Anda di halaman 1dari 9

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A,B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D.

Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 1. Jamal lari _____________ apabila dikejar oleh orang gila itu. A. hiruk-pikuk B. lintang-pukang C. huyung-hayang Soalan 2 berdasarkan Gambar 2 2. Maliki ______________ notis Pertandingan Perbahasan pada papan kenyataan. A. meletak B. melekat C. menampal D. menekap Soalan 3 berdasarkan Gambar 3 3. Zakaria hilang penglihatannya _______________ dia beusia lima tahun. A. walaupun B. sementara C. kerana D. semenjak 4. Puan Hafizah meletakkan meja telefon itu di ________________ . A. ruang tamu B. halaman rumah C. bilik mandi Soalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan Gambar 4 5. Shahrul ___________ makanan kepada ikan-ikan peliharaannya. A. menyuap B. mencampak C. memberi 6. Shahrul memelihara ikan-ikan itu _______________ sebuah akuarium. A. di dalam

B. di sudut C. di utara D. di bawah 7. Indah _____________ pemandangan di tepi Pantai pada waktu senja. A. nian B. amat C. sekali D. sangat Soalan 8 berdasarkan Gambar 5 8. Ketua kampong itu berasa _____________ kerana kampungnya telah terpilih sebagai Kampung Terbaik. A. kecil hati B. besar hati C. sakit hati D. bulat hati 9. Kita tidak akan berjaya dalam hidup jika kita _____________ sahaja, kata Cikgu Azizah kepada para pelajaranya. A. goyang kepala B. goyang tangan C. goyang badan D. goyang kaki 10. Emak memasukkan empat ___________ daging ayam dan beberapa ____________ bawang besar ke dalam masakannya. A. ekor, hiris B. ketul biji C. ketul, hiris D. ekor, biji Soalan 11 dan Soalan 12 berdasarkan Gambar 6 11. _________ , sakitnya ibu jari kakiku ini! kata Lina sambil menangis. A. Aduhai B. Aduh C. Eh D. Ah 12. Kakak _____________ kesakitan apabila kakinya luka terpijak serpihan kaca. A. mengarang

B. meneran C. mengerang D. menahan Soalan 13 berdasarkan Gambar 7 13. Setiap petang Razak bersiar-siar di tepi pantai _______________ menunggang basikalnya. A. hingga B. pada C. dengan D. antara Soalan 14 berdasarkan Gambar 8 14. Berapa lamakah agaknya masa perjalanan _____________ ke KLCC? Tanya Ragu kepada Mohan. A. kita B. kami C. kamu D. anda 15. Apabila tiba di sana _______________ hendaklah menjaga disiplin masing-masing, pesan Puan Salina kepada murid-murid nya. A. mereka B. dia C. kami D. kamu Soalan 16 berdasarkan Gambar 9 16. Murugan sedang menerima ____________ dan sijil daripada Pegawai Pelajaran Daerah. A. teguran B. piala C. nasihat 17. Allahyarham Sudirman merupakan seorang _________________ yang dikenali ramai. A. doctor B. sasterawan C. penyanyi D. dermawan Soalan 18 berdasarkan Gambar 10 18. Pak Samad sedang _________________ buah rambutan yang telah masak untuk dijual di

pasar malam. A. memetik B. mengait C. mengumpul 19. Emak Siti menghadiahkan Siti ________________ rantai dan ____________ cincin. A. seutas, sebuah B. seutas, sebentuk C. sekeping, sebentuk D. selembar, sebuah Soalan 20 berdasarkan Gambar 11 20. Puan Lim sedang ______________ makanan kepada para tetamu yang dating ke rumahnya. A. menyuapkan B. menanyakan C. menghidangkan Soalan 21 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. Soalan 21 berdasarkan Gambar 12 21. Kapal terbang itu itu akan bertolak ke London pada pukul 5.00 petang. A. berlepas B. berjalan C. bergerak D. berterbangan Soalan 22 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 22. Suasana di kampong itu pada waktu malam sangan tenang. A. sepi B. sunyi C. huru-hara Soalan 23 dan Soalan 24 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 23. Sophia meminta Amy memberikan buku cerita itu kepada Nathan. A. Amy, tolong berikan buku cerita ini kepada Nathan dan Sophia. B. Nathan, tolong berikan buku cerita ini kepada Amy, kata Sophia.

