ketika kita menggunakan perkataan bahasa Melayu dan seketika yang lain kita menggunakan perkataan bahasa Inggeris/bahasa Arab tanpa menghitung keluhuran tatabahasa. Akan ada perbezaan pula bahasa yang kita gunakan apabila lawan bicara kita daripada kalangan bangsa asing (orang Cina, India atau Benggali). Atas dasar untuk tujuan pemahaman maksud yang mudah lagi pantas, kesenangan dan kelancaran komunikasi, maka bahasa pasar menjadi wahana. Apabila bahasa kacukan (bahasa pasar) menjadi bahasa perantaraan, sudah pasti bahasanya menyimpang jauh daripada bentuk bahasa baku kerana yang diutamakan ialah pemahaman inti pati bicara dan kelancaran berbahasa. Bagi kalangan penutur yang rendah martabat sosialnya, bentuk bahasa slanga, yakni salah satu bentuk bahasa terhad menjadi bahasa bicara. Bahasa slanga yang mendapat perhatian sedikit pada masa lampau ialah slanga kutu, yakni bentuk slanga bagi kalangan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan narkotik. Bahasa ini mengandungi perkataan-perkataan baharu atau perkataan biasa dengan pengertian tertentu. Langgam bahasanya banyak dipengaruhi oleh perkataan atau struktur bahasa asing, khususnya bahasa pasar. Antara bentuk bahasa slanga ini: Itu lu punya pasal. Lu tangkap kawin ke, cintan-cintun ke itu lu punya hal. Gua tak peduli. Lu nak bikin apa sama gua? Lu mahu sekeh kepala gua? Pigila. Lain pula halnya ketika kita berada dalam suasana atau keadaan yang tidak terkawal oleh emosi. Ketika itu, perasaan masa bercakap menjadi penentu bentuk bahasa yang kita pilih. Ghalibnya, dalam keadaan marah, kita hilang pertimbangan dalam berbahasa. Kita menjadi orang yang kurang bahasa atau tak tahu bahasa lalu kita menggunakan bahasa kasar, bahasa yang dianggap tidak sopan atau tidak manis dituturkan. Kekadang, apabila rasa amarah memuncak, kita menggunakan bahasa kesat, bahasa yang lebih rendah tarafnya daripada bahasa kasar. Bentuk bahasa ini mengandungi kata maki hamun yang boleh menyakitkan hati orang lain. Natijahnya, kita akan dianggap orang yang tidak berbahasa lantaran berbicara tanpa budi bahasa. Anggapan ini cocok untuk orang yang seperti itu, kerana bahasa menunjukkan bangsa, dan bahasa jiwa bangsa pembicara. Bagi orang ilmuan, mereka terdidik untuk menggunakan bahasa baku, iaitu bahasa yang teratur dan mantap dalam pelbagai aspek seperti sebutan, ejaan, dan tatabahasa. Oleh sebab bahasa ini dikatakan bahasa ilmu, maka bentuk bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan (pengajaran), perbincangan, forum dan sebagainya. Jalan bahasa golongan cendekiawan ini cukup mantap dan berkesan.

Dalam penulisan atau persuratan pelbagai bidang, selain menggunakan laras bahasa menurut lapangannya, pastilah bahasa ilmu yang teratur lagi baik itu digunakan, hingga ada yang menganggap bahasa itu sebagai bahasa kitab. Bahasa persuratan mereka ini bertenaga kerana langgam bahasa yang digunakan indah, tepat dan berkesan. Dalam karya kreatif, bahasa karyawan ini dirampaikan pula dengan bahasa kiasan, peribahasa, bahasa puisi sebagai rencah bahasa persuratan tinggi yang dapat menimbulkkan kesan segar perisa bahasa. Demikianlah betapa banyak dan luas ungkapan yang bersabit dengan perkataan bahasa dalam bahasa Melayu. Jelaslah bahawa, bahasa dapat menunjukkan hati budi penuturnya, kerana bahasa ceminan hati budi manusia.

HAKIKAT yang berlaku dalam sistem komunikasi masyarakat Malaysia menampakkan semakin lunturnya budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan, keluhuran, ketertiban, hormat, merendah diri serta penggunaan lagu suara yang baik dan menyenangkan. Kini, nilai kesantunan ketika berbahasa tidak lagi dipelihara dan semakin kurang diberi perhatian. Penggunaan bahasa yang suka membangga diri, memaki hamun, memfitnah, memprovokasi, mengejek, melecehkan orang lain dan sebagainya kini mengambil tempat yang akhirnya menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif. Lebih malang ialah kini indahnya sesebuah bangsa bukan lagi kerana bahasa yang digunakan. Sedang suatu ketika dulu bangsa Melayu terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh dengan nilai-nilai mulia dan budi pekerti tinggi. Bahasa diangkat sebagai medium yang berperanan menggabung jalin segala aspek pemikiran, kesopanan, keintelektualan dengan budaya masyarakat Melayu ketika itu. Gambaran yang dilakukan secara realistik oleh tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad (Zaba), Hamzah Fansuri, Nuruddin Al-Raniri, Syeikh Abd Al-Samad dan sebagainya melalui karya-karya mereka ini dengan gahnya mengaspirasi segala semangat, keadaan masyarakat, cara hidup, nilai budaya, cita rasa dan pemikiran masyarakat Melayu kepada dunia luar. Bangsa Melayu khususnya sedang berhadapan dengan satu fasa kebejatan budi yang memperlihatkan betapa mudahnya keperibadian bangsa dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Keadaan ini berlaku sealiran pula dengan berkembang dan memuncaknya nilai pembangunan material, teknologi yang bercirikan budaya luar. Secara tidak langsung keadaan ini telah menghakis sedikit demi sedikit nilai-nilai berbudi dan santun yang selama ini menjadi pasak kemegahan budaya dan bangsa. Krisis ini berlaku tidak mengira peringkat umur, status dan pangkat sama ada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa bahkan sektor awam yang seharusnya menjunjung etika berbahasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat semakin kurang ditekankan. Apa yang berlaku ialah masyarakat sekadar menyampaikan idea yang ada dalam fikiran sehingga lupa mematuhi norma budaya dan tatacara komunikasi verbal yang baik dan sopan. Kesannya,

