Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA KOTA KINABALU, 88450 KOTA KINABALU, SABAH. PERLEMBAGAAN KELAB PETANQUE 1. MATLAMAT 1.

1 Menjadi sebuah kelab yang dapat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada ahli ahli kelab.

2. OBJEKTIF 2.1 2.2 Dapat merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk ahli ahli kelab. Dapat mencungkil kepimpinan di kalangan ahli ahli kelab.

3. KEAHLIAN 3.1 3.2 Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4. GURU PENASIHAT 4.1 4.2 4.3 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA 5.1 5.2 5.2 5.4 5.5 5.6 Dilantik semasa Mesyuarat Agung Kelab Petanque. Ahli yang hadir dan tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK. Pemilihan ahli secara undian. AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat. AJK Persatuan hendaklah terdiri daripada : 5.2.1 Pengerusi 5.2.2 Naib Pengerusi 5.2.3 Setiausaha 5.2.4 Penolong Setiausaha 5.2.5 Bendahari 5.2.6 Penolong Bendahari 5.2.7 AJK Kecil 5.2.8 Pemeriksa Kira-kira Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.

5.7

6. DERMA 6.1 6.2 6.3 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan. Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.

7. KEHADIRAN/PENYERTAAN 7.1 7.2 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak hak keahlian kelab.

8. AKTIVITI 8.1 8.2 Dijalankan seperti yang dirancang dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

9. PERATURAN PERATURAN 9.1 9.2 9.3 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN 10.1 10.2 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut : 10.2.1 Amaran Lisan 10.2.2 Gantung Keahlian 10.2.3 Pecat keahlian Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang hak keahlian. Ahli yang tidak berpuashati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan adalah muktamad.

10.3 10.4

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN 11.1 Mana mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 1.1.2 Cadangan pindahan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. 1.1.3 Satu jawatankuasa khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. 1.1.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan perlu dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.

12. HAL-HAL LAIN 12.1 12.2 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab

( ) Pengetua SMK Bandaraya Tarikh : 9.2.2011

Anda mungkin juga menyukai