Anda di halaman 1dari 18

TEKS UCAPAN

YDH DCP DATO’ AHMAD DZAFFIR BIN MOHD YUSSOF


KETUA POLIS NEGERI SEMBILAN

SEMPENA
PERHIMPUNAN BULANAN BULAN JANUARI 2024
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN NEGERI SEMBILAN

31 JANUARI 2024 (RABU)

1
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

Yang Berusaha
Saudari Pengacara Majlis
………

Al Fadhil Ustaz yang telah membacakan doa bagi keberkatan majlis


perhimpunan pagi ini sebentar tadi
Yang Dihormati
SAC Dato’ Abd Khalid Bin Othman
2
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan

Yang Dihormati
ACP Mohd Zawawi bin Abdullah
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
Merangkap Penganjur Perhimpunan Bulanan Bulan Januari 2024

Yang Dihormati
Ketua-Ketua Jabatan
Pegawai-Pegawai Kanan,
Pegawai Rendah Polis,
Serta Pegawai Awam Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
3
Alhamdulillah, marilah kita mulakan pagi ini dengan memanjatkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kebesaran dan
keagungan-Nya, kerana dengan izin dan hidayahnya dapat kita
bersama-sama hadir ke Perhimpunan Bulanan peringkat Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Negeri Sembilan pada hari ini anjuran Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Negeri
Sembilan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W. serta ke atas keluarganya, para sahabat dan para ambiya’.
Semoga pertemuan kita ini mendapat keberkatan dan perlindungan
daripada Allah S.W.T.

4
Saya kira masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat
Tahun Baru 2024 kepada semua warga PDRM Kontinjen Negeri
Sembilan memandangkan ini merupakan perhimpunan pertama yang
diadakan dalam tahun 2024 ini. Saya berharap dengan memasuki tahun
baru 2024 ini, semua warga PDRM Negeri Sembilan akan lebih
bersemangat, komited dan lebih berusaha untuk memberikan
perkhidmatan yang lebih baik kepada semua, baik dari segi
penyampaian perkhidmatan kepada warga pasukan itu sendiri mahupun
penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat luar.

5
Jadikanlah pengalaman di tahun 2023 sebagai kayu pengukur untuk
kita meneruskan segala usaha, inisiatif dan kecemerlangan supaya lebih
maju di tahun 2024 ini.

Dato’, Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian

Cabaran masa kini memerlukan Pasukan Polis supaya sentiasa dalam


kesiapsiagaan agar dapat menangani pelbagai jenis perlakuan jenayah
seperti jenayah berat, jenayah jalanan, jenayah kolar putih dan jenayah
siber yang melibatkan kecanggihan teknologi merentasi sempadan.
Dalam konteks ini, PDRM perlu sentiasa terkehadapan bagi
memastikan pasukan mampu menangani jenayah alaf baru ini,
6
disamping memberi perhatian untuk membanteras jenayah sedia ada-
baik jenayah berat mahupun yang sebaliknya.

Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan yang berkhidmat


dalam PDRM khususnya dalam kontinjen Negeri Sembilan perlu
memberi perhatian dan ambil maklum bahawa dalam menjalankan
tugas menjaga ketenteraman awam pada masa kini adalah berbeza
dengan masa terdahulu, dimana segala tindakan dan perlakuan yang
dipamerkan oleh warga PDRM sentiasa diperhatikan oleh masyarakat.

Pada masa kini, masyarakat lebih cenderung untuk menyebarkan


sesuatu perkara melalui medium sosial media seperti “facebook,
7
telegram, whatsapp, Tik tok” dan sebagainya, tanpa mengira berita
tersebut sahih atau tidak. Bagi mereka, cara ‘viral’ sebegini akan
mendapat perhatian dan tindakan yang lebih cepat dari pihak berkuasa
dalam menjalankan tugas. Ini juga termasuklah segala salah laku yang
terkesan dilakukan oleh pegawai polis akan terus diviralkan melalui
media mengakibatkan imej pasukan tercalar dan dipandang rendah
pada mata masyarakat. Sehingga hari ini, kita sama-sama dapat lihat,
banyak kes-kes yang melibatkan salah laku pegawai dan anggota
disebarkan melalui media sosial, dan pelbagai tohmahan negatif yang
di lemparkan kepada PDRM. “Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga”. Saya sebagai Pucuk pimpinan PDRM dalam Kontinjen
Negeri Sembilan menegaskan agar tuan-tuan dan puan-puan haruslah
8
sentiasa menjaga integriti didalam diri agar imej PDRM khususnya
dalam kontinjen Negeri Sembilan ini supaya keberadaan kita sebagai
satu pasukan keselamatan sentiasa disanjungi. Saya tidak akan teragak
agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana
pegawai atau anggota yang didapati melakukan kesalahan.

