Anda di halaman 1dari 43

Edisi #18

Semenanjung / Sabah Sarawak rm 0.00 | muat turun Percuma Di www.majalahniaga.com

Bisnes

& nikmat Kerja Keras

Publisiti Oprah Winfrey

7 RAHsiA

Berkuasa

Teknik Mendengar

Berjudilah
Pasti Kita Miskin!

Jelas Garis Mula Mencapai Kewangan

8 Tip Kepimpinan Jose Mourinho

Jutawan Fotografi

3 Teknik Asas Pembungkusan Secara Fizikal

SAIFULNANG

Artikel Menarik

12

KANDUNGAN
Team MajalahNiaga

Edisi #18

EsKlUsif BErsAmA sAifUl NANG
Mohd Aliff Mohd Nor

7 rAHsiA PUBlisiTi OPrAH WiNfrEY
Haryzat Zulzahary

25 JENis HEADliNE BAKAl mEmUKAU PElANGGAN ANDA (PArT 2)
Mazlan Mohamad

8 TiP KEPimPiNAN JOsE mOUriNHO
Hilmi Isa

TEKNiK mENDENGAr BErKUAsA
Syahrul Nizam

sENi rUNDiNGAN BErPENGArUH GAYA TrUmP
PakDi

BErJUDilAH PAsTi KiTA misKiN
Nazri Kadir

rAmADAN PENJENAmAAN YANG UNiK
Azzah AR

BisNEs DAN NiKmAT KErJA KErAs
Hafiszi Othman

JElAs GAris mUlA mENCAPAi KEWANGAN
Eruwan Gerry

3 TEKNiK AsAs PEmBUNG KUsAN sECArA fiZiKAl
Hazlam Anuar

5 PErmAiNAN iNDOOr PiliHAN DAlAm PEJABAT

Assalamualaikum & Salam Sejaht era

EDITORIAL
lama yang sudah lama bertapak sebagai jurufoto profesional. malah reputasi syarikat beliau kini sudah mempunyai nama di serata dunia. Pengalaman emas kami menemubual individu ini telah membuka perspektif baru dalam dunia perniagaan fotografi. Sebenarnya banyak krieria yang seseorang jurufoto itu perlukan, untuk membawa perniagaan mereka ke tahap yang tinggi, dan menangkis semua pesaing-pesaing di sekeliling kita. Perkongsian Khas Daripada Seorang Jutawan Industri Fotografi. tuan Saiful nang, merupakan jurufoto yang sudah merasai status jutawan, dan merupakan pemilik syarikat colours of asia Sdn. bhd. antara projek syarikat ini yang sudah mempunyai jenama kukuh di pasaran tempatan dan antarabangsa adalah candid Syndrome. jenama ini memfokuskan sepenuhnya dalam bidang fotografi. pengalaman, ezine majalah niaga edisi ke 18 ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mencapai matlamat yang kita inginkan, dalam industri fotografi. lakukan dan tiru apa yang tuan Saiful nang kongsikan. kemudian lihat sendiri bagaimana impaknya dalam bisnes fotografi kita. Hebahkan Berita Gembira Ini Kepada Rakan-rakan Lain. mungkin ada di antara pembaca yang tidak begitu arif mengenai topik ini. tetapi alangkah baiknya sekiranya kita menghebahkan berita baik ini, kepada rakan-rakan kita yang mempunyai minat yang mendalam mengenai fotografi, dan berhasrat ingin membuka bisnes suatu hari nanti.

SIDANG

P

ertama kali kami ingin memanjatkan keSYukuran kePaDa-nYa. kerana Dengan berkat Dan rahmat DariPaDanYa, DaPat kami meneruSkan Perjuangan untuk membangunkan Sebuah meDium Yang memanDaikan bangSa, mengenai iSu keuSahawanan meneruSi blog majalah niaga Dan eZine eDiSi ke 18 ini. Perjuangan ini tidak terhenti di sini. banyak lagi cabaran yang perlu kami tempuhi untuk memastikan wadah ilmu ini menjadi pusat untuk para pembaca mendapatkan sumber informasi mengenai topiktopik keusahawanan tanpa had. justeru itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kealian, kerana terus menyokong usaha kami. mudah-mudahan usaha ini sentiasa memperoleh sokongan tanpa henti. ibarat kata-kata artis tanpa anda siapalah kami. Lubuk Lumayan Sebagai Jurufoto Pada awalnya, kami berpendapat kerjaya sebagai jurufoto hanya boleh dijadikan sebagai kerjaya sampingan. ini kerana pemainpemain baru dalam industri ini berkembang dengan pesat, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak langsung menjadikan pasaran ini begitu kompetitif. Dengan harga kamera profesional DSlr (Digital single-lens reflex) yang hanya memerlukan serendah rm1,500 untuk memilikinya, ia menjadikan industri ini tidak mustahil untuk dimulakan oleh manaman golongan.

namun sangkaan kami silap, industri ini mempunyai lubuk lumayan yang tersendiri. kerana kami berjaya berjumpa dengan orang bagi jurufoto yang baru dan ber-

kongsikan berita gembira ini kepada mereka. nescaya mereka akan berterima kasih kepada anda. mudah-mudahan sokongan berterusan daripada para pembaca dapat menaikkan semangat, dan usaha Dalam audio dan transkrip kami untuk menerbitkan temubual temubual yang kami bekalkan ini, bersama usahawan jutawan di kita akan sama-sama mengetahui, masa akan datang. memahami dan mempelajari mengenai selok belok bisnes fotografi. Salam kejayaan, dan salam usahaiaitu cabang bisnes yang lumayan wan. bagi sesiapa yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kaAqiff Azizan & Hasbul Aqill mera dan gambar. Majalah Niaga

www.majalahniaga.com

SaifulNang
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian, saya Hasbul Aqill dan Aqif Azizan dari MajalahNiaga.com. Ketika ini kami akan mengadakan sesi temuramah ekslusif Edisi 18 Majalah Niaga, dan bersama kami adalah tokoh usahawan yang tidak asing lagi iaitu Tuang Saiful Nang. Sedikit tentang info Tentang Tuan Saiful Nang. Saiful Nang merupakan seorang jurugambar yang mempunyai pengaruh yang cukup besar di Malaysia, juga pernah tersenarai diantara 20 individu usahawan kreatif berjaya di Malaysia. Tanpa melengahkan masa, kami menjemput tuan untuk terangkan biodata diri serta ceritakan secara terperinci bagaimana tuan membina tapak dalam industri fotografi, sehingga berada pada tahap pencapaian yang cukup membanggakan sekarang ini. Dipersilakan. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kepada semua para pembaca, dan pengikut Majalah Niaga. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Majalah Niaga kerana memilih saya yang tidak seberapa ini. Sedikit info tentang saya, Alhamdulillah saya telah banyak mengadaptasikan ilmu keusahawanan ini sejak kecil lagi. Pada mulanya, saya dilahirkan dari keluarga yang cukup miskin. Secara semula jadinya, kita sebenarnya terhad untuk bergantung kepada keluarga kecuali hal-hal seperti makan minum dan pendidikan. Selain daripada itu, secara keseluruhannya kita perlu berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Saya memulakan perniagaan kecil-kecilan sejak dari tahun 1 di sekolah rendah lagi. Ketika itu, saya cuba mencari sumber pendapatan tambahan dengan menjual lukisan, dan lukisan itu sekadar terjual kepada rakan-rakan sebaya sahaja. Dari situ, perniagaan saya semakin berkembang sehinggalah saya melanjutkan pelajaran ke English College Johor Bahru. Ketika itu, saya agak tertarik dengan dunia perniagaan setelah mendapat tahu rakan-rakan saya yang berasal dari golongan berada adalah disebabkan ibu atau bapanya mempunyai perniagaan sendiri. Selepas itu, saya melanjutkan pelajaran ke universiti dan akhirnya saya mengambil jurusan perfileman di Universiti Multimedia. Setelah berjaya menghabiskan pelajaran dalam jurusan perfileman, saya telah diberi amanah menjadi tenaga pengajar dan ketika itulah titik mula saya mengumpul modal untuk memulakan perniagaan sendiri.

an Fotografi Jutaw

WAWANCARA EKSKLUSIF!

“memulakan perniagaan kecil-kecilan sejak dari tahun 1 dengan menjual lukisan”

dan seni tidak boleh dijalankan oleh seseorang yang hanya memikirkan tentang potensi wang ringgit. seharusnya kita tinggalkan bidang ini. Cendawan yang tumbuh selepas hujan ini adalah cendawan muda. saya mendapat detik permulaan yang baik sehinggalah berjaya sekarang ini. Selepas 5 tahun. Pada percubaan pertama di 2002. Sekurang-kurangnya. Itu yang saya maksudkan. Bila bercerita tentang kebanjiran jurugambar. Memang sebagai usahawan. Sekarang ini kita sudah menjadi cendawan tua. Ibaratkan cendawan tua menjadi pemangkin kepada cendawan muda yang baru sahaja ingin memulakan kerjaya dalam bidang fotografi. saya hampir jatuh bankrap akibat gagal dalam memulakan perniagaan ini. Dari situ kita dapat menilai peniaga yang hanya memikirkan wang ringgit sahaja dengan peniaga yang sudah mempunyai minat. hampir sepanjang jalan tersebut. Di situ kita boleh lihat satu perbezaan tentang nilai. ia mestilah disusuli dengan minat. Saya jalankan perniagaan fotografi dan media kerana saya minat. usahawan tidak mempunyai sifat ‘drive factor’. saya belajar segala kesilapan. Begitu juga yang lain-lain. Saya gagal dua kali dan ketika itu saya mengalami kerugian yang amat teruk. ramai yang bermula dengan langkah yang salah. dan dari situ. Contoh lain adalah masyarakat yang menjual pisang goreng di tepi jalan. Sekiranya tiada minat. dipenuhi oleh peniaga yang menjual pisang goring. kita hanya berpandukan. candidsyndrome . Cendawan tua yang dijual di kedai ubat cina dengan harga mengikut gram. Ramai jurufoto muncul di sana sini ibarat “cendawan tumbuh selepas hujan”. bukan mengikut kilogram. Biasanya. Berbalik pada contoh cendawan tua dan cendawan muda. Kita masih boleh lihat jurugambar yang berpengalaman masih lagi menjalankan aktiviti fotografi seperti biasa. Sekiranya seseorang ingin makan. Saya merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. mereka pasti memilih cendawan tua. Namun. sekiranya kita ingin melalukan sesuatu perkara. Ia sama terjadi pada diri saya ketika dahulu. momentum dan ikhlas untuk berniaga. kita perlu mempunyai sebuah komputer riba dan hal berkaitan bagi menjalankan perniagaan itu. dan mendapatkan tip. dan kita boleh nilai sendiri pisang goreng yang paling sedap berbanding gerai lain. anak kedua mempunyai sifat lasak sedikit. kita jelas tentang kepentingan wang ringgit. Selari dengan perjuangan yang saya buat sekarang ini. cendawan tua digunakan sebagai ubat. Contohnya. dan semakin melangkah jauh ke hadapan. berpaksikan pada wang ringgit sahaja. saya sarankan kepada mereka yang baru memulakan kerjaya dalam bidang fotografi ini. Kita dapat lihat bagaimana Dato’ Tony Fernandes berjaya membangunkan syarikat penerbangan Air Asia. mereka ini juga tidak boleh biarkan jurugambar baru bertatih tanpa dibimbing. panduan hasil kejayaan saya sendiri. kebanjiran jurugambar yang muncul di Malaysia ini. mungkin modal wang dalam bidang kreatif ini adalah kecil tetapi modal intelektual perlu tinggi. Bagaimana tuan dapat membezakan diri serta bersaing dengan individu-individu lain. Itulah kesilapan yang saya buat pada tahun 2002 dahulu. saya sendiri menubuhkan satu akademi bagi membimbing jurugambar-jurugambar yang ingin berjaya. tetapi mereka ini tidak akan tenggelam. Kebiasaannya. kerana beliau suka dengan bisnes tersebut. Kerana bidang fotografi merupakan satu seni. Jadi. Tetapi tanpa minat. Walaupun pesaing sudah banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan sekalipun. Kerja sebagai jurufoto semakin hebat diperkatakan. Alhamdulillah. supaya menanam minat terlebih dahulu.Pendapat saya. Itulah serba sedikit latar belakang sahaja. Sekiranya kita tidak mempunyai minat dalam bidang fotografi. pada 2004 iaitu kali kedua selepas percubaan pertama (2002). Nasihat saya. apabila saya berpaksi pada pemikiran dan kewangan.

