Anda di halaman 1dari 16

0

KENAIKAN HARGA MINYAK AKIBAT


PERMINTAAN YANG TINGGI DIPASARAN`

PENGENALAN
Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah memberi kesan yang ketara ke atas cara hidup
sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan
beban Negara dan berpunca dari Iaktor kenaikan harga minyak mentah dunia. Selain
itu dinyatakan juga bahawa kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi hingga menyebabkan
Iaktor kenaikan harga minyak ini diputuskan.
Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik
yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini
termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga
beberapa bulan terdekat ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik. Sekiranya ini benar
berlaku, keadaan yang meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang
kurang bersedia untuk menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang
berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan
dianggap suatu yang amat membebankan.
Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat,
terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya
ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan
minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi
kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang
mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan
cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang
1

terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan.
Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang
dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat
juga bertambah sukar. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan
berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.

IDEA DAN ANDAIAN PUNCA KENAIKAN HARGA MINYAK
Berbagai-bagai andaian yang timbul dan sering kali dijadikan sebab dan musabab
mengapakah kenaikan harga minyak ini berlaku . Apakah penyebab serta kemungkinan
yang mewujudkan permasaalaha kenaikan harga minyak di Malaysia. Kita tengok
apakah alasan serta kemungkinan-kemungkinan yang sering kali diberitahu dan dinyatakan
jika ianya terjadi ( kenaikan harga minyak):-
i). Ada pendapat yang menyatakan kemungkinan kerajaan sememangnya dalam proses
'melalikan' rakyat dengan menarik sedikit demi sedikit subsidi, negara sememangnya
dalam keadaan pengurusan ekonomi lemah. Wang tidak ada maka subsidi akan ditarik
sepenuhnya terhadap minyak.
ii). Kemungkinan ini disebabkan laporan dari Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan
pihak-pihak lain yang menunjukkan penurunan dalam rizab petroleum mereka.
iii). Kemungkinan sesetengah peristiwa turut menyumbangkan kesan jangka pendek
kepada harga minyak, seperti pelancaran misil Korea Utara, krisis antara Israel dan
Lebanon, serta pergolakan mengenai tenaga nuklear Iran.
iv). Kemungkinan subsidi minyak yang diberi kepada pengguna oleh negara-negara
membangun seperti China dan India.
v). Kemungkinan perang di Negara Arab dan pergolakan negara-negara di timur tengah.
2


vi). Kemungkinan Kerajaan mengurangkan subsidi.
vii). Kemungkinan kekurangan minyak mentah di pasaran dunia. Di negara-negara maju,
penggunaan minyak lebih tertumpu kepada sektor pengangkutan, misalnya 70 di
Amerika Syarikat berbanding 35 di China. Hal ini sedemikian kerana industri
permotoran di Amerika Syarikat masih berkembang pesat.
viii). Kemungkinan Kerajaan nak guna duit subsidi minyak untuk belanja pilihanraya dan
pembangunan negara seperti digunakan untuk memperbaiki pengangkutan awam.
ix). Kemungkinan pertambahan permintaan minyak yang mendadak di pasaran dunia.

3 ISU-ISU YANG DAPAT DIPELA1ARI
Adakah betul punca-punca yang disebutkan diatas penyebab sebenar kenaikan harga minyak
di Malaysia. Isu-isu yang perlu disiasat dan dipelajari ialah kemungkinan-kemungkinan yang
dinyatakan diatas adakah betul boleh menyebabkan dan mempangaruhi kenaikan harga
minyak di pasaran.
i). Adakah benar pendapat yang menyatakan kemungkinan kerajaan sememangnya
dalam proses 'melalikan' rakyat dengan menarik sedikit demi sedikit subsidi, negara
sememangnya dalam keadaan pengurusan ekonomi lemah. Wang tidak ada maka
subsidi akan ditarik sepenuhnya terhadap minyak ?
ii). Bagaimana laporan dari Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan pihak-pihak lain yang
menunjukkan penurunan dalam rizab petroleum mereka dapat mempengaruhi harga
minyak dipasaran?
iii). Adakah kemungkinan sesetengah peristiwa turut menyumbangkan kesan jangka
pendek kepada harga minyak, seperti pelancaran misil Korea Utara, krisis antara
Israel dan Lebanon, serta pergolakan mengenai tenaga nuklear Iran.
3