C. Amy, tolong berikan buku cerita ini kepada Nathan, kata Sophia. D. Sophia, tolong berikan buku cerita ini kepada Amy,kata Nathan. 24. Sahara sudah memasukkan baju-baju yang hendak dibasuh itu ke dalam mesin pembasuh. A. Baju-baju yang sudah dicuci itu dimasukkan oleh Sahara ke dalam mesin pembasuh. B. Baju-baju yang akan dibasuh itu telah dimasukkan oleh Sahara ke dalam mesin pembasuh. C Sahara mencucui baju-baju yang telah dimasukkan ke dalam mesin pembasuh. D. Baju-baju itu dimasukkan oleh Sahara ke dalam mesin pembasuh untuk dicuci. Soalan 25 dan Soalan 26 Pilih ayat yang betul. 25. A. B. C. D. 26. A. B. C. D. Abang akan berkahwin di hujung bulan ini. Saya amat sangat sayang akan adik. Buah mangga itu telah saya makan. Mereka singgah di Abu Restoran. Tiap hari Pak Abu ke kebun sayuranya. Setengah orang tidak suka akan makanan pedas. Ah Seng memimpin orang tua itu menyeberangi jalan. Kehidupan keluarga nelayan itu kesempitan.

Soalan 27 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan. 27. Apakah yang dimasukkan oleh ibu ke dalam bakul itu ? A. Ibu memasukkan buah durian ke dalam bakul itu. B. Buah durian yang di dalam bakul itu kepunyaan ibu. C. Buah durian itu dimasukkan oleh ibu ke dalam bakul pada pagi tadi. Soalan 28 Pilih ayat tanya yang paling sesuai dengan ayat yang diberikan. Soalan 28 berdasarkan Gambar 13 28. Ayahnya yang menggalakkan dia menjadi seorang doktor. A. Apakah yang digalakkan oleh ayahnya ? B. Siapakah yang menggalakkan dia menjadi seorang doktor ? C. Bagaimanakah ayanya menggalakkan dia menjadi seorang doktor ? Soalan 29 dan Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

29. I Pokok yang tinggi itu akan ditebang oleh datuk. II Abang mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. III Baju itu tidak sesuai dipakai oleh kakak kerana terlalu tinggi. IV Dia dibawa ke hospital kerana tekanan darahnya tinggi. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 30. I Rumahnya rosak teruk setelah dilanda rebut. II Pelajar-pelajar yang telah rosak akhlaknya akan dibawa berjumpa dengan guru besar. III Ayah tidak bekerja pada hari ini kerana enjin keretanya rosak. IV Ibu membuang kuih yang telah rosak itu ke dalam tong sampah. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 23, Jalan Emas 4, Taman Ikan Emas, Batu 3, Cheras, 56000 Kuala Lumpur. 23 MEI 2006. Menemui kakanda Roslan bin Manaf yang berada di London dengan selamatnya. Kakanda, Apa khabar ? Adinda berharap kakanda berada dalam keadaan sihat. Adinda dan keluarga berada dalam keadaan sihat. Bagaimana denan pelajaran kakanda di universiti ? Diharap kakanda tidak mengabaikan kesihatan di samping mengejar ilmu. Adakah kakanda akan pulang ke tanah air pada cuti semester yang akan datang ? Kalau kakanda pulang, sila beritahu adinda atau ahli keluarga agar kami dapat menyambut kepulangan kakanda. Kami di sini seperti biada. Banyak perubahan telah berlaku di sini. Adinda telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM yang baru diumumkan. Adinda juga berjaya memasuki Universiti Malaya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan sivil. Ayahanda dan bonda dalam keadaan sihat. Ayahanda kerap ke Pulau Pinang untuk mengembangkan perniagaannya.

