Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2011

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

FOLIO WAU

Isi Kandungan

1) Pengenalan

2) Tujuan wau dimainkan

3) Teknik pembuatan wau tradisional

4) Langkah-langkah membuat wau

5) Cara bermain wau

6) Jenis-jenis Wau

Pengenalan
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau. Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai. Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah. Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

Tujuan

wau

dimainkan

Pada zaman dahulu, wau dimainkan oleh golongan rakyat sebagai tanda hiburan atau keraian.Upacara permainan wau lazimnya dilakukan selepas tamat musim menuai padi.Apabila padi habis dituai dan sawah padi habis dikerat, sawah padi akan bertukar menjadi sebuah padang yang bersih.Pada masa inilah sawah ini akan digunakan sebagai tempat diadakan pesta wau. Wau juga dimainkan oleh golongan istana sebagai hiburan memandangkan cara mendapatkan hiburan yang sangat terhad kepada masyarakat lama ini.

Ada juga pengiktirafan kepada wau apabila pertandingan wau dijadikan tradisi tahunan oleh golongan diraja dan bangsawan. Pada Mei pula, Pesta Wau yang memperlihatkan kreativiti rekaan wau tradisional tempatan dan Pesta Joran, yang juga akan diadakan di Pantai Sri Tujuh di Tumpat dan penutup acara pada bulan itu adalah Pesta Nasi 100 yang diadakan di Gelanggang Seni di sini. Wau juga banyak digunakan dalam kesenian. Corak bentuk wag juga digunakan dalam seni pertukangan perak atau filigree adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan.

Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri. Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita.

Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bungabungaan dan motif wau.Tarian Siti Wau Bulan adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat.

Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir BaratIn Formal Malay (Translation in Brackets)Eh Wau Bulan 2X(Wau Bulan is a specially shaped kite)Wau Bulan teraju tiga(Teraju Tiga describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string for flying)Ini malam sama-sama(Tonight, all of us together)Sama-sama bersuka-ria(Together, we all have a good time).

Cara-cara membuat wau

Bahan-bahan utama untuk membuat wau ialah buluh, benang, kertas, gam dan pisau raut. Wau mempunyai empat bahagian utama iaitu kepala, sayap, pinggang dan ekor. Untuk menghasilkan wau yang besar, menarik dan cantik bukanlah satu kerja yang senang.

Pembuat wau mestilah mempunyai kemahiran, ketekunan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya adalah merupakan kerja yang rumit terutama pada bahagian sayap dan tulang belakang. Buluh akan diraut dengan teliti dan halus bagi mendapatkan bentuk wau yang cantik. Bahagian sayap akan ditimbang dengan menggunakan jari atau mata pisau supaya menjadi sama timbang di antara sebelah kiri dan kanan sayap. Bahagian inilah yang akan menentukan supaya ianya tidak berat sebelah. Semasa meraut ini dari masa ke semasa bilah-bilah buluh ini akan diliut-liutkan supaya sama lengkungnya di antara kedua-dua belah kiri dan kanan. Seterusnya tulang belakang dan bahagian ekor pula akan diraut. Untuk bahagian ekor buluh akan diraut lebih lembut berbanding dengan bahagian badan wau. Ini akan mempengaruhi wau untuk menyesuaikan dengan keadaan angin ketika diterbangkan.

1.Pokok buluh duri yang 2.Buluh terlebih dahulu dipilih selalunya digunakan untuk bagi mendapatkan yang membuat wau. sederhana tuanya supaya ianya tidak mudah patah.

3.Buluh terlebih dahulu diukur dengan ukuran seperti yang dikehendaki sebelum ianya dipotong.

4.Buluh dipotong mengikut ukuran yang dipilih untuk dibuat sayap, tulang belakang dan bahagian-bahagian yang lain.

5.Kemahiran membelah buluh 6.Buluh dibelah dengan teliti cara lama yang selalunya supaya sama besar dan mudah dilakukan oleh pembuat wau diraut. yang mahir dan berpengalaman.

