Anda di halaman 1dari 33

IPG KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA
KEDAH

SENI DALAM PENDIDIKAN


(WAJ 3107)

PENDEKATAN BERTEMA
PENGENALAN

• Tema bukan sahaja digunakan sebagai tajuk atau


subjek tetapi tema meneroka pengalaman
manusia dari segi pandangan atau perspektif.

• Tema merupakan kandungan maklumat dan


memberi peluang kepada pelajar untuk
memindahkan maklumat kepada ilmu melalui
proses individu

• Tema memberi makna dan tujuan untuk


pembelajaran.
Pendekatan Bertema
• Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan,
aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau
tema.

• Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi


peluang kepada guru untuk menghubungkan antara
mata pelajaran.

• Unit pengajaran yang bertema membolehkan pelajar


menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan
kemahiran termasuk juga bidang – bidang kurikulum.
Berasaskan
kandungan Berfokus
dan kepada isu
kemahiran
Berfokus
Berasaskan
kepada
kemahiran
projek

Pemilihan
Berasaskan Berorientasikan
tema perlu
konsep kajian kes
dilaksanakan
Pemeringkatan Boleh merentas
tema daripada semua
matapelajaran Bersesuaian dan
yang mudah berkaitan dengan
kepada mencabar pengalaman dan
kehidupan pelajar

Aspek-Aspek
Dalam
Pemilihan
Tema
Minat guru
terhadap Bersesuaian
tema dengan situasi,
Kemudahan untuk masa dan
mendapatkan peristiwa.
sumber dan bahan
Jenis Tema

Persekitaran

Tema

Komunikasi Masyarakat
Tema Persekitaran
• Persekitaran merangkumi elemen fizikal dan sosial.

• Persekitaran fizikal ialah pelbagai bahan dan ruang


untuk bermain dan cukup masa mampu memberi
kesan ke atas perkembangan kanak – kanak bermain.

• Persekitaran sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan


ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta
sokongan.

• Tiga elemen dalam persekitaran yang mempengaruhi


organisma hidup adalah alam semulajadi, buatan
manusia dan teknologi.
Tema Persekitaran – Alam Semulajadi
• Melalui persekitaran alam semula jadi adalah
diharapkan agar murid – murid dapat mengetahui
dengan lebih jelas tentang peranan dan kefahaman
tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi
segala aspek yang berada di persekitarannya, tempat
dan habitat semua hidupan tinggal.

• Selain itu, ia dapat mendidik masyarakat agar lebih


peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu –
isu alam sekitar serta memupuk rasa cinta terhadap
alam sekitar
Tema Persekitaran – Alam Semulajadi
Tema Persekitaran – Buatan Manusia

• Persekitaran buatan manusia juga memainkan


peranan penting. Antara persekitaran buatan
manusia termasuklah rumah, pembinaan,
bangunan dan jentera pembinaan.
• Untuk itu, pelajar dapat mengenalpasti :
i. kesan bahan kitar semula
ii. menghasilkan bunyi yang kuat dan lembut
(muzik)
Tema Persekitaran – Buatan Manusia
Tema Persekitaran – Teknologi
• Tema yang terkandung dalam persekitaran-
teknologi adalah bercorak globalisasi, dunia
tanpa sempadan, komunikasi melalui internet,
pelbagai jenis pengangkutan dan lain-lain.

• Tema ini boleh digunakan dalam mengajar


topik-topik daripada mata pelajaran lain
seperti Bahasa Melayu, Sains, Kajian
Tempatan dan lain-lain lagi.
Tema Persekitaran – Teknologi
Tema Persekitaran
Berikut adalah satu contoh pelajaran Sains yang mengintegrasikan aktiviti-aktiviti Muzik, Seni Visual dan
Pendidikan Jasmani:

Tajuk : Bahagian-bahagian pokok.


Tema persekitaran : Hutan

• Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam hutan melalui gambar, rakaman
video, penerangan dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan
dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat perkusi.

• Pergerakan :
(a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza iaitu tinggi, rendah, berterbangan.

