Anda di halaman 1dari 23

Pendahuluan

Ramai guru yang mengeluh kerana sesetengah pelajar suka tidur di dalam kelas . Waris ataupun para ibu bapa mahupun penjaga akan merasa hairan mengapa guru membiarkan pelajar tidur. Hal ini akan menyebabkan mereka meletakkan kesalahan kepada guru. Persoalannya ialah apakah yang waris mahu guru lakukan? Kalau pada zaman dahulu pelajar yang tidak berdisiplin contohnya mencuri, tidur di dalam kelas dan sebagainya akan menerima denda yang berat, tetapi pada hari ini waris tidak mahu anak mereka didenda kerana mengganggap dendaan itu satu penderaan. Apa lagi dengan pelbagai peraturan baharu yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, seolah-olah tidak mahu para guru campur tangan dalam masalah di sekolah. Bagi mengelak daripada sebarang risiko, guru terus mengajar tanpa mempedulikan pelajar yang tidur. Tidur di dalam kelas merupakan satu kerugian walaupun amalan itu adalah baik jika ia dilakukan pada waktu dan di tempat yang sesuai. Waktu tidur yang sepatutnya adalah pada malam hari di sekitar pukul sepuluh hingga enam pagi. Salah satu sebab seseorang itu rasa mengantuk ialah tidur lewat. Namun begitu, ada pelajar yang tidur kerana tidak berminat untuk belajar. Jika terdapat pelajar yang berniaga sehingga awal pagi kerana mencari rezeki, perkara ini boleh diteliti oleh sekolah dan Kementerian Pelajaran. Terdapat juga pelajar yang suka merayau pada waktu malam sehingga pagi kerana melakukan perkara-perkara yang dianggap buruk oleh masyarakat. Perkara seperti inilah yang amat membimbangkan. Salah satu sikap yang baik dan mudah diamali ialah 'suka berfikir'. Pelajar hendaklah berfikir tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan dan cuba berfikir tentang masa hadapan serta fikir perkara yang belum berlaku. Antara perkara yang belum berlaku ke atas diri pelajar

ialah menjadi dewasa dan beranak isteri. Bayangkan anak mereka malas belajar, tidak mendengar nasihat dan suka tidur di dalam kelas. keadaan ini boleh juga serba sedikit mengubah tabiat mereka yang suka tidur di dalam kelas .

Pengenalan Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka tidur boleh didefinisikan sebagai keadaan

tidak sedar dengan mata terpejam.Tidur juga merupakan keadaan merehatkan diri dengan mata terpejam. Mengantuk pula adalah sesuatu perasaan atau rasa hendak tidur ataupun satu perasaan hendak tidur dan boleh diumpamakan sebagai ingin mendapat sesuatu yg sangat-sangat dikehendaki (diingini) iaitu tidur . Tidur adalah satu perkara yang normal, proses alamiah dan merupakan keadaan istirehat yang diperlukan oleh manusia secara regular. Keadaan tidur ini adalah seperti kurang pergerakan tubuh dan kurang waspada terhadap perkara yang berlaku di sekitarnya. Walaupun banyak pendapat daripada golongan bijak pandai mengenai mekanisme tidur dan apa yang terjadi pada otak dan tubuh selama tidur, tetapi masih belum diketahui dengan pasti sebab kita perlu tidur. Beberapa ahli juga percaya bahawa tidur akan memberikan ketenangan dan memulihkan stamina atau tenaga (energy conservation). Terdapat juga yang berpendapat bahawa tidur merupakan proses pemulihan fungsi otak dan tubuh (restorative function) dan beranggapan bahawa tidur merupakan proses penyesuaian (adaptive) untuk mempertahankan kelangsungan hidup . Tidur dalam kelas pula adalah dimaksudkan sebagai keadaan seseorang yang tidur semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan oleh guru. Tidur dalam kelas juga boleh dikatakan tabiat yang kurang bermoral kerana perkara ini seperti tidak menghormati guru yang sedang memberi dan berkongsi ilmu terhadap pelajar. Selain itu, perkara ini juga disama ertikan dengan perasaan mengantuk dan ingin tidur atas sebab yang tertentu.

