Anda di halaman 1dari 4

SJK (C) CHUNG HUA PUSA,

94950 PUSA, BETONG

KERTAS KERJA SUKAN CERGAS, MAKAN SIHAT

PRASEKOLAH HINGGA TAHUN 6

TARIKH: 14.01.2023

HARI : SABTU

MASA: 7.30AM-11.00AM
1.0 NAMA PROGRAM
SUKAN CERGAS, MAKAN SIHAT PRASEKOLAH HINGGA TAHUN 6 2022
2.0 PENDAHULUAN
Kehidupan murid-murid pada masa kini semakin terpengaruh dengan amalan pemakanan
tidak seimbang dan kurang menjaga kesihatan badan. Mereka lebih gemar mengambil
makanan ringan berbanding makanan yang berkhasiat. Cara pemakanan yang tidak sihat
ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkah laku dan sasiah murid-murid,
disamping cenderung mendapat penyakit-penyakit yang merbahaya seperti obesiti.
Murid-murid seharusnya diberi kesedaran terhadap pengekalan tahap kecergasan fizikal
secara optimum supaya kesihatan dan kecergasan dapat mencegah penyakit yang
merbahaya serta dapat membentuk peribadi mulia. Aktiviti sukan bersama pemakanan
yang sihat dapat membantu murid-murid membina badan yang cergas dan sihat.
3.0 OBJEKTIF
1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing-masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti, rajin dan bertanggungjawab.
7. memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid mengenai aktiviti yang
menyihatkan badan.
8. Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid mengenai pemakanan
seimbang.
4.0 TARIKH
14.01.2023
5.0 HARI
Sabtu
6.0 TEMPAT
Dewan Komuniti Dato Godam
7.0 PENGELOLA
SJK (C) Chung Hua Pusa
8.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Prasekolah hingga Tahun 6
9.0 JAWATANKUASA KERJA

Ahli Jawatankuasa Hari Sukan Cergas, Makan Sihat


Penasihat : Pn. Lim Chai Chen (PK Pentadbiran)
Pengerusi Bersama : Encik Lau Sie Teng (PK KK)
Setiausaha : Pn. Lee Mei Chiew
Hadiah : Pn. Lee Mei Chiew
Siaraya : En. Lau Sie Teng, En. Bong Chee Xiung
Juruacara : Ustazah Nur Aisyah
Peralatan : En Lau Sie Teng, En. Bong Chee Xiung
Senamrobik : Pn. Lee Mei Chiew, Cik Hii Yin Rong
Sukanneka : 1-Pn. Lee Mei Chiew
: 2-Cik. Tie Lee Wen
: 3-En. Lau Sie Teng
Hakim : Pn. Lim Chai Chen, Pn. Chang Say Fong, Cik Hii Yin Rong,
Pn. Tie Xiao Xian,
Kecemasan & Keselamatan : Pn. Tie Xiao Xian
Penceramah : Pn. Wong Ai Bing
Makanan dan Minuman : RMT
Kebersihan : En Sopian B Husin, Pn Mariah Binti Perhi
Jurugambar & Publisiti : Cik Ivy Tiong

10.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan dari lembaga Pengurusan Sekolah SJK (C) Chung Hua Pusa.

11.0 ATUR CARA

MASA ATURCARA
06.45-07.30 pagi Kehadiran guru dan murid
07.30-08.00 pagi Senamrobik
08.10-08.30 pagi Sukanneka 1
08.40-09.00pagi Sukanneka 2
09.10-09.30 pagi Sukanneka 3
09.30-10.00 pagi Rehat
10.00-10.30 pagi Ceramah pemakanan sihat
10.30 pagi Majlis Penyampaian hadiah
11.00 pagi Bersurai
11.0 SUKANEKA

Sukanneka 1: Pijak Belon (prasekolah, tahap 1, tahap 2)

Cara Permainan :

1. Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon dan diikat di pergelangan kaki.

2. Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain.

3. Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang belum pecah dikira sebagai
pemenang.

Peralatan: Belon dan gelang getah

Sukanneka 2: Pasing Hula-hoop

1. Semua murid dalam satu kumpulan pegang tangan dalam sebaris.


2. Hula hoop dipass dari peserta pertama hingga ke terakhir dan passing balik.

Peralatan : Hula hoop

Sukanneka 3: Tiup bola ping pong (Kumpulan besar)

1. Setiap ahli kumpulan akan diberi 30 biji ping pong.

2. Sebanyak 5 cawan diisi dengan air dan bola ping pong di letak di atas air.

3. Peserta perlu meniup bola ping pong ke dalam cawan.

4. Pasukan yang berjaya memasukkan bola ping pong terbanyak dikira sebagai
pemenang.

Peralatan: Bola Ping Pong dan Cawan

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Kuantiti Harga Jumlah Catatan


1 Hadiah 6 RM 50.00 RM300.00
3 Makanan dan minuman 40 RM 5.00 RM 200.00
JUMLAH RM500.00

Disediakan oleh,

...............................................
(LAU SIE TENG)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan,
SJK (C) Chung Hua Pusa,

Anda mungkin juga menyukai