Anda di halaman 1dari 19

"Bismillahirohmanirohim"

Yang Berusaha,
Saudara / Saudari Pengacara Majlis

Yang Dihormati,
ASP Basirul bin Hapi,
Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Jempol.

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Bahagian IPD Jempol,
Ketua-Ketua Polis Balai IPD Jempol,
Seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-Puan hadirin yang
dihormati sekalian,

1
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi.

Syukur Alhamdulillah, kita diberi kekuatan dan keizinan untuk bersama-


sama hadir pada pagi yang penuh bermakna ini untuk meneruskan
agenda Polis Kontinjen Selangor sempena Perhimpunan Bulanan
Ketua Polis Daerah Jempol bagi Bulan Februari 2022. Ribuan terima
kasih kepada Jawatankuasa Kerja yang berusaha keras untuk
menjayakan majlis kita pada pagi ini.

Seperti mana kita semua sedia maklum, ini adalah perhimpunan bulanan
pertama yang kita dapat adakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan
diisytiharkan pada 18 Mac 2020 yang lalu. Namun harus di ingat,

2
peperangan kita dalam memerangi wabak pandemik Covid-19 masih
belum berakhir dan kita semua masih terikat dengan Prosedur Operasi
Standard (SOP) Perintah Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. Justeru itu,
kita semua perlu sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan begi
mengekang penularan wabak ini.

Dikesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga IPD
Jempol yang telah bersama-sama menjayakan Majlis Lawatan Kerja dan
Penyampaian Pingat PJPN Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan.

3
Majlis telah dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan saya
menghargai usaha-usaha tersebut. Terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Marilah kita bersama-sama melangkah dan meneruskan Misi dan Visi


pasukan ke arah mewujudkan negara yang lebih selamat dan aman.
Sebagai sebuah organisasi penguatkuasa utama negara, kita perlu
4
memperbaharui dan memperteguhkan ikrar taat setia dan bakti kita kepada
Raja dan Negara.

Adalah menjadi hasrat saya agar, Polis Daerah Jempol sentiasa maju ke
hadapan dalam apa jua yang kita lakukan sebagai sebuah pasukan
keselamatan yang sentiasa unggul serta berperanan menjaga ketenteraman
dan kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

5
Dalam usaha untuk mengorak langkah ke hadapan bagi memantapkan lagi
sistem perkhidmatan kita. Saya juga ingin mengajak seluruh warga kerja
Polis Daerah Jempol untuk mendukung Tiga Fokus Utama Ketua Polis
Negara iaitu :

i. Memperkasa Integriti.
ii. Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan.
iii. Mendukung Dasar dan Usaha Kerajaan Dalam
Mengekalkan Kesejahteraan Masyarakat.
6
Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian
Pelbagai rintangan, pengalaman, perasaan suka & duka telah kita lalui
bersama-sama di lapangan sangsaka biru ini. Segala komitmen, kejayaan
akan menjadi lipatan sejarah buat kita semua. Mengamit semula kadar
perbezaan indeks jenayah secara keseluruhan di daerah Jempol bagi
tahun 2020 dan 2021menunjukkan penurunan kadar jenayah bagi:
JAN- JAN-
KATEGORI JENAYAH NOV NOV PERATU
2017 2018 S
JENAYAH 79 59 KES -25%
KEKERASAN KES
7
JENAYAH 188 143 KES -24%
HARTABENDA KES
1. Salah satu kekuatan pasukan Polis Diraja Malaysia adalah disiplin. kita
perlu sentiasa mempertingkatkan dan mempamerkan tahap integriti yang
tinggi semasa menjalankan tugas serta Amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepada kita supaya, imej PDRM sebagai sebuah
penguatkuasa undang-undang yang unggul di negara ini terus gah di kaca
mata masyarakat.

8
2. Namun begitu, dewasa ini kita dapat melihat banyak kes-kes
penyalahgunaan kuasa dan isu-isu disiplin warga PDRM terpampang di
dada-dada akhbar mahupun media sosial. Berita seperti ini menjadi
perbualan hangat dalam kalangan masyarakat seterusnya mengugat
keyakinan orang ramai terhadap kita sebagai barisan hadapan yang
sepatutnya menjadi ‘role modal’ kepada mereka.