segala nilai negatif seperti sombong, angkuh, bersikap tidak acuh, ego, tidak beradat bahkan kurang ajar berlaku yang boleh membantutkan kelancaran komunikasi. Begitu juga halnya dengan bahasa yang digunakan oleh media khususnya saluran radio masih menampakkan kegagalan untuk mempraktikkan unsur kesopanan berbahasa dengan baik. Menerusi agenda mempromosikan produk khususnya, media masih gagal mengenal pasti penggunaan kata ganti diri yang tepat. Terdapat iklan mempromosi pakaian yang menggunakan kata ganti diri kamu bagi merujuk kepada pendengar sedangkan sudah sedia jelas bahawa pendengar dan media ada jurang yang harus diambil kira, iaitu dari aspek usia, taraf pendidikan dan status gelaran yang secara harfiahnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dengan media. Meskipun kesan kesantunan berbeza-beza mengikut jenis sapaan yang digunakan namun layakkah jika sebahagian pendengar yang terdiri daripada warga emas dikamu-kamukan sahaja? Kepelbagaian sistem sapaan dalam bahasa Melayu dengan mudah telah menggariskan kepelbagaian fungsi bentuk sapaan yang lebih sesuai dan sopan untuk digunakan bagi menggantikan bentuk sapaan kamu, iaitu anda. Dalam konteks komunikasi verbal dua hala, berlaku juga trend pengucapan yang tanpa disedari sebenarnya boleh menyinggung hati dan perasaan orang lain terutamanya apabila berlaku antara dua peringkat umur yang berbeza. Tentu sekali kita biasa mendengar ungkapan tau tak pe yang kini dilihat menjadi kebiasaan pengucapan golongan remaja. Lebih mengecewakan ialah mereka langsung tidak mengetahui negatifnya ungkapan tersebut walaupun bertujuan untuk mengiyakan atau bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan. Tingkah laku komunikasi tersebut sebenarnya secara tidak langsung menggambarkan sikap sombong, berlagak, membangga diri serta memperlihatkan penutur lebih tahu akan perkara yang sedang dibincangkan walaupun melibatkan dua peringkat umur yang berbeza. Untuk menggantikan ungkapan tersebut, difikirkan wajar menggunakan ungkapan persetujuan yang menunjukkan kerendahan diri, berbudi dan hormat seperti ye, betul tu, saya setuju dan sebagainya. Kelemahan dan ketidakarifan ini akhirnya akan memperlihatkan kurang pekanya masyarakat kita untuk menghalusi nilai kesopanan berbahasa dengan baik. Selain untuk menggambarkan sahsiah bangsa, kesantunan berbahasa bertujuan untuk melancarkan komunikasi sosial. Akan tetapi, berlakunya krisis kesantunan berbahasa ini sebenarnya tiada lain akibat pengaruh persekitaran, lakonan masyarakat kita sendiri selain pengaruh media yang dilihat amat mudah mempengaruhi perilaku berbahasa anak-anak muda. Bahasa orang Melayu terus menerus menjadi layu. Tidak kira sama ada dituturkan kepada sesama rakan sebaya atau yang lebih berusia, penggunaan kata ganti nama diri yang sopan dan lebih manis seperti awak, anda, saudara, encik, tuan dan sebagainya telah digantikan dengan panggilan ringkas seperti lu, gua, bro, beb dan banyak lagi. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa penerimaan masyarakat secara membabi buta ini secara halusnya telah menidakkan keupayaan bahasa ibunda sebagai kayu ukur yang menentukan tingginya martabat bangsa. Ditakuti

apabila bahasa ibunda dicacamarbakan maka budaya, nilai dan corak pemikiran tidak lagi mampu dicorakkan oleh bangsanya sendiri. Seringkali juga kita berhadapan dengan situasi tiadanya kesedaran mengutamakan soal hormat dan ketertiban terutamanya dalam kalangan remaja dengan cara mengucapkan salam sapaan tanda hormat sebelum memulakan bicara khususnya dalam situasi tidak formal. Tidak dinafikan bahawa komunikasi tidak formal tidak terikat kepada peraturan linguistik, yang dipentingkan ialah keselesaan dan kesalingfahaman (cooperative principle) pendengar. Akan tetapi, dalam konteks berbahasa tentu sekali menyakitkan hati apabila ada remaja yang berhajatkan sesuatu kepada kita tidak langsung mengucapkan salam terlebih dahulu. Di mana silapnya sedangkan di peringkat sekolah rendah lagi pendedahan sivik dan pengetahuan sosiolinguistik telah diterapkan agar memberi manfaat kepada pelajar untuk disesuaikan dengan masyarakat luar kelak. Oleh yang demikian, gelombang perubahan untuk menjunjung kembali nilai kesopanan berbahasa perlu dilaksanakan segera. Tibalah masanya untuk semua pihak terutamanya ibu bapa dan institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah atau universiti memberikan penekanan yang total terhadap aspek kesantunan dalam proses belajar dan mengajarkan bahasa yang seharusnya dilakukan secara bersepadu dan kolektif. Penekanan terhadap beberapa aspek seperti apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan dalam keadaan tertentu, penggunaan ragam bahasa yang bersesuaian dengan situasi, mengambil kira bagaimana dan bila kita harus menunggu giliran untuk bercakap atau mencelah, mengetahui kenyaringan suara yang sesuai digunakan ketika berbicara, mengetahui bagaimana sikap dan gerak geri badan yang bersesuaian ketika berbicara dan akhir sekali ialah bila masanya kita harus diam dan mengakhiri sesuatu perbicaraan juga menjadi komponen yang tidak kurang pentingnya dalam objektif kita mewujudkan gaya hidup yang sempurna dan penuh dengan nilai kesantunan agar keperibadian bangsa yang luhur, dihormati dan disegani dapat dikekalkan

Bahasa merupakan sistem atau alat komunikasi yang amat penting bagi manusia dalam perhubungan sehari-hari. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa yang digunakan merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu benda yang konkrit ataupun sesuatu yang abstrak, supaya demikian pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda yang diperkatakan itu. Bahasa merupakan suatu unsur yang dinamik, yakni sentiasa berubah-ubah mengikut situasi dan zaman atau perkembangan semasa. Oleh hal yang demikian, menurut S. Nathesan, bahasa sentiasa dianalisis dan didekati dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya. Antara pendekatan yang dapat digunakan untuk mengkaji bahasa ialah pendekatan makna. Bidang makna atau semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik yang tidak akan sempurna jika tidak ada kajian makna. Salah satu bidang makna yang dikaji ialah unsur tabu yang terdapat dalam bahasa. Masyarakat Melayu kaya dengan adat dan budaya Timur menjadi pegangan sejak dahulu. Adat, adab, dan budaya yang menjadi tradisi dalam masyarakat ini bukan sahaja menjadi ikutan, malah turut melingkungi masyarakat sebagai peraturan bersama dalam perhubungan

sehari-hari. Kebersamaan dalam masyarakat inilah yang menyebabkan wujudnya peraturanperaturan tertentu yang berunsur tabu yang menjadi suatu pegangan oleh seluruh anggota masyarakat agar adat, adab, dan budaya yang dijunjung itu terjaga. Tabu merupakan suatu strategi kesantunan yang melibatkan aspek kebahasaan supaya kesopanan, adat, dan adab yang dijunjung dalam masyarakat Melayu itu dapat dipatuhi bersama oleh setiap anggota masyarakat. Aspek kesantunan yang berunsur tabu ini merangkumi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu yang tidak boleh sewenang-wenangnya diucapkan dalam situasi tertentu. Sebahagian daripada kajian makna atau semantik yang dikaji ialah tabu dalam bahasa. Kata tabu seperti yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud sesuatu yang dilarang, pantang larang atau yang dilarang atau ditegah daripada dipercakapkan. Mengikut Tesaurus Linguistik Bahasa Melayu, tabu ialah suatu keadaan untuk mengelakkan penggunaan kata yang tidak sopan atau dilarang. Apabila dikaitkan dengan bahasa, tabu ialah suatu keadaan yang menjadi sempadan atau sekatan kepada anggota masyarakat agar mereka tidak menggunakan bahasa atau perkataan tertentu dengan sewenang-wenangnya. Walaupun bahasa merupakan sesuatu yang arbitrari, ada sesetengah perkara yang tidak boleh dibicarakan secara terbuka dan terang-terangan, terutamanya di khalayak. Menurut Teo Kok Seong, topik-topik yang sering dianggap tabu dalam masyarakat Melayu antaranya hal-hal yang berkaitan seks, fungsi badan tertentu, anggota badan tertentu, urusan hamil serta bersalin, dan najis. Selain itu, masyarakat Melayu juga sangat sensitif dengan hal-hal yang berkaitan dengan adat dan kepercayaan. MENGAPA TABU WUJUD? Tabu dalam bahasa wujud disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-faktor tersebut merangkumi faktor yang berkaitan dengan latar belakang masyarakat itu sendiri. Antaranya adalah seperti berikut: (a) Adat dan Kepercayaan

Masyarakat Melayu memiliki khazanah adat dan kebudayaan yang begitu tinggi. Adat dan budaya yang dipegang oleh masyarakat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan sehari-hari. Hal-hal inilah yang menjadi panduan dalam dalam kehidupan mereka sejak dahulu. Asmah Haji Omar dalam Susur Galur Bahasa Melayu mengatakan bahawa orangorang Melayu sebelum memeluk agama Hindu dan kemudiannya Islam, percaya pada semangat, baik pada makhluk bernyawa mahupun tak bernyawa seperti pokok-pokok, kayukayu besar, batu, dan sebagainya. Masyarakat Melayu menganggap benda-benda itu mempunyai semangat atau jiwa yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu, perlakuan terhadap benda-benda itu hendaklah secara sopan santun. Bagi masyarakat Melayu, perlakuan yang tidak sopan dan kasar, sama ada dalam bentuk perbuatan atau percakapan akan memberi kemudaratan kepada orang yang berkenaan. Oleh hal yang demikian, segala perkara yang berkaitan dengan perkara tersebut dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Oleh sebab ada larangan tertentu yang telah ditetapkan oleh masyarakat dalam berbahasa tentang perkaraperkara yang berkenaan, maka ungkapan-ungkapan yang dianggap tabu telah digantikan dengan istilah lain yang dianggap lebih sopan dan manis didengar. Untuk menjaga hati semangat yang ada pada benda-benda tersebut, masyarakat Melayu menggantikan perkataan tertentu yang dianggap tabu dengan perkataan lain yang lebih halus sifat atau lebih tersembunyi maksudnya. Sebagai contoh, kata datuk atau nenek digunakan

apabila seseorang melalui tempat tertentu yang dipercayainya wujud penunggu atau hantu. Kata datuk atau nenek tersebut merujuk pada penunggu atau hantu yang dipercayainya tinggal di tempat tersebut. Penggantian kata tersebut untuk menunjukkan bahawa orang yang menyebutnya sangat menghormati penunggu itu dan berharap agar mereka tidak diganggu dan memberi kemudaratan kepadanya. Kata datuk dalam maksud dan keadaan biasa merujuk kepada bapa kepada ayah atau ibu seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat), manakala kata nenek pula bermaksud orang tua kepada emak atau ayah. Umumnya, kata tersebut juga merupakan panggilan seseorang kepada bapa kepada ayah atau ibunya. Begitu juga dengan kata nenek. Datuk dan nenek merupakan kedudukan ahli keluarga yang sangat dihormat. Kedudukan tersebut membuatkan seseorang yang bergelar datuk atau nenek sangat dihormati oleh cucu-cucunya sebagai orang yang lebih tua. Oleh sebab itulah kata datuk atau nenek digunakan untuk merujuk hantu atau penunggu yang dipercayai itu kerana mereka perlu dihormati sama seperti datuk atau nenek seseorang. Dari segi adat, unsur tabu turut memainkan peranan penting dalam menjaga tradisi yang turunkan oleh warisan terdahulu, terutama dalam konteks perhubungan sosial. Sebagai contoh, apabila ada kematian anggota masyarakat, perkataan mati sama sekali tidak boleh digunakan bagi merujuk perihal kematian tersebut. Sebaliknya, masyarakat Melayu lebih selesa menyebut meninggal dunia, atau dalam konteks lain kembali ke rahmatullah. Begitu juga apabila merujuk pada orang yang meninggal dunia, kata mayat juga dianggap tidak sopan disebut, tetapi digantikan dengan jenazah. Jika dilihat dari sudut makna, kata mati bersinonim dengan meninggal dunia, begitu juga kata mayat yang bersinonim dengan jenazah. Bagaimanapun, hal ini berbeza jika dilihat dari sudut adat dan kesopanan dalam masyarakat Melayu. Fenomena inilah yang dikatakan sebagai tabu kerana adanya larangan tersebut dalam masyarakat yang menjunjung adat tersebut. (b) Takut

Selain unsur ghaib, masyarakat Melayu juga percaya akan kekuatan semangat binatang liar. Binatang yang biasa menjadi ketakutan masyarakat Melayu adalah seperti harimau, gajah, buaya, babi hutan, ular, dan tikus. Binatang-binatang ini dianggap boleh memberi kemudaratan kepada manusia sekiranya bertembung di hutan. Kehidupan masyarakat Melayu dahulu sangat bergantung kepada hutan kerana hutan memberikan pelbagai sumber rezeki. Oleh hal yang demikian, mereka sering masuk ke hutan untuk mendapatkan pelbagai sumbernya seperti rotan, madu, umbut, damar, dan sebagainya. Oleh itu, seboleh mungkin mereka tidak mahu bertembung dengan binatang-binatang tersebut kerana mungkin akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan. Masyarakat Melayu juga percaya bahawa sekiranya nama binatang seperti harimau, gajah atau babi hutan disebut dengan lafaz namanya yang sebenar, mereka akan bertembung dengan binatang tersebut, dan mungkin akan mengganggu atau membawa kemudaratan kepadanya. Selain itu, masyarakat Melayu juga percaya sekiranya binatang-binatang tersebut dicabar, dimarahi atau dikeji dengan kata-kata nista, orang tersebut akan ditimpa musibah yang teruk. Sebagai contoh, jika seseorang itu menyumpah atau berkata sesuatu yang tidak baik terhadap babi hutan atau tikus yang merosakkan tanamannya, nescaya tanamannya akan dimusnahkan sama sekali oleh segerombolan babi hutan atau tikus yang dinista itu. Begitu juga sekiranya seseorang itu mencabar kekuatan dan kewibawaan gajah dan harimau, mereka mungkin akan bertembung dengan haiwan tersebut. Untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, nama binatang tersebut digantikan dengan sebutan lain seperti berikut: Nama haiwan Nama gantian

harimau gajah ular buaya tikus

Pak Belang orang besar akar batang hanyut Cik Siti

Kata Pak Belang bagi menggantikan harimau digunakan merujuk belang yang terdapat pada badannya. Dengan demikian, kata harimau tidak lagi disebut, terutamanya semasa berada di dalam hutan kerana jika disebut, seolah-olah orang yang menyebutnya memanggil harimau tersebut. Begitu juga dengan kata orang besar yang menggantikan kata gajah. Istilah orang besar merujuk sifat gajah yang besar badannya. Istilah tersebut juga memberi perlambangan bahawa orang yang menyebutnya menghormati gajah yang besar dan kuat yang boleh memusnahkan tananan dan nyawa manusia. Kata akar bagi menggantikan ular pula merujuk sifat ular yang menjalar seperti akar pokok. Begitulah kebijaksanaan orang Melayu dalam penciptaan istilah baharu bagi menggantikan nama haiwan yang ditakutinya. (c) Unsur seks/lucah/fungsi badan

Masyarakat Melayu ialah masyarakat timur yang masih tebal dengan adat dan budaya yang tinggi nilai moralnya. Tambahan pula, sejak kedatangan Islam sejak abad ke-13, ajaran yang diterapkan oleh Islam yang berkaitan dengan moral dan akhlak sangat menepati dengan sifat masyarakat Melayu yang lemah lembut dan sangat mementingkan soal maruah dan harga diri. Oleh hal yang demikian, soal yang berkaitan dengan tubuh badan, terutamanya yang berkaitan dengan golongan wanita serta hal rumahtangga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata yang berkaitan yang dianggap tabu tersebut digantikan dengan perkataan lain yang dianggap lebih sopan dan halus. Senarai perkataan tersebut adalah seperti berikut: Kata tabu pantat butuh puki burit jubur/dubur kopek tetek haid bersetubuh mengandung Kata gantian kemaluan punggung buah dada/payudara datang bulan, datang kotor hubungan kelamin hamil/berbadan dua

