Anda di halaman 1dari 13

Learning To Score 2005

3756/1
SULIT
3756/1
Prinsip
Perakaunan
Kertas 1
Mei. – Okt.
2005
1 14 jam
JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2005

SET 2

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas jawapan yang disediakan.

4. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
[Lihat sebelah
3756/1 SULIT

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 2


Learning To Score 2005
Jawab semua soalan

1 Dibawah Akta Laporan Kewangan 1977, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia


(MASB), berfungsi
A menerbitkan buletin dan bahan ilmiah bidang perakaunan
B mendaftar dan mengeluarkan sijil perakuan Akauntan Bertauliah
C mengeluarkan pernyataan prinsip-prinsip bagi laporan kewangan
D mengendalikan kursus dan latihan berkaitan dengan profesyen perakaunan

2 Antara berikut yang manakah ciri-ciri milikan tunggal ?


I Mudah ditubuhkan
II Liabiliti pemilik pernigaan adalah terhad
III Keuntungan adalah hak mutlak pemilik perniagaan
IV Modal perniagaan adalah daripada simpanan peribadi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 Maklumat di bawah berkaitan dengan konsep perakuanan

Koperasi Peladang Jaya Bhd merekodkan belian jentera


pembajak bernilai RM60 000 di dalam Penyata Kewangan,
manakala belian alat tulis berharga RM20 tidak dicatat kan
dalam penyata kewangan

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Kos sejarah
B Pemadanan
C Ketekalan
D Materialiti

4 Antara butir-butir berikut, yang manakah dikelaskan sebagai belanja kendalian ?


I Sewa dibayar
II Komisen jualan
III Dividen pelaburan
IV Faedah atas simpanan tetap

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 3


Learning To Score 2005
5 Urusniaga di bawah diambil daripada buku akaun seorang peniaga.

En Izani membeli perabot perniagaan secara tunai

Nyatakan kesan urusniaga itu ke atas aset.

A Perabot berkurang, tunai bertambah


B Tunai bertambah, tunai berkurang
C Perabot berkurang, tunai berkurang
D Perabot bertambah, tunai berkurang

6 Data 1 menunjukkan maklumat yang diperoleh daripada buku Kedai Murni


pada 31 Disember 2004

RM
Modal pada 31 Disember 2004 85 000
Belanja 38 000
Hasil 42 500

DATA 1

Hitungkan modal pada 1 Januari 2004.


A RM80 500
B RM82 100
C RM90 300
D RM127 000

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 4


Learning To Score 2005

7 Dokumen 1 terlibat dalam urusniaga Kedai Buku R & Z

Bank Pertiwi Bhd


No 425 Jalan Kuala
06600 Alor Setar

Tarikh : 10 April 2004

Makluman Kredit
No. Akaun: 482489
Kepada
Kedai Buku R & Z
63, Jalan Baiduri
06650 Alor Setar

Akaun tuan telah dikreditkan seperti berikut :

Perkara : Jumlah
Pemindahan kredit : Dividen RM220.00

Ringgit : Dua ratus dua puluh sahaja


Razlan
Pengurus

DOKUMEN 1
Nyatakan buku catatan pertama yang digunakan untuk merekod urusniaga ini.
A Jurnal Pulangan Masuk
B Buku Tunai Runcit
C Buku Tunai
D Jurnal Am

8 Jumlah jualan dalam invois yang dihantar kepada Stor Aiman pada 3 Jun 2004 ialah
RM650. Syarat diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh 15 hari.
Hitungkan jumlah yang harus dibayar oleh Stor Aiman jika beliau membuat bayaran
pada 15 Jun 2004.
A RM468
B RM520
C RM585
D RM650

9 Antara berikut, urusniaga manakah yang dicatatkan dalam jurnal am ?


I Mengambil stok untuk kegunaan sendiri
II Menjual aset bukan semasa secara tunai
III Membeli barangniaga daripada Pembekal Wawasan
IV Membawa masuk perabot peribadi untuk kegunaan perniagaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 5


Learning To Score 2005

10 Antara berikut, yang manakah tidak akan dibayar melalui wang runcit ?
A Satu kotak sampul surat panjang
B Sepuluh keping stem
C Gaji pembantu pejabat
D Pembayaran untuk sepasang kunci tambahan

