Anda di halaman 1dari 9

Wayang Bangsawan atau Teater Bangsawan adalah teater rakyat tradisional yang hidup di Kepulauan Riau dan Kepulauan

Lingga, Indonesia, serta berkembang pula di kawasan Malaysia dan Brunei Darussalam. Teater ini dapat dimainkan semua lapisan masyarakat, dari nelayan hingga guru. Teater ini adalah pertunjukan stambul atau komedi yang menggabungkan musik, drama dan tari serta mengangkat kisah-kisah di lingkungan istana. Cerita-cerita yang sering diangkat adalah kisah tentang Hang Tuah Lima Bersaudara, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dan Laksamana Bintan. Menurut sejarah, teater ini dikembangkan oleh masyarakat Persia atau Parsi yang pindah ke India karena pertentangan ideologi di tanah airnya. Teater ini lalu berkembang di Pulau Penang, Malaysia, dan menyebar pula ke Indonesia, termasuk Riau, Bengkulu, Sumatera Selatan, dan Kalimantan Selatan, tapi teater ini lebih lekat dengan kebudayaan Riau. Di Malaysia, teater semula ini dinamakan Wayang Parsi. Lalu, kelompok wayang asal Persia ini pulang ke India dan menjual peralatan pertunjukan kepada seorang Malaysia, Mohamad Pushi. Mohamad menganti nama teater itu menjadi Teater Bangsawan. MELODRAMA Popular di Pranchis pada abad 18 dan awal abad 19 Bermaksud drama lagu atau drama muzik Muzik mendominasi untuk mengiringi perkembangan cerita. CIRI CIRI ASAS MELODRAMA Protaganis mendapat ancaman daripada antagonis: menghadapi ancaman, penyeksaan, penganiayaan. Akhirnya terselamat dan berjaya. Berbentuk episodic, berkembang selepas eksposisi. Setiap babak berakhir dengan klimaks cerita yang hebat. Semua peristiwa penuh dengan sensasi dan kekaguman Unsur Poetic justice teras akhir setiap cerita Stail lakonan mengajak penonton berkongsi emosi Watak-watak adalah berbentuk stok, hero, heroin, penjarah, watak lucu. REALISME Ke arah realisme Revolusi Industri Perbandaran Kemajuan Ilmu Sains Auguste Comte ( 1798 1885 ) Positivism Charles Darwin ( 1809 1882 ) The Origin of Species Realis percaya bahawa seni dan sastera keenarannya ditentukan oleh kaedah saintifik REALISME DI DALAM TEATER:

Watak daripada manusia biasa ( tiada lagi watak stok ) Pengucapan di dalam bahasa Pentas menyerupai keadaan sebenar Plot : Kesatuan masa, aksi dan tempat. Watak terperangkap di dalam krisis. Tiada banyak klimaks dan aksi ganas. Lakonan biasanya under played lebih mencadangkan daripada eksploitasi. Watak: Golongan bawahan dan miskin. Berhadapan dengan detik kritikal di dalam kehidupan. Perlakuan mangsa yang lemah kerana menjadi mangsa keadaan. Tema : konflik ekonomi, domestic, pengorbanan, seks, social dan kemanusiaan. Pentas box set ( pemadangan dan penyebab utama pada aksi ).

TOKOH REALISME Henrik Ibsen ( Norway ) Doll House Hauptman ( German ) Benard Shaw ( England ) Antaon Chekov ( Rusia ) Athur Miller ( Amerika ) Mustafa Kamal Yassin ( Malaysia ) ABSURD Hidup ini tiada beerti lagi. ( Peperangan Dunia I dan ii ) kalau tuhan menyayangi makhluknya kenapa dibiarkan dengan kemusnahan yang amat dahsyat Kehidupan dengan peperangan dan rebutan kuasa. Bilakah hidup ini akan berakhir. Kegelisahan ini diambil oleh para absurdis menggali kisah manusia yang bergantung hidup pada nasib lantas menolak kuasa Tuhan. Drama drama absurd dipenuhi dengan perlembangan-perlembangan yang mengusai perjalanan hidup manusia, buku-buku dan hantu. Plot adalah cycle plot. Watak manusia secara total ( mewakili kelompok ) Bahasa, tanpa tenaga dan tanpa makna. MUZIKAL Drama menggabungkan dialog, nyanyian dan tari bagi membentuk sebuah aksi. Istana Budaya Uda dan Dara. BANGSAWAN Teater transisi. Berasal dari Pulau Pinang awal abad ke 20 Mamak Pushi.