000 sahaja dalam akaun. Brunei dan Indonesia? Ia bermula dari impian saya sendiri. ia akan keluar satu batang sahaja dan akarnya semakin pendek. Buat pelaburan di sana sini. selepas berjaya membina keuntungan beberapa tahun. Selepas 5 tahun seterusnya. Umpama sebatang pokok yang bermula dengan benih. Jadi. Apa yang kita kerjakan sekarang ini. Akhirnya. pokok itu sudah mula kuat dan sudah tumbuhnya dahan-dahan. Kita juga mempunyai jenama Saiful Nang Academy of Photography. Dalam Colours of Asia Sdn. Tetapi kita mengambil masa dalam tempoh 3 tahun pertama. Apa yang berlaku pada Candid Syndrome. ada usahawan yang berbelanja besar sehingga RM90. Bhd. Syarikat saya adalah Colours of Asia Sdn. Kadang-kadang. Serta kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan yang akan datang. atau bersamaan dengan jenama Candid Syndrome. Kita sudah tahu hala tuju selepas ini. ia adalah satu ujian. Apabila pada tahun pertama ia keluar satu batang pokok sahaja. kami hanya mempunyai satu model bisnes saya iaitu wedding photography. Persediaan ini juga amat penting. . Bhd. kita perlu tunggu dan berusaha supaya pokok betul-betul berbuah. Ibaratkan satu pokok yang masih tidak berbuah lagi. ia bermula daripada impian. Apa-apa sahaja berlaku di hadapan. Kadang-kadang. Pada 5 tahun pertama. iaitu anak jenama kepada Candid Syndrome. Apabila ia bercambah. Orang lama dalam bidang fotografi ini tidak memerlukan masa terlalu lama untuk memungut hasil. Saya fikirkan tempoh 3 tahun ini sebagai tempoh kematangan. Saya sendiri pun masih lagi memfokuskan fotografi sebagai perniagaan utama saya. Selepas 5 tahun. Jika kita mahu menggunakan pokok yang masih tidak berbuah. Ia juga berdasarkan model syarikat itu sendiri. sedangkan mereka hanya memiliki RM100. Apa yang saya ingin jelaskan adalah kesediaan kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam perniagaan. Dan pokok tersebut makin membesar dan akak pokok mula memerlukan air. kita perlu ada visi. Contohnya kita merancang untuk keluar menaiki kereta. Candid Syndrome. Memang pada dasarnya . Jadi. Kita perlu jaga dan siram. sehingga mendapat tempat dalam negara dan di luar negara seperti Sweden.Apakah strategi rahsia tuan dalam memacu kecemerlangan syarikat tuan. dan kita mempunyai Candid Syndrome Film. kesemua cabang-cabang bisnes ini tumbuh diibaratkan seperti dahan-dahan yang tumbuh pada pokok tersebut (Candid Syndrome). Berbalik kepada soalan tadi. kami pun mengalami situasi pasang surut tetapi kami terus melangkah. apa yang kita perlu buat adalah galakkan pertumbuhan pokok tersebut dengan menyiramnya secara konsisten. kita perlu ada wawasan. Candid Syndrome merupakan satu jenama. Sekiranya kita tidak pernah mengimpikan sesuatu. tanpa mempunyai pelan perancangan lain. akhirnya masih tidak sampai hala tuju. memang payah untuk hal itu berlaku. selepas 3 tahun. mereka sudah mendapat keuntungan. Dari situ kita mula menyiram pokok tersebut bagi menggalakkan pertumbuhan. pokok ini sudahpun berbuah. kita sudah merancang untuk medapatkan kereta Ferrari. Apabila mempunyai wawasan. Dan kita perlu kerjakan supaya visi itu tercapai. Memang saya impikan untuk menjadikan syarikat saya sebagai satu jenama antarabangsa. pokok itu akan mati.000. keuntungan akan menjadi lebih besar. Bhd. senarai-senarai jenama tadi masih lagi bernaung di bawah syarikat Colours of Asia Sdn. kereta mahal-mahal. kami mempunyai beberapa jenama termasuklah Candid Syndrome. Jadi. Buat masa ini. Apabila kita mempunyai impian. Bukannya kita memandu kereta tanpa hala tujuan. Tiada satu pun kejayaan yang datang secara percuma. yang menfokuskan dalam bidang fotografi. perniagaan merudum. Bisnes kami mula berkembang kepada industri media dan akademi. kita sudah nampak hala tujunya.

Sebenarnya saya agak segan untuk menerangkan hal ini dan apa yang boleh saya katakan. Apa yang mereka tahu. Kerana Candid Syndrome tidak mempunyai modal yang cukup besar untuk memulakan perniagaan. Jika saya memperoleh keuntungan. ahli keluarga mereka. bersungguh-sungguh serta memberikan layanan dan tahap kerja yang baik kepada pelanggan kami. ia bukan satu perniagaan.Seperti saya sendiri. saya bukan pengasas tetapi pengasas bersama 17 individu lain. Kami di Candid Syndrome juga tidak menggunakan teknik pemasaran melalui pengiklanan untuk meningkatkan penjenamaan. Ini bukan satu perniagaan tetapi satu kerja amal. Ramai jurugambar yang masih tidak mengambil berat tentang hal kewangan. mereka yang menitikberatkan hal kewangan ini. Apabila kami mengadakan sesi penggambaran pada satu lokasi. saya akan laburkan semula dalam syarikat. sudah ramai usahawan -usahawan mula sedar tentang keberkesanan medium internet. tetapi sekarang ini orang lebih suka membaca melalui iPad (versi online). jenama kita akan meningkat. Pada hari yang sama. Boleh tuan kongsikan bagaimana tuan memanfaatkan sepenuhnya medium internet dalam bidang fotografi? Boleh tuan kongsikan 3 tip penjenamaan yang digunakan oleh tuan sehinggalah menjadi ikon dalam bidang fotografi ini? Jenama yang kuat. Pada pendapat peribadi tuan. kita mesti memberi layanan istimewa kepada mereka. orang baca surat khabar dan membeli di kedai. Kami hanya bekerja kuat. Jadi . kami juga mempamerkan foto-foto secara online. dalam memasarkan produk dan servis. Untuk mendapat kepercayaan pelanggan. Bhd. Hasilnya. terutamanya apabila fotofoto ini dilihat rakan. Kami mendapat tahu tuan juga pengasas kepada rumah kebajikan yang diberi nama Rumah Pengasih Warga Prihatin. Saya berasal dari golongan orang miskin. Saya fikirkan lebih baik saya habiskan masa dan wang dalam hal kebajikan daripada bermain golf dan hal-hal yang melalaikan. Secara perlahan-lahan. dan dapat wang ringgit. Medium internet merupakan medium baru. Ada orang buat duit. rumah besar-besar. Jika dahulu. Hal-hal seperti ini mesti kita ikuti dan ambil tahu dari zaman ke zaman. mereka akan faham dan bijak menggunakan keuntungan dan mengambil peluang dalam mengadakan servis fotografi. pelanggan kami akan teruja apabila melihat foto-foto mereka . dapat tempahan. saya hanya makan gaji. apakah kepentingan melakukan hal-hal kebajikan seperti ini & sejauh mana ia memberi kesan dalam hidup tuan sendiri? Sedikit pembetulan. Seperti mana yang kita tahu. mereka bermain golf. Ada orang suka beli kereta mewah. mereka ambil gambar. saya sedar ada dalam kalangan masyarakat kita yang memerlukan bantuan seperti kewangan dan hal-hal kebajikan yang lain. ketika tertubuhnya Colours of Asia Sdn. . utuh datang daripada kepercayaan pelanggan. Oleh itu. Saya merasakan penggunaan medium internet untuk Candid Syndrome adalah cukup besar.