iv). Bagaimana kemungkinan subsidi minyak yang diberi kepada pengguna oleh negara-
negara membangun seperti China dan India mempengaruhi harga minyak.
v). Adakah kemungkinan perang di Negara Arab dan pergolakan negara-negara di timur
tengah benar-benar memberi kesan pada harga minyak?
vi). Apakah tindakan kerajaan yang kemungkinan mengurangkan subsidi juga mamberi
kesan.
vii). Adakah kemungkinan kekurangan minyak mentah di pasaran dunia. Di negara-negara
maju, penggunaan minyak lebih tertumpu kepada sektor pengangkutan, misalnya 70
di Amerika Syarikat berbanding 35 di China. Hal ini sedemikian kerana industri
permotoran di Amerika Syarikat masih berkembang pesat.
viii). Betulkan kemungkinan Kerajaan nak guna duit subsidi minyak untuk belanja
pilihanraya dan pembangunan negara seperti digunakan untuk memperbaiki
pengangkutan awam.
ix). Adakah disebabkan pertambahan permintaan minyak yang mendadak di pasaran
dunia?
Dalam pencarian dan pembacaan mendapati punca utama keadaan ini berlaku ialah:-
Secara asasnya kita akan mudah maklum mengapa minyak terus naik dan mengapa ianya
selalu terjadi. Pertama antara permintaan dan penawaran kita akan mudah memahami bahwa
ketika permintaan meningkat sementara penawaran tidak meningkat atau turun maka yang
akan terjadi adalah kekurangan. Kekurangan minyak di pasaran membuat harga minyak terus
meningkat.
Keperluan minyak dunia dipengaruhi oleh pengguna. Lima Negara yang paling banyak
menggunakan minyak adalah USA, China, Jepun, German, Russia dan India. Pada masa
akan datang dijangkakan penggunaan minyak bagi India dan China akan terus meningkat
4

seiring dengan pertumbuhan ekonomi mereka yang sangat dahsyat. Negara-negara tersebut
menggunakan sebanyak 49.17 dimana Amerika sendiri menggunakan 25.2 dari
penggunaan minyak dunia. Permintaan adalah lebih tinggi dari penawaran. Lima negara
besar pengeluar minyak adalah Arab Saudi, Rusia, USA, Iran dan China. Dua negara iaitu
USA dan China mengalami deIisit minyak karana pengeluaran mereka lebih kecil daripada
permintaan. Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan
ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika
Syarikat.
Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela,
cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di
Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu. Peranan dari kuasa minyak
terbesar dunia iaitu OPEC (pengeluar 40 minyak dunia), dalam keaadaan yang tertentu
tidak akan meningkatkan pengeluaran minyak mereka. Keadaan serta pergolakan politik
Timur Tengah mempunyai kaitannya dengan OPEC, dimana Iran merupakan salah satu
anggotanya. Iran sebagai pengeluar minyak keempat terbesar dunia dan sebagai pengekspor
ketiga terbesar dunia dalam keadaan bergolak dengan adanya ancaman Amerika untuk
menjatuhkan kekuatan ekonomi mereka akibat terlibat dengan pembangunan nuklear.
Sekaligus ini menggangu pengeluaran minyak dari negara berkenaan.
Reaksi pasaran mengenai cadangan penurunan pengeluaran minyak di Amerika yang pasti
akan mendorong kenaikan harga minyak dipasaran. Cadangan penurunan pengeluara minyak
juga terjadi di Eropah sekaligus mengurangkan penawaran di pasaran dunia.
Pergerakan ekonomi negara besar seperti Amerika juga mempengaruhi harga minyak.
Turunnya nilai matawang dollar terhadap euro dan juga mata wang lain mendorong para
pembeli di Amerika menggunakan minyak dengan lebih banyak kerana mereka dapat
3