Berkembang menjadi sebuah teater popular, Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Cerita-cerita diambil daripada mitos, lagenda, kepahlawanan, sejarah, shakespear, Parsi, China dan India. Persembahan berbentuk melodrama dan mempunyai beberapa babak yang panjang. Struktur cerita: bermula di Istana Budaya dan berakhir di Istana. Pentas Proseum Extra turn Watak Utama : Orang Muda ( hero ) Primadona ( heroin ) Watak-watak stok ( Raja, Permaisuri, Pelawak, Panglima ) Penyampaian persembahan berbentuk improvisasi. Tasmat. Lakonan Improvisasi Bernasib. Improvisasi di dalam Bangsawan meliputi: - Lakuan lakuan fizikal ( pergerakan, gerak isyarat, persilatan, lakonan serta aksi-aksi fizikal ) - Menunjukkan props- Tuanku cantiknya bunga ini. Memperhebatkan daya imaginasi seperti wau, warna, tajam. Luka berdarah ( Pentomime ). - Menunjukkan suasana, memetik bunga, menyelitkan pada dayang-dayang dsb. Tuanku berhati-hati sedikit jangan ikut disana banyak tahi burung. - Menunjukkan tempat, indah sungguh rumah bendahara. - Gerak Isyarat aktiviti fizikal yang melibatkan tangan, bahu. Lakuan lakuan mental ( emosi ) sedih, gembira, berduka, teruja. - Lakuan-lakuan suara ( dialog, pengucapan, syair, gurindam, nazam, Soliloki. Aside dan bernasib. SANDIWARA Lahir selepas zaman gelap bangsawan ( pada awal tahun lima puluhan ) Pertunjukkan cerita yang dilakonkan oleh orang, pementasan cerita. Zakaria Ariffin : Drama 3 zaman ( DBP ): Drama yang membawa cerita berlatarbelakang masyarakat lama, purba termasuklah drama-drama yang mempunyai unsur sejarah atau drama sejarah. Masih mengekalkan unsur unsure bangsawan seperti set dan ekstra turn Tokoh : - Shaharom Husain ( Si Bongkok Tanjung Puteri ) - Kalam Hamidi ( Anak Nazar Tujuh Keramat ) KONTEMPORARI

Kemunculan Nordin Hassan Bukan Lalang ditiup Angin. Senario Politik Cetusan 13 Mei Kembali pada nilai tradisional Perintis pada dramatis muda yang lain menghasilkan drama bertentangan dengan realisme. Johan Jaafar, Dinsman, Manasikana, Ghouse Nasaruddin dll.

BANGSAWAN 1. CIRI-CIRI BANGSAWAN - Mempunyai tujuh latar atau tirai iaitu; hutan, rumah, istana, gua, taman bunga, kampung dan jalan kampung. Mempunyai juga tirai agung dan tirai extra turn. - Memerlukan bantuan (side wing) sebing iaitu pemidang pipih untuk bahagian tepi kiri dan kanan pentas. - Menggunakan bahasa klasik, bahasa istana. - Mempunyai extra turn. - Taukeh panggung - Pemuzik - Unsur-unsur Tasmat (kesan khas)

2. FUNGSI - Sebagai hiburan - Memberi pengajaran - Mengisahkan kehidupan istana dan kehidupan lampau. - Mengingat kembali sejarah dan kepahlawanan.

3. CARA PERSEMBAHAN - Menggunakan pentas prosinum iaitu pentas yang hanya mengizinkan penonton menonton di hadapan sahaja. - Dipersembahkan dalam bentuk babak ke babak. - Plot cerita sama ada secara terus atau teknik imbas kembali. - Setiap akhir babak diselang selikan dengan extra turn. - Babak dalam istana mestilah mengikut adat istiadat dalam istana.