Selain itu, hal-hal yang berkaitan dengan fungsi badan manusia, seperti berak, kencing, tahi, dan kentut juga dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata tersebut dianggap kotor dan kasar. Oleh hal yang demikian, kata-kata tersebut digantikan dengan kata yang lebih sopan, iaitu buang air besar/ke sungai besar, buang air kecil/ke sungai kecil, najis, dan buang angin. Pemilihan kata tersebut disebabkan maknanya masih lagi berkonotasi dengan kata asalnya walaupun pada asasnya kata tersebut mempunyai makna yang lain. Kata buang air besar/ke sungai besar, misalnya merujuk perbuatan berak secara tidak langsung dan tidak berterus-terang. Begitu juga dengan kata buang angin yang sebenarnya berkonotasi dengan perbuatan membuang angin perut melalui saluran dubur. Perbuatan tersebut walaupun lumrah

bagi manusia, tetapi tidak sopan bagi masyarakat Melayu sekiranya disebut dengan perkataan kentut kerana dianggap sangat kasar dan tidak berbudi bahasa. Oleh sebab itu, kata tersebut digantikan supaya menjadi lebih sopan dan halus budi pekerti bagi orang yang menyebutnya. Ironinya, kewujudan tabu dalam bahasa membawa natijah yang cukup baik dalam perkembangan bahasa dan budaya Melayu. Secara tidak langsung, unsur kesantunan dalam berbahasa atau eufemisme turut berkembang dalam masyarakat. Menurut Teo Kok Seong, eufemisme ialah perkataan atau frasa yang lebih sopan dan halus sifatnya untuk menggantikan perkataan atau frasa yang sudah pun dianggap sebagai kasar dan keji. Eufemisme atau kesantunan merupakan suatu keadaan yang wujud apabila seseorang itu mencuba untuk tidak menjadikan bahasa atau perbuatan yang dituturkan atau dilakukannya dianggap tidak sopan atau melanggar konsep tabu yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Oleh hal yang demikian, kata tahi, kencing, dan berak tersebut digantikan dengan kata lain yang dianggap lebih sopan, seperti najis, buang air kecil, dan buang air besar. Oleh sebab masyarakat Melayu menganggap kata-kata tersebut berupa kata yang dilarang penggunaannya secara langsung, maka wujudlah unsur eufemisme atau kesantunan dalam berbahasa. Eufemisme atau kesantunan merupakan suatu keadaan yang wujud apabila seseorang itu mencuba untuk tidak menjadikan bahasa atau perbuatan yang dituturkan atau dilakukannya dianggap tidak sopan atau melanggar konsep tabu yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Keadaan ini wujud kerana selepas kedatangan Islam, bangsa Melayu begitu mementingkan adab sopan seperti yang diajarkan dalam Islam. Akhlak yang terpuji seperti yang diajarkan oleh Rasulullah (S.A.W) begitu mempengaruhi masyarakat Melayu Islam, bukan sahaja dalam perbuatan, justeru dalam pertuturan harian. Hal inilah yang membudaya dalam masyarakat Melayu sehingga wujudnya konsep kesantunan atau eufimisme bagi menutup hal-hal yang tabu tersebut. Hal ini demikian kerana, dalam masyarakat Melayu, seseorang yang menggunakan kata-kata yang dianggap tabu bukan sahaja dianggap tidak beradab tetapi juga boleh menyinggung perasaan orang yang berkenaan. Sebagai contoh, halhal yang berkaitan dengan wanita, seperti haid, mengandung, tetek atau kopek dianggap tabu oleh masyarakat Melayu. Kata-kata ini dianggap sebagai kata-kata yang tidak manis atau mengandungi unsur lucah, lebih-lebih lagi apabila diucapkan oleh seseorang lelaki di hadapan seorang perempuan. Oleh hal yang demikian, kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata seperti yang telah dijelaskan sebelumnya. Hal yang demikian kerana, seseorang yang mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu boleh dianggap sebagai orang yang tidak sopan atau tidak tahu adab dan budi bahasa. Bangsa Melayu sememangnya terkenal sebagai bangsa yang mementingkan budi bahasa yang tinggi. Oleh hal yang demikian, untuk mengelakkan seseorang itu dikatakan sebagai orang yang tidak berbudi bahasa atau bermulut celupar, sesuatu perkataan yang dikatakan tabu akan dijelaskan dengan panjang lebar melalui kata-kata atau ayat yang berlapis atau berkias. Bentuk kiasan inilah yang merupakan sirkumlokusi yang digunakan sebagai pelarian supaya kata yang menjadi tabu tersebut tidak disebut secara terang-terangan. Suatu hal yang menarik dalam membicarakan soal kata-kata yang berunsur tabu ialah sesetengah kata tersebut tidak dianggap tabu dalam situasi tertentu. Walaupun pada asasnya semua kata yang dianggap tabu dilarang penggunaannya dalam percakapan, tetapi larangan tersebut adalah terbatas dalam situasi yang tertentu sahaja. Larangan atau sekatan penggunaan kata-kata yang dianggap tabu hanya meliputi aspek rujukan khusus bagi makna asal perkataan tersebut sahaja, misalnya, kata tahi, kencing, dan berak. Sekiranya kata-kata tersebut diucapkan untuk merujuk makna asalnya, iaitu tahi merujuk pada hampas atau sisa buangan manusia yang keluar dari dubur, atau perbuatan kencing dan berak yang dilakukan

