Anda di halaman 1dari 2

FORMAT SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI ANTIDADAH S41

Seksyen A Pengetahuan Am Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara berkaitan dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan antidadah, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan, ekonomi, agama dan lain-lain perkembangan. Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan am yang sepatutnya diketahui oleh rakyat Malaysia. Calon yang peka dengan perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan bukubuku akan dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Tujuan seksyen ini untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Masa : 40 minit

Soalan : 50 Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah Dalam kertas ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut; Kebolehan Menggunakan Logik Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Kemahiran Menginterpretasi Data Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Konsep-konsep Matematik Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Asalasas matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang matematik di peringkat universiti, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang

lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada bentuk soalan logik. Masa Soalan : 45 minit : 40

Seksyen C Esei Bahasa Melayu Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Masa : 1 jam Soalan : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1) Panjang Esei : 300 hingga 500 perkataan

Seksyen D Esei Bahasa Inggeris Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah. Masa Soalan Panjang Esei : 1 jam : Tiga (3) soalan, Pilih Satu (1) : 200 hingga 300 perkataan

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN SPA Anda boleh mendapatkan Pakej Panduan Lengkap Peperiksaan SPA Gred 41 di: http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my

MY ADHA Sumber Maklumat Berita & Kerjaya http://myadha.com

1 November 2011