Para hadirin sekalian,

Suka saya mengingatkan kepada semua tentang peratuan 3C iaitu


Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993,
dimana tindakan tatatertib harus diambil kepada mana-mana pegawai
atau anggota yang dikesan melakukan kesalahan salah laku dibawah
9
seliaan masing-masing. Sikap tidak ambil peduli dan tidak mahu
menegur kesalahan dengan membiarkan ianya terus berlaku
mengakibatkan keruntuhan disiplin yang akhirnya menjadi satu
kelaziman dan dianggap remeh. Saya tidak mahu, dek kerana kita tidak
peduli atau tidak berani mengambil tindakan, akan mendorong anggota
yang lain untuk terus mengikuti amalan yang salah sehingga
merosakkan imej dan integriti pasukan.
Para hadirin sekalian

Pada hari ini, Jenayah Komersial bukanlah satu jenayah yang terpencil
dan perlu diambil tindakan sewajarnya kerana ia seumpama barah yang
cepat merebak. Ramai individu yang mudah terpedaya dan dikaburi
10
mata sehingga tertipu dengan janji yang menawarkan keuntungan yang
lumayan. Statistik bagi tahun 2023 menunjukkan sebanyak 2993 kes
yang dilaporkan didalam kontinjen negeri Sembilan melibatkan
pelbagai kes komersial dengan anggaran kerugian sebanyak
RM61,944,034.12 dan jumlah tangkapan adalah sebanyak 1490 orang.
Aktiviti scam belian online merupakan kes yang tertinggi bagi tahun
2023 dengan catatan sebanyak 971 kes dan anggaran kerugian
sebanyak RM9,779,819.98.
Selari dengan kenyataan media saya pada tahun 2022 semasa majlis
serah terima tugas Ketua Polis Negeri Sembilan, fokus utama saya
terhadap pembanterasan aktiviti scam yang semakin berleluasa pada
masa kini khususnya dalam Kontinjen Negeri Sembilan. Saya mahu
11
semua pihak khususnya daripada Jabatan Siasatan Jenayah komersial
lebih drastik dalam menangani kes- kes penipuan online ini.
Perbanyakkan hebahan dan kenyataan media melalui pelbagai saluran
media berkaitan dengan kes-kes scam supaya masyarat diluar tidak
mudah terpedaya dengan “scammer”.

“Community Policing” juga merupakan salah satu pendekatan dalam


usaha memerangi jenayah yang memerlukan kerjasama erat antara
masyarat. Pelbagai aktiviti berkala yang boleh dijalankan bersama
masyarakat sepeti pameran, ceramah dan rondaan Amanita. Melalui
program sebegini, maklumat dapat disalurkan dengan lebih mudah dan

12
difahami oleh masyarakat. Masyarakat juga tidak berasa takut untuk
berkongsi maklumat dengan pihak polis.

Para hadirin sekalian

Dalam memerangi kegiatan jenayah dadah, pelbagai inisiatif telah


dimbil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kontinjen Negeri
Sembilan. Bagi tempoh Januari sehingga Disember 2023, Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya
menangkap seramai 7384 orang berbanding tempoh tahun sebelum
sebanyak 6267 orang tangkapan dengan menunjukkan pertambahan
jumlah tangkapan sebanyak 1117 orang (18%) diatas pelbagai
13
kesalahan jenayah dadah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kerana telah Berjaya melaksanakan
(10) kali OP Tapis bagi tempoh Januari sehingga Disember 2023.
Hasil dari kesemua operasi yang dijalankan sebanyak 1336 orang serta
merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM586,024.60.

Para hadirin sekalian

Saya mengambil maklum bahawa terdapat peningkatan dalam Jenayah


indeks bagi tahun 2023 berbanding tahun 2022 sebanyak 110 kes yang
bersamaan 6.16 peratus. Sungguhpun terdapat kenaikan kes jenayah
indeks, sebanyak 1281 kes bersamaan 67.60 peratus berjaya
14
diselesaikan dalam tempoh tahun 2023. Sebanyak 2494 kes berjaya di
tuduh dimahkamah bersamaan 56.57 peratus merangkumi kes jenayah
indeks dan jenayah non indeks didalam kontinjen Negeri Sembilan,
dimana pencapaian ini telah Berjaya melepasi KPI pertuduhan yang
ditetapkan pada aras 45 peratus. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan diatas
pencapaian tersebut.

Para hadirin sekalian

Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada Timbalan


Ketua Polis Negeri Sembilan yang dikurniakan Darjah Setia Bakti
15
Negeri Sembilan (D.B.N.S.) yang membawa gelaran Dato’. Sekalung
penghargaan dan ucapan tahniah kepada para penerima Sijil
Penghargaan Ketua Polis Negeri Sembilan pada hari ini. Anugerah
ini membuktikan bahawa Tuan-Tuan dan Puan-Puan merupakan
sebahagian daripada aset yang amat bernilai kepada Polis DiRaja
Malaysia. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat meningkatkan lagi
kualiti dan produktiviti kerja seterusnya memantapkan Pasukan Polis
Diraja Malaysia. Teruskan mutu kerja yang cemerlang agar ianya
menjadi contoh dan tauladan kepada semua pihak. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang
telah berusaha dalam menjayakan perhimpunan bulanan pada kali ini.

16
Akhir kata, saya menyeru kepada semua hadirin tunjangkan dan
tampilkanlah diri anda sebagai pegawai polis dan pegawai awam yang
berintegriti, berkebolehan, setia dan berdedikasi. Untuk menjadi
seorang pekerja cemerlang, ia bukan hanya bekerja untuk memperoleh
hasil daripada pekerjaannya, tetapi juga memperoleh kepuasan daripada
perkhidmatan yang diberikan kepada majikan dan juga masyarakat.
Bersama-samalah kita menuju ke arah pembentukan satu pasukan,
pelanggan didahulukan, prestasi kerja diutamakan.

Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarokatuh.

17
18

Anda mungkin juga menyukai