oleh manusia, kata-kata tersebut dianggap tabu. Walau bagaimanapun, kata-kata tersebut tidak lagi dianggap tabu sekiranya digunakan dalam bentuk nama sesuatu benda atau penyakit atau sifat sesuatu yang berbentuk kiasan. Contohnya, kata majmuk kiasan tahi lalat yang merujuk bintik hitam yang ada pada kulit manusia atau tahi itik, sejenis kuih tradisional di negeri Kelantan. Suatu kejanggalan dalam masyarakat sekiranya kata tersebut ditukar menjadi najis lalat atau najis itik bagi merujuk hal yang sama. Kata kencing malam atau kencing manis yang merujuk sejenis penyakit yang dihidapi manusia juga tidak dianggap tabu, malah orang yang menyebutnya juga tidak berasa segan dan bersalah. Orang yang mendengarnya juga tidak akan tersinggung dan menganggap orang yang mengucapkannya sebagai tidak sopan. Hal yang demikian kerana, orang yang mendengarnya memahami bahawa kata yang diucapkan itu merujuk nama penyakit, bukannya perbuatan kencing itu. Begitu juga dengan bentuk peribahasa Melayu yang berbentuk kiasan, seperti macam cicak berak kapur, dan guru kencing berdiri murid kencing berlari. Kata berak dan kencing yang disebut dalam peribahasa tersebut tidak dianggap tabu. Menurut Teo Kok Seong, hal ini berlaku kerana sesuatu perkataan atau ungkapan yang menjadi tabu itu dilarang penggunaannya pada topik dan ranah (bidang) tertentu sahaja. Ungkapan tabu juga tidak akan dianggap tabu sekiranya penggunaannya merujuk pada binatang. Hal ini demikian kerana, sesuatu yang dianggap tabu itu hanya berlaku sekiranya ia melibatkan hal-hal yang berkaitan dengan manusia sahaja, lebih-lebih lagi yang merujuk kaum wanita. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Teo Kok Seong, tidak betul, tidak perlu, dan amat janggal dari segi sistem bahasa Melayu apabila kita melafazkan atau menulis ungkapan sesopan ini Kucing jiran sebelah selalu buang air besar di halaman rumah saya. Hal ini bermaksud, walaupun seseorang itu ingin bersikap sopan, penggunaan buang air besar yang digunakan bagi merujuk perbuatan kucing tersebut adalah tidak tepat dalam konteks penggunaan bahasa Melayu. Tidak menjadi suatu kesalahan dan tidak pula dianggap tidak sopan seseorang itu sekiranya dia menggunakan ungkapan kucing itu berak. Sesungguhnya pengetahuan anggota masyarakat dalam soal kesantunan berbahasa, terutama aspek tabu dalam masyarakat Melayu adalah sangat penting. Hal ini demikian kerana, pengetahuan inilah yang menjadi ukuran sama ada seseorang itu berbudi pekerti, berbudi bahasa, beradat atau bersopan santun bukan sahaja dalam pertuturan tetapi juga dalam tingkah laku. Kenaifan seseorang anggota masyarakat dalam soal ini boleh mengakibatkannya dipandang rendah oleh masyarakat. Pengetahuan tentang hal ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu peka dengan hal-hal yang berkaitan dengan peraturan dalam bermasyarakat dan berbahasa. Sesungguhnya, unsur tabu yang terdapat dalam masyarakat Melayu menyekat seseorang daripada berbahasa dengan sewenang-wenangnya, tetapi keadaan ini diterima dan dipersetujui oleh anggota masyarakat Melayu seluruhnya. Unsur ini juga diterima dengan baik oleh seluruh anggota masyarakat kerana melalui unsur tabu inilah, wujudnya suatu peraturan yang berkaitan dengan kesantunan dan keperibadian mulia seseorang. Bertepatan pula dengan masyarakat Melayu yang masih kuat berpegang dengan nilai-nilai Timur, unsur tabu tidak menjadi bebanan dalam kehidupan harian mereka, justeru menjadi suatu kepentingan dalam kehidupan sehari-hari.

KEBIMBANGAN mengenai lunturnya budi bahasa, sopan santun dan nilai murni di kalangan masyarakat terutamanya anak-anak muda kian menebal ekoran pelbagai kes menggemparkan yang berlaku di negara kita.

