Anda di halaman 1dari 12

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

Kementerian Pendidikan Malaysia

KERTAS CADANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 1 (PTA 1)

(A) MAKLUMAT PELAJAR

NAMA PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF

KOD KURSUS DMD 3052

TAJUK PROJEK CAR WHEEL DOLLY

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD ALIF BIN MOHD NIZAM
(DENGAN HURUF
BESAR)
040430-05-0283
NO. KAD PENGENALAN

NAMA PENYELIA MOHAMMAD AZHAR BIN NGAH@AWANG


PROJEK
(A) MAKLUMAT PROPOSAL

1. Pengenalan Projek

. Car wheel dolly ini merupakan alatan untuk menggerakkan atau mengalihkan kenderaan
yang tidak boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Produk ini memudahkan pelajar
untuk membuat kerja-kerja pengalihan kenderaan dengan mudah dan dapat menjimatkan
masa tenaga kerja yang banyak.Ia juga mementingkan aspek keselamatan contohnya
menggunakan produk yang mempunyai ketahanan yang kukuh untuk menampung
sesebuah kenderaan bagi mengurangkan risiko kemalangan yang berlaku. Dengan ini car
wheel dolly boleh dijadikan sesebuah projek yang selamat digunakan kepada semua pelajar
KVPD.
2. Pernyataan Masalah

Antara beberapa sebab kenderaan di bengkel automotif KVPD sukar untuk dialihkan
kerana terdapat kenderaan yang telah kehilangan kunci menyebabkan steering tidak dapat
digerakkan. Terdapat juga beberapa kenderaan yang telah tercabut steering rack
menyebabkan steering tidak dapat dipusingkan. Ada juga beberapa kenderaan yang
tayarnya sudah rosak dan tidak boleh dipam semula menyebabkan kenderaan menjadi berat
untuk digerakkan.Hal ini menyebabkan proses pengalihan kenderaan menjadi lambat, sukar
dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Hal ini juga telah menyebabkan pelajar
menggunakan cara seperti jek bahagian hadapan kenderaan supaya kenderaan dapat
dipusingkan tetapi ia menyebabkan jek kenderaan tersebut rosak dan tidak dapat
digunakan.

3. Objektif Projek

Merekacipta dan membangunkan car wheel dolly bagi kegunaan pelajar KVPD.

4. Tujuan Projek

Tujuan projek Car Wheel Dolly ini adalah untuk mengalihkan kenderaan di KVPD dari satu
tempat ke satu tempat yang lain dengan mudah. Selain itu,dengan menggunakan Car Wheel
Dolly juga dapat mengurangkan tempoh masa yang diambil untuk mengalihkan kenderaan
dan mengurangkan beban pelajar kerana tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak
untuk mengalihkan kenderaan.

5. Skop Projek

Alat ini dihasilkan untuk kegunaan bengkel automotif KVPD sahaja.


6. Literatur

6.1 KAJIAN ERGONOMIK

Ergonomik memastikan kemampuan penggunaan dan kualiti kerja terhadap sesuatu kerja
dan peralatan yang terlibat didalam itu boleh dioptimakan outputnya. Aspek fisiologi,
psikologi, biomekanik, antropometrik dan elemen asas dalam kejuruteraan merupakan skop
pengajian ergonomik. Kecederaan fizikal boleh terjadi apabila projek kami tidak digunakan
oleh para pelajar. kecederaan yang boleh dihadapi ialah sakit belakang dan jika pelajar terus
melakukan kerja berat ini secara berulang tanpa menggunakan projek ini pelajar boleh
mendapat kecedaraan yang lebih teruk iaitu kecederaan pada bahagian tulang belakang.
Selain itu, apabila kerja berat ini dilakukan berulang kali ia boleh menyebabkan otot pada
tubuh badan yang digunakan mendapat kecederaan yang lebih teruk. Pemakaian yang tidak
sesuai juga boleh menjadi faktor untuk tubuh badan mengalami kecederaan. Apabila
pakaian yang tidak sesuai dipakai ketika melakukan kerja ia boleh mendatangkan
ketidakselesaan ketika melakukan kerja. Kasut juga menjadi faktor utama ketika melakukan
kerja. Bagi melakukan kerja di bengkel automotif pemakaian safety boot perlulah digunakan
bagi mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya terdapat barangan yang berat jatuh pada
kaki.
7. Metadologi

7.1 CARTA ALIR

PROSES PENJANAAN IDEA

PROSES REKA BENTUK PROJEK

MEMBANGUNKAN PROJEK

PENGUJIAN TIDAK

PROJEK

YA

TAMAT

3.1 Carta Alir


7.2 PENERANGAN REKA BENTUK
Roda kastor
Fungsi=Boleh menggerakkan Car Wheel Dolly ke semua arah
Hollow Steel
Fungsi=Memanjangkan Car Wheel Dolly mengikut saiz tayar pada kereta
L shape bar
Fungsi =Menahan tayar dan beban kenderaan
Skru
Fungsi=Menjadi kunci sekiranya telah mendapat saiz tayar yang ada pada kenderaan.