11 Dokumen 2 di bawah diperoleh daripada Perniagaan Salmah.

Tarikh :11 April 2004

Penerima :Pn Amalina

Untuk :Sewa bulan April

RINGGIT SEN

Baki akhir 11 500 00 KERATAN CEK

Deposit - -

Jumlah 11 500 00

Cek ini 500 00

Baki 11 000 00

No.10000

DOKUMEN 2

Berdasarkan dokumen di atas amaun yang akan dicatatkan dalam buku tunai
ialah
A RM500
B RM10 000
C RM11 000
D RM11 500

12 Jadual 1 menunjukkan kombinasi dokumen punca dan buku catatan pertama

Dokumen Punca Buku Catatan Pertama


I Nota debit (Asal) Jurnal pulangan belian
II Invois barangniaga (Asal) Jurnal belian
III Makluman debit Jurnal belian
IV Nota kredit (Salinan) Jurnal pulangan jualan
JADUAL 1

Pilih kombinasi yang betul


A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 6


Learning To Score 2005

13 Lajur folio dalam akaun digunakan untuk mencatat


A baki akaun pada akhir bulan
B jumlah urusniaga dalam nilai wang
C nombor rujukan halaman akaun
D nama akaun yang menjadi pasangan kepada catatan bergu

14 Perniagaan Purnama membeli barangniaga bernilai RM860 daripada Syarikat


Clark secara tunai pada 10 Disember 2004.

Catatan lejar yang betul bagi urusniaga di atas dalam buku Perniagaan Purnama.

Debit Kredit
A Akaun Bank Akaun Jualan
B Akaun Belian Akaun Tunai
C Akaun Belian Akaun Clark
D Akaun Clark Akaun Jualan

15 Data 2 diperoleh daripada buku sebuah firma.

RM
Baki pemiutang pada 1 Mac 2004 6 200
Tunai dibayar kepada pemiutang 8 800
Belian tunai 2 400
Belian kredit 5 240
Pulangan keluar 140
Angkutan dikenakan oleh pemiutang 220

DATA 2

Hitungkan baki akhir pemiutang pada 31 Mac 2004.


A RM 2 720
B RM 4 680
C RM 5 400
D RM 9 880

16 Antara butir-butir berikut, yang manakah dicatat di sebelah debit Imbangan Duga?
A Pinjaman
B Pulangan belian
C Angkutan masuk
D Faedah simpanan

17 Urusniaga di bawah diambil daripada buku seorang peruncit.

Bayaran RM700 kepada pemiutang Kedai Jimat telah


tersalah catat dalam akaun pemiutang Kedai G-Mart

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 7


Learning To Score 2005

Kesilapan di atas dikenali sebagai kesilapan


A prinsip
B amaun
C terbalik
D komisen

18 Maklumat di bawah dipetik daripada buku-buku akaun Perniagaan Chong.

Buku Tunai (Petikan)

2004 RM
Dis 31 Sewa 5 600

Kunci Kira-kira Pada 31 Disember 2004 (Petikan)


Aset Semasa
RM
Sewa terdahulu 800

Hitungkan belanja sewa bagi tahun 2004.


A RM 4 800
B RM 5 600
C RM 6 400
D RM 9 600

19 Antara berikut yang manakah bukan sebab berlakunya hutang lapuk.


A Penghutang gagal dikesan
B Penghutang meninggal dunia
C Penghutang diisytiharkan muflis
D Penghutang lewat membayar hutang

20 Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah jentera.

Kos jentera RM65 000


Usia guna 10 tahun
Nilai skrap RM2 000

Hitungkan susut nilai jentera itu setiap tahun.


A RM 4 500
B RM 6 300
C RM 6 500
D RM 6 700

21 Encik Faisal membeli sebuah jentera bernilai RM40000. Beliau menyusutnilaikan


mesin tersebut dengan kaedah garis lurus. Nilai skrap mesin itu selepas 10 tahun
digunakan ialah RM1 500.
Hitungkan nilai buku mesin itu selepas 4 tahun digunakan.
A RM 24 000
B RM 24 600
C RM 25 000
D RM 34 000

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 8


Learning To Score 2005

22 Maklumat di bawah berkaitan dengan sebuah perabot pejabat.

Kos perabot RM34 000


Peruntukan susutnilai RM12 500
Untung atas pelupusan RM2 300

Hitungkan harga pelupusan perabot tersebut.


