Anda di halaman 1dari 3

Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif (Bahagian C)

Soalan – Persamaan

Soalan: Salim dan Salam mempunyai perwatakan yang sama. Berikan dua bukti.

Jawapan: Mereka berdua sangat rajin. Pertama, setiap hari, mereka akan menolong ibu mereka
menjaja kuih dari rumah ke rumah. Kedua, setelah habis menjaja kuih, mereka akan
menolong ibu mereka membuat kerja rumah.

Soalan – Perbezaan

Soalan: Jelaskan perbezaan sifat antara Misa dan Lisa. Berikan bukti untuk menyokong
jawapan kamu.

Jawapan: Misa bersifat bengis manakala / tetapi (but / whereas) Lisa seorang yang peramah.
Buktinya, apabila melayan para pelanggan di kedai ayah mereka, Misa sering
menunjukkan muka yang marah terhadap mereka, tetapi Lisa pula sentiasa
tersenyum dan beramah mesra terhadap pelanggannya.

Soalan – Sifat/Sikap & Bukti

Soalan: Jelaskan sikap Hana yang boleh dicontohi. Berikan dua bukti yang menyokong jawapan
kamu.

Jawapan: Pertama, Hana seorang yang bersikap tabah. Buktinya, walaupun dia berkerusi roda,
dia tetap bersemangat untuk ke sekolah setiap hari. Kedua, dia seorang yang
berdikari. Buktinya, walaupun dia tidak boleh berjalan, dia tetap melakukan
kegiatan sehariannya sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain.

* Mesti ada sifat tentang watak, kemudian penerangan tentang sifat itu berdasarkan contoh atau
bukti daripada petikan. Jika jawapan kamu hanya ada sifat tetapi tiada bukti, tiada markah yang
akan diberikan! Begitu juga dengan sebaliknya!

 Jangan tulis baik hati atau baik (jawapan yang terlalu umum!)

Contoh- contoh sifat / sikap:

Sifat Inggeris Sifat Inggeris

Peramah Friendly Jujur Honest

1
Sifat Inggeris Sifat Inggeris

Suka menolong Helpful Rajin Diligent, Hardworking

Prihatin / Ambil Concerned Bertanggungjawab Responsible


berat

Pemimpin Leader Tabah / Cekal Persevere

Murah hati Generous Penyabar Patient

Adil Fair Bersimpati Emphathetic, Sympathetic

Ikhlas Sincere Tidak putus asa Does not give up

Bertimbang rasa Thoughtful Berkelulusan tinggi Has high qualification

Amanah Reliable Berdikari Independent

Berwaspada Alert Bercita-cita tinggi/ Aim high / visionary


berwawasan

Bijak Smart Gigih Persistent

Matang Mature Memahami Understanding

Peka Sensitif Pemaaf Forgiving

Penyayang Caring Taat Loyal

Tegas Firm Tekun Diligent

Kekata kunci dalam soalan:


Jelaskan
Huraikan Maknanya sama: Jawapan kamu harus ada bukti atau
Terangkan contoh daripada petikan.
Nyatakan

2
Setujukah kamu – Jawapan kamu harus dimulakan dengan Ya atau Tidak, kemudian, tuliskan
jawapan kamu, dengan contoh atau bukti yang sesuai daripada petikan.

Contoh Soalan:
Setujukah kamu bahawa Ali seorang pelajar yang kacak? Buktikan.

Jawapan:
Ya, saya setuju. Buktinya, ......

Wajarkah – Maknanya Patutkah atau Haruskah. Kamu harus mulakan jawapan dengan Ya
atau Tidak, diikuti oleh contoh atau bukti yang sesuai daripada petikan.

Contoh Soalan:
Wajarkah Ali mencederakan kucing itu? Jelaskan dengan bukti yang sesuai daripada petikan.

Jawapan:
Tidak, Ali tidak wajar mencederakan kucing itu. Ini adalah kerana ......

Jelaskan pernyataan tersebut... –


Boleh salin bulat-bulat daripada petikan. Jangan tulis dengan cara begini: Buktinya adalah “Aku
tidak sempat...” dan “Dia tidak suka...”

Soalan Semantik (Kosa Kata)


- Memerlukan kamu mencari makna yang sama ertinya dengan perkataan atau
frasa yang diberikan.

- Jawapan jangan terlalu panjang

- Pastikan ejaan betul

Anda mungkin juga menyukai