Penyataan masalah

Terdapat beberapa sebab pelajar perempuan yang tinggal di asrama sering mengalami masalah tidur semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Hal ini amat membimbangkan kebanyakan guru di sekolah. Beberapa kajian telah dibuat oleh beberapa intitusi pendidikan di luar negara seperti Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mendapati, tidur seseorang bergantung kepada usia dan aktiviti yang dijalankan di sepanjang hari. Antara sebab pelajar tersebut sering tidur semasa berada di dalam kelas ialah masalah tidak cukup tidur dan tidur lewat pada waktu malam. Ini merupakan antara punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1.00 pagi, sedangkan pada esok hari merupakan hari persekolahan dan terpaksa bangun awal. Terdapat juga pelajar yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Selain itu, terdapat segelintir pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan ber - IRC ( chit chat ) di internet sehingga pagi serta berbual-bual kosong bersama rakan . Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia. Kalau pelajar tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran maka mereka juga perlu ubah tabiat buruk ini. Perlu selalu ingat bahawa pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang bijak belajar bukan semata-mata terlampau rajin belajar. Contohnya , pelajar tersebut ingin tidur pada pukul 11 malam pada malam ini, esok pukul 1 pagi dan malam semalam pukul 9.00 malam. Ini merupakan jadual tidur yang tidak konsisten dan boleh menjadikan mereka mengantuk semasa kelas. Ini kerana otak seolah olah tidak boleh memastikan waktu tidur mereka yang sebenarnya. Justeru, otak akan menjadi letih dan mula tidur pada waktu kelas.Tidur yang berlebihan dan kerap juga menjadikan

pelajar mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6 - 8 jam sehari. Pastikan pelajar tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini. Hal ini demikian kerana tidur secara berlebihan tersebut telah menjadi suatu tabiat dan bukan lagi sebagai suatu keperluan dan istirehat. Seseorang akan merasa mengantuk disebabkan badan belum bersedia untuk bangun sepenuhnya kerana telah dilatih untuk tidur secara berlebihan. Selain itu tabiat makan yang terlalu banyak. Perkara ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila mereka kuat dan banyak makan, perut terpaksa bekerja kuat bagi memproses makanan tersebut. Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Hal ini akan membuatkan pelajar akan mudah mengantuk pada waktu kelas dan ketika mengulangkaji. Jenis makanan yang dimakan juga boleh menyebabkan mengantuk seperti nasik lemak, makan makanan dalam kuantiti yang banyak semasa sarapan serta makan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan yang berlebihan. Makanan berlemak yang di makan akan menyebabkan proses pembakaran makanan dalam badan berlaku secara teratur. Proses pembakaran ini menyebabkan banyak oksigen dalam badan diperlukan. Keadaan ini menjadikan oksigen kurang disampaikan ke otak. Apabila kurang oksigen dihantar ke otak seseorang itu akan menjadi mengantuk. Seterusnya adalah disebabkan badan terlalu letih. Keletihan otot badan berpunca daripada pengumpulan asid laktik didalam badan akibat daripada aktiviti fizikal yang dilakukan secara berlebihan. Badan secara semulajadinya akan menormalkan kembali keadaan ini dengan rehat yang mencukupi. Tidur adalah salah satu cara badan berehat disamping memperbaiki tisu-tisu yang telah rosak semasa melakukan aktiviti lasak. Jika mereka mempunyai masalah mengantuk, cuba senaraikan semua aktiviti luar mereka. Terdapat juga pelajar yang bersukan atau beriadah secara keterlaluan seperti bermain bola diwaktu petang secara berlebih-lebihan dan berbasikal

keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan mereka keletihan. Dalam pada itu juga, ada sesetengah pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-