Semuanya menerusi internet. Itulah pendapat saya mengenai medium internet dan cara saya melayan peminat dan pelanggan saya melalui laman Facebook dengan memberikan tip-tip berkaitan fotografi. Itulah kelebihan medium internet dan kami sudah meninggalkan pemasaran melalui medium konvensional secara berperingkat. Dari sudut lain. hal ini sudah tentunya dapat tingkatkan jenama kami .Jadi. Kami mempunyai persatuan-persatuan khusus dalam bidang fotografi ini. bahkan juga pakar dalam bidang lain seperti commercial photography. iaitu fokus. Kami mempunyai perancangan untuk memajukan Saiful Nang Academy of Photography sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang akan diusahakan nanti. Yang mana jurugambar baru yang muncul akan menawarkan harga servis yang rendah. Disebabkan pilihan jurugambar terlalu banyak. barulah kami mengharapkan penghasilan buahnya (keuntungan). . melayakkan seseorang itu digelar profesional secara rasmi. kami masih lagi fokus pada satu bidang sahaja. mereka akan menilainya melalui internet. kami menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan. Apakah pendapat tuan tentang masa depan kerjaya fotografi dan sejauh mana perkembangannya setakat ini di Malaysia? Apa yang terjadi pada dunia fotografi Malaysia ketika ini adalah budaya cantas mencantas. ia akan menjadi lebih serius lagi. perkembangan industri fotografi kini semakin rancak berkembang. Pemasaran melalui internet adalah mudah dan efektif. Kadang-kadang. Maksudnya. kami mula mempelbagaikan bidang. meletakkan harga yang cukup rendah. Serta. Pada 5 tahun berikutnya. Antaranya. Kami dapat melahirkan lebih ramai jurugambar-jurugambar yang mempunyai etika. Saya nampak jika masalah ini tidak dibendung . ada sesetengah jurugambar yang baru membeli peralatan fotografi. Badan persatuan ini menentukan etika professional untuk setiap ahli-ahlinya. Saya lihat. harga di bawah pasaran. Wedding And Portrait Photographers Malaysia (WPPM). sudah meletakkan jawatan ‘profesional’ pada kad bisnes mereka. Ibaratkan pokok. dan skil yang tinggi. Sudah menjadi kebiasaan. kami bukan sahaja pakar dalam bidang fotografi. Ia ibaratkan satu penyakit dalam industri ini unuk terus berkembang. mereka akan membeli majalah-majalah dan mereka akan menghubungi jurugambar-jurugambar tersebut. betapa pentingnya badan persatuan seperti WPMM ini bagi membantu. Pada 5 tahun seterusnya . pada 5 tahun pertama. manakala jurugambar yang berpengalaman pula menawarkan harga servis yang tinggi. bagi mengatasi masalah utama dalam bisnes. Apakah perancangan jangka masa panjang (3-5 tahun akan datang) bagi memantapkan lagi pertumbuhan syarikat Candid Syndrome? Seperti saya gambarkan tadi. sekiranya orang ingin melangsungkan perkahwinan. Candid Syndrome juga akan kembangkan bidang kepada kepelbagaian kepakaran. menaikkan taraf jurugambar-jurugambar ke aras lebih tinggi pada masa akan datang.

kita mestilah teruskan tanpa mengira pandangan orang lain yang mahu kita segera berundur. Boleh tuan beritahu medium yang sesuai. . Semoga perkongsian daripada Tuan Saiful Nang tadi dapat dimanfaat sepenuhnya oleh para pembaca. buku. Kita jumpa pada edisi seterusnya. Kerana usahawan ini merupakan orang yang berusaha. Jika kita tahu. Dari situ. SN adalah Saiful Nang dan DROM sebagai jenama Candid Syndrome. tidak timbul masalah jika ada usahawan menggunakan teknik yang diajar pada bidang perniagaan yang lain. Sekian sahaja dari kami. mulakan sesuatu perkara yang anda minat. Apa pun keadaannya. boleh layari ke www. Buku ini adalah salah satunya dan buku-buku lain yang berkenaan perniagaan. kita perlu teruskan usaha. Malahan usahawan dalam bidang lain juga turut mendapatkannya. contohnya seminar. terdapat 2 buku saya yang dijual sejak 2008 dan satu lagi. Insya Allah. Untuk mendapatkan kemaskini semasa mengenai projek yang dijalankan. Bidang fotografi adalah satu perniagaan yang ‘common’ dengan perniagaan yang lain. com. Alhamdulillah. Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Saiful Nang kerana sudi meluangkan masa bersama kami. pada tahun 2011. khususnya kepada para pembaca Majalah Niaga? Saya merasakan nasihat ini juga sama seperti diberikan oleh usahawan-usahawan lain juga. Usahawan bukan orang yang sentiasa rileks dan tidak berusaha. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang saya dan kerjaya fotografi.my. Saya memohon maaf disebabkan hari ini saya tidak meluangkan masa yang banyak. Anda akan lebih berusaha sekiranya anda melalukan perkara yang anda minat. Salah satunya buku tentang bisnes dalam bidang fotografi iaitu Million Dollar Wedding Photographer. kursus untuk pembaca kami mempelajari selok belok berkenaan bidang fotografi. yakin dan pasti apa yang kita buat itu adalah betul. Itu sahaja daripada saya. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. buku ini bukan sahaja terjual kepada jurugambarjurugambar. anda akan mula mengorak kejayaan Berhati-hati dengan cabaran dan jangan putus asa. Jadi.Apakah nasihat tuan kepada usahawan dan bakal usahawan.snap. Di sini para pembaca dapat mengetahui kursus-kursus yang dijalankan. Kecekalan adalah perkara penting. Kedua. Iaitu buku SNDROM.

malah beliau juga seorang pelakon. Auranya menyerlah sehingga mampu membuatkan sesiapa terpukau setiap kali beliau berkata-kata. Apakah rahsia beliau sehingga Oprah mampu menjadi seperti hari ini? Publisiti yang beliau lakukan bukan menjurus kepada keuntungan ataupun perniagaan tetapi ia lebih kepada kebajikan. beliau dilahirkan ke dunia tetapi ayah dan ibunya tidak pernah berkahwin? Beliau juga melalui zaman kesusahan sejak kecil lagi. pasti ramai orang ternanti-nanti. Bukunya juga terjual di beberapa negara dan sentiasa laris di pasaran. Apakah X-factor beliau? .PUBLISITI OPRAH WINFREY Oleh: Mohd Aliff Mohd Nor RAHSIA A dakah tuan dan puan kenal Oprah Winfrey? Beliau bukan sahaja seorang pengacara kepada talkshow yang mempunyai jutaan peminat dari seluruh dunia. Tahukah kita. penerbit. jutawan dan juga dermawan. Setiap kali beliau bercakap. penulis.

memaafkan orang lain. Ini kerana beliau mengikuti dan memahami kehidupan beliau yang penuh kepayahan. 6. beliau menggunakan bahasa mudah dan disampaikan dengan cara yang santai. . Perbanyakkan Saham Akhirat Sumbangkan kepada masyarakat. Rahsia Publisiti& Membina Pengaruh 2. semuanya menerima Oprah Winfrey. Perkataan “awak” merujuk kepada semua orang yang mengikuti beliau. Beliau banyak menggunakan perkataan “Saya” dan “Awak”. sederhana atau miskin. kadang-kadang masalah itu muncul kembali seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Beliau juga mendengar dan memahami setiap orang disekeliling beliau termasuklah staf dan penonton yang datang ke program beliau. sikap belas kasihan tanpa mengira bangsa. Setiap tahun. 7. bukan kepada seorang individu sahaja. Tidak kira ketika beliau menjadi pengacara atau dijemput memberikan ceramah. Apabila Oprah berinteraksi bersama penontonnya. dan kawan kepada ibunya. perhubungan dan kisah kerjayanya. Di laman web www.com. dan mencari jawapan serta jalan penyelesaian. seperti kisah beliau untuk menurunkan berat badan. beliau sentiasa memasukkan elemen-elemen positif seperti bersyukur dan menerima diri kita seadanya. Berlaku interaksi dan masing-masing saling mendengar dan memahami situasi antara satu sama lain. Menyelitkan Nilai-nilai Positif Sentiasa menyelitkan nilai-nilai positif. terdapat pelbagai pautan bagi pengunjung web untuk berinteraksi dengan pertubuhan-pertubuhan amal. sebaliknya beliau menceritakan kisah benar walaupun ia adalah titik hitam dalam hidupnya. Oprah akan menyumbangkan sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan beliau kepada pelbagai badan kebajikan. Beberapa panduan yang boleh dikongsi sekiranya saudara ingin memberikan ceramah. Menggunakan Bahasa Yang Mudah Difahami Cakaplah dengan bahasa mudah. atau mengadakan bengkel bagi mendapatkan pengikut yang ramai seperti yang dimiliki oleh Oprah Winfrey adalah : 4. Cari Persamaan Tidak kira golongan kaya.oprah.7 1. 5. 3. Ceritakan Kisah Kita Oprah menceritakan kepada penontonnya secara terbuka beliau pernah menerima gangguan seksual daripada saudaranya sendiri. Kenalpasti Masalah dan Cipta Penyelesaian Program bual bicara Oprah Winfrey selalu mengutarakan masalah orang ramai. Beliau tidak mereka-reka cerita untuk tujuan publisiti. Di sini wujudnya semangat kerjasama dan penghargaan kepada semua orang. Namun beliau tidak pernah jemu berkongsi masalah itu bersama masyarakat. Dengar dan Faham Oprah menjemput tokoh dan artis terkenal ke program beliau dan berkongsi cerita. perasaan berterima kasih kepada orang ramai tanpa mengenas status kehidupan dan elemen menyumbang kembali kepada masyarakat. Jangan kedekut untuk bersedekah harta kita bagi membantu orang lain kerana ia adalah perbuatan yang diterima oleh semua agama.

lantas saya menyiapkan bahagian dua trilogi artikel ini. HEADLINE JENIS SPESIFIK “Kelajuan bola = 31. Headline jenis ‘how to’. Bob Bly dalam bukunya yang bertajuk. 15 Jenis Headline yang Memuka Untuk headline jenis ini ianya memberikan gambaran yang tepat tentang sesuatu keadaan. Justeru itu.1m/saat (69.6mph. untuk menulis headline yang lebih berkesan. adalah yang paling mudah dan berkuasa untuk menjual. testimonial dan beberapa jenis headline yang telah saya terangkan dalam bahagian pertama sebelum ini memang merupakan jenis-jenis headline yang biasa. saya tidak dapat berkata apa selain tersenyum. “The Copywriter’s Handbook” ada mengatakan headline-headline jenis begitu.HEADLINE Bakal Memukau Pelanggan Anda (Part 2) Oleh: Haryzat Zulzahary 25 Jenis A pabila saya melihat ramai yang gembira dengan artikel “25 Jenis Headline Bakal Memukau Pelanggan Anda (Bahagian 1)”.Kerana artikel itu dapat mencerahkan lagi idea-idea dan membantu teknik rakan-rakan. figur.9km/j)-Beckham dan Adidas Predator” . dan data yang tepat membuatkan headline jenis ini lebih dikagumi. meluas digunakan di arena copywriting. melihatkan bertapa pentingnya rakan-rakan untuk mengetahui baki 15 jenis headline. 111. Memberikan fakta. berita. Malah copywriter terkenal.

pembaca tidak dapat lari daripada memberikan tumpuan mereka. Walaupun sebenarnya anda hanya memberikan akses kepada produk jualan dalam waktu yang cepat. Ia lebih berkuasa kerana memberikan kesan dalam waktu yang singkat. Tetapi 10 Cara Buat Duit Online yang Terbukti Berkesan!” “Sekarang Saya Berikan Anda Cara Paling Pantas Untuk Memutihkan Wajah!” . “ Saya Cadangkan Anda Unutuk Mencuba Produk XYZ Ini Kerana Saya Juga Telah Pulih Dari Asma!” HEADLINE JENIS AMARAN Seperti mana-mana jenis headline yang lain. headline jenis ini juga menekankan faedah yang bakal diperoleh bakal pembeli produk. Bagi sesetengah orang. “AMARAN 7/10 Pesara Tidak Mempunyai Tabungan KWSP yang Mengcukupi Unutuk Kehidupan Mereka Selepas Bersara. Walaupun ia secara hipnosis. Dengan huruf yang di tulis dalam bentuk huruh besar keseluruhan perkataan amaran. dan bukannya keberkesanan produk tersebut. “Berikan Saya 5 Minit Masa Anda dan Saya Akan Berikan Anda Bukan 5. ia 100 paertus bakal menumpukan seluruh perhatian pembaca. untuk mengetahui apa yang kita ingin sampaikan.HEADLINE JENIS AMARAN Dengan perkataan ‘AMARAN’ sebagai perkataan pembukaan headline anda. tulisan amaran tersebut menimbulkan rasa takut. tanpa memberi peluang untuk mengelak. headline jenis bunyi ini lebih sopan tetapi lebih menyerang minda pembaca dengan pantas. Jadi ia bagus kerana emosi pembaca sudah berjaya dimanipulasikan. Adakah Anda Pun Bakal Terjerat?” HEADLINE JENIS CADANGAN Headline jenis cadangan membuatkan pembaca membenarkan kita untuk mempengaruhi mereka.