membeli dengan harga yang lebih murah. Ianya juga sedikit sebanyak mempengaruhi harga
minyak di pasaran.
Karena tiada penggunaan yang maksima terhadap tenaga alternatiI selain minyak. Sebagai
contoh Amerika masih mengunakan 71.4 minyak untuk menghasilkan tenaga elektrik. Itu
belum lagi termasuk minyak yang digunakan untuk pengangkutan. Jepun yang memiliki
ratusan reaktor nuklear masih menggunakan 60 minyak untuk menghasilkan tenaga
elektrik. China apalagi, negara itu menggunakan 80 minyak untuk menghasilkan tenaga
elektrik dalam negaranya. Pada masa sekarang negara-negara industri terkemuka di dunia,
masih belum dapat memaksimakan penggunaan energi alternatiI seperti tenaga suria, tenaga
angin, tenaga air dan biodiesel untuk kegunaan harian rakyat.
Ketika ini China menggunakan 8 pasaran minyak dunia. Hampir separuh diimport. Sebagai
perbandingan ketika ini China menggunakan lebih setengah pasaran minyak di China hanya
dua tong per kapita setahun, berbanding 12.5 di Eropah dan 26 di Amerika Syarikat. Jika
pertumbuhan ekonomi di China terus meningkat, maka tidak mustahil dunia akan mengalami
krisis minyak yang semakin parah. Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2010)
hampir sama dengan bekalan (83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi
lebih tertekan.

Tiada maklumat yang diperolehi mengenai kemungkinan subsidi minyak digunakan oleh
kerajaan untuk menyara proses pilihanraya. Kebanyakan pendapat ini dinyatakan oleh
blogger yang anti kerajaan dan pemerintah, namun tiada data atau bukti yang dapat
dikemukakan oleh mereka penyataan mereka hanya tuduhan semata-mata begitu juga ada
yang menyatakan wang subsidi minyak digunakan untuk mengkayakan koroni-koroni
pemerintah tiada maklumat yang sahih mengenai kemungkinan dan penyataan ini.

6

DAPATAN
Dari segi teori, pada asasnya harga ditentukan oleh keseimbangan permintaan dan
penawaran. Harga akan naik jika sama ada permintaan bertambah atau penawaran berkurang
dan begitulah sebaliknya. Peningkatan permintaan berlaku, antaranya adalah kesan daripada
Iaktor spekulasi dan perang teluk serta berkurangnya penawaran.
Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan
kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting
dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi
harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, Malaysia
bukan ahli OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar.

Harga minyak semakin tinggi di pasaran dunia sejak kebelakangan ini berpunca ada
kaitannya dengan peningkatan permintaan, khususnya di kalangan negara industri dan krisis
serta ketidaktentuan di beberapa buah pengeluar minyak. Permintaan minyak di China
menampakkan trend semakin membimbangkan dengan kepesatan pembangunan sektor
industri dan perbandaran. Ketika ini China menggunakan 8 pasaran minyak dunia. Hampir
separuh diimport. Sebagai perbandingan ketika ini China menggunakan lebih setengah
pasaran minyak di China hanya dua tong per kapita setahun, berbanding 12.5 di Eropah
dan 26 di Amerika Syarikat. Jika pertumbuhan ekonomi di China terus meningkat, maka
tidak mustahil dunia akan mengalami krisis minyak semakin parah.

