Anda di halaman 1dari 1

Golongan muda perlu ada sikap ambil tahu budaya sendiri

KOTA KINABALU: Golongan muda diingatkan agar sentiasa mengambil tahu tentang
kebudayaan kaum sendiri bagi membolehkan setiap amalan budaya tradisional terus kekal
bagi generasi akan datang.
ADVERTISEMENT

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Huguan Siou Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, usaha itu penting bagi kaum bumiputera di Sabah ini
terus dapat mengekalkan dan memelihara budaya masing-masing agar tidak ditelan zaman.

MARY (lima kiri) yang dinobatkan sebagai Johan Unduk Ngadau peringkat Bandaraya
2018merakam gambar bersama pemenang dan peserta finalis yang lain.
"Mewarisi tradisi kaum terdahulu kita bukan bermakna kita masih berada di tampuk yang
lama.
" Tetapi kita seharusnya perlu berbangga dengan kebudayaan kaum sendiri yang mampu
mengangkat kita bersama dalam membangunkan negara Malaysia yang makmur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan dan Pertandingan
Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Bandaraya 2018, di sini pada Jumaat.
ADVERTISEMENT

Mengenai Pesta Kaamatan yang bertemakan 'Kebudayaan Asas Perpaduan dan


Persaudaraan', Pairin berkata, ia bersesuaian dengan sambutan kali ini yang mana elemen
itu menjadi pemangkin utama ke arah memupuk semangat kekeluargaan, kekitaan serta
keharmonian sesama masyarakat.
Katanya, perayaan ini juga dilihat lebih menjurus kepada perpaduan, kebudayaan, kesenian
dan tradisi masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM) serta etnik lain di Sabah untuk
berkumpul meraikannnya bersama- sama.
"Amalan ini perlu terus dijadikan sebagai budaya dalam kalangan rakyat Malaysia yang
sememangnya terkenal dengan suasana kehidupan yang harmoni dalam pelbagai lapisan
masyarakat majmuk.
"Semoga dengan berlangsungnya Majlis Pesta Kaamatan ini akan mengukuhkan lagi
semangat perpaduan dan cinta akan amalan budaya tradisional dalam kalangan masyarakat
negeri ini secara keseluruhannya, " katanya.

Anda mungkin juga menyukai