Paparan di media massa tidak pernah lepas daripada berita kezaliman ibu bapa terhadap anak-anak, tindakan anak-anak terhadap ibu bapa, tindakan drastik cucu terhadap datuk dan nenek, tipisnya rasa hormat golongan muda kepada golongan tua dan sebagainya. Kes seorang datuk meninggal dunia manakala nenek mengalami kecederaan yang berlaku di Jempol akibat perbuatan seorang cucu berusia 19 tahun baru-baru ini merupakan satu antara pelbagai kes di negara kita yang membabitkan remaja Di sekolah pula, sudah banyak kes murid bertindak ke atas guru mereka sampai ada yang sanggup menendang guru dan mencederakan orang yang selama ini memberi ilmu kepada mereka. Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam statistiknya antara 2008 hingga Jun 2010 berlaku pelbagai kes kezaliman dan salah laku remaja kepada orang yang lebih tua daripada mereka. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 91 kes penderaan dilakukan anak terhadap ibu kandung; 24 kes ke atas mentua; lima kes ke atas ibu saudara dan satu kes ke atas ibu tiri. Manakala di pihak orang tua pula, pelbagai kes penderaan dilakukan ke atas anak-anak sampai ke peringkat kes membuang bayi. Kisah penderaan sampai anak-anak kecil mengalami kecederaan serius dan kes yang membawa maut bukan isu baru di negara kita. Di jalan raya, kita pernah digemparkan dengan kes buli sesama pengguna jalan raya, merebak kepada pergaduhan dan kematian dan terakhirnya kita dapati kes ragut melibatkan pejalan kaki juga turut berlaku di jalan raya. Di jalan raya juga, kita sering melihat pelbagai tingkah laku negatif pengguna jalan raya sehingga pemandu kita dianggap tergolong dalam mentaliti kelas tiga dan cukup merisaukan. Di samping adanya Mat Rempit, pengguna jalan raya juga sering melanggar pelbagai peraturan di jalan raya yang bukan hanya menyusahkan diri mereka sendiri, tetapi turut mengheret pengguna jalan raya yang lain. Di sungai, longkang tepi jalan dan di tepi pantai pula tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai lubuk tempat membuang sampah dan segala macam benda yang tidak diperlukan. Di tempat awam pula, ada barang yang sengaja dirosakkan termasuk dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Semua ini berlaku kerana kurangnya kesedaran sivik terhadap harta benda awam. Di pejabat, sering kali juga kita mendengar pelanggan dimaki-hamun petugas kaunter. Layanan tidak baik petugas kaunter atau pegawai yang bertugas walaupun pelanggan membuat kesilapan adalah tidak wajar berlaku, apatah lagi jika pelanggan di pihak yang benar Kempen budi bahasa yang dilancarkan pada 11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang hakikatnya berusaha memperbaiki sikap negatif masyarakat kita sama ada dalam keluarga, sesama anggota masyarakat, harta benda dan alam sekitar. Kempen ini merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa dan ramai yang menyambut baik kempen ini dan berharap kempen ini berterusan dalam jangka masa panjang. Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menggerakkan semula kempen Rumahku Syurgaku memandangkan kempen ini dianggap berjaya dan perlu diaktifkan demi mencapai misinya untuk melahirkan masyarakat penyayang dan harmoni. Demi meneruskan kelangsungan institusi keluarga yang bahagia di samping terhindar daripada sebarang gejala tidak sihat, pelbagai pihak mesti meneruskan usaha menyemai sikap positif dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Manakala dalam hidup bermasyarakat bagi sebuah negara yang menuju pembangunan pesat, segala tingkah laku negatif individu mesti dibuang jauh-jauh supaya negara kita tidak dilabel dengan pelbagai gelaran tidak baik. Kempen yang telah dan sedang digerakkan di negara kita mesti dihayati dan dipraktikkan terutamanya kempen yang menekankan pentingnya nilai murni dalam kehidupan seharian. Kempen Cintailah Sungai Kita, Budi Bahasa Budaya Kita dan Masyarakat Penyayang sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan kita sudah begitu prihatin mengenai kepentingan amalan baik dalam hidup bermasyarakat, tetapi malangnya kempen itu tidak dihayati dan dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat. Televisyen perlu lebih banyak menyiarkan rancangan bercorak keagamaan, moral dan mengurangkan rancangan hiburan melampau, filem ganas yang tidak sesuai untuk anak-anak muda. Iklan mengenai peri pentingnya budi bahasa, nilai murni dan hubungan baik antara masyarakat mesti dipertingkat dengan harapan generasi muda dapat menjadikannya sebagai panduan. Ibu bapa dan warga tua mesti memainkan peranan lebih aktif memantau anak remaja mereka supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat. Remaja mesti ditanam dengan nilai murni supaya dapat mereka praktikkan apabila mereka berdepan dengan orang ramai. Di samping pendidikan agama dan moral, pendidikan akademik sangat penting untuk anak-anak. Jika anak-anak tercicir dalam pendidikan, mudah bagi mereka menjadi liar dan terlibat dengan aktiviti tidak sihat. Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain mesti mempertingkat kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai subjek diajar. Pelbagai aktiviti luar mesti diperbanyakkan termasuk mendedahkan kepada mereka mengenai kebejatan sosial dan mereka perlu dijelaskan tentang punca berlakunya masalah tersebut, kesannya dan bagaimana cara mengatasinya. Golongan muda pula mesti menyedari bahawa mereka juga mempunyai peranan besar untuk merealisasikan hasrat menjadikan masyarakat kita terkenal di peringkat lebih jauh. Mereka mesti mempunyai rasa hormat kepada alam sekitar, negara, masyarakat di sekeliling, apatah lagi ibu bapa. Mereka mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada sebarang masalah dengan cara tidak membabitkan diri dengan aktiviti tidak sihat. Menghormati orang yang lebih tua adalah satu nilai murni dan dengan adanya rasa hormat tentunya memudahkan mereka menghormati yang lain termasuk undang-undang yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, amalan budi bahasa, hormat-menghormati tidak kira peringkat usia, pangkat dan kedudukan akan melahirkan masyarakat menepati aspirasi negara

http://berita-harian-online.com/minda-kempen-budi-bahasa-perlu-disemarakkan/ www.ums.edu.my/webv3/appl/downloadfiles/D.%20TOPIK%204.ppt http://aswiza.wordpress.com/kajian-bahasa/ http://www.pinem.info/archive/konsep-bahasa-tidak-sopan 1.0 Pengenalan (konsep bahasa tidak sopan) Bahasa adalah sistem lambang bunyi yang dipergunakan oleh para anggota kelompok sosial untuk bekerja sama, berkomunikasi, dan mengidentifikasikan diri. Kelompok sosial secara tradisional biasanya ditentukan oleh batas teritorial atau batas geografi yang nyata. Namun, dalam masyarakat moden dan pada era globalisasi ini masyarakat antara kelompok, negara dan budaya menjadi tidak ada. Salah satu penanda ikatan kelompok sosial yang biasa dijadikan identity negara salah satunya adalah bahasa. Oleh sebab itu terdapat berbagai variasi bahasa sebagai salah satu penanda kelompok.Dalam berkomunikasi, terdapat berbagai faktor penentu penggunaan bahasa iaitu penutur, topik, tujuan, konteks, jalur, dan media. Jalur lisan memiliki kriteria yang berbeza