kurikulum yang berlebih-lebihan. Mereka tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum sehingga tidak ada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan. Mereka seharusnya melibatkan diri secara ala kadar dengan kegiatan tersebut. Pilih aktiviti yang paling diminati. Tidak ada gunanya kegiatan ko-kurikulum mereka cemerlang sedangkan akademik mereka kecundang dan tidak ada gunanya menjadi olahragawan atau olahragawati sekolah tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang. Persekitaran kelas yang tidak kondusif juga menjadi salah satu punca pelajar tidur di dalam kelas. Perkara ini sering terjadi apabila keadaan kelas yang senyap dan tidak ceria. keadaan ini memang menyumbang perasaan ingin tidur dalam kalangan pelajar. Contohnya, kesemua pelajar dalam sesebuah kelas merupakan pelajar yang kurang aktif dan pendiam. Hal ini menyebabkan pelajar akan mudah merasa mengantuk kerana tiada keceriaan yang diwujudkan semasa belajar. Pelajar yang tidak minat belajar juga boleh menyumbang tabiat tidur kepada seseorang pelajar semasa proses pembelajaran. Hal ini demikian disebabkan dalam diri pelajar tersebut tidak diterapkan dengan perasaan untuk minat belajar. Mereka mungkin pergi ke sekolah hanya sematamata hendak menurut kehendak ibu bapa yang inginkan mereka belajar sedangkan mereka lebih suka bersuka-ria ataupun terus bekerja. Perkara ini sering menjadi alasan kebanyakan pelajar yang mengalami masalah tidur. Subjek yang membosankan dan faktor guru mengajar juga menjadi punca pelajar tidur di dalam kelas. Contohnya subjek yang lebih kepada fakta dan bukan amali seperti sejarah. Pelajar kebanyakannya tertidur semasa subjek ini dijalankan kerana subjek ini hanya berkaitan dengan
6

fakta dan perlu difahami secara terperinci. Faktor guru mengajar pula berkemungkinan akibat daripada cara guru tersebut mengajar tidak menarik dan membosankan. Tambahan pula, guru tersebut tidak mempedulikan pelajarpelajar tidur semasa guru sedang mengajar. Hal ini

menyebabkan pelajar berasa senang hati untuk tidur dan menganggap guru tersebut seorang yang `sporting dan tidak kisah.

Objektif

Kajian mengenai masalah tidur dalam kalangan pelajar perempuan asrama semasa proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas adalah bertujuan bagi mengetahui faktor faktor yang menyebabkan pelajar tidur di dalam kelas. Selain itu adalah bertujuan untuk mengesan cara mengatasi masalah mengantuk yang dialami oleh pelajar tersebut. Dalam pada itu juga adalah untuk mengenalpasti langkahlangkah yang boleh dibuat bagi mengurang dan membendung masalah tidur dalam kalangan pelajar perempuan semasa berada di dalam kelas.

Hipotesis

Antara hipotesis yang boleh dibuat yang berkaitan tentang masalah tidur dalam kalangan pelajar perempuan asrama semasa proses pembelajaran di dalam kelas ialah masalah tidur dalam kalangan pelajar perempuan asrama menengah atas menganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, jika terdapat pelajar yang tertidur di dalam kelas, proses pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar kerana guru tidak dapat menyampaikan pelajaran secara sama rata kepada semua pelajar. Hal ini akan menyebabkan terdapat pelajar yang ketinggalan dalam sesuatu topik. Selain itu, banyak masa terbuang jika guru mengambil masa lain untuk mengulang pelajaran yang sama kepada murid yang ketinggalan. Di samping itu akan wujud perasaan bosan terhadap pelajar yang lain kerana mereka perlu mengikut sesuatu yang pernah mereka pelajari.

Skop kajian

Secara keseluruhan, kajian ini adalah berteraskan skop ingin mengetahui punca masalah tidur dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Selain itu ialah untuk membincangkan kesankesan tidur di dalam kelas terhadap pelajar. Hal ini akan menunjukkan punca sebenar pelajar

mengalami masalah tidur dalam kelas di samping memberitahu akibat daripada perlakuan tersebut terhadap mereka.