A RM 21 500
B RM 23 800
C RM 31 700
D RM 36 300

23 Antara berikut, yang manakah tidak terdapat dalam Penyata Pendapatan?


I Ambilan
II Stok awal
III Sewa terakru
IV Angkutan masuk

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

24 Pada 30 Jun 2004, Buku Tunai Perniagaan Prima menunjukkan baki kredit
RM 8 405. Baki ini berbeza dengan baki Penyata Bank pada tarikh yang sama
disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

Cek belum dikemukakan RM 2 600


Deposit belum dikreditkan RM 1 760

Hitungkan baki Penyata Bank pada tarikh yang sama.

A Baki kredit RM4 045


B Baki debit RM7 565
C Baki debit RM9 245
D Baki kredit RM12 765

25 Urusniaga berikut diambil daripada buku perakaunan seorang pengusaha


penternakan ayam.

P Faedah atas pinjaman


Q Pinjaman dari pihak bank
R Belian anak ayam dengan cek
S Tambahan modal tunai dari pemilik

Pilih urusniaga yang dicatatkan di bahagian penerimaan Penyata Belanjawan Tunai


pengusaha itu.
A P dan S
B P dan R
C R dan Q
D S dan Q

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 9


Learning To Score 2005

26 Antara berikut, yang manakah benar tentang perkongsian mengikut Akta


Perkongsian 1961?
I Pekongsi aktif layak menuntut gaji.
II Untung atau rugi dibahagikan sama rata.
III Bilangan minimum pekongsi ialah dua orang sahaja.
IV Bilangan maksimum pekongsi ialah dua puluh orang bagi perkongsian biasa.

A I, II dan III
B I, II, dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

27 Antara berikut, yang manakah tidak direkodkan dalam Akaun Pengasingan Untung
Rugi?
A Gaji pekongsi
B Faedah atas modal
C Faedah atas ambilan
D Faedah atas pinjaman pekongsi

28 Raju dan Aiman ialah pekongsi yang berkongsi untung atau rugi mengikut nisbah
3 : 2. Maklumat berikut diambil daripada buku-buku perkongsian mereka.

RM
Modal pada 1 Januari 2004:
Raju 20 000
Aiman 40 000
Ambilan:
Aiman 1 300
Untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2004 28 650

Maklumat tambahan :
(i) Gaji tahunan Raju ialah RM 5000
(ii) Faedah atas modal ialah 5 % setahun

Hitungkan kongsi untung setiap pekongsi

Raju Aiman
A RM12 390 RM8 260
B RM15 390 RM10 260
C RM17 190 RM11 460
D RM17 970 RM11 980

29 Apabila Perkongsian Sejati dibubarkan, Pekongsi Ahmad mendapat untung realisasi


sejumlah RM2 035.
Catatan yang tepat untuk merekod urus niaga ini ialah
A Debit Akaun Bank, Kredit Akaun Modal Pekongsi Ahmad
B Debit Akaun Modal Pekongsi Ahmad, Kredit Akaun Bank
C Debit Akaun Modal Pekongsi Ahmad, Kredit Akaun Realisasi
D Debit Akaun Realisasi, Kredit Akaun Modal Pekongsi Ahmad

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 10


Learning To Score 2005

30 Perkataan “Berhad” dalam syarikat berhad bererti


A sahamnya tidak boleh dipindahmilik kepada orang lain.
B liabiliti pemilik saham adalah terhad kepada jumlah modal yang
disumbangkan.
C bilangan pemegang saham adalah terhad kepada sekumpulan orang tertentu
sahaja.
D aset peribadi pemilik saham boleh dituntut oleh pemiutang syarikat
berkenaan.