- Menggunakan sekurang-kurangnya 3 tirai asas yang dinyatakan sebelumnya. 4. CERITA - Cerita-cerita yang dipersembahkan oleh bangsawan dipetik dari pelbagai sumber termasuklah cerita-cerita sejarah tempatan, cerita-cerita kontemporari, cerita dari timur tengah, India, China, Indonesia, Thailand dan negara barat. - Cerita sejarah tempatan; kisah kebesaran raja-raja, riwayat hidup tokoh-tokoh tempatan serta tokoh-tokoh pahlawan Melayu. - Cerita India; Masyarakat Melayu menerima dan meminati cerita-cerita dari India oleh kerana amalan dan anutan agama hindu sebelum kedatangan Islam. Cerita India yang dipersembahkan dalam bangsawan berteraskan Islam. - Cerita Timur Tengah; Diminati oleh masyarakat kerana unsur-unsur pengembaraan dan romantis. - Cerita, kostum, irama lagu dan tarian adalah faktor-faktor masyarakat meminatinya. - Cerita China; Dipersembahkan di kawasan yang terdapat ramai penduduk Cina. - Cerita negara Barat; Lahir daripada penjajah British. Kumpulan bangsawan mengadaptasi cerita yang popular dari barat. - Cerita Indonesia, Thailand dan Burma; Cerita-cerita dari negara ini diubahsuaikan untuk bangsawan. - Cerita Moden; Memenuhi kehendak penonton sesuai dengan kemajuan zaman. Tidak hanya berpijak di alam istana tetapi berlegar dengan masyarakat biasa. 5. SEJARAH - Bermula di Pulau Pinang - Merupakan Teater adaptasi daripada teater Parsi yang dibawa dari Bombay, India - Dari teater Parsi kemudian bertukar setelah dialihbahasakan daripada bahasa Hindustan kepada bahasa Melayu. Menjadi tiruan teater Parsi kemudian seterusnya menjadi teater bangsawan menjelang tahun 1930-an. - Zaman kegemilangan teater bangsawan di antara 1920 dan 1930 an. - Kehadiran orang-orang India di Penang merupakan faktor penyebab bermulanya bangsawan

WAYANG KULIT 1. SEJARAH WAYANG KULIT

- Dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1400 hingga 1500 Masihi. - Persembahan wayang kulit di Kelantan sejak pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memerintah antara tahun 1837/8-1886. Dikenali sebagai Sultan Muhamad II. - Asal usul wayang kulit bergantung kepada jenis-jensi wayang kulit itu. - Di Malaysia terdapat empat jenis wayang kulit. - Wayang Kulit Kelantan,Wayang Kulit Gedek,Wayang Kulit Purwa dan Wayang Kulit Melayu. - Wayang Kulit Kelantan berasal dari negara India. - Dibawa ke Kelantan menerusi Pulau Jawa dan Negara Thailand. - Wayang kulit Gedek pula berasal dari Negara Thailand.Menggunakan dialek Kedah. - Wayang kulit Purwa dan wayang kulit Melayu berasal dari Pulau Jawa. - Wayang kulit Purwa atau lebih dikenali sebagai Wayang Jawa menggunakan bahasa Jawa. - Wayang kulit Kelantan pula menggunakan dialek Kelantan. - Perkataan wayangberasal daripada perkataan bayang yang bererti bayangan dari tirai. - Dalang Saman telah menukar tokoh lawak jenaka Patani iaitu Pak Diman kepada Pak Dogol,Pak Kadir kepada Wak Long. - Watak Pak Dogol - Asal penjual batu nisan bulat di Kampung Mentuan. - Mempunyai perawakan yang melucukan. - Berkepala bulat dan berpunggung tonggek - Memakai sabut kelapa di kakinya kerana penyakit puru yang menyebabkan dia berjalan renyot. - Watak Wok Long Sulung - Penjual damar batu dan damar mata kucing. - Tinggal di Kampung Sungai Budur,Kota Bharu - Tak berdagu,bahunya jatuh. 2. CIRI-CIRI - Digolongkan dalam kategori teater tradisional. - Seni lakon menggunakan bayang-bayang daripada patung-patung. - Berdasarkan sistem atau proses pembelajaran yang diterima dari mulut ke mulut. - Patung wayang kulit diperbuat daripada kulit lembu atau kulit kerbau. 3. FUNGSI - Sebagai hiburan, untuk sesuatu sambutan atau sebagai pertunjukan di pesta-pesta. - Pertunjukan yang melambangkan kekayaan khazanah warisan. - Dipercayai boleh menyembuhkan sesuatu penyakit yang dialami dan berkaitan dengan unsur roh dan alam semula jadi. - Berunsur keagamaan untuk menyatakan kesyukuran kepada makhluk-makhluk alam