Statistik menunjukkan negara yang paling pesat membangun pada masa kini antaranya
ialah India dan China. Kita ambil China sebagai contoh dalam tahun 2009 sahaja, sebanyak 8
juta buah kereta baru telah dikeluarkan di sana, ia tidak termasuk jumlah yang sedia ada. Kita
andaikan sebuah kereta memerlukan sekurang kurangnya 10 liter sehari, pertambahan 80 juta
liter sehari itu dalam tahun 2009, pengeluar minyak terbanyak dunia, Arab Saudi meraka
7

hanya akan memproses 2.5 juta barrel minyak sehari dan permintaan pula adalah 80 liter
sehari (penggunaan kereta baru sahaja, tidak termasuk yang lama) disebabkan inilah,
pengeluaran yang sedikit yang tidak mampu menanggung permintaan yang tinggi
menyebabkan harga minyak dunia naik mendadak.
Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada
harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita. Dalam
menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan kewangannya,
Kerajaan mempunyai tiga pilihan, iaitu:
i). Mengekalkan harga runcit petroleum walaupun harga pasaran antarabangsa naik. Ini
bermakna keseluruhan kenaikan harga produk akan dibiayai oleh Kerajaan melalui
peningkatan bayaran subsidi serta kehilangan hasil cukai. Jurang antara harga pasaran
dengan harga subsidi juga akan semakin luas. Peningkatan subsidi dan kehilangan
cukai bererti semakin kurang peruntukan dapat disediakan untuk tujuan pembangunan
negara dan Kerajaan akan berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal atau
ii). Memansuhkan subsidi dan menarik balik pengecualian cukai dan membiarkan harga
naik sehingga mencerminkan harga. Dengan ini tiada lagi jurang antara harga pasaran
dan harga subsidi. Ini bererti pengguna akan menanggung keseluruhan kenaikan harga
tersebut. Beban sepenuhnya akan dirasai oleh semua pengguna produk petroleum.
Kerajaan dapat menjimatkan wang yang banyak untuk membiayai projek
pembangunan dan rakyat perlu membayar harga pasaran produk petroleum. Namun
begitu,dalam keadaan ini Kerajaan mungkin dituduh keterlaluan dan dianggap zalim
atau
iii). Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang. Jurang di antara harga pasaran
dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan
8

kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi.
Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai
perbelanjaan yang lebih produktiI. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan
memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan
pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka.
Pada pandangan Kerajaan jurang antara harga pasaran dunia dan harga dalam negeri perlu
dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu pilihan ketiga, adalah jalan tengah dan
merupakan pilihan terbaik. Ini bermakna Kerajaan akan terus menyediakan subsidi dan rakyat
berkongsi sedikit dengan Kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak.
CADANGAN
Bagi menangani ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia dan masa depan sumber
tenaga maka adalah dicadangkan beberapa langkah strategik segera dilaksanakan secara
lebih menyeluruh, dipantau Suruhanjaya Tenaga dengan lebih terancang dan melibatkan
seluruh lapisan masyarakat. Kerajaan perlu memainkan peranan utama dalam menangani
permasaalaha ini. Antara cadangan yang perlu diambil kira dalam permasaalaha ini ialah:-

i). Pertama mengkaji semula dasar subsidi minyak sedia ada supaya dilaksanakan secara
lebih selektiI menggunakan kaedah yang mengambilkira Iaktor ekonomi, sosial dan
alam sekitar. 'TariI lestari' yang baru dirangka perlulah mendorong ke arah
pelestarian tenaga, dan tidak seharusnya terlalu terikat dengan Iaktor populariti
menjelang pilihanraya. Sehubungan itu golongan pengubal dasar, ahli akademik,
penyiar dan semua pihak yang prihatin mestilah sama-sama membantu memberi
penjelasan tentang rasional 'tariI lestari tersebut.
ii). Kedua mempergiatkan usaha untuk menguruskan permintaan secara lebih lestari
menerusi pengalakan pelbagai aktiviti penjimatan, mempertingkatkan keeIisisenan
9