dengan tulisan, demikian juga penggunaan media, seperti surat kabar, majalah, radio, televisyen menunjukkan adanya variasi bahasa. Bahasa kasar bermaksud bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan atau ditulis, manakala bahasa halus ialah bahasa atau perkataan yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain, misalnya bahasa dalam kalangan raja-raja. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. 2.0 Faktor-Faktor Menyebabkan berlakunya Bahasa Tidak Sopan (4 faktor contoh n bukti) Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan keadaan persekitaran. Seseorang yang sering melafazkan perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang resah, kusut dan memberontak. Penggunaan bahasa rojak, bahasa kasar atau bahasa pasar di dalam SMS, bahasa dalam sembang internet dan blog juga merupakan antara punca kepada permasalahan ini. Penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik. Hal ini disebabkan kebanyakan media tidak menitikberatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan dalam drama, filem, lagu-lagu, komik serta majalah sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya, mereka terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Sikap penutur. Fenomena ini berpunca daripada sikap segelintir penutur yang ingin menonjolkan kehebatannya dengan menguasai satu bahasa lagi. Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya amat sukar untuk berkomunikasi dalam persekitaran terutamanya dalam penggunaan bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh itu, mereka akan melatih kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah luar bandar serta mempraktikkan dalam perbualan harian walaupun tidak berkemahiran http://myxsement.blogspot.com/

1. sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya) 2. percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun kurang bahasa kurang sopan tidak tahu bahasa tidak sopan santun 3. bahasa alamiah bahasa bahasa tabii bahasa yang digunakan oleh manusia dalam keadaan semula jadi bahasa baku bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dan lain-lain) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, bahasa standard bahasa basahan bahasa bahasa hari-hari bahasa yang digunakan dalam percakapan sehari-hari bahasa besar bahasa yang sangat besar bilangan penggunanya di dunia, bahasa yang tergolong antara bahasa-bahasa utama di dunia

bahasa buatan a) bahasa bahasa rekaan bahasa yang menggunakan peraturan dan gaya yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk kegunaan tertentu (seperti dalam komputer) b) bahasa bahasa dunia bahasa dagang bahasa perdagangan bahasa daerah loghat daerah bahasa dalam bahasa kehormatan (bahasa yang dipakai di istana) bahasa dunia a) bahasa yang dipakai oleh jumlah orang yang amat besar bilangannya di merata dunia (seperti bahasa Inggeris) b) bahasa bahasa buatan bahasa rekaan yang disyorkan dipakai di seluruh dunia (seperti bahasa Esperanto) bahasa halus bahasa atau perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (misalnya meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati dan sebagainya) bahasa hidup bahasa yang masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat bahasa ibu (ibunda) bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil bahasa ilmu bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi bahasa isyarat cara berkomunikasi yang tidak menggunakan ucapan atau tulisan (sebagaimana yang lazim dalam sesuatu bahasa) tetapi menggunakan gerak isyarat anggota bahasa (kacuk-)kacukan bahasa bahasa pasar a) bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul b) bahasa yang berupa campur aduk antara bahasa ibunda penutur dengan bahasa kedua yang cuba dituturkannya (biasanya digunakan dalam hubungan perdagangan), pidgin bahasa kasar bahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan (digunakan) bahasa kebangsaan bahasa yang diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain bahasa kedua bahasa yang (sering) digunakan selain bahasa ibunda, bahasa asing yang diketahui atau dapat digunakan oleh seseorang bahasa kesat bahasa kasar yang digunakan untuk percakapan atau tulisan yang menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya bahasa kiasan perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam makna yang berlainan daripada makna sebenar atau makna biasa perkataan itu bahasa komputer bahasa bahasa pengaturcaraan bahasa buatan untuk mengarang atur cara komputer bahasa lisan bahasa seperti yang digunakan sewaktu bercakap bahasa mati bahasa yang tidak digunakan lagi (secara aktif) dalam masyarakat bahasa Melayu kuno bahasa Melayu yang digunakan pada zaman dahulu bahasa pengantar bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atau dalam perundingan (mesyuarat dan sebagainya) bahasa peraga bahasa utama yang saling melengkapi bahasa kedua (seperti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris) bahasa perantaraan bahasa yang digunakan dalam perhubungan (percakapan dan lainlain) antara orang-orang yang berlainan bahasa ibunda masing-masing (misalnya kerana berlainan bangsa) bahasa percakapan bahasa hari-hari

bahasa perdagangan bahasa yang digunakan dalam dunia perdagangan bahasa rasmi bahasa pentadbiran kerajaan bahasa rojak bahasa percakapan bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris) bahasa sasaran bahasa yang menjadi tumpuan atau hasil terjemahan daripada bahasa yang lain bahasa standard bahasa baku bahasa sukuan bahasa yang digunakan oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak bahasa sumber a) bahasa yang merupakan (bahasa) asal kata pinjaman b) bahasa yang akan diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain ilmu bahasa a) pengetahuan tentang selok-belok bahasa b) tatabahasa 4. bahasa dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli peribahasa hendaklah menjaga budi bahasa walau daripada kaum yang hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga) bahasa menunjukkan bangsa peribahasa daripada budi bahasa, orang dapat menilai kita 5. berbahasa mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa 6. mempunyai budi bahasa yang baik, berbudi bahasa 7. membahasakan, memperbahasakan melahirkan dengan perkataan, menuturkan, mengatakan, mengucapkan 8. menyebut, memanggil 9. menegur, mempersilakan dengan hormat 10. perbahasaan peribahasa 11. pertuturan 12. perbahasa bahasa perba
http://dict.rewaz.org/search/browse/bahasa.re

Anda mungkin juga menyukai