10

Kaedah kajian

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Antaranya ialah melalui pemerhatian. Pemerhatian dibuat semasa berada di dalam kelas iaitu memerhati pelajar yang sering mengalami masalah tidur. Dari situ, jumlah pelajar yang sering tidur akan dapat diketahui disamping mengesan punca masalah tersebut. Selain itu ialah melalui menyoal pelajar melalui borang soal selidik. Borang soal selidik tersebut telah dibuat sendiri berdasarkan banyak perkara yang telah dikaji. Antara perkara tersebut ialah sebab pelajar tersebut tidur semasa proses pembelajaran dan mata pelajaran yang membosankan mereka. Borang soal selidik tersebut akan diberikan kepada pelajar yang didapati dan diperhatikan selalu mengalami masalah tersebut. Mereka akan menjawab segala soalan yang telah disediakan dalam borang tersebut. Dalam pada itu, dengan membuat rujukan di perpustakaan seperti merujuk kamus dan artikel juga memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang tidur dan beberapa perkara lain. Melalui pencarian bahan dari dalam internet juga membantu dalam melaksanakan kajian ini .

11

Hasil kajian Dalam kajian yang telah dilakukan terdapat beberapa orang pelajar perempuan menengah atas mempunyai masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Melalui soal selidik ini,terdapat beberapa orang pelajar perempuan asrama tidur semasa P&P. ANALISIS DATA DATA STATISTIK MASALAH TIDUR 2010 ALIRAN KELAS JUMLAH PELAJAR PEREMPUAN ASRAMA TIDUR SEMASA P&P 3 4 18 25 PERATUS PELAJAR PEREMPUAN ASRAMA TIDUR SEMASA P&P 12 16 72 100 JUMLAH PELAJAR PEREMPUAN ASRAMA TIDAK TIDUR SEMASA P&P 3 5 7 15 PERATUS PELAJAR PEREMPUAN ASRAMA TIDAK TIDUR SEMASA P&P 20 33 47 100

SAINS TULEN SAINS IKHTISAS SASTERA JUMLAH

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1,didapati bahawa masalah tidur pelajar perempuan menengah atas semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan jumlah yang paling banyak iaitu 25 orang. Pelajar perempuan asrama menengah atas,kelas sastera merupakan paling banyak tidur semasa P&P iaitu 18 orang atau 72%. Seterusnya diikuti pelajar kelas sains ikhtisas iaitu sebanyak 4 orang atau 16%. Manakala pelajar perempuan asrama menengah atas yang berada di

12

kelas sains tulen pula mencatatkan sebanyak 3 orang atau 12% daripada 25 orang pelajar perempuan menengah atas yang tidur semasa P&P. Walau bagaimanapun,sebanyak 15 orang daripada 40 orang pelajar perempuan asrama menengah atas yang disoal selidik tidak tidur semasa proses P&P untuk ketiga-tiga jenis kelas. Pelajar perempuan asrama menengah atas dalam kelas sastera juga mencatatkan paling banyak tidak tidur semasa P&P iaitu seramai 7 orang atau 47%. Manakala pelajar kelas sains ikhtisas seramai 5 orang atau 33% dan diikuti pelajar kelas sains tulen iaitu seramai 3 orang atau 20%. Jumlah pelajar perempuan asrama menengah atas tidur lebih banyak kerana sebahagian besar daripada mereka menyatakan bahawa mata palajaran yang diajar amat membosankan khususnya matapelajaran sejarah. Selain itu, responden turut mengatakan factor guru yang mengajar juga menyebabkan mereka tidur di dalam kelas.Walau bagaimanapun, terdapat juga responden berpendapat keletihan yang disebabkan aktiviti kokurikulum menyebabkan mereka tidur di dalam kelas dan segelintir responden menyatakan tidur lewat malam turut menyebabkan mereka tidur. Selain itu, ramai responden menyatakan bahawa mereka kerap tidur pada selepas waktu rehat. Hal ini demikian kerana mereka makan terlalu banyak dan terlampau kenyang selepas rehat. Persekitaran asrama yang terlalu bising menyebabkan segelintir responden tidak dapat tidur semasa berada di asrama. Oleh itu mereka lebih cenderung untuk tidur di dalam kelas. Terdapat juga segelindir responden menyatakan persekitaran kelas yang senyap menyebabkan mereka mengantuk kemudian tertidur di dalam kelas.

13

Oleh itu, usaha bagi mengelak pelajar tidur di dalam kelas perlu dilaksanakan. Antaranya ialah, mewujudkan suasana ceria semasa kelas,mengunyah gula-gula dan aktif bertanya guru semasa belajar.

