Anda di halaman 1dari 10

Pengambilan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

Ambilan Januari 2012.


A. IKLAN PERMOHONAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM.

1. KETERANGAN PROGRAM Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI1.1 Nama Program : SR) j-QAF Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Tempoh : 1 1/2 Tahun (18 Bulan) Pengajian

2. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS Calon-calon hendaklah: 2.1 Warganegara Malaysia. 2.2 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau 2.3 selepas 1 Januari 1977. 2.4 Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon

perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp 2.5 Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

3. KEUTAMAAN 3.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas. 3.2 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan. 3.3 Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan . 3.4 Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum. 3.5 Calon yang bersedia dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara. 4. CALON TIDAK LAYAK MEMOHON 4.1 Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan. 4.2 Calon yang masih terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia. 4.3 Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. 4.4 Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan. 4.5 Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)

5.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut: (i) Bahasa Arab (ii) Pendidikan Islam (iii) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran j-QAF)

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN 6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi. 6.2 Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS Banking) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional. 6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. 6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. 6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. 6.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN 7.1 Calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 7.2 Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di Bahagian Kesesuaian Ijazah KESESUAIAN

IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN untuk maklumat lanjut). 7.3 Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian. 7.4 Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. 7.5 Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. 7.6 Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. 7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp 7.8 Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

8. PENDAFTARAN Calon yang ditawarkan mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk dilatih di mana-mana kampus IPG, KPM dan bersedia ditempatkandi mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seluruh negara seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bagi Ambilan Januari 2012 ditutup pada 9 Oktober 2011 (AHAD).

11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 03-88841260 ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E 03-88841254 KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN Nombor 03-88841259 Telefon : PERSEKUTUAN 03-88841280 62604 PUTRAJAYA 03-88841256 ( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar ) BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak

Nombor Telefon :

088236804

Nombor Telefon :

082 258045

B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN Berikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan:

1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) Bil Kod Bidang Bidang Kesesuaian Ijazah Pengkhususan Pengkhususan 1. Bahasa Arab 1 Aqidah dan Dakwah A210A0000L A215A0000L 2 Aqidah dan Falsafah Pendidikan 3 Bachelor Of Economics (Honours) A217A0000L Islam UIAM 4 Bachelor Of Human Sciences (History Pendidikan & Civilization) (Honours) UIAM Khas (Masalah 5 Bachelor Of Human Sciences (Political Pembelajaran jSciences) (Honours) UIAM QAF) 6 Bachelor Of Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Honours) & Bachelor Of Economics (Honours) UIAM 7 Bachelor Sastera (Bahasa Asing) UPM 8 Bahasa Arab 9 Bahasa Arab dan Peradaban 10 Bahasa Arab dengan Pendidikan 11 Bahasa dan Kesusasteraan Arab 12 Dakwah dan Pembangunan Insan 13 Dakwah dan Pembangunan Sumber Manusia 14 Dakwah dan Pengurusan 15 Fakultas Dakwah & Ilmu Komunikasi (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU) 16 Fiqh Dan Pengajian Islam 17 Fiqh Dan Usul Al-Fiqh 18 Hadis 19 Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Jurusan Ahwal Syakhshiyyah (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUNAN AMPEL) 20 Ijazah Sarjana Hukum Islam (S.H.I) Dalam Bidang Perbandingan Mazhab Dan Hukum (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI) 21 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Alam Sekitar) (Kepujian) UM 6

22 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Bioteknologi) (Kepujian) UM 23 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Ekologi Dan Biodiversiti) (Kepujian) UM 24 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Genetik Dan Biologi Molekul) (Kepujian) UM 25 Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (Teknologi Maklumat) (Kepujian) UM 26 Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Dengan Kepujian (UNiSZA) 27 Ilmu Wahyu 28 Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam 29 Pendidikan Islam 30 Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah 31 Pengajian Al-Quran dan Qiraat 32 Pengajian Arab & Tamadun Islam 33 Pengajian Dakwah & Kepimpinan 34 Pengajian Islam 35 Pengajian Islam (Dakwah) 36 Pengajian Islam (Syariah) 37 Pengajian Islam (Usuluddin) 38 Pengajian Islam dan Bahasa Arab 39 Pengajian Islam dan Pendidikan Bahasa Arab 40 Pengajian Islam dan Pengajian Melayu 41 Pengajian Islam dan Sejarah 42 Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat 43 Pentadbiran Muamalat (USIM) 44 Perbandingan Mazhab Dan Hukum 45 Perundangan Islam/Syariah 46 Qiraat 47 Sarjana Sosial Islam (S.Sos.I) (UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SULTAN SYARIF KASIM RIAU) 48 Siasah Syariyah (Syariah Politik) 49 Syariah Dan Ekonomi 50 Syariah Dan Pengajian Islam

51 52 53 54 55 56 57

58 59 60 61 62 63

Syariah dan Pengurusan Syariah dan Politik Syariah dan Undang-Undang Tafsir Tafsir dan Hadis Tafsir dan Ulum Quran Tafsir Hadis (Usuluddin) (INSTITUT AGAMA ISLAM NEGERI SUMATERA UTARA, MEDAN) Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Takhasus Qiraat Tarbiah Usuluddin Usuluddin & Falsafah Usuludin dan Perbandingan Agama

C. STRUKTUR PROGRAM KPLI-SR j-QAF MOD LPBS 1. Tempoh Pengajian Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana Iinstitut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia di seluruh negara.

2. Komponen dan Mata Pelajaran Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2012 adalah seperti berikut: KOMPONEN MATAPELAJARAN 1. Bahasa Melayu Komunikasi 2. Bahasa Inggeris Komunikasi Pengajian Asas 3. Seni Dalam Pendidikan 4. Pengurusan Sumber 5. Penyuburan Diri Insan Guru Pengajian Profesional 6. Ilmu Pendidikan Pengajian Kurikulum Persekolahan 7. Major 8. Minor 1 9. Minor 2

Kokurikulum Praktikum

10. GERKO 11. Latihan Amali

D.

KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) j-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2012 Aktiviti Iklan akhbar permohonan KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012. Permohonan secara online dibuka & Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh 25 September 2011 26 September 2011 09 Oktober 2011

Bil 1

Permohonan ditutup. 3 (Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian 4 MTeST. 5

18 Oktober 2011 22 Oktober Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian). 2011 Semakan online nama calon berjaya temu duga. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan 04 Disember Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan 2011 Hasrat melalui Internet). Temu duga KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012. 12 hingga 16 (Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Disember Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak 2011 melalui Internet yang telah dilengkapi). Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). 17 Januari (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui 2012 internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran 30 Januari 2012 Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).

Perhatian : Aktiviti dan Tarikh yang dinyatakan tertakluk kepada perubahan semasa.

APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE KPLI-SR j-QAF AMBILAN JANUARI 2012 http://apps.moe.gov.my/kpli/mohon_kpli_jqaf2012/

MAKLUMAT TERKINI http://myadha.com http://gurukpli.webs.com/

September 2011

10