HEADLINE JENIS TEKANAN KESILAPAN Adakah anda sanggup dan bersedia untuk melakukan kesalahan dan kesilapan dalam hidup anda? Saya pasti kita semua tidak sanggup untuk melakukan satu kesilapan. umpama memberikan mereka cheat code untuk selamat. Menggerunkan pembaca dengan kesilapan yang bakal mereka lakukan. Malah Beliau Berparti Sakan Semasa Minggu Peperiksaan!” . saya boleh jamin yang anda mungkin akan dikatakan hanya memberikan gambaran yang indah-indah belaka (hype).00 Setahun Dalam Pelaburan Hartanah.000. Tetapi bagaimana pula jika produk anda benar dapat memberikan sesuatu hasil yang menakjubkan walaupun dengan usaha yang minima? Jika anda ada produk yang begitu.” HEADLINE JENIS RAHSIA PEMALAS Apabila anda menggunakan headline jenis ini. Dapatkan E-Buku Pelaburan Hartanah Dr Shah Agar Anda Tidak Melakukan Kesilapan Seperti Saya. “Saya Rugi RM379. walaupun kesilapan yang kecil. atau menceritakan bagaimana mereka boleh mengelak dari melakukan kesilapan yang anda lakukan. Jadi menggunakan headline jenis ini adalah satu cubaan yang baik dan cool. “Saya Bocorkan Bagaimana Student Pemalas SKOR A Setiap Kali Peperiksaan. cuba headline jenis ini dan lihat sendiri hasilnya.

.. Justeru itu apabila anda prospek yang membaca. ia akan memberi kesan kepada mereka seperti ini.. “Orang Sebelah Anda Sekarang Sedang Cuba Untuk Menutup Hidungnya. teknik ini juga boleh diubah suai menjadi bentuk lain seperti. Tambahan lagi apabila anda menawarkan produk yang di cari-cari oleh pembeli terdesak. Adakah Anda Tak Segan Dengan Badan Yang Berbau?” HEADLINE JENIS CARA/JALAN Jika produk atau perkhidmatan anda menyediakan jalan. dan mendapat sambutan yang menggalakkan... “ 21 Cara Unutuk LULUS Peperiksaan KPLI Dengan Mudah dan Selambanya.. headline jenis ini mungkin menguntungkan anda.? Sama seperti headline jenis pertanyaan atau soalan.” mencerminkan seolaholah produk yang anda jual memang laris.... .. anda pasti pernah terbaca dan terjumpa headline jenis ini.HEADLINE JENIS ADAKAH ANDA. atau cara menyelesaikan masalah kepada pembaca.. “ Apakah Pemasar Internet Perlu Tahu Sebelum Menghasilkan Produk Pertama Mereka” Dan. Cuma headline jenis ini lebih menumpukan dan sasarkan pada pembaca secara personal... Jika anda sering membaca surat jualan yang dikarang oleh pemasar e-buku antarabangsa.. Headline jenis “Who else. Apa Yang Anda Perlu Sekarang Adalah Bersedia Unutuk Ditempatkan!” HEADLINE JENIS SIAPA LAGI. “Mengapa saya perlu ketinggalan? Saya mesti beli produk ini.” Selain itu.” “Siapa Lagi Yang Mahukan Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank? Sudah 285 Pembeli Berjaya Menjana Pendapatan RM100 Pada Hari Pertama Pembacaan Mereka.

Jadi. mengapa tak cuba untuk menjadikan elemen ini sebagai teknik headline anda? Saya pasti anda sedikit sebanyak dapat merasai elemen emosinya dengan penggunaan headline seperti ini. pada contoh headline jenis ini kita menggabungkan teknik penceritaan di dalam elemen ‘How to’... Lihat bagaimana saya lakukan.” Walaupun ia dalam format yang berlainan tetapi tujuannya tetap sama. “Jika Anda Seorang Akauntan yang Bagus. “Bagaimana Sekeping DVD Membantu Menukar Saya Dari Seorang Kaki Bangku Kepada Seorang Penyerang yang Berbisa. Walaubagaimana pun kita boleh menggandakan keberkesanannya..MENJADIKAN SAYA Sekali lagi kuasa ‘How to’ digunakan tetapi dipelbagaikan bentuknya ke dalam gaya yang lebih kreatif.. Dengan Sesi Latihan Saya Ini.” HEADLINE JENIS ZERO TO ZERO Kita gemar untuk mendengar cerita orang yang berjaya dalam apa jua bidang. Anda Ttergolong Dalam Kelompok yang Sedikit Itu. Anda Pasti Tahu ‘Seminar Pengurusan Wang Ala Warren Buffet’ Berharga RM288 Ini Amat Berbaloi-Baloi dan WAJIB Anda Sertai!” HEADLINE JENIS BAGAIMANA MEMBANTU. HEADLINE JENIS JIKA ANDA..“Hanya Segelintir yang Tahu Meramal Pasaran Hartanah Dengan Tepat. setelah bangkit daripada keadaan yang tidak menggembirakan. Seperti yang kita semua tahu akan kuasa. dan bertapa mudahnya headline jenis ‘How to’ memberikan hasil. dengan mencabar prospek. Berwawasan dan Cemerlang. . iaitu untuk menimbulkan rasa ketinggalan kepada pembaca atau prospek. Cerita-cerita begini memberikan impak pada emosi dan juga menaikkan motivasi. Headline jenis ini boleh menjadi begitu membosankan jika kita menulisnya secara terus dan plain..

Kini Dengan Kaki Palsu yang Sama. HEADLINE JENIS KELAS/TARAF/KEMEWAHAN Dalam buku Rahsia Web Copy ada saya nyatakan. Mereka Mentertawakan Kaki Palsu Saya. Saya Sudah Menjelajah 2/3 Dunia. yang sering digunakan melariskan produk.0 yang Memberikan Hasil RM12. Misalnya membeli kereta mewah atau membeli kereta biasa.” Walaupun pemasaran emel bukan lagi rahsia. yang perlu kita tahu bagi menggapai kejayaan. Kesemua ini terjadi kerana kita sering percaya terdapat satu rahsia yang tersimpan oleh individu tertentu. Tetapi Apabila Saya Mula Memetik Gitar Seluruh Dewan Terlopong Kagum!” HEADLINE JENIS PERMASALAHAN Memang menjadi resam apabila kita mempunyai masalah / penyakit / kerunsingan dan pelbagai lagi.” “Mereka Mentertawakan Saya Apabila Saya Bangun Dari Tempat Duduk dan Naik Ke Pentas.988. “Hilangkan Kotoran dan Habuk Pada Sofa Anda Dengan Mudah dan Sepantas Kilat!” HEADLINE JENIS RAHSIA Perkataan ‘Rahsia’ sejak dari dahulu sehingga kini memang menjadi satu azimat klasik.00 Dalam Masa 21 hari Terbongkar. “Rahsia Pemasaran Emel 3. kita kadang kala membeli kerana taraf atau kelas yang kita ingin kita berada.. tetapi ia masih lagi kedengaran seperti rahsia yang disimpan rapi dalam peti besi. menggunakan elemen ini umpama memberikan signal ‘Ya’. Malah perkara yang bukan rahsia apabila diberitahu ia adalah rahsia bakal terjual dengan larisnya. Jika ditanya pada . Dengan meletakkan elemen ini sebagai headline. untuk prospek membuat keputusan. kita lebih mudah untuk membelanjakan wang ke jalan penyelesaian masalah tersebut. Jadi sebagai penjual atau pun penulis surat jualan. ia mampu untuk menutup jualan dengan lebih cepat..“Semasa Zaman Persekolahan.

“Sekarang Saya Bocorkan 25 Jenis Headline yang BAGAI MAGNET WANG Kepada Anda.” . kita sekaligus telah menunjukkan produk yang bakal ditawarkan adalah baru... “Satu-Satunya Suit yang Paling Digemari Oleh George Clooney. Dan pastinya ia mesti dimiliki oleh prospek.” 2 Headline Ekstra Untuk Pembaca Majalah Niaga Semasa saya sedang meneliti headline-headline yang pernah saya tulis. kita secara tidak langsung dapat memerangkap pembeli. segar dan tiada seumpamanya sebelum ini. Ya. “Sekarang Anda Boleh Memiliki Badan yang Membanggakan dan Lebih Seksi. Jadi apabila kita menggunakan headline jenis ini.” “Sekarang Anda Boleh Lupakan Bos yang Membosankan dan Mula Menjana Wang Dari Sofa Rumah Anda!” HEADLINE JENIS KEBANGGAAN Sekali lagi kita bakal mengambil kesempatan dengan sifat dan emosi pembeli. yang berada di segmen pasaran yang teratas. Manakala Bekas Kekasih Anda Pula Terus Menyesal Kerana Memutuskan Hubungan. pada kali ini kita memanipulasikan sifat bangga mereka. Sama seperti teknik headline yang menyentuh taraf dan kelas bakal pembeli. pasti jawapan yang kedengaran adalah ingin membeli kereta mewah... Di mana golongan ini dapat menghadapi masalah untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk produk yang di tawarkan. Berikut adalah senarai ekstra. saya dapati terdapat beberapa jenis headline yang boleh ditambah kepada senarai 25 jenis headline yang habit ini. kerana ia melambangkan taraf dan kelas anda yang tinggi. HEADLINE JENIS PENYATA SEKARANG Dengan menggunakan perkataan sekarang.semua.