3. Tidak dapat dinafikan, ada segelintir di kalangan warga PDRM


termasuk PDRM Kontinjen Selangor terlibat dengan perbuatan dan aktiviti

9
yang menyalahi undang-undang. Walaupun bilangan mereka yang
menyalahi undang-undang ini sedikit tetapi, ianya secara tidak langsung
telah mencalarkan imej pasukan. Seperti pepatah Melayu yang berbunyi
“akibat nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Dato'-Dato', tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

10
4. Bagi mengelakkan perkara-pekara seperti ini menjadi ‘barah’ dan terus
terjadi dalam pasukan PDRM yang penuh keramat ini. Kita perlu
memastikan warga kerja PDRM sentiasa berada di landasan yang tepat
semasa manjalankan tugas dan tanggungjawab.

5. Penyelia hendaklah sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dilakukan


oleh anggota di bawah seliaan masing-masing. Kenal pasti masalah yang

11
dihadapi oleh mereka agar tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan
permasalahan tersebut dapat diambil.

6. Selain itu, semangat ‘Espirit de corps’ juga perlu utuh dalam diri setiap
lapisan warga PDRM bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni. Ini

12
kerana, Sebagai sebuah organisasi yang besar, kita perlu sentiasa
berganding bahu untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang.

Dato'-Dato', tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

7. Saban tahun, barisan kepimpinan PDRM akan meletakkan ‘Key


Performance Indicator’ bagi setiap jabatan untuk dicapai. Pada tahun
lepas, PDRM Kontinjen Selangor telah berjaya mencapai hampir

13
kelseluruhan ‘Key Performance Indicator’ yang telah ditetapkan. Saya
percaya, ini adalah hasil daripada kerjasama serta usaha keras yang
dipamerkan oleh semua warga kerja PDRM Kontinjen Selangor untuk
merealisasikan Visi dan Misi pasukan. Syabas dan tahniah diucapkan.

8. Sesungguhnya, kesemua ‘Key Performance Indicator’ yang telah


sasarkan untuk dicapai oleh setiap jabatan adalah bertujuan memastikan
kita menjadi sebuah organisasi keselamatan yang tetap unggul dan
relevan di kaca mata masyarakat. Selain itu, ini juga bertujuan untuk

14
memastikan pasukan PDRM mampu berdaya saing dan setaraf dengan
pasukan-pasukan keselamatan di negera-negara maju.

9. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua jabatan-


jabatan yang telah berjaya mencapai sasaran ‘Key Performance
Indicator’ yang telah ditetapkan. Namun, harus diingat, kejayaan
pada hari ini bukanlah jaminan untuk kejayaan pada hari esok.

15
10. Justeru itu, saya menyeru agar semua warga kerja PDRM Kontinjen
Selangor terus memberikan kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya
untuk mencapai apa jua ‘Key Performance Indicator’ yang telah
ditetapkan untuk jabatan masing-masing pada tahun 2022 ini.

16
Dato'-Dato', tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

11. Kita juga sedia maklum, ramai warga PDRM Selangor telah menjadi
mangsa bencana banjir yang melanda pada 18 Disember tahun lalu.
Bencana ini telah mengakibatkan banyak kerosakkan harta benda dan
kerugian.

17
12. Namun, kita perlu bersyukur kerana banyak pihak tidak kira dari
sektor kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan mahupun orang
perseorangan telah tampil menghulurkan bantuan. Sebagai sebuah
organisasi yang amat menitikberatkan hal-hal kebajikan warga kerjaya,
PDRM juga telah menyalurkan pelbagai bantuan dalam bentuk
keperluan asas dan wang ringgit kepada warga PDRM yang menjadi
mangsa banjir.

18
13. Nasihat saya, gunakanlah sumbangan serta bantuan tersebut sebaik
mungkin dan semoga mereka yang menjadi mangsa bencana alam ini terus
tabah menghadapi dugaan ini.

Sekian,
Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warohmatullahi
wabarakatuh.
Terima kasih.

19

Anda mungkin juga menyukai