ghaib, semangat dan unsur-unsur alam yang lain. - Bertujuan untuk menolak bala atau penyebaran sesuatu penyakit yang melanda. 4. CARA PERSEMBAHAN - Pentas dibina seperti sebuah panggung kecil. - Pentas ini beratap nipah dan berdindingkan buluh. - Di bahagian depan pentas dipasang sehelai tirai daripada kain putih. - Patung-patung wayang kulit akan dicacak di atas batang pisang. - Lampu atau pelita akan dipasang di belakang tirai. - Kumpulan muzik yang mengiringi persembahan wayang kulit dikenali sebagai kumpulan Gamelan. - Persembahan wayang kulit bergantung kepada penyampaian Tok Dalang. - Tok Dalang hendaklah cekap menggerakkan patung. - Tok Dalang yang mahir menyebabkan persembahan wayang kult menjadi menarik dan mengkhayalkan. - Biasanya menurut unsur-unsur kepercayaan yang berasaskan fahaman animisme perlu diadakan upacara pembukaan panggung. 5. CERITA - Cerita-cerita yang selalu dipersembahkan oleh Tok Dalang ialah cerita daripada Hikayat Ramayana dan Mahabrata. 6. POHON BERINGIN DALAM WAYANG KULIT KELANTAN - Figura wayang ini merupakan fiqura wayang terbesar yang ada dalam sesebuah set wayang kulit,dan berukuran kira-kira 23sm luasnya dan 60sm tingginya. - Diperbuat daripada kulit lembu dan diwarnai dengan beberapa warna yang menarik. - Reka bentuknya diolah mengikut gaya pokok dan berbentuk sehelai daun yang besar. - Menurut Tok Dalang Hamzah Awang Amat,pokok beringin mempunyai kepentingan simbolik dalam Hikayat Maharaja Wana seperti yang dipersembahkan dalam wayang kulit Kelantan. - Figura wayang itu dianggap mewakili pokok jelati jawa,ataupun asam jawa,(dikenali sebagai telagi atau chelaji) - Nama-nama lain beringin ialah jejawi atau jawi-jawi,dan waringin atau banyan. - Menurut Tok Dalang Hamzah Awang Amat, pokok itu melambangkan kuasa kosmos yang kuat. - Pokok beringin dikatakan menjadi lambang pokok kehidupan dalam wayang kulit Kelantan. - Bentuk-bentuk pada pokok beringin berjalin-jalin dan menghasilkan imej visual tentang penyatuan tumbuh-tumbuhan,binatang dan elemen semulajadi yang

menakjubkan. - Pada asasnya,pokok beringin itu terbahagi kepada tiga bahagian;bahagian atas mewakili langit,bahagian tengah mewakili bumi dan pelbagai kehidupan yang wujud di bumi,serta bahagian bawah mewakili alam ghaib SANDIWARA 1. CIRI-CIRI SANDIWARA - Unsur-unsur dialog,tari dan muzik adalah merupakan ciri-ciri asas di dalam persembahan teater tradisional Melayu. - Persembahan teater tradisional menggunakan manusia sebagai pelakon. - Dialog-dialog yang dilakonkan adalah merupakan dialog bebas yang lahir secara turun-temurun. - Skripnya berdasarkan tiga bahan utama iaitu premise, perwatakan dan plot. - Premise ; inti cerita untuk menentukan hala tuju cerita - Perwatakan; memainkan peranan penting untuk menggerakkan lakonan. - Plot; selain mempunyai cerita isinya juga terdiri daripada beberapa penjelasan agar dapat memantapkan sebuah persembahan. 2. STRUKTUR PERSEMBAHAN SANDIWARA - Cerita berbentuk naratif iaitu berlangsung secara terus-terusan tanpa diganggu denganb teknik-teknik seperti imbas kembali dan imbas ke hadapan. - Menyelitkan unsur-unsur persembahan kebudayaan seperti nyanyian, tarian, silat dan upacara majlis perkahwinan atau keraian menjadikan sandiwara sebagai medan mendaulatkan kebudayaan warisan. - Cerita dramatik yang memaparkan terus kepada masalah yang ingin dikemukakan di awal hingga ke tengah cerita. Di akhiran cerita peleraian dan pemasalahan dapat diselesaikan.

3. CERITA - Berkaitan dengan dongeng dan lagenda. - Kejadian-kejadian peristiwa berlaku di alam nyata dan juga kayangan. 4. WATAK-WATAK - Terdiri dari watak baik dan watak jahat.

- Kacak atau hodoh dengan perangai dan kelakuan yang kasar atau berhalus. - Watak yang tidak pernah ketinggalan di dalam setiap persembahan teater tradisional adalah watak yang berperanan sebagai pengiring,pengasuh dan pelawak. 5. STRUKTUR PLOT - Tidak terikat kepada konsep kesatuan masa,tema dan tempat. - Cerita juga tidak meneroka konflik psikologi tetapi menumpukan kepada aksi naratif. 6. BENTUK PERSEMBAHAN - Tempat persembahan tidak tetap seperti pementasan masa kini. - Pentas yang dikenali sebagai panggung akan didirikan apabila persembahan hendak diadakan di kawasan luar.