Porto. apabila kelab itu berjaya menewaskan pasukan hebat Manchester United. Saya membuktikannya pada musim perlawanan yang lalu apabila pasukan Porto bimbingan saya menewaskan Manchester United. Ketika bersama Porto. Pemimpin organisasi adalah umpama kapten kapal yang mengemudi sebuah bahtera. kali ini artikel menyentuh tentang tips kepimpinan dari Jose Mario dos Santos Felix Mourinho. Wang tidak menjamin kejayaan. Chelsea dan Inter Milan adalah kelabkelab bolasepak yang pernah menerima sentuhannya dan merupakan testimoni terhadap pencapaian hebatnya. Oleh: Mazlan Mohamad . Malah dalam buku penulis bertajuk ‘Terbang Tinggi Seperti AirAsia’. pasukan itu akan menunjukkan keserasian. kewangan yang kukuh dan pemasaran yang berkesan. sama ada bahtera itu akan sesat di lautan atau lebih teruk karam dan terkubur di dasarnya. mungkin kebanyakkan dari anda mengenalinya. Apa yang lebih utama adalah kepimpinan yang berkesan. yang mempunyai kemampuan istimewa di mana setiap kali beliau dilantik melatih sesuatu kelab bolasepak. 8 Kepimpinan Tip KEPimPiNAN YANG TErBUKTi Jose Mourinho tidak tidak mempunyai bakat dan pengalaman sebagai pemain bolasepak tetapi beliau dikenali sebagai pengurus pasukan bolasepak antarabangsa. Ia semua bergantung kepada kepimpinan. Mungkin ramai yang tidak mengenali siapa pemilik nama di atas ini. salah satu strategi kejayaan AirAsia yang disentuh adalah mengenai kepimpinan yang berkesan. Kini beliau mengemudi kelab Real Madrid yang merupakan kelab termahal di dunia dan baru memenangi Piala Raja Sepanyol pada bulan April 2011. Jika tidak. Tetapi jika disebut Jose Mourinho. Kerana itu. Jika kapten kapal itu tahu ke mana hendak dituju dan bagaimana mengemudi bahtera tersebut maka ia akan sampai ke destinasi dengan selamat. mempamerkan pencapaian memberangsangkan dan memenangi pelbagai piala kejuaraan. terutama bagi mereka yang meminati sukan bolasepak.Jose Mourinho Kejayaan sesuatu bisnes bukan sahaja bergantung kepada idea dan produk yang hebat. Mourinho mengatakan: Kata-kata Ferguson adalah betul.

dan semenjak dari saat itu beliau membuat keputusan untuk menjadi jurulatih bola sepak terunggul dunia dan menfokuskan segala usahanya untuk mencapai cita-citanya. Chelsea. Mourinho. Mereka tidak hanya mahu menang dalam masa 90 minit perlawanan. Bintang Inter Milan. Diego Milito mengatakan bukanlah satu kebetulan apabial pasukan itu tewas ia akan terus bangkit disebabkan oleh Mourinho. beliau berjaya membawa pasukan itu memenangi pelbagai kejuaraan seperti FA Cup dan League Cup. Malah. Lanratan itu. di dalam setiap sesi latihan dan di dalam setiap saat dalam hidup mereka. firma kajian berpusat di Amerika Syarikat. pasukan itu berjaya menjuarai Piala Juara-Juara. Perdana Menteri Britain turut mengakui beliau bersedih dengan keputusan Mourinho meninggalkan Chelsea. dikagumi lawan dan di kaji pakarpakar pengurusan? Terdapat 8 teras kepimpinan mourinho yang dikenalpasti dan artikel kali ini menyentuh 4 daripadanya. Manakala pada tahun pertama beliau membimbing kelab Inter Milan. kelab terbaik di dunia. fokus hanya pada satu perkara iaitu kemenangan. malah gaya kepimpinannya kini dikaji oleh pakar-pakar pengurusan di Amerika Syarikat. malah setiap hari. Tetapi selepas sehari beliau berhenti dan mendaftar untuk kursus sains sukan. Di Porto. bukan sahaja pemain-pemain Chelsea malah ‘lawannya’ iaitu Alex Ferguson. beliau bukan sahaja tidak dibenarkan bermain malah berada di padang juga dilarang. dan Arsene Wenger. Mereka menumpaskan Barcelona. Barack Obama. 1 KUASA FOKUS Ayah Mourinho merupakan seorang pemain bola sepak profesional dan Mourinho juga mempunyai citacita yang sama. . Apakah gaya kepimpinan yang diterap oleh Mourinho yang menyebabkan beliau disayangi pemain. Setiap pasukan yang dikemudinya akan bangkit semula dengan pantas pada perlawanan seterusnya kerana pemikiran pemimpinnya. Oprah Winfrey dan Jamie Oliver. “Saya menyukai pemain yang cintakan kemenangan. untuk menjadi bos mereka untuk mengubah suasana dan tempat kerja. pemikiran Mourinho menetapkan beliau fokus pada kemenangan dan apabila kalah. beliau tidak membenarkan perasaan kecewa dan putus asa mengusai pemikirannya. beliau berhenti bermain dan memasuki sekolah perniagaan. Inter Milan dan sekarang Real Madrid. iaitu kejuaraan yang menemukan kelab-kelab terbaik dunia.” Bukan sahaja Mourinho. pengurus Arsenal turut bersedih dengan pemergiannya. malah pemikiran keseluruhan pasukannya fokus untuk mencapai kemenangan. pengurus Manchester United. mengatasi selebriti dan tokoh lain seperti Richard Branson.Semasa bersama Chelsea. Mourinho merupakan pilihan pertama para pekerja pejabat. Apabila beliau meninggalkan kelab Chelsea. Mourinho sendiri pernah berkata. Namun oleh kerana beliau langsung tidak mempunyai bakat bermain bola sepak. Dalam satu tinjauan yang pernah dijalankan oleh AOS Research. disanjungi peminat. PiliHAN WArGA KOrPOrAT Kehebatan Jose Mourinho bukan sahaja diperkatakan di dunia bolasepak.

Mourinho merupakan lebih dari sekadar pengurus dan jurulatih. Dan saya adalah salah seorang dari keluarga ini. Kerana itu. Beliau boleh di datangi pada bila-bila masa oleh pemain-pemainnya untuk berbincang walau dalam isu peribadi sekalipun. Beliau menguruskan konflik tersebut dengan pendekatan yang digambarkan dalam peribahasa Inggeris ‘Put the fish on the table’ (meletakkan ikan di atas meja). apabila pemimpin mereka juga bertindak sebagai seorang yang mereka boleh dipercayai. Bagi pemain Inter Milan. Menurut Ronaldo. mengenali mereka secara peribadi dan tahu kekuatan dan kekurangan setiap dari mereka. Katanya. “Kita mesti wujudkan suasana positif dan membuat setiap hari dari mereka merasa sebahagian dari pasukan. Milito tiada jurulatih lain sepertinya yang akan bermati-matian. semua orang berpeluang melihat permasalahan tersebut dan turut bersama mencari penyelesaiannya. Beliau rapat dengan pemainnya. Dengan pengetahuan itu. mereka membiasakan diri menerima maklum balas Mourinho yang terbuka serta adakalanya ‘pedas’ dan berusaha meningkatkan mutu permainan mereka. pemain Real Madrid. malah dia adalah rakan kepada pemain-pemainnya. main Chelsea. pula berkata “Saya sayangkannya sebagai seorang manusia dan juga sebagai pengurus. beliau melatih setiap pemainnya dengan cara yang berbeza mengikut kemampuan pemain tersebut. Frank Lampard. “Sesi latihan beliau menakjubkan.2 MOTIVASI. Begitu juga dengan pasukan-pasukan bolasepak terkemuka. INSPIRASI & DAYA TAHAN Mourinho mewujudkan ikatan perhubungan dengan setiap pemainnya melebihi hubungan antara seorang jurulatih dengan pemain. Mourinho sentiasa memberikan maklum balas dan penilaian pencapaian kepada setiap pemainnya. Namun. Kepercayaan yang mereka lihat dalam diri Mourinho ini mendorong mereka untuk memberi yang terbaik untuk jurulaih tersebut. Dalam pasukan ini. dan tidak semua pemainnya selesa dengan pendekatan ‘put the fish on the table’ nya itu. 4 MENYELESAIKAN PERBEZAAN & KONFLIK Setiap pasukan berprestasi tinggi dan cemerlang akan menghadapi konflik dalam pengurusan dan ia adalah lumrah. Ia memang berat tetapi kami tidak merasa penat kerana kami benar-benar merasa motivasi untuk melakukannya. setiap orang dalam pasukan Chelsea menangis. pada majlis perpisahan bersama Chelsea. yang pernah diuruskan Mourinho. dan menyebut nama mereka satu persatu semasa tiga jam majlis perpisan tersebut. Beliau bukan sahaja mengenali pemainnya tetapi juga isteri-isteri serta anak-anak mereka. mereka yang bekerja di dapur turut merasa sebahagian dari keluarga inidan juga merasa mereka sebahagian dari kejayaan yang dicapai. Dengan meletakkan ‘ikan’ atau konflik tersebut di atas meja.” 3 MEWUJUDKAN KEPERCAYAAN UNTUK MENGERAKKAN PERUBAHAN Kajian menunjukkan pasukan akan menunjukkan pencapaian yang bagus. .” Mourinho membina ikatan seperti ikatan keluarga dalam setiap pasukan latihannya. mempertahankan setiap daripada pasukannya.