7.Belahan buluh diasingkan 8.Belahan buluh seterusnya megikut keperluan sama ada dicuci daripada buku buluh. untuk dibuat sayap atau tulang belakang.

9.Bahagian tulang belakang dibelah mengikut ukuran yang dikehendaki dan bersesuaian dengan sayap.

10.Penyediaan tulang belakang supaya lebih sempurna antara bahagian kepala dan bahagian ekor

11.Bahagian sayap mestilah 12.Buluh sayap yang telah sama panjang antara kiri dan diraut terlebih dahulu diukur kanan menjadi dua bahagian sama panjang.

13.Bahagian sayap mula diraut dengan pisau yang tajam bagi mendapatkan bilah buluh yang lebih halus dan mudah diliut.

14.Dari semasa ke semasa bahagian sayap diliut-liut untuk mendapatkan bentuk yang sempurna.

15.Bahagian sayap yang telah siap diraut di timbang dengan jari atau mata pisau supaya sama timbang di antara kiri dan kanan.

16.Bilah buluh di bahagian ekor juga diliut-liut sebelum ianya diikat bersama dengan tulang belakang.

17.Bilah buluh di bahagian 18.Penyediaan dan ikatan ekor dibentuk bersama-sama bahagian sayap dengan dengan tulang belakang bahagian ekor. terlebih dahulu sebelum ianya diikat dengan benang atau tali.

19.Cara membuat ikatan untuk 20.Bahagian ekor diliut dan bahagian-bahagian rangka dibentuk supaya sama lekok wau. seperti yang dikehendaki.

21.Bahagian rangka bulan yang hampir siap.

wau 22.Kerja-kerja mengikat rangka wau bulan iaitu bahagian sayap, tulang belakang dan bahagian ekor.

23.Rangka wau kucing yang 24.Kerja-kerja meraut daun telah siap. ibus untuk dibuat dengung atau busur wau.

25.Inas, iaitu bahagian hujung dengung wau yang digunakan untuk mengikat dan menarik daun ibus supaya menjadi tegang bagi mendapatkan bunyi yang baik dan nyaring.

26.Beberapa bilah busur (dengung) wau yang telah siap. Biasanya busur ini akan dilekatkan di bahagian leher wau.

27.Wau ditimbang terlebih dahulu sebelum dinaikkan supaya bahagian kepala dan sayap menjadi sama timbang. Ini bagi mengelakkan daripada

28.Penyediaan teraju wau (benang yang diikat pada bahagian leher dan pinggang wau) yang sempurna adalah penting sebelum sesebuah wau itu diterbangkan. Ini akan

wau menjadi berpusing.

mempengaruhi kedudukkan wau supaya terbang dengan baik.

29.Wau bulan dan wau kucing 30.Menaikkan wau mestilah yang telah siap diikat dengan dalam keadaan yang teraju. bertentangan dengan arah tiupan angin dan wau mestilah dalam keadaan tegak.

31.Wau mula diterbangkan ke 32.Imbangan sayap, ekor dan udara. teraju wau akan menjadi sesebuah wau itu terbang dengan sempurna dan terapung-apung di udara.

33.Di

antara

peralatan-

peralatan yang digunakan untuk membuat wau.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak. 4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua. 5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari. 6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya. 7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu 8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga. 9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini.

Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun

sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut. 2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam. 3. Menyalai kepingan buluh pada bara api. Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit.

Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benarbenar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembutdan sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa. 3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter. 4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk. 5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau


1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut. 2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu 3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang 4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah. 5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap 6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau. 7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang. Proses Memasang Tanah Wau Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil tanah akan dipasang pada wau.

Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :1. Ukur kertas dengan saiz bingkai. 2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai. 3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk V. 4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji. Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa.

CARA BERMAIN WAU

Kawasan yang sesuai. Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

Daya tarikan graviti Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan. Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat. Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah

angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahanlahan sehingga wau naik tinggi ke udara. Mengawal penerbangan Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau. Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.

Jenis-jenis wau

Wau Kucing

Wau Merak

Wau Payung

Wau Bulan

Wau Jalabudi

Wau Kenyalang

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai