Anda di halaman 1dari 6

SEK KEB PARIT SETONGKAT, 84000 MUAR, JOHOR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (P)


KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROJEK KEUSAHAWANAN

PENGENALAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas
juga turut digubal bagi melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu
membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang
keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi murid-murid Pendidikan Khas ini,
pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di
atas.
Penyertaaan murid khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam
atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu
didedahkan kepada murid. Sehubungan dengan itu, satu Projek Keusahawanan
telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan
murid khas yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat
mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.

PROJEK KEUSAHAWANAN
Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah
berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi
pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program
luar yang dirancang adalah aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program
percubaan untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal
dan kognitif.
Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara
ini.Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan murid
dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan,Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap
pelaksanaannya.Komponen Keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek
Pengurusan Diri dan aspek ini juga secara tidak langsung terdapat dalam subjek
Kemahiran Manipulatif. Berdasarkan usaha tersebut, kelas Pendidikan Khas ingin
membudayakan keusahawanan di kalangan murid khas semasa berlangsungnya
Bulan Kemerdekaan 2016.

MATLAMAT
Matlamat projek keusahawanan kelas Pendidikan Khas ialah untuk membentuk
murid khas sebagai pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai
pencari kerja. Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalah satu opsyen yang
realistik untuk murid Pendidikan khas yang mempunyai kemahiran vokasional dan
teknikal.
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan
kepimpinan,disiplin dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para murid
Pendidikan Khas.Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman
mental serta ketahanan fizikal setiap murid. Aktiviti,produk dan modul yang disusun
di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran para
murid khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang.

OBJEKTIF
a. Memberi peluang kepada murid khas untuk merasai pengalaman berniaga.
b. Memberi peluang kepada murid khas untuk berinteraksi dengan murid
perdana,masyarakat dan sebagainya.
c. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan
murid-murid khas.
d. Melatih murid-murid khas dalam bidang perniagaan secara amali.
e. Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid khas tentang
pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.
f. Melahirkan usahawan dari Pendidikan Khas SK Parit Setongkat yang
berkualiti dan berdaya maju menjelang tahun 2020.

TARIKH PERLAKSANAAN
Bermula bulan September hingga Bulan November

TEMPAT
Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah di bahagian hadapan kelas PPKI
kerana kedudukannya yang strategik untuk murid khas dan murid perdana. Kelas ini
dipilih juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang akan
dijalankan.

KUMPULAN SASARAN
Keperluan sasaran iaitu murid Pendidikan Khas yang boleh menguruskan diri.
Mereka ini yang akan membantu guru untuk menyediakan barang-barang jualan.

SASARAN JUALAN
Murid Pendidikan Khas,murid aliran perdana ,guru-guru serta para pelawat.

PRODUK JUALAN DAN RASIONAL


Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:
a) Makanan ringan seperti keropok, kekacang atau kerepek yang dibuat sendiri
atau yang dibeli secara borong dan dibungkus semula oleh murid Pendidikan
Khas.
c) Minuman sejuk iaitu air kotak atau air mineral
Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada
masyarakat yang para murid Pendidikan Khas mampu bersaing dalam
menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak.
Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk menampung
pembelian alatan murid dan keperluan para murid khas.

KEPERLUAN LOGISTIK
a) Meja
b) Buku kira-kira

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan WANG PCG Teras RM 400.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah (RM)
1. Air Kotak RM 13.00 7 RM 91.00
2. Air Mineral RM 12.00 7 RM 84.00
3. Tong polisterin RM 10.00 3 RM 30.00
4. Tisu RM 2.50 2 RM 5.00
5. Kerepek ubi RM 50.00 1 RM 50.00
6. Kekacang RM 10.00 10 RM 100.00
7. Bekas Plastik RM 4.00 10 RM 40.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 400.00

Duit keuntungan perniagaan akan dimasukkan ke dalam tabung kelas Pendidikan


Khas.

PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI


Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja
telah dilantik untuk menjayakan program ini.

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PROGRAM


PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Pengerusi : En. Azme Bin Yusoff (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Normadiah Binti Daros ( GPK I )
: Pn. Zahidah Binti Yahya (GPK HEM)
: En. Nazri Bin Ahmad (GPKKo-Kurikulum)
Setiausaha : En. Shamsuddin Bin Rasip (Penyelaras PPKI)
Pen.Setiausaha : Pn. Norhasidah Binti Daud (Guru PPKI)
Bendahari : En. Mohd Asyraf Bin Md Zani (Guru PPKI)
AJK : Pn Nadia Binti Abdul Rahim (Guru PPKI)
Pn. Norlin Binti Awang (PPM)
Pn. Ros Nabilah Binti Awang (PPM)

JAWATANKUASA KERJA
Penyediaan Bahan : En Mohd Asyraf bin Mond Zani
Semua murid kelas Firdaus
Persiapan Tempat : Pn Nadia Binti Abdul Rahim
Semua murid kelas Firdaus
Kebersihan : Pn. Norlin Binti Awang
Pn. Ros Nabilah Binti Awang
Semua murid kelas Firdaus
Dokumentasi : En Shamsuddin bin Rasip
Buku Program : Pn Norhasidah Binti Daud

TENTATIF PROGRAM/MASA
1) Proses Pembungkusan Kacang/Keropok/Kerepek
Setiap hari Ahad (7.20-9.20 pagi)

Jualan
1) Setiap hari waktu rehat tahap 1 (9.20-9.50 pagi)
2) Setiap hari waktu rehat tahap 2 (9.50-10.20 pagi)

LATAR BELAKANG PROJEK KEUSAHAWANAN


Pelaksanaan projek dibuat melalui dua pendekatan iaitu latihan dalam kelas dan
latihan praktikal yang dijalankan di tepi kawasan kelas.
Modul 1 : Program Pengenalan/Asas Keusahawanan
Pendedahan secara asas dan latihan akan diberikan iaitu :
i) Mengenali Dunia Keusahawanan:
Murid PPKI memulakan projek jualan dengan menjual minuman kotak
sejuk atau air mineral di hadapan kelas Pendidikan Khas.
ii) Menghasilkan bahan jualan:
Murid-murid membungkus kekacang dan keropok di dalam plastik.
iii) Asas Kewangan dan Pemasaran:
Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas
kewangan; modal, perbelanjaan dan pendapatan.

iv) Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan ‘role play’
berkaitan aktiviti pengurusan kewangan dan aktiviti jualan
RUMUSAN
Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di
samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan
mereka.Semoga program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan
padu pihak pengurusan terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan
daripada guru-guru khas .Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan
gambaran yang positif terhadap keupayaan murid khas ini.Selain daripada itu,ia juga
merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khas untuk
murid yang kurang upaya ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… …….…………………
(PN.NORHASIDAH BT DAUD) (EN.SHAMSUDDIN B RASIP)
Setiausaha PPKI Penyelaras PPKI

Disahkan oleh,

……………………..
(EN. MOHD AZMEE BIN YUSOFF)
Guru Besar SKPS

Anda mungkin juga menyukai