Tetapi memfokuskan kepada perkara betul yang dilakukan mereka. Andy Barton. Malah sebelum perlawanan akhir Juara Liga-liga yang lalu. Sir Alex sendiri mengakui beliau akan menghubungi Mourinho untuk mendapatkan tip bagi menghadapi lawan mereka. apabila dipilih untuk menguruskan kelab bola sepak Inter Milan. dan membuatkan mereka berfikit dengan melontarkan soalan yang sama ada mereka takutkan keadaan itu atau mereka akan menikmati perlawanan tersebut. Bahasa ini dipelajari selama beberapa bulan kerana mahu memastikan beliau dapat berkomunikasi secara berkesan dengan pemain. Peristiwa ini kerap berlaku kepada pasukan di bawah bimbingan Mourinho. 6 RUNDINGAN BERIMPAK BESAR Rundingan berimpak besar Mourinho melibatkan proses mempengaruhi dan memujuk pada masa yang sama. beliau menggunakan pendekatan mempengaruhi dan memujuk agar mereka mematuhi kaedah latihannya seperti pemain lain. Menerusi perbincangan dan bahasa juga beliau membina hubungan yang rapat dengan Sir Alex Ferguson. beliau akan memperuntukkan masa yang banyak mempersiapkan para pemainnya dengan pendekatan berbeza untuk setiap perlawanan. Malah. media dan para peminat. Seperkara lagi. Begitu juga dalam menguruskan pemain-pemain ternama yang mempunyai ego yang besar. Beliau tidak bercakap mengenai kesilapan yang dilakukan oleh pemainnya. Mourinho sentiasa melihat unutuk menukar perkara yang negatif menjadi positif. dalam mencapai matlamat yang telah beliau tetapkan. walaupun pasukan masing-masing bersaing di EPL suatu masa dahulu. Namun selepas waktu rehat. pasukan Chelsea ketinggalan pada separuh masa pertama dan Mourinho kelihatan meradang beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama. . Pada Mac 2007.5 KUASA PERBINCANGAN & BAHASA Mourinho menggunakan perbincangan dan bahasa yang difahami bersama untuk wujudkan persefahaman di kalangan pasukannya. dan kemudian memberitahu bagaimana mereka boleh mengubah permainan tersebut. dalam satu perlawanan Liga Juara-juara. Mourinho memberitahu mereka mempunyai 45 minit lagi untuk mengubah keadaan. Tetapi beliau mempengaruhi dan memujuk mereka untuk berubah. pasukan Chelsea keluar bermain dan memenangi perlawanan tersebut. Apa yang dikatakan oleh Mourinho kepada pasukannya di bilik persalinan pada waktu itu? Beliau tidak menjerit atau mengecam para pemainnya. Menurut pakar psikologi sukan terkemuka United Kingdom. Mourinho dikatakan mengusai lebih dari 10 bahasa dan beliau sendiri mengaku mempelajari bahasa Itali selama lima jam sehari. Mourinho mempengaruhi setiap pemainnya untuk membina imej secara mental tentang apa yang diperlukan untuk mereka menang.

Ini kerana beliau sedar pasukan yang hebat hanya dapat dibina dengan mendapatkan mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk membantunya. Pemain-pemainnya juga sedar tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing. Beliau turut melahirkan pemimpin di dalam setiap pasukan yang diurusnya.” Inilah antara kata-kata Mourinho setiap hari kepada pasukannya. Kerana itulah beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi pemain bolasepak. dan mereka saling melengkapi untuk membina kekuatan. kami akan menghuni tangga ke bawah liga. Kesedaran yang ada pada setiap pemain inilah yang membezakan Mourinho dengan jurulatih-jurulatih hebat yang lain. Ini tidak terhad kepada pemain. hampir separuh dari pemainnya merupakan kapten pasukan bolasepak di negara masing-masing.” Sebagai pemimpin yang berkesan. Mourinho begitu menekankan agar setiap pemain sedar tentang kekuatan masing-masing agar mereka boleh fokus terhadap kekuatan itu untuk kebaikkan seluruh pasukannya. tidak guna menjadi gergasi yang dikelilingi oleh orang-orang kerdil. tetapi pasukan akan membantu memenangi permainan. malah juga ahli-ahli pasukan yang lain. Bagi Mourinho. ke setiap kelab bola sepak yang diuruskan olehnya. Mourinho menggabungkan untuk menghasilkan kekuatan pasukan dan meminimakan kelemahan setiap pemain. 8 MENGURUS EMOSI “Saya tidak suka bercakap mengenai pemain secara individu. Dan jika saya bekerja dengannya di dalam bisnes. jurulatih kecergasan. Dengan menganalisa kekuatan dan kelemahan setiap pemain. Tambah Faria. dan menumpukan usaha untuk menjadi jurulatih. Sebagai pengurus. Pemain sahaja tidak akan membantu memenangi kejuaraan. beliau memberitahu perbezaan antara Mourinho dan jurulatih-jurulatih hebat yang lain adalah melakukan setiap sesuatu itu dengan lebih baik. dan beliau bekerja lebih keras daripada orang lain. Mourinho membawa bersamanya pembantu-pembantu yang berkemahiran. beliau tahu kemampuan setiap ahli dalam pasukannya dan mengurus pasukannya berdasarkan kekuatan mereka yang berbeza antara satu sama lain agar setiap dari mereka melakukan yang terbaik. Salah seorang daripadanya adalah Raj Faria. “Sekiranya Roman Abramovich (pemilik Chelsea) membantu saya dalam latihan pemain. Mourinho sedar tentang kemampuan dirinya yakni apa kekuatan dan kekurangan dirinya. Untuk membina pasukan berprestasi tinggi. . Mourinho mengkaji dengan mendalam tentang gaya permainan pemainnya dan juga tentang corak setiap perlawanan menentang lawannya.7 MENGGABUNGKAN KEKUATAN Mourinho pernah mengatakan. Mourinho tahu dia perlu membentuk pemimpin-pemimpin dalam pasukannya agar kepimpinan wujud di setiap bahagian pasukan. kami akan bankrap. Mourinho tidak sekadar membina sebuah pasukan yang mantap. Ketika beliau mengurus Chelsea. Ketika Faria ditanya tentang rahsia kejayaan Mourinho.

” . Beliau mendesak mereka untuk berusaha keras hingga tahap maksimum. Contohnya John Terry dan Frank Lampark.” Inilah antara lapan rahsia kejayaan kepimpinan Jose Mourinho sebagai jurulatih yang hebat. tetapi apa yang pastinya apa sahaja yang dilakukan adalah kerana dia tahu ianyamemberi manfaat kepada pasukannya. pada peringkat awal mengurus Chelsea. Menurut Andy Barton lagi. Merka adalah pemain yang telah di bentuk menjadi pemain bertaraf dunia.Justeru. “Seperkara tentang Mourinho ialah anda tidak akan tahu apa yang akan dia lakukan seterusnya. Sebagai contohnya. pasukan ini tidak mempunyai pemain bertaraf bintang dan Mourinho membentuk pemain-pemain tersebut menjadi bintang. untuk membolehkan merekakeluar dari zon selesa dan masuk ke zon keberanian. dan semangat yang tinggi untuk menjadi lebih baik. bukannya kepimpinan yang dipaksakan atas faktor kuasa dan status. Dalam perkara ini Mourinho mengatakan. Anda perlu mewujudkan kepimpinan yang bagus dengan pemain-pemain iaitu kepimpinan yang diterima mereka. “Anda bukan sahaja mesti bekerja keras tetapi juga bekerja dengan bagus. beliau mengurus emosi pemain-pemainnya agar mereka sentiasa mempunyai tenaga.

.

Jika kita hendak mengetahui pendapat seseorang tentang produk. pertemuan bisnes. Apabila kita mendengar berdasarkan fakta. “Dalam aktiviti jualan. Komunikasi ibarat iceberg. Oleh: Hilmi Isa TEKNiK mENDENGAr BErKUAsA . pengarang buku What They Don’t Teach You at Harvard Business School berkata. Apabila kita mendengar berdasarkan emosi. kepercayaan akan terbentuk. kita cuma mendengar 20 peratus perkara yang klien ingin sampaikan. bukannya fakta. Kita boleh menggunakan teknik-teknik mendengar berikut sama ada dalam proses jualan. Kita perlu tahu itu bukan maksud sebenar mereka. dan dia menjawab “Bagus” tetapi suaranya mendatar. kita akan memperoleh baki yang 80 peratus. tiada aset yang lebih berharga daripada mendengar”. Jurujual yang hebat mendengar emosi.Mark McCormack. networking dan sebagainya. serta kedengaran agak kebosanan. 80 peratus lagi di bawah permukaan. Hanya 20 peratus iceberg kelihatan. Kita tidak boleh membina kepercayaan di pihak klien jika tidak mendengar. Hakikatnya apabila klien mengetahui kita sedang mendengar.

enjinnya berkuasa” anda membalas dan berhenti sekadar itu. > Memberitahu kita faham tentang perkara yang sedang dibincangkan. > Menunjukkan yang kita mengambil berat tentang perkara yang diucapkannya. “Saya baru beli kereta Perodua yang baru dan saya suka enjinnya yang berkuasa” “Oh. frasa atau ayat yang lain untuk menyampaikan perkara yang sama. Klien kita berkata. Pendengaran reflektif sangat berguna semasa kita untuk membincangkan isu sebenar. Prestasi ekonomi merudum Klien: Harga barangan mentah hari ini sangat mahal Anda: Ya harganya tinggi . Klien berkata.” kita membalas “Awak makan kek yang saya buat?” Kemudian menganggukkan kepala sedikit dan teruskan mendengar. Klien: Prestasi ekonomi kurang baik Anda: Betul. PENDENGARAN PARAFRASA (PARAPHRASE LISTENING) Menggunakan perkataan.PENDENGARAN REFLEKTIF (REFLECTIVE LISTENING) Definisi: Mengulangi sesetengah perkataan yang digunakan oleh klien semasa kita mendengar mereka bercakap. “Saya makan kek buatan awak dan saya sukakannya. membiarkan klien meneruskan percakapan . Pendengaran reflektif membantu membina rapport melalui tiga cara: > Menunjukkan kita sedang memberi perhatian.

Saya pun rasa enjin Atoz kurang mantap. Saya sedang dalam perancangan hendak tukar kereta. Apabila kita berkongsi perasaan sendiri tentang sesuatu perkara. kemudian melontarkan deretan satu persatu? Sebagai contoh. tetapi selepas enam puluh ribu kilometer perjalanan. berbanding bertanya soalan demi soalan adalah cara yang bagus untuk membuatkan klien mendedahkan maklumat-maklumat penting. Saya ada kawan yang pakai kereta Atoz. Kliean berasa selesa berkongsi maklumat yang kita perlukan. Klien: Lebih kurang kereta saya. “Kosmetik apa yang anda sedang pakai? Berapa lama anda sudah menggunakannya? Ada hadapi apa-apa masalah semasa menggunakannya? Berapa harganya? Kenapa anda memilih jenama berkenaan berbanding jenama-jenama lain?” Tiada siapa pun suka untuk dipengaruhi dengan cara sedemikian rupa. klien akan berasa lebih selesa dan dia akan berkongsi idea-idea selanjutnya. Perbualan jurujual dengan pengunjung showroom. Pendengaran perkongsian menukarkan proses mendengar untuk memperoleh maklumat menjadi proses perbualan. Sistem ekzos. dan memperoleh maklumat dengan cara halus.PENDENGARAN PERKONGSIAN (SHARED LISTENING) Pernahkah kita berhadapan dengan seseorang yang sedang cuba mencari maklumat. kereta ini ada jaminan 3 tahun. Jadi tuan boleh bertenang dan tidak perlu fikir masalah tukar ganti. Anda: Tuan tidak keseorangan. . memang kurang pickup. Lain-lain elok sahaja. Sebarang masalah alat ganti. Semua risikonya terletak pada kami. Berbual-bual. Anda: Oh. ia perlu di hantar ke bengkel. Jadi klien tidak berasa seolah-olah mereka sedang disoal siasat. Anda: Boleh saya tahu apakah kereta yang tuan gunakan sekarang? Klien: Hyundai Atoz Anda: Ada apa-apa masalah? Klien: Ada. Teknik ini sangat berguna apabila klien enggan bercakap atau memberitahu maklumat. Honda City mungkin sesuai.