L shape bar
Hollow steel

Roda kastor

skru
8. ANGGARAN KOS

KOS BAHAN

BIL BAHAN UNIT HARGA JUMLAH


1 Mild steel square 8FT RM26.00/FT RM208
hollow (3”×3”×3mm)
2 Mild Steel L Bar 12FT RM3.50/FT RM42
3 CASTOR WHEEL 16 RM3.70 RM59.20
4 HEX NUT 16 RM1.00 RM16.00
5 SCREW 4 RM5.00 RM20.00
JUMLAH RM345.20
9. PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

Pembangunan projek ini akan dimulakan dengan penjanaan idea reka bentuk.
Penjanaan idea reka bentuk ini dibuat supaya projek ini mampu menampung beban
kenderaan yang berat dan memastikan ianya mudah digunakan oleh pelajar bengkel
automotif Kolej Vokasional Port Dickson. Langkah seterusnya adalah, proses merekabentuk
projek. Antara perkara yang perlu dilakukan pada proses merekabentuk projek adalah
mencari ukuran projek, melakar lukisan 2D dan 3D, pemilihan bahan dan pengiraan kos.
Proses pengukuran ini merupakan salah satu elemen penting bagi memastikan projek ini
berjaya. Pengukuran yang perlu dilakukan adalah mengukur lebar tayar, keluasan tayar dan
panjang besi yang diperlukan. Seterusnya adalah lakaran projek. Lakaran projek ini akan
dilakukan setelah mendapat ukuran yang dikehendaki. Lakaran projek berbentuk 3D akan
dilakukan di dalam software autocad kemudian lakaran 3D ini akan diubah menjadi lakaran
2D untuk mendapatkan dimensi setiap sudut lukisan. Setelah lakaran dilakukan, pemilihan
bahan akan dimulakan. Pemilihan bahan akan dilakukan dengan cara memilih bahan
mengikut kekukuhan bahan besi yang dipilih, saiz tayar kastor yang sesuai dan saiz besi
yang sesuai. Selepas proses pemilihan bahan, pengiraan kos akan dilakukan supaya kos
pembuatan projek ini tidak terlalu mahal. Pengiraan kos ini akan dilakukan dengan cara
mengkaji harga barangan yang dikehendaki pada kedai alatan perkakasan, kedai besi dan
juga kedai online. Pembangunan projek akan dilakukan selepas semua bahan yang
dikehendaki telah dibeli. Pembangunan projek ini akan dilakukan dengan cara memotong
dan mengimpal besi-besi yang telah dipotong supaya ianya menjadi bentuk yang
dikehendaki. Seterusnya, pengujian projek akan dijalankan dengan melakukan pengujian
kesesuaian kepadanan lebar tayar dengan car wheel dolly. Ujian ini dijalankan untuk
menguji sekiranya saiz car wheel dolly yang telah dihasilkan sesuai dengan tayar kenderaan
yang berada di bengkel automotive KVPD. Pengujian seterusnya adalah pengujian
ketahanan. Pengujian ini akan dilakukan dengan meletakkan sesuatu yang berat di atas car
wheel dolly untuk memastikan bentuk dan bahan car wheel dolly ini kukuh. Sekiranya salah
satu pengujian yang dijalankan ini gagal maka pengubahsuaian akan dilakukan supaya
projek ini dapat digunakan dengan selamat oleh para pelajar bengkel automotive KVPD.
10. JANGKAAN HASIL

Dapat memberi kemudahan kepada pelajar bengkel automotif Kolej Vokasional Port
Dickson kerana ia dapat memudahkan proses pengalihan kenderaan oleh pelajar akan
menjadi lebih mudah kerana projek ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerana
projek ini boleh digunakan walaupun digunakan oleh seorang pelajar. Ia juga boleh
mengurangkan risiko kecederaan pelajar kerana ia mempunyai penahan tayar yang
dapat menahan tayar daripada bergerak.

11. RUJUKAN

1) Norhajah Adnan (2013) http://norhajahadnan.blogspot.com/2013/04/apa-itu-


ergonomik.html
2) Moni (2018) https://missmanggo.blogspot.com/2018/02/contoh-kertas-cadangan-
proposal-projek_4.html
3) e-PTA (2023)https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/e-pta/nota-pembelajaran/bab-1-
analisis/perancangan-pelaksanaan-projek
4) e-PTA (2023) https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/e-pta/nota-pembelajaran/bab-5-
penilaian/pelaporan-projek/penyediaan-kertas-cadangan
5) zf (2014) http://pakartayarkereta.blogspot.com/2014/11/bagaimana-nak-membaca-
spesifikasi-atau.html
6) achmadi (2023) https://www.pengelasan.net/besi-hollow/
12. LAMPIRAN

CARTA GANTT

BULAN/MINGGU
BIL PERKARA Jun-23 Jul-23 Aug-23 Sep-23 Oct-23
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1
PROSES PENJANAAN IDEA
2
LITERATUR
3
PROSES REKA BENTUK
4
MEMBANGUNKAN PROJEK
5
PENGUJIAN PROJEK
6 CARTA GANTT

PERANCANGAN

PELAKSANAAN
GAMBAR PROJEK BERSAMA DIMENSI
PERAKUAN PELAJAR:

Nama Pelajar : ....................................................................................................................

Tandatangan : ...............................................................
Tarikh :...............................

No. Telefon : (H/P)……………………………. (R)……………………………

Email : …………………………………………………………..

PENGESAHAN PENYELIA PROJEK (PP):

Nama Pegawai : ..............................................................................................................

Tandatangan : ................................................................
Tarikh :...............................

(Cop Nama Pegawai )

Anda mungkin juga menyukai