dan memberi insentiI supaya pelaburan dibuat pelbagai pihak ke arah pengurangan
tahap penggunaan secara pukal.
iii). Ketiga mempergiatkan usaha mencari sumber tenaga baru yang digunakan secara
besar-besaran sama ada disepadukan dengan grid elektrik kebangsaan atau dibekalkan
secara setempat. Antara potensi sumber tenaga tempatan yang murah tetapi masih
belum dibangunkan sepenuhnya ialah biojisim dan tenaga solar. Ketika ini, usaha ke
arah itu masih belum digembleng dan diteroka sepenuhnya.
iv). Kerajaan hendaklah memastikan harga produk petroleum rendah dengan memberi
pengecualian cukai jualan dan subsidi kepada semua pengguna bahan petroleum
(petrol, diesel dan gas memasak). Dengan adanya subsidi dan pengecualian cukai
jualan maka pengusaha pengangkutan awam seperti bas dan teksi boleh menyediakan
perkhidmatan yang murah kepada orang ramai. Subsidi juga dapat mengurangkan
kos operasi golongan nelayan dan pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan
Sarawak.
v). Mekanisma harga yang digunakan untuk penetapan harga runcit produk petroleum
telah menyebabkan , peningkatan harga minyak dunia menimbulkan suasana panik di
kalangan pelabur dan pengguna minyak utama. Walau bagaimanapun, harga minyak
yang tinggi juga menimbulkan kesedaran baru untuk mengurangkan pergantungan
terhadap minyak. Selain itu, semakin ketara desakan dan kempen untuk menggunakan
tenaga secara lebih eIisien, menjimatkan di samping mempergiatkan usaha mencari
tenaga alternatiI. Pada tahun 1980, minyak merupakan 45 sumber tenaga dunia,
berbanding tahap semasa iaitu 34. Selebihnya ialah gas asli, arang batu, nuklear dan
sumber biojisim. Di negara-negara maju, penggunaan minyak lebih tertumpu kepada
sektor pengangkutan, misalnya 70 di Amerika Syarikat berbanding 35 di China.
Hal ini sedemikian kerana industri permotoran di Amerika Syarikat masih
10

berkembang pesat. Dalam tempoh empat tahun dari 2000 ke 2004, secara purata 17
juta kereta terjual setahun di negara tersebut.
vi). Kerajaan hendaklah menggalakkan lagi dan memperluaskan penggunaan natural
gasvehicles (NGV). Antara insentiI yang disediakan oleh Kerajaan untuk
menggalakkan penggunaan NGV ialah pengurangan cukai jalan iaitu 50 peratus untuk
kenderaan monogas dan 25 peratus untuk kenderaan bi-fuel (diesel) dan dual-fuel
(gasoline) dan menetapkan harga NGV pada paras 50 peratus lebih rendah daripada
harga pam petrol. Perkara ini hendaklah diteruskan dan ditambahbaikan lagi pada
masa-masa akan datang.
vii). Menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui melalui program SREP
$2all Renewable Energy Progra22e) iaitu projek penjanaan kurang daripada 10
MW dengan menggunakan biomass, landIill gas dan mini hidro. Bagi projek
hidroelektrik, projek yang sedang dalam pembinaan ialah projek hidroelektrik Bakun.
Projek ini dijangka dapat menjana kuasa dengan kapasiti 2,400 MW.
viii). Langkah-langkah penjimatan yang diumumkan oleh kerajaan hendaklah dilaksanakan
serta-merta supaya negara mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk
berhadapan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada masa akan datang.
Perbelanjaan yang berbentuk hiburan, melalaikan dan tidak memberi Iaedah kepada
kehidupan rakyat hendaklah dikaji semula.Begitu juga dengan projek pembangunan
yang berjumlah jutaan ringgit hendaklah dinilai kembali pelaksanaannya ketika ini
supaya kos pembangunan negara dapat digunakan secara optimum.
ix). Kerajaan juga perlu mendengar maklum balas daripada rakyat Malaysia dan memberi
tindak balas segera supaya keresahan mereka tidak menambah beban kepada
kehidupan yang dilalui pada masa ini. Contohnya dengan membuat penyelarasan tariI
elektrik, tariI dan kadar-kadar perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan,
11