Kita sebenarnya boleh menjadi jururunding yang luar biasa. saya tidak mempedulikannya. Mewujudkan rapport dan kemesraan. Trump menyarankan kita supaya melontar mereka sebutir senyuman paling menawan. Katanya. Rundingan bisnes nampak sukar. 3. Saya mendengar kritikan negatif. mari kita kaji matlamat kita memujuk terlebih dahulu. Doakan kebaikan kepada mereka yang mengkritik mereka. Tip dan teknik yang Trump cadangkan di atas dapat menjadikan kita jururunding bisnes yang berpengaruh . kata George Ross. syarat asas menjadi juru runding berpengaruh adalah kompetensi dan kebolehan diri. 2. Dengan pengalaman lebih empat nekad Donald Trump masak dengan tawar-menawar. Namun apa sahaja kritikan negatif terhadap diri.” Mendapat kritikan daripada orang yang tidak berapa senang dengan kita adalah lumrah kehidupan. Allah mahu kita perbaiki kualiti produk dan perkhidmatan kita. Hinggakan jika hasil kerja kita boleh berkata-kata. Namun pada firasat penulis. ia berbangga mengaku bahawa ia dihasilkan oleh seorang yang hebat. One Message. dapatkan buku Pengaruh Gaya Trump (http://facebook. Ujar Trump melalui buku Why We Want You to Be Rich: Two Men. “Saya menerima kritikan.” Jadi selepas ini elakkan menjadi jururunding yang biasa-biasa sahaja. Trump adalah orang yang boleh menerima kritikan. sepak-terajang dan putar-belit rundingan bisnes. U rusan berbincang dan berunding adalah asam garam dalam perniagaan. Justeru sebelum berunding. Namun penulis melihat kritikan itu sebagai ‘teguran’ daripada Allah SWT. Namun kita boleh belajar dari kesilapan. Mencetus kepuasan hati. dalam keadaan dia terpaksa memberikan sesuatu. Membina kepercayaan. Rapport menjadi nada bagi memastikan hubungan antara dua pihak yang berunding sehingga berjaya.” Jadi bagi mencapai maksud itu Trump melakukan tiga perkara berikut sebelum sebarang aktiviti berunding dilakukan: • Mewujudkan persekitaran yang membawa kepada perhubungan lebih mesra. • Menyenaraikan pilihan atau alternatif yang dijangka sesuai dengan matlamat orang itu. Selain itu._ _Oleh: Syahrul Nizam_ _ Seni Rundingan Berpengaruh Gaya Trump Selain itu. Bagi bacaan lanjut. Tujuan berunding adalah supaya kedua-dua belah pihak mendapat sesuatu yang mereka inginkan. • Mengkaji dan memahami bagaimana orang itu berfikir berdasarkan latar belakangnya. . apabila dikritik. Tunjukkan hasil kerja terbaik. Dalam berunding. Semua perkara boleh dirundingkan apabila kita saling percaya mempercayai antara satu sama lain. perkara penting yang boleh kita pelajari daripada Trump ialah bagaimana mengendalikan kritikan. “Mewujudkan atmosfera yang membawa kepada perhubungan harmoni adalah lebih penting daripada memenangi hati seseorang. saya juga mendengar kata-kata positif.com/pengaruhtrump) Sebelum mengusai teknik memujuk. kemaskinikan resume atau senarai pengalaman peribadi kita.sehebat Donald Trump. Trump-Style Negotiation: Powerful Strategies and Tactics for Mastering Every Deal menyebut tiga matlamat terpenting berunding: 1. “Kita ciptakan bagi melakukan kesilapan. George Ross dalam bukunya. Namun tanpa disedari kita terlibat dalam aktiviti merunding dan memujuk sejak kita keluar daripada kantung perut ibu. bisnes atau pekerjaan.

“Mana kau tahu bab ni? Cecite cecite cecite. Kerana mereka yang mencari jalan kekayaan dengan berjudi pasti tidak berjaya. Judi tidak terhad kepada kasino.W. kau kena belanja aku makan 7 hari berturut-turut!” Cabar Azmir kepada Hakimi seorang penyokong Liverpool. Lihatlah bagaimana bisnes kasino berkembang menjadi syarikat besar di Bursa Malaysia. Sambil menggelengkan kepala. Perjudian bermula apabila dua pihak meletakkan pertaruhan mereka.BERjuDIlAH. Hari ini ada lagi pertandingan-pertandingan yang kita perlu berhati-hati. Hakimi pun berkata. Bukan takut siapa menang siapa kalah bola. it is not Muslim Liverpool fan way. dan pihak yang menang akan mendapat semua pertaruhan tersebut.T telah menyebut hal bahana berjudi ini dengan jelas dalam surah al-Maidah ayat 90: Ayat ini jelas memberitahu kita agar tidak berjudi. Macam mana judinya pula? Kau takut Manchster United menang lagi?” Azmir cuba membuat provokasi lagi. Tetapi masih ramai daripada kita mahu mencari jalan kekayaan dengan berjudi. “ . “ Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Menang dapat semua.” “Mana ada judi. dan keluarga tidak bahagia di akhirat berdepan dengan seksaan Allah sekali lagi. jual ‘mapiau’ jauh sekali. Pelik tapi benar. Dalam erti kata lain judi adalah satu permainan zaro-sum-game. surah al-Baqarah dan ayat 90-91 surah al-Maidah. “Azmir itu dah jadi judi tau. Sambil tersenyum Hakimi pula menerangkan. Cabar mencabar dan membuat pertaruhan untuk membolehkan pihak yang menang mendapat sesuatu daripada pihak yang kalah. kalah hilang semua. Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai qimar dan juga masyir. Statistik menunjukkan tauke judi sahaja yang jadi kaya raya. malah kita mesti mengelakkan daripada berjudi seperti dalam aktiviti sosial kita dengan rakan-rakan seperti dialog di atas. “Ini prinsip Islam.T mengharamkan judi berdasarkan al-Quran iaitu ayat 219. nombor ekor dan pertaruhan sahaja.” Oleh: Pakdi ADAKAH PERTARUHAN MENEPATI SYARIAT ISlAM? Barangkali situasi ini ada berlaku di kalangan kita.” Azmir kelihatan kurang berpuas hati. Bak kata orang. Mana boleh kita bertaruh macam tu. PASTI KITA MISKIN “Kalau Manchster United menang kejuaraan liga. Judi merupakan perbuatan yang mensyaratkan si pemenang akan mengaut keuntungan dari yang kalah.. Adakah ini sesuatu yang menepati syariat Islam? Allah S. Kita juga akan hidup susah di dunia. kita bukan pergi kasino. Maka ulama telah menggariskan prinsip untuk kita mengenal pasti sesuatu perbuatan itu jatuh dalam perbuatan judi atau tidak. beli nombor ekor pun tidak. Justeru kita mesti menggelakkan semua peluang buat duit yang bersifat demikian. seperti pertandingan berasaskan khidmat pesanan ringkas (SMS). walaupun lokasi kasino itu terletak jauh di dasar gunung. Allah S.. Manakala pihak yang kalah akan rugi semuanya. Mereka yang berjudi pasti miskin dan jika menang.W. Mendukacitakan juga akhbar-akhbar Melayu Islam penuh dengan iklan keputusan nombor ekor. kekayaan itu tidak kekal lama.

yang terlibat secara langsung dengan perjudian. iaitu menjualnya dengan harga lebih tinggi dari harga belian mereka. ada untung dan rugi. Untung akaun kita juga adalah hasil daripada syarikat judi. Bank-bank Islam tidak akan memberikan pembiayaan kepada syarikat-syarikat judi. INSURANS KONvENSIONAl Menyertai skim insurans konvensional juga mendekatkan diri kita dengan perjudian. maka sudah tentu mereka dapat menjual stok mereka dengan keuntungan. dan akhirnya menjadikan pasaran saham untuk jadi cepat kaya. perbuatan ini tidak menepati ciri-ciri perjudian. Inilah yang kita mesti buat setelah kita menjauhkan diri dari riba. Mereka sering berkira-kira untuk menjual stok barangan mereka dengan memperoleh keuntungan. Justeru. Jika kita masih menyimpan dalam akaun bank konvensional. Operasi produk insurans yang kurang jelas dari sudut Shariah menyumbang kepada hal ini. yang mana kita layak menghadiri mesyuarat tahunan mereka. Sekali mbas perbuatan spekulasi dalam pasaran saham kelihatan sama seperti aktiviti perjudian. pilihan yang ada untuk syarikat judi ini mendapatkan modal. Selain itu premium yang syarikat insuran terima daripada pelanggan juga dilaburkan dalam instrumen kewangan konvensional. apabila kita memilih jalan ini kerana bisnes adalah bisnes. Mari kita perhatikan. Cuma ada dalam kalangan kita yang mempunyai perspeksi yang salah mengenai pasaran saham. apabila kita membeli saham kita telah memiliki sesuatu. Kita juga mesti elakkan daripada membeli kaunter saham syarikat-syarikat judi. maka kita akan faham duit yang kita simpan itu dapat digunakan untuk dijadikan sebagai modal bank untuk memberi pinjam kepada syarikat judi. Jika kita tahu bagaimana bank beroperasi. Inilah yang diputuskan oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC). Jika mereka kumpul stok pada harga yang rendah daripada harga pasaran semasa. Perbuatan individu yang menjadikan pasaran saham seperti tempat berjudi tidak cukup untuk menjadi asas. BAGAIMANA KITA MEMBANTU SEKTOR PERJUDIAN? Kita mesti menjauhi judi. adalah menerusi bank-bank konvensional.SPEKUlASI vS BERJUDI Apa yang haram adalah berjudi dan bukan spekulasi. Maka ini adalah satu lagi alasan untuk kita menjauhkan perbankan konvensional. walaupun akaun itu sekadar masuk duit gaji setiap bulan. Berkat dunia. peniaga-peniaga di luar pasaran saham juga perlu mengumpul stok dan membuat spekulasi. untuk menyatakan perbuatan spekulasi itu sama seperti berjudi. Pasaran saham merupakan tempat saham-saham syarikat diurusniaga dan jika kita membeli saham. Maka. . Ini adalah antara perbezaan syarikat insurans dan syarikat takaful. Tetapi jika kita teliti dengan lebih menyeluruh. selamat di akhirat. Walaupun spekulasi tidak jatuh dalam hukum berjudi tetapi kita mesti tahu risiko yang kita ambil. menerusi dua mesyuarat pada 16-17 Oktober dan 26 November 1997. Jika berlaku sebaliknya maka mereka akan menghadapi kerugian. memperoleh dividen dan lain-lain. kita jangan membeli lagi produk-produk insurans dan bertukarlah kepada produk takaful. maka kita telah memiliki ekuiti dalam syarikat. dan bukannya kita membuat pertaruhan harga semata-mata. kita juga masih membantu syarikat-syarikat perjudian. Justeru. tidak mempunyai ilmu pelaburan yang betul.

