Anda di halaman 1dari 3

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ROKET AIR (scoutstem)

“ BP SCOUT FOUNDERS DAY 2019”

1.0 PENGENALAN
1.1 Pertandingan melibatkan 1 kategori sahaja iaitu Sasaran (target)
1.2 Bagi kategori Sasaran, penyertaan adalah daripada ahli pengakap (PKK) negeri
Johor yang berdaftar.

2.0 KELAYAKAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


2.1 Penyertaan terbuka kepada semua ahli pengakap kanak-kanak (PKK) yang berdaftar
mengikut sekolah masing-masing.
2.2 Pertandingan adalah secara berpasukan.
2.3 Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta (PKK) iaitu:
2.3.1 Pelepas – bertanggungjawab melepaskan roket dari pelancar.
2.3.2 Penyukat – bertanggungjawab mengisi air dan menentukan sukatan air
untuk roket.
2.3.3 Pemandu Arah – bertanggungjawab menentukan arah sasaran roket.
2.4 Penyertaan ahli pasukan hendaklah dari sekolah yang sama.

3.0 KAEDAH PERTANDINGAN


3.1 Peserta dinasihatkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan kehendak
penganjuran Hari Pengasas Pengakap Batu Pahat 2019.
3.2 Semua bahan binaan roket air adalah dari bahan yang telah dinyatakan sahaja.
(rujuk lampiran)
3.3 Pembinaan roket hendaklah dilakukan di sekolah bersama pemimpin.
3.4 Bahan pembaikan roket yang rosak adalah dari pasukan/sekolah sendiri.
3.5 Pihak pengajur akan menyediakan pelancar roket asas dan pasukan boleh juga
membawa pelancar sendiri.
3.6 Pelancaran roket air akan diberi pilihan samada menggunakan pelancar
pertandingan atau pelancar sendiri.
3.7 Tiada sistem saliran air yang disediakan, peserta diminta membawa baldi, gayung
dan penyukat sendiri.
3.8 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk pada perubahan semasa
tanpa notis awal.
3.9 Setiap bantahan akan dikenakan bayaran RM 100.00

4.0 PELANCARAN ROKET SASARAN


4.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada
sasaran yang ditetapkan oleh teknikal pertandingan.
4.2 Jarak sasaran, X dari tapak pelancar adalah ditetapkan dalam jarak 60 meter
sehingga 80 meter mengikut teknikal pertandingan.
4.3 Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap pasukan
perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air botol, tekanan udara dan
sudut roket.
4.4 Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 50 psi.
4.5 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja. Tempoh
pemasangan (setup), persediaan dan pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5
minit.
4.6 Jarak roket air yang jatuh dalam zon sasaran akan dinilai dan kedudukan akan
ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bull’s-eye).
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ROKET AIR (scoutstem)
“ BP SCOUT FOUNDERS DAY 2019”

4.7 Pembantu hakim akan memberikan isyarat bendera merah sekiranya peserta masih
belum bersedia.
4.8 Bendera putih akan dikibarkan setelah semua persiapan pelancaran selesai.
4.9 Hakim akan memberi isyarat pelepasan dan peserta perlu melepaskan roket kearah
sasaran.
4.10 Roket air yang jatuh diluar zon sasaran adalah dianggap GAGAL. Sekiranya
terdapat kurang daripada 5 pasukan yang memasuki zon sasaran, maka jarak
jatuhan roket yang paling hampir dengan sasaran (diluar zon sasaran) akan diambil
bagi melengkapkan lima pasukan terbaik kategori sasaran.
4.11 Hanya percubaan terbaik sahaja yang akan diambil kira dalam menentukan
kedudukan pemenang.
4.12 Sekiranya roket air pecah kepada dua (2) atau lebih bahagian selepas
pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap GAGAL (tiada catatan jarak dibuat).
4.13 Gambarajah berikut menunjukkan plan tapak pelancaran dan zon sasaran.

5.0 SPESIFIKASI ROKET AIR


5.1 Model roket air dibina menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter.
5.2 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan
udara sahaja.
5.3 Peserta dibenarkan menggunakan pelancar sendiri pada sekiranya ada.
5.4 Setiap pasukan dinasihatkan membuat sekurang-kurangnya 2 model roket air bagi
memastikan kelancaran pertandingan.
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ROKET AIR (scoutstem)
“ BP SCOUT FOUNDERS DAY 2019”

Lampiran

Bahan-bahan yang dibenarkan untuk membina model roket air.

Bil Bahan
01 Botol minuman berkabonat 1.5 L (badan roket)
02 Clear binding cover A4 ( membentuk kon –muncung roket)
03 Plastisin (Pemberat / mekanisma CoG –Center of Gravity)
04 Straw board / Corrugated board ( membentuk sirip roket)
05 Cellulose tape
06 Binding tape
07 Masking tape
08 Double-sided tape
09 Kertas warna
10 Kertas putih

Nota: Penggunaan bahan yang tidak mengikut ketetapan diatas boleh dibatalkan penyertaan mengikut
budi bicara tenikal pertandingan.

Gambarajah model roket air.

Anda mungkin juga menyukai