14

Langkah mengatasi Pelbagai cara dapat dilakukan oleh guru dalam mengatasi masalah pelajar tidur atau

selalu mengantuk di dalam kelas. Para guru seharusnya bijak menilai situasi pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah . Mungkin setiap masalah seperti ini perlu diselesaikan dengan cara ataupun kaedah yang berlainan . Sebagai contoh seorang guru haruslah membuatkan pelajar - pelajarnya faham bahawa tidur di dalam kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran adalah tidak dibenarkan dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai samaada , dengan membuat peraturan pada awal seisi persekolahan ataupun dengan cara peneguhan positif dan negatif . Melalui cara ini , pelajar dapat memahami tidur di dalam kelas adalah tidak dibenarkan dan tidak disukai oleh guru . Guru juga harus memberitahu pelajar tentang cara - cara mengekalkan kecergasan mental dan fizikal sama ada secara teori atau praktikal . Sebagai contoh seorang guru boleh memberitahu kepada pelajarnya jumlah tidur yang sepatutnya dilakukan adalah mengikut usia tertentu . Secara praktikalnya pula , seorang guru boleh melakukan aktiviti seperti senaman ringkas di dalam kelas disamping aktiviti yang dapat melancarkan peredaran darah untuk menghilangkan rasa mengantuk . Pelajar juga mesti didedahkan dengan informasi maklumat tentang penjagaan badan yang betul samaada dengan pergerakan tertentu ataupun dengan cara diet pengambilan makanan yang betul supaya sentiasa bersemangat dan bermotivasi di dalam kelas . Pelajar juga seharusnya diberikan dorongan serta motivasi secara berterusan . Keseronokan dalam proses pembelajaran dan pengajaran mempengaruhi tingkahlaku pelajar dalam memberikan tindak balas ( respon ) yang positif . Kajian menunjukkan keseronokan memberikan lebih banyak tenaga kepada badan supaya sentiasa berada dalam keadaan sedar .
15

Kepekaan guru terhadap aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula memberikan kelebihan kepada guru dalam merancang aktiviti yang difikirkan sesuai dengan mood ataupun keadaan pelajar . Apabila berada di luar kelas pelajar hendaklah melatih diri agar tidur awal tetapi janganlah terlalu awal dan janganlah terlalu lewat . Tidur dengan secukupnya mengikut jumlah waktu tidur yang sepatutnya diamalkan oleh mereka . Pelajar juga hendaklah merajinkan diri dalam membuat persedian awal sebelum bermula kelas . Misalkan , pada waktu akan datang guru mengajar satu topik baru . Oleh itu , pelajar hendaklah mempelajari topik tersebut terlebih dahulu bagi persediaan semasa pembelajaran tersebut dijalankan . Hal ini akan membantu pelajar untuk lebih meminati apa yang diajar guru dan menjadi lebih faham . Cara lain untuk mengatasi masalah tersebut ialah semasa proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas . Pelajar hendaklah rajin bertanyakan soalan tentang apa apa perkara yang tidak difahami . Tips ini amat berkesan karana ini menunjukkan bahawa seseorang pelajar menumpu sepenuhnya kepada pelajaran . Pelajar juga hendaklah mendengar apa apa yang dipelajari secara aktif bukannya secara pasif . Selain itu ialah mereka perlulah menganggap setiap subjek sebagai perkara yang amat diminati . Jika pelajar masih berasa mengantuk semasa belajar , mereka hendaklah makan gula gula getah ataupun gula gula tetapi hendaklah berpada pada . Hal ini kerana , terdapat segelintir guru tidak menyukai pelajar makan semasa berada di dalam kelas . Apabila pembelajaran bermula , kunyahlah gula gula getah ataupun gula gula . Apabila mulut aktif mengunyah , kita akan susah berasa mengantuk .