Taman perumahan kita semakin maju. Sebuah jambatan dibina di jalanm masuk ke taman kita untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, khasnya pada waktu pagi. Sebuah pasar raya baru juga dibina di taman kita. Ini memudahkan bonda membeli barangan keperluan harian. Oleh sebab masa tidak mengizinkan, adinda berhenti di sini sahaja. Jumpa lagi di lembaran lain. Sekian.

Adindamu, Kamsiah

31. Daripada surat diriman di atas, kita tahu bahawa abang Kamsiah A. seorang pelajar B. seorang guru C. seorang usahawan D. seorang mahasiswa 32. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai keluarga penulis. A. Bapa penulis seorang peniaga. B. Penulis seorang mahasiswa. C. Keluarga penulis terdiri daripada empat orang. D. Kakak penulis belajar di universiti. 33. Ungkapan mengejar ilmu bermaksud A. mengejar buku pelajaran. B. melanjutkan pelajaran. C. membuat rujukan diperpustakaan. D. membeli buku. 34. Apakah perubahan yang berlaku di dalam Taman Ikan Emas ? A. Sebuah jambatan telah dibina B. Sebuah sekolah baru telah dibina C. Sebuah pasar borong telah dibina D. Sebuah pasar raya telah dibina 35. Jika Roslan pulang, di manakah penulis dan keluarga akan menyambutnya ? A. Stesen kereta api B. Stesen bas C. Pelabuhan Kelang

D. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Roslan dibesarkan dalam suasana kampung. Dalam keadaan rumah yang kecil, Roslan dan lapan adik beradiknya dididik dengan cara yang tegas oleh kedua ibu bapanya. Sebagai anak yang paling tua, dia menanamkan sifat bertimbang rasa dan tolak ansur di kalangan adik-adiknya. Mereka terpaksa belajar dalam suasana yang bising. Mereka makan apa sahaja yang boleh ditanam atau dibeli oleh ibu dan bapa mereka. Mereka juga sering mandi di sungai kecil berhampiran dengan rumah mereka. Mereka berasa seronok walaupun dalam kesejukan. Semasa belajar, suasana memang agak bising, Roslan tidak mampu mengawal kerenah adik-adiknya. Akibatnya, Roslan menjadi sebati dengan keadaan sedemikian. Ketika melanjutkan pelajaran ke menara gading, Roslan memasang radio sekuat-kuatnya semasa menelaah pelajaran. Teman serumahnya berasa pelik melihat tabiat Roslan itu. Pada awalnya mereka berasa tidak selesa tetapi lama-kelamaan mereka dapat menerima cara Roslan. Berkat kerajinannya, Roslan mendapat segulung ijazah untuk dihadiahkan kepada ibu bapanya. Roslan amat bersyukur kepada illahi atas kejayaannya itu. Roslan berharap agar kejayaannya akan menjadi pendorong kepada adik-adiknya.

36. Dimanakah Roslan dibesarkan ? A. Kampung B. Kawasan Pedalaman C. Rumah kampung D. Kampung kecil 37. Bagaimanakah sikap penghuni rumah tersebut ? A. Bekerjasama dan selesa B. Berseronok dan bising C. Bersatu padu dan bertelagah D. Bertimbang rasa dan bertolak ansur 38. Apakah yang telah sebati bagi Roslan ?

A. B. C. D.

Bekerja dalam hiruk-pikuk Belajar dalam suasana yang bising Membuka radio dengan kuat menelaah pelajaran di menara gading

39. Apakah pemberian berharga Roslan kepada ibu dan bapanya ? A. Segulung ijazah B. Kejayaan pelajarannya C. Belajar di menara gading D. Hadiah istimewa 40. Antara fakta berikut yang manakah tidak berkaitan dengan kehidupan keluarga Roslan ? A. Belajar dalam suasana riuh rendah B. Hidup dalam suasana serba sederhana C. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran D. Dididik dengan ketegasan ibu bapa

Anda mungkin juga menyukai