Anda di halaman 1dari 6

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH Kod Sekolah: KBA 7004

1. Nama Guru
NOR ZIANA BT SAAD @ SHAFIE

UBAT-UBATAN
2. Judul 3. Bidang: KESIHATAN
TRADISIONAL
ARAB & MELAYU
4. Nama Pengarang : AZAHARI BIN IBRAHIM 5. Muka Surat : 153 M/S
10 JULAI 2022
6. Tarikh Pembacaan

7. Sinopsis

Allah SWT menurunkan hujan untuk menyirami bumi . Allah menganugerahkan


di dalamnya keberkatan dan rahmat sehingga menumbuhkan berbagai tanaman
yang menghijau. Dari tumbuh-tumbuhan itu Allah keluarkan khasiat dan
kelebihan yang dapat menyembuh berbagai penyakit kepada makhlukNya.
Sesungguhnya semua ciptaan Allah di alam ini mempunyai kelebihan dan
khasiat yang tertentu dan didalamnya juga tersimpan seribu satu hikmah.

Setiap penyakit yang menimpa seseorang pasti ada ubatnya,Kita sebagai


manusia digalakkan berikhtiar dan berusaha untuk mencari formula agar dapat
merawat penyakit dengan sempurna. Dengan kemampuan fikiran dan hidayah
yang Allah berikan , manusia sentiasa membuat kajian serta menemukan
berbagai tumbuhan herba yang boleh menjadi penawar terhadap penyakit
tertentu. Rahmat yang besar ini meningkatkan martabat keinsanan dalam
memahami kurniaan dari Allah SWT.

Berusahalah mencari hikmah khazanah Allah dan manfaatkan anugerah itu


dengan nurani yang sentiasa bersyukur kepadanya, agar kita sentiasa sihat zahir
dan batin, insya Allah.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kita sebagai manusia dikehendaki sentiasa berikhtiar dan berusaha untuk


mencari penawar bagi setiap penyakit.

Kita hendaklah sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat
yang Allah SWT anugerahkan.

Tumbuh tumbuhan yang Allah jadikan mempunyai khasiat dan kelebihan tertentu
dapat merawat setiap penyakit.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Tumbuhan herba banyak khasiat dan penawar pelbagai penyakit. Dengan


mengamalkan makan ulam-ulaman dapat menyihatkan badan dan mencegah
daripada penyakit. Apabila badan sihat, kita dapat menjalankan tugas harian
dengan sempurna dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi kerja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... .................................
( Nor Ziana bt Saad @ Shafie ) ( Puzil Bin Othman )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN TUALAK Kod Sekolah: KBA 7014

1. Nama Guru
RUSLAN BIN ABDUL RAHMAN

Petua Mendidik Anak


2. Judul 3. Bidang: Motivasi
Menjadi
Insan Positif

Dato Dr Hj Mohd Fadzilah 5. Muka Surat : 104


4. Nama Pengarang :
Kamsah, Hj Muhammad M/S
Zakaria dan Husna Hassan
6. Tarikh Pembacaan

7. Sinopsis :

Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita
untuk mendidik anak-anaknya menjadi insane positif. Insan positif yang
dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia dan
akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana anak-anak
mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli motivasi ada
berkata “ mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum ibu dan ayahnya
berkahwin. “ Ini menunjukkan factor keturunan amat penting dalam
menentukan sifat generasi akan datang.

Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasiakan


datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?.Buku ini
menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk menjadikan anak-
anak positif.Ianya bermula dengan latihan lahiriah yang merangkumi kognitif,
psikomotor dan kerohaniah yang dinamakan “ latih anak kemahiran diri” dan
aspek kedua pula merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak
kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “ latih anak kemahiran Diri” ianya harus dimulai dengan
penghayatan keagamaan sepeti bersyahadah, solat, membaca Al-Quran ,
berzikir dan amalan – amalan yang lainnya. Anak-anak perlu ditunjangi dengan
aspek kerohanian jika ingin dilihat positif. Di samping itu, anak-anak perlu
dilengkapkan dengan kemahiran ICT, Kemahiran Seni dan Budaya ,
Kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir, kemahiran dalam
pasukan, public speaking dan mencintai haiwan dan alam sekitar.

Melalui “ latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu


didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong
royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan
sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi, kerja
social & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti bersama-sama
keluargadan menanamkan minat komitmen social yang baik.

Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita


motivasi, potongan ayat Al Quran dan Hadis yang menjadi dalil untuk
mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang disarankan
untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat diperkenankan oleh Allah
SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak positif dan berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak


menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu yang
dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama, bangsa dan
keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai dirinya dengan sifat-
sifatpositif boleh mencapai kecemerlangan luar biasa.Manusia mampu
mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu mampu dicapai oleh minda. Di
samping itu, manusiayang berpegang teguh pada tali agama akan mampu
menempa kecemerlangan . Allah amat bersikap adil untuk memberikan
pembahagian rezeki kepada hamba-hamba yang terikat kepadanya.
Selain itu, buku ini mampu menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu bapa
untuk melahirkan anak – anak yang cemerlang dan berjiwa positif.Saranan
didikan anak-anak adalah berpaksika Islam kerana jiwa positif akan memacu
kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu cemerlang,ibu bapanya
harus cemerlang dahulu kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan pendekatan yang
sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif kepada positif. Tugas
guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih diusia anak-anak. Apatah
lagi guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah.Di
samping menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
mendidikpelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral. Kita boleh meniru
pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim dalam mendidik anak-
anaknya.Pertamanya anak-anak perlu diajar takut dan mentaati Allah, diikuti
Rasul dan menghormati ibubapa. Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang
tertanam sifat mentaati Allahpastinya akan mentaati semua perintah Allah
dan makhluk-makhluk ciptaannya.

Disamping itu, buku ini juaga mengingatkan kita tugas mendidik ini
bukannya mudah seperti menyediakan makan malam. Ianya proses
berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang hasilnya
dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku persekolahannya.
.

10.. Kesimpulan

Tuntasnya, buku ini sesuai untuk bacaan sekeluarga kerana menggunakan


bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur, ideanya
tersusun, terdapat contoh-contoh dari Al Quran, Al Sunnah serta
kontemporari, ilustrasi menarik dan dipersembahkan dalam bentuk yang agak
santai tetapi padat dengan nilai- nilai keilmuan.
.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ..................................
( RUSLAN BIN ABDUL RAHMAN ) ( )

Anda mungkin juga menyukai