16

Cara lain yang boleh mengatasi masalah tidur dalam kelas ialah dengan membawa sebotol air masak sebagai bekalan ke kelas . Hal ini kerana otak kita adalah 80% air . Kita berasa mengantuk disebabkan oksigen kurang ke otak , walaupun kita tidak berhenti bernafas . Apabila minum air , bendalir badan kembali seimbang . Ini akan mengurangkan rasa mengantuk . Apabila berasa mengantuk dalam kelas walaupun sudah cuba menahannya tapi ternyata gagal , maka sila minta izin keluar dari bilik kuliah dengan serta merta untuk ke tandas dan basuh muka . Selain itu , bantuan daripada kawan juga boleh mengelak mengantuk iaitu meminta kawan mengurutkan bahu dan belakang . Tetapi janganlah urut di leher atau belakang kepala sebab ini akan menyebabkan orang tidur lebih lena .

17

Rumusan

Masalah tidur dalam kalangan pelajar perempuan asrama menengah atas kebanyakkannya disebabkan tiada kesedaran diri. Oleh itu, masalah ini perlulah dibendung agar proses pembelajaran di dalam kelas tidak terganggu. Kesimpulannnya, terdapat pelbagai cara dalam mengatasi masalah ini mengikut situasi tertentu. Hal ini menjadi tanggungjawab guru yang mengajar disamping pelajar itu sendiri. Oleh yang demikian, guru seharusnya menangani masalah ini secara bijak disamping mendapatkan suatu cara yang membolehkan guru saling berkerjasama di antara pelajar, saling memahami, saling bertolak ansur serta fleksibel dalam proses pembelajaran dan pengajaran .

18

BIBLIOGRAFI
Mohd Hasani Dali (2009). Pengurusan bilik Darjah untuk Guru Novis. Penerbit Universiti Utara Malaysia .

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Ketiga http://www.scribd.com/doc/22633010/menyelesaikan-masalah-kaki-tidur-dalam-kelas http://ms.wikipedia.org/wiki/Tidur


http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/belajar/mengantuk.htm

http://smtjs.net/english.htm
http://abangraja.blogspot.com/2009/06/punca-mengantuk-dalamkelas.html

http://zamankini.blogspot.com/2009/03/cara-elak-mengantuk-dalamkelas.html

http://bijakbelajar.wordpress.com/2008/02/06/lawan-mengantuk-di-dalamkelas/

http://ymsagasama.blogspot.com/2010/02/mengapa-mengantuk-dalamkelas.html

19

LAMPIRAN

Borang soal selidik pelajar

20

Soalan bagi soal selidik masalah tidur dalam kalangan pelajar perempuan berasrama menengah atas . Jawab dan tandakan ( x ) pada jawapan anda .

1) Adakah anda sering tidur dalam kelas? Ya Tidak 2) Apakah subjek yang menyebabkan anda tertidur di dalam kelas ?

Mengapa ?

3) Anda kerap tidur pada waktu ? Sebelum rehat . Selepas rehat . 4) Adakah tidur lewat punca anda mengantuk di dalam kelas ? Ya . Tidak . Sebab

5) Keletihan yang disebabkan oleh kokurikulum menyebabkan anda tertidur di dalam kelas . Ya . Tidak . 6) Persekitaran asrama yang bising menganggu masa tidur anda .

21

Ya . Tidak . 7) Subjek susah difahami dan membosankan menyebabkan anda tertidur di dalam kelas ? Ya . Tidak . 8) Persekitaran kelas yang senyap juga menyebabkan anda tertidur di dalam kelas . Ya . Tidak . 9) Cara guru mengajar yang tidak menarik menyebabkan anda tertidur di dalam kelas . Ya . Tidak . 10) Adakah tidur yang terlalu lama dan kerap juga menjadikan anda mengantuk di dalam kelas ? Ya . Tidak . 11) Tidak minat belajar menyebabkan anda tidur dalam kelas . Ya . Tidak . 12) Bangun awal untuk ke sekolah menyebabkan anda tidur di dalam kelas ? Ya . Tidak . 13) Makan terlalu banyak menyebabkan anda mengantuk di dalam kelas . Ya . Tidak . 14) Merokok menyebabkan tertidur dalam kelas ?

22

Ya . Tidak . 15) Tidak sarapan menyebabkan anda mengantuk di dalam kelas . Ya . Tidak .

23