31 Maklumat di bawah diperoleh daripada buku-buku akaun Syarikat SNP Berhad pada
31 Disember 2004.

Modal dibenarkan:
2 000 000 8% saham keutamaan RM2 setiap satu
1 000 000 saham biasa RM1 setiap satu

Modal diterbitkan dan berbayar:


1 000 000 8% saham keutamaan RM2 setiap satu
500 000 saham biasa RM1 setiap satu

Maklumat tambahan:
Pada 31 Disember 2004, syarikat telah memperoleh keuntungan yang cukup untuk
membayar dividen saham keutamaan dan 5% dividen saham biasa.

Hitungkan dividen saham keutamaan dan dividen saham biasa yang dibayar.

Saham Keutamaan Saham Biasa


(RM) (RM)
A 320 000 50 000
B 320 000 25 000
C 160 000 50 000
D 160 000 25 000

32 Antara berikut, yang manakah merupakan pendapatan modal?


A Faedah diterima atas simpanan tetap.
B Dividen yang diterima daripada pelaburan.
C Penerimaan dari jualan aset bukan semasa.
D Sewa diterima atas penggunaan kemudahan kelab.

33 Maklumat di bawah diperoleh daripada buku Kelab Rekreasi Taman Ria pada
31 Disember 2004.

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir


31 Disember 2004
Penerimaan RM Pembayaran RM
Yuran tahun 2003 160
Yuran tahun 2004 10 620
Yuran tahun 2005 200

Maklumat tambahan :
Pada 31 Disember 2004, yuran yang belum diterima ialah RM 100.

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 11


Learning To Score 2005

Hitungkan jumlah yuran yang akan dikreditkan ke Akaun Pendapatan dan


Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember 2004.
A RM10 360
B RM10 480
C RM10 620
D RM10 720

34 Kelab Seni Warisan ingin mengira lebihan atau kurangan pendapatan kelabnya.

Akaun yang perlu disediakan ialah


A Akaun Yuran
B Akaun perdagangan
C Akaun Penerimaan dan Pembayaran
D Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

35 Data di bawah diperoleh daripada buku-buku akaun seorang peruncit. Beliau tidak
menyimpan akaunnya dengan lengkap.

RM
Modal pada 1 Januari 2004 60 000
Ambilan 1 200
Modal tambahan 3 500
Modal pada 31 Disember 2004 65 000

Hitungkan untung atau rugi perniagaan itu pada 31 Disember 2004.


A Rugi RM2 300
B Untung RM2 700
C Rugi RM4 700
D Untung RM5 000

36 Antara yang berikut, yang manakah tidak diambilkira dalam pengiraan kos
pengeluaran?
A Upah langsung
B Bahan api kilang
C Stok akhir barang siap
D Kerja dalam proses awal

37 Rajah 1 berkaitan dengan kos prima.

Kos Prima = P + Q

RAJAH 1

P dan Q ialah

P Q
A Upah langsung Bahan mentah
B Bahan mentah Upah tak langsung
C Upah tak langsung Susut nilai mesin

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 12


Learning To Score 2005
D Upah langsung Susut nilai mesin

38 Data 3 di bawah diperoleh daripada buku-buku akaun seorang pengilang.

RM
Baki alat-alat kecil pada 1 Januari 2004 2 340
Belian alat-alat kecil 6 100
Baki alat-alat kecil pada 31 Disember 2004 5 230

DATA 3

Hitungkan belanja alat-alat kecil pada tahun 2004.


A RM1 470
B RM3 210
C RM5 230
D RM6 100

39 Data 4 di bawah diperoleh daripada sebuah firma yang mengeluarkan


produk MS124.

Harga jualan RM 9
Kos tetap RM65 000
Bahan mentah seunit RM 4
Buruh langsung seunit RM 3
Bilangan output yang dikeluarkan 80 000 unit

DATA 4

Hitungkan untung yang diperoleh daripada pengeluaran produk itu.


A RM95 000
B RM175 000
C RM335 000
D RM415 000

40 Data 5 diambil daripada sebuah firma bagi tahun berakhir 31 Disember 2004.

RM
Modal pada 1 Januari 2004 45 000
Untung kasar 5 400
Belanja perniagaan 1 350
Stok pada 31 Disember 2004 6 750

DATA 5

Hitungkan pulangan atas modal.


A 3%
B 9%
C 12%
D 15%

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 13


Learning To Score 2005
KERTAS SOALAN TAMAT

Guru Sumber Prinsip Perakaunan JPN Perak halaman 14