• Muzik :
(a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup

• Seni Visual :
• (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira, marah dengan menggunakan sapuan
berus dengan pelbagai warna.
Tema Masyarakat
• Masyarakat dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan
besar iaitu;
i. masyarakat zaman purba,
ii. zaman batu dan
iii. masa kini.
• Dalam masyarakat manusia, sosial dan budaya tidak
dapat dipisahkan. Kita perlu bekerjasama untuk
kepentingan masyarakat. Perhubungan sosial ini
memberi ruang kepada mereka mencipta aktiviti-
aktiviti untuk memenuhi masa lapang yang diwarisi
sejak turun temurun dan menjadi budaya dalam
masyarakat.
Tema Masyarakat
• Kanak-kanak mempelajari pelbagai peranan yang
dimainkan oleh manusia dan mereka melakonkan
peranan-peranan ini dalam kehidupan seharian
mereka.
• Setiap insan juga memainkan peranan untuk
mewujudkan pelbagai lapisan masyarakat seperti
pemungut sampah berperanan untuk memungut
sampah, tukang kebun menjaga taman bunga, tukang
masak memasak makanan dikantin, pemandu bas
membawa kanak-kanak ke sekolah.
• Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan
isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan
kanak-kanak.
Tema Masyarakat
Contoh aktiviti: Pohon Keluarga
Ini adalah di antara contoh-contoh aktiviti yang menggunakan tema masyarakat dalam
pendekatan bertema. Pendekatan ini boleh digunakan dalam pengajaran konsep
”keluarga” dalam mata pelajaran lain.

Dalam pembelajaran sains, penghasilan pohon keluarga sebagai suatu projek dapat
membantu pelajar memperolehi proses sains seperti memerhati, membuat inferens,
berkomunikasi dan menginterpretasi data. Pohon keluarga dipamerkan sebagai
gambarajah membentuk suatu persembahan grafik yang dapat berkomunikasi secara
terus kepada pelajar pelbagai maklumat mengenai ahli-ahli keluarga dalam suatu cara
yang ringkas, secara langsung dan mudah difahami.
• Contoh: Kekeluargaan
i. Manusia tinggal dalam kumpulan keluarga yang berbeza
ii. Setiap keluarga mempunyai sejarahnya tersendiri
iii. Manusia menggunakan bahasa bertulis dan bahasa lisan untuk berkomunikasi
iv. Keluarga mengajar mengajar kanak-kanak untuk menghargai sesuatu
v. Keluarga saling bantu-membantu.
Tema Komunikasi
• Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas
seseorang atau lebih untuk menghantar dan
menerima berita yang berlaku dalam konteks
mempunyai kesan dan memberi sedikit peluang untuk
maklum balas.

• Semua komunikasi berlaku dalam konteks yang


mengandungi sekurang-kurangnya empat dimensi
iaitu fizikal, budaya, psikologikal sosial dan temporal
Tema Komunikasi
Dimensi Komunikasi
• Konteks fizikal adalah persekitaran yang nyata dimana
komunikasi berlaku seperti dalam bilik atau ruang legar
atau ditaman.
• Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan
norma komunikasi, kepercayaan dan sikap yang dipindah
dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya.
• Konteks sosio-psikologikal pula merangkumi seperti
contoh hubungan status dikalangan peserta, peranan
yang dimainkan oleh manusia dan peraturan budaya
sesuatu masyarakat dimana komunikasi berlaku.
• Dalam konteks temporal ianya merangkumi masa dan
tarikh.
Jenis Komunikasi
a. Komunikasi Verbal
• Komunikasi verbal merupakan satu sistem
penyampaian mesej yang dilakukan dalam bentuk
bahasa-perkataan, frasa dan ayat-ayat.

b. Komunikasi Bukan Verbal


• Bentuk bukan verbal megandungi pelbagai elemen-
hubungan ruang, orientasi masa, bahasa isyarat,
ekspresi muka, gerakan mata, sentuhan dan variasi
dalam kadar kelajuan dan nada pertuturan.
Tema Komunikasi
• Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

• Permulaan/Warm up

1. Guna isyarat atau pergerakan badan untuk berkomunikasi di antara satu


sama lain tentang bentuk 2-M yang dapat dilihat dalam kehidupan
seharian seperti bentuk dan corak dalam kain, kain langsir, kertas
pembungkus.
• Matematik & pergerakan

2. Secara individu atau dalam kumpulan sepuluh orang, pegang tangan dan
membentuk formasi untuk menunjukkan bentuk-bentuk 2-M seperti
seperti segiempat sama, segitiga, bulatan, segiempat tepat, bintang sambil
menyanyikan lagu ”shape” dibawah.
• Matematik, Muzik dan pergerakan
Tema Komunikasi
Plus Minus Interesting
(PMI)
dalam
Pendekatan Bertema
Sejarah
• Edward de Bono telah memperkenalkan PMI dan
menerbitkannya dalam karya beliau yang berjudul “De
Bono’s Thinking Course”.

Edward de Bono
Karya Edward de Bono, “Thinking
Course”
Apa itu PMI?
- Membantu anda membuat keputusan dengan kadar segera

dengan mengambil kira pros & cons daripada keputusan

tersebut.