tambang pengangkutan awam, yuran kesihatan, pendidikan dan perumahan supaya
golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kurang terbeban. Selain itu
cadangan untuk mengkaji semula semua bayaran yang dikenakan dalam sektor
pengangkutan bagi menghalang kenaikan harga adalah wajar dilakukan.
x). Kerajaan perlu menggiatkan usaha penyelidikan untuk mencari sumber alternatiI
kepada keperluan petrol seperti minyak kelapa sawit seperti mana tenaga solar juga
boleh menggantikan kuasa dalam membekalkan tenaga elektrik. Terdapat pelbagai
sumber alternatiI yang masih terhad lagi kita gunakan iaitu antaranya tenaga
berasaskan angin, suria, hidrogen dan sisa organik.
xi). Tindakan memberi potongan harga kepada barang-barang keperluan pengguna agar
dijual dalam kadar harga yang berpatutan juga wajar bagi menggalakkan perbelanjaan
rakyat. Maka tindakan memperkasakan dasar pertanian perlu digalakkan agar negara
berupaya mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah secara aktiI hingga mampu
menampung permintaan kepada sesuatu bahan. Dengan memastikan pengawalan
harga bahan keperluan hasil pengeluaran selari dengan permintaan akhirnya akan
memberi kesan kepada kelancaran ekonomi.
xii). Kerajaan perlu memilih pendekatan berjimat-cermat bagi mengekang kenaikan harga
bahan bakar minyak supaya penjimatan kos dapat dilakukan dengan sebaik mungkin
di samping memikirkan altenatiI lain yang lebih bijak bagi menangai permasalahan
ini. Hak dan kebajikan rakyat akan lebih terjamin dengan kesepakatan dan
permuaIakatan yang dibuat hasil dari penelitian yang jitu. Contohnya mengenai
pembayaran balik rebat RM625 setahun kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda
berkuasa 2000cc ke bawah dan bagi motosikal berkuasa 250cc ke bawah akan dibayar
RM150 setahun. Sebagai tambahan, kerajaan turut mengumumkan rakyat tempatan
yang memiliki kenderaan persendirian dengan memiliki kenderaan enjin sehingga
12

3000cc di negeri Sabah dan Sarawak kini layak menuntut rebat tunai subsudi minyak
berjumlah RM 625 setahun. Ada yang tidak mendapat kebaikan dengan pembayaran
balik rebat ini.
xiii). Kita perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam
membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas
perbelanjaan. Kita mestilah berhemat dalam perbelanjaan dengan berbelanja mengikut
keperluan dan kemampuan. Di samping itu, kita perlu membuat pilihan bijak dengan
membandingkan harga dan kualiti barangan dan kedai sebelum berbelanja. Ini secara
langsung dapat meningkatkan kedudukan kewangan keluarga. Dengan berbelanja
secara berhemat dan merancang perbelanjaan, pengguna boleh mengurangkan
pembaziran. Dari segi penggunaan minyak, merancang perjalanan lebih awal,
berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh
dikurangkan.
xiv). Kerajaan seharusnya betindak tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab
yang mengaut keuntungan berlebihan. Pengguna boleh memainkan peranan dengan
melaporkan kegiatan tidak beretika ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat
diambil. Peniaga, pedagang dan pengusaha pula perlu bersikap patriotik dan tidak
mengkhianati orang ramai dengan menaikkan harga barangan atau jualan sewenang-
wenangnya.
xv). Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan
rakyat, maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan.
Pemberian subsidi daripada kerajaan kepada peniaga sangat penting khususnya
golongan yang kurang mampu bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga
barang dan akhirnya masyarakat akan mudah berbelanja mengikut kadar kemampuan.
Manakala bebanan rakyat seperti kadar cukai, harga minyak, dan sebagainya
13

sekiranya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan lagi rakyat berbelanja atau kita
panggil sebagai pendapatan boleh belanja. Seterusnya akan bertambahlah bilangan
pengusaha dan pembekal. Kerajaan akan memperoleh semula hasil perbelanjaan
rakyat itu menerusi cukai yang dikutip daripada pertambahan bilangan pengusaha dan
pembekal berkenaan

