Anda di halaman 1dari 6

KELAB DAN PERSATUAN

SEJARAH KELAB KEMBARA

Kelab Kembara merupakan sebuah kelab yang aktif dalam menjalankan kegiatankegiatan rekreasi dan lasak. Sejak awal penubuhannya lagi, kelab ini banyak menempa nama dengan penganjuran aktiviti yang berbentuk penerokaan, pendakian dan penyelaman. Kemantapan dalam mentadbir dan mengurus kelab dari generasi pertama sehingga saat ini (kini generasi ke sebelas), terus membawa Kelab Kembara ke satu mercu kejayaan dengan penganjuran lebih banyak lagi aktiviti yang lebih mencabar.

SEJARAH DI MALAYSIA

Sebahagian besar di kalangan rakyat Malaysia terdiri dari generasi muda. Ditangan mereka inilah terletak untung nasib bangsa dan negara. Mereka berhadapan dengan berbagai cabaran. Oleh itu konsep gaya hidup sihat dan cergas yang di laungkan oleh kerajaan patut di sokong dan di isi dengan pelbagai ilmu dan aktiviti yang berfaedah.

Persatuan kembara negara di tubuhkan pada 26hb Julai 2004 sebagai salah satu sumbangan kecil ke arah melahirkan generasi demikian.

Salah satu tujuan persatuan ini ialah untuk menyemai, menanam dan menyemarakkan semangat dan keinginan mengembara di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda. Untuk itu persatuan telah menggariskan dua aktiviti utama iaitu melaksanakan satu sirkit mendaki gunung sederhana tinggi di seluruh negara dan mendaki gunung-gunung lain

KONSEP Kelab Kembara ini merupakan satu bentuk rekreasi bagi menekankan aspek-aspek pembangunan diri generasi muda disamping memupuk semangat, sifat-sifat dan nilai-nilai pembangunan komuniti dikalangan penuntut.

OBJEKTIF

Mengadakan aktiviti ke arah mendekatkan ahli-ahli dalam bidang penerokaan alam semula jadi disamping memberi peluang kepada ahli-ahli mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang penerokaan dan pengembaraan, disiplin diri, keyakinan dan sebagainya.

Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi dan lain-lain aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada ahli.

Menyemai semangat kasih sayang dan taat setia kepada agama, bangsa dan Negara.

LOGO PERSATUAN KEMBARA NEGARA

Keterangan Logo

Rekabentuk

Berbentuk tiga segi melambangkan tiga cabang utama aktiviti rekreasi iaitu darat, air dan udara. Seorang pengembara membawa maksud seseorang yang mempunyai semangat yang membara dan sedia menempuh segala cabaran dan rintangan mendatang.

Motto Making Life An Adventure

Warna Melambangkan semangat yang sentiasa membara dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan. Melambangkan perpaduan yang kukuh, kemananan dan kesejahteraan antara satu sama lain. Melambangkan kehijauan alam semulajadi, kesejahteraan dan keamanan serta kesuburan. Melambangkan semangat kecekalan dan ketabahan hati ada diri pengembara dalam menerokai alam

Merah

Biru

Hijau

Hitam

K: kecekalan dan kecekapan Kelab Kembara. E: elak daripada kegiatan negatif. L: luangkan masa untuk beriadah. A: amalkan sifat toleransi dan bekerjasama. B: berusaha capai matlamat.

K: keutamaan Kelab Kembara adalah displin. E: ekspidisi merentas desa. M: mencari ketenangan. B: berpengetahuan luas. A: amanah terhadap tanggungjawab. R: relaks sentiasa. A: akan berjaya.