- Berguna untuk memperluas persepsi anda terhadap sesuatu

masalah atau keputusan dan untuk mendedahkan isu-isu yang

mungkin anda tidak selalu pertimbangkan.

- Membantu dalam kerja berkumpulan, terutamanya apabila

terdapat ahli kumpulan yang menyokong kuat sesuatu idea .


Apa itu PMI?

- Menggalakkan setiap ahli kumpulan untuk mengambil kira

perspektif –perspektif lain.

- Membantu kumpulan tersebut mencapai keputusan yang

seimbang dan agak dipersetujui


Cara-cara Pengaplikasian PMI

1. Lukiskan satu jadual yang mempunyai 3 lajur.


Labelkan setiap lajur dengan “Plus”, “Minus”
dan “Interesting”.
2. Di bawah “Plus”, tulis semua kemungkinan
positif daripada tindakan yang diambil.
3. Di bawah “Minus”, tulis semua kemungkinan
kesan negatif daripada tindakan tersebut.
4. Di bawah “Interesting”, tulis semua implikasi
‘menarik’ dan apa-apa sahaja kemungkinan
hasil daripada tindakan yang diambil.
5. Setelah selesai, tambah semua skor. Skor
positif menandakan anda patut mengambil
tindakan tersebut manakala skor negatif
mencadangkan bahawa anda patut mengelak
daripada melakukan tindakan tersebut.

Peringatan: Semak semula skor. Jika naluri, anda mengatakan bahawa jawapan
tersebut ada yang tidak kena, ambil masa untuk mengenalpasti
sama ada terdapat sesuatu yang anda telah terlepas pandang.
Contoh

Bos kepada Hafif telah menawarkan kenaikan pangkat kepada

Hafif daripada seorang office boy kilang beras kepada duta bagi

beras Cap Rambutan secara tiba-tiba. Hafif amat gembira tidak

terkata dengan tawaran tersebut. Namun begitu, dia tahu

terdapat beberapa kesan jika dia meninggalkan pasukan

sekerjanya sekarang dan menerima tawaran tersebut. Oleh itu,

dia membuat keputusan untuk mengambil kira ‘pros & cons’

keputusannya nanti menggunakan PMI.


PLUS MINUS INTERESTING

-Gaji tinggi, dari RM 800 -Kerap kerja outstation -Adakah aku sanggup
sebulan ke RM 4011 - berhadapan dengan mencabar diri aku secara
sebulan. (+10) media (-2) profesional? (+8)
-Dapat kenal dengan ramai -Lebih stress kerana sudah - Adakah aku bersedia
orang baru (+6) terkenal, orang minta untuk tinggal di tempat
-Keyakinan diri meningkat autograf di mana-mana baru dan berjumpa dengan
kerana dapat beli baju sahaja (-1) ramai selebriti terkenal
bergaya, jam tangan, kasut, -Terpaksa pindah dari Alor seperti Rozita Che Wan?
Mitsubishi Evo 10 sebuah Sekawan ke Jitra (-6) (+10)
dan cukup untuk belanja - Harus mengupah
teman wanita. (+10) pengurus peribadi (-3)

Jumlah skor,
+ 26 – 12 + 18 = +32

Oleh itu, Hafif membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut kerana tawaran
tersebut berbaloi dengan kesukaran yang bakal dihadapinya dalam berhadapan dengan
pihak media yang tidak akan berhenti mengejarnya dan peminat-peminat fanatik yang
sering meminta autograf.
PMI dalam Pendekatan Bertema

PLUS MINUS INTERESTING


-Mewujudkan suasana -Kecekapan guru dalam -Persembahan menjadi
yang menyeronokkan dan pelbagai bidang mata lebih menarik mellaui
kondusif dalam proses P&P. pelajaran. pelbagai aktiviti dan
-Menyemai daya imaginasi -Untuk membentuk kreativiti tinggi.
melalui penerokaan. jaringan dalam ahli -Pelajar lebih
-Dapat membuat pilihan kumpulan. berkeyakinan.
yang sesuai dan relevan -Hasil pembelajaran -Dapat menghubungkait
dalam kehidupan. berbagai dalam bidang pengetahuan dan
-Memperbaiki kemaiharan mata pelajaran yang kemahiran.
interpersonal dan berbeza- beza. -Dapat menyemai dan
intrapersonal. -Sukar untuk menilai skop mengaitkan idea- idea dan
pemahaman. imaginasi baru.
-Kesukaran untuk
membuat penilaian kerana
kebolehan yang berbeza.
SEKIAN SAHAJA…

Anda mungkin juga menyukai