PENUTUP
Rakyat perlu sedar bahawa dalam masa 19 tahun lagi, tiada setitik minyak pun akan dapat
dikeluarkan dari bumi atau dasar laut Malaysia. Oleh itu, kita perlu menggunakan hasil
petroleum ini dengan berhemat. Kita mesti mencari jalan mengurangkan pergantungan
terhadap minyak dan memainkan peranan menggunakan hasil minyak hari ini untuk
tujuan produktiI. Kita mesti berjimat cermat, jangan membazir dan mencari sumber
tenaga alternatiI seperti bioIuel. Beberapa negara seperti Indonesia dan Thailand telah
memperkenalkan langkah-langkah penjimatan tenaga yang radikal. Rakyat negara ini wajar
menyokong usaha Kerajaan berhubung dengan penggunaan tenaga secara berhemat.
Walaupun tahap atau kesan kenaikan harga minyak di kalangan masyarakat adalah sederhana,
namun Ienomena ini jika dibiarkan berlaku dengan berterusan sudah pasti ekonomi rakyat
akan menurun sehingga boleh menjadi sangat kritikal. Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu
padu dalam mengembeling tenaga untuk memastikan inIlasi akibat kenaikan harga minyak
dapad dikawal supaya tidak wujud sebarang konIlik sosial dan konIlik yang timbul daripada
tuntutan masyarakat. Kerajaan seharunya mengambil inisatiI bijak dalam membantu
menyelesaikan masalah rakyat secara adil dan saksama. Disamping, itu rakyat haruslah sedar
akan kepentingan bekerjasama di antara satu sama lain. Masyarakat juga haruslah belajar
untuk berbelanja secara bijak agar masalah ini dapat diselesaikan secara terancang. Ini secara
14

langsung dapat meningkatkan kedudukan kewangan keluarga. Dengan berbelanja secara
berhemat dan merancang perbelanjaan, pengguna boleh mengurangkan pembaziran.
Akhir sekali, dalam keadaan begini kita harus berjimat-cermat. Ini kerana pembaziran itu
membawa kesan yang amat besar sekali. Perlu di rasai bahawa negara kita kaya dengan
pelbagai hasil. Kita perlu bersyukur di atas segala rahmat kurniaan Allah s.w.t. yang
menjadikan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Sekiranya
pembaziran berlaku hak kehidupan yang lain akan terhalang oleh itu kita sebgai pengguna
hendaklah bersabar dan bijak ketika berbelanja dengan elakkan pembaziran serta
memanjatkan doa supaya cabaran dan ujian ini mampu dilalui dengan tabah dan tenang.
















13

RU1UKAN
Badrul Hisham Shaharin (2011) ilai RM 2eningkat dan Harga Minyak dunia turun tetapi
pengguna dipaksa beli 2inyak 2ahal ( Online) http://chegubard.blogspot.com (May
10, 2011)

Dipetik dari Berita Harian, Rabu, 11 Jun 2008, ( muka 11)
John Hudson (1982) nflation. A Theoretical $urvey And $ynthesis. London : George Allen &
Unwin ( Publishers ) Ltd
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
http://www.kpdnkk.gov.my/web/guest/home
Mohd Foad Sakdan (1997) Pengetahuan asas ekono2i Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
N. Gregory Mankiw (2006) Makroekono2i. Jakarta: Worth Publishers
Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri. Ekonomi Malaysia: Fakta dan
Maklumat http://www.epu.gov.my