Tiada siapa yang terlintas di fikiran mereka Ramadan kali ini juga adalah satu jenama dalam perniagaan.Oleh: Nazri Kadir Ramadan Penjenamaan yang Unik Ramadan Sebagai Satu Jenama Bisnes Memandangkan. artikel saya kali ini akan membawakan kita melihat bagaimana bulan Ramadan dijadikan sebagai satu ‘jenama’ oleh para usahawan bagi meningkatkan perniagaan mereka. sehingga bidang kebajikan seperti derma dan ibadah. Mengapa ia dikatakn begitu? Arus globalisasi yang berorientasikan komersil telah menjadikan bulan Ramadan sebagai sebuah jenama. Keunikan Ramadan sebagai jenama dapat kita susuri seperti di bawah. Semuanya disimpulkan oleh Ramadan sebagai satu jenama tanpa kita menyedarinya. kita masih berada di bulan Ramadan yang mulia. Maka. . Baik dari segi perniagaan seperti penawaan produk dan servis. yang berkeupayaan memberikan keuntungan kepada sesiapa sahaja yang bijak dan tahu memanfaatkannya. Disamping diselubungi aura kajian penjenamaan Trump sebelum ini. kali ini kita akan sama-sama melihat keunikan Ramadan sebagai satu jenama dan bagaimana ia boleh memberikan kita kesan yang besar untuk kejayaan sebagai peribadi Muslim mahu pun sebagai seorang usahawan. Sehubungan dengan itu.

daripada dua faktor utama dalam diri manusia iaitu keperluan dan keinginan. . demi memenuhi keperluan dan keinginan. Keperluan seseorang itu berbuka puasa iaitu dengan makan dan minuman. Apabila anda gusar kerana jenama anda tidak memberikan pulangan yang menguntungkan. Ia pasti mendapat sambutan yang hangat dan laris daripada penggunaan kerana Ramadan yang bertindak sebagai jenama tanpa sedar. #2-Ramadan Menjadi Jenama Induk Paling menyeronokkan untuk usahawan atau peniaga kecil yang tidak mempunyai jenama yang kukuh. ramai yang bernafsu ingin berbelanja tanpa ada kawalan yang ketat. Musim membeli belah ini sebahagiannya terbentuk kerana para usahawan bertindak mengambil kesempatan. Keinginan manusia pula iaitu untuk berbuka puasa dengan pelbagai jenis lauk pauk dan juadah semakin menyemarakkan para usahawan untuk kreatif. dan mengeluarkan wang yang banyak untuk berbelanja bagi memenuhi dua faktor utama yang disebutkan tadi. hiasan dalaman rumah dan penting adalah pakaian baru yang cantik. tidak memiliki jenama ayam goreng yang dikenali ramai tetapi kera ia dijual dalam 3 frasa penjenamaan iaitu bulan Ramadan. Maka dengan mudah. Ini semua menunjukkan kepada kita bagaimana Ramadan menjadi satu jenama induk menaungi semua jenama. berbuka ruang yang luas untuk golongan usahawan menjalankan perniagaan mereka. Di bazar Ramadan. Ramadan akan sentiasa berjaya menarik orang ramai untuk membeli belah. Perkara ini tidak akan berlaku pada hari-hari biasa selain bulan Ramadan. Sementara para usahawan pula bijak memanipulasikan jenama Ramadan iaitu menerusi label ‘Ramadan’ seperti bazar Ramadan. telah menimbulkan daya ingin membeli yang kuat untuk setiap orang. kerana bulan ini adalah peluang terbaik untuk mereka memaksimakan keuntungan. ayam gorengnya laris dan disetarafkan pula dengan ayam goreng ranggup KFC. Bukan sahaja berbelanja untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang sukar dinikmati pada waktu-waktu yang lain. Maka. Tidak kira apa yang mereka jual dan tawarkan. Kesemua perkara di atas berlaku hanya disebabkan kehadiran satu jenama sahaja iaitu Ramadan. dan berinovatif dalam produk dan servis yang ditawarkan oleh mereka. Ramadan boleh menjadi jenama induk yang akan membawa produk dan servis anda memasuki pasaran dalam jangka masa yang panjang. Akibatnya. Kita dapat melihat ketika Ramadan. “Buffet Ramada” dan sebagainya. dan ia mampu memberikan pulangan yang lumayan untuk jenama yang tidak dikenali. Jika hari biasa. kita akan memilih untuk membeli ayam goreng ranggup yang dijual oleh peniaga bazar Ramadan. Ramadan adalah peluang keemasan untuk mereka berbelanja. akan terpancul di mulut kita “Rasanya sama sahaja dengan ayam KFC!” Peniaga bazar Ramadan yang menjual ayam goreng ranggup tadi. dan sebaik sahaja menikmati ayam tersebut ketika berbuka. kita pasti memilih KFC (Kentucky Fried Chicken) untuk menikmati ayam goreng yang ranggup serta McDonald untuk burger yang lazat. akan memilih restoran KFC untuk menikmati ayam goreng ranggup.#1-Ramadan Adalah Jenama Bawar Sedar Setiap tahun. bazar Ramadan dan dalam suasana Ramadan (puasa). Kekuatan jenama KFC dan McDonald luntur seketika. Namun ketika Ramadan. akan wujud musim membeli belah dengan kehadiran Ramadan. Mereka bersemangat untuk memberikan produk dan servis yang istimewa ketika Ramadan. Kuasa jenama Ramadan begitu besar sehingga kita benar-benar berbelanja dalam jumlah yang besar. “Promosi Istimewa Ramadan”. Ramadan akan menjadi jenama induk yang menaungi produk dan servis mereka. Tetapi Ramadan juga adalah kesempatan terbaik untuk menukarkan sesuatu yang lama kepada yang baru seperti perabot. bazar Ramadan akan melariskan jualan para peniaga tanpa mengira jenama. semua itu bukan lagi pilihan utama. Mereka yakin. Bagi pelanggan pula. Sambutan terhadap ayam gorengnya pasti tidak selaris pada bulan Ramadan dan kita sendiri juga.

gsFITCH Dubai menerangkan: Semenjak bermulanya tahun 1970an. selain bernaung di bawah jenama Ramadan akan terbuka luas dan menghampiri tangga kejayaan penjenamaan. Di mana penjenamaan adalah sebahagian dari bidang keusahawanan... Ini akan memberikan kelebihan kepada para usahawan yang bersifat mencari peluang terbaik untuk perniagaan mereka.. Ini adalah penjenamaan dan kecemerlangannya dalam masa 30 hari sahaja.. Namun. Seperti Krismas untuk penganut Kristian dan Ramadan.. Ia adalah sesuatu yang bijak dan jelas untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan kepenggunaan orang Islam pada hari ini.. Managing Director. Sebenarnya. Iaitu berkekalan dalam jangka masa panjang. dan penjenamaan oleh firma penjenamaan Islam dunia Ogilivy Noor. dan berpuasa adalah tuntutan wajib ke atas umat Islam. Oliver Auroy. kemurahan hati.. Saban tahun. maka kita akhiri artikel ini dengan defini konsep Ramadan. kekangan ruangan dan konsep bicara. mereka boleh terus menawarkan pelbagai produk dan servis istimewa sempena Ramadan. Ia bukan lagi sekadar mengucapkan ‘Salam Ramadan’. Ramadan adalah satu bulan yang terdapat di dalam kalendar umat Islam. hormat menghormati dan mengambil berat dapat dizahirkan dengan memaparkan melalui penjenamaan. Kelestarian Ramadan akan menumbuhkan kekayaan umat Islam melalui keusahawanan. terdapat banyak lagi keunikan Ramadan sebagai jenama yang dapat dikaji dan dikembangkan untuk dibangunkan oleh para usahawan. Maka. bulan Istimewa untuk penganut Islam.. Renungkan. Mereka menyatakan. kalender keagamaan telah mensasarkan agenda promosi ke seluruh dunia. Nilai-nilai simbolik Ramadan seperti persaudaraan.#3-Ramadan Jenama yang Lestari Keunikan jenama Ramadan seterusnya adalah bersifat lestari. Ini kerana.. peluang untuk usahawan terus membina jenama sendiri. Ia adalah masa beribadah dan perayaan.. Ia berkenaan mengenal pasti nilai dan faedahnya sepanjang sebulan ini. Jika para usahawan dapat mengaplikasikan nilai-nilai Ramadan seperti yang dikatakan oleh Oliver Auroy seorang pakar penjenamaan antarabangsa. .

beraSa gaji Yang DiPeroleh tiDak berbaloi berbanDing kerja Yang DiuSahakan. berPutuS aSa Dengan karenah majikan. jaDi. bermakSuD kita memilih bagi bekerja lebih keraS DariPaDa SebelumnYa. biSneS aDakalanYa DiSalah taFSir Sebagai jalan keluar DariPaDa SituaSi berat.BisNEs DAN NiKmAT KErJA KErAs A Oleh: Azzah AR SSalamualaikum. jalan akhir Yang terlihat aDalah berhenti kerja makan gaji Dan memulakan biSneS SenDiri. boSan Dengan Politik Pejabat. . Dan berSeDia menghaDaPi Segala jeniS cabaran mental. FiZikal Dan emoSi. Salam Sejahtera kePaDa tuan Puan. Dan Pelbagai alaSan lagi Diberikan. Dan beban kerja Yang berlaku Dalam kerjaYa makan gaji. Para uSahawan Yang SentiaSa DiSaYangi tuhan. aPabila membuat kePutuSan berhenti kerja makan gaji bagi berbiSneS SePenuh maSa.

berurusan dengan pelbagai tentera dan awam. mendepani kerenah pelatih yang pelbagai latar belakang kehidupan. Sejak itu. Kerja yang saya paling suka. Waktu dan tarikh mula tidak menentu. Saya nekad berhenti kerja makan gaji pada hujung tahun 2007. rujuk dan baca berpuluhpuluh buku dalam bidang bisnes dan latihan. menghadapi dan mengawalnya.duduk sepenuh masa di dalam kem. Bermula tahun 2008. Ini adalah hasil berbisnes bukan kerana putus asa makan gaji. Hasil Kerja Keras Selama 3 Tahun Sebelumnya. malah inilah kerja makan gaji paling lama pernah saya lakukan.Pengalaman Hijrah-Makan Gaji ke Bisnes Sendiri Mohon izin saya berkongsi kisah. bukanlah kerana bosan atau rasa terbeban dengan kerja menadah muka kepada cahaya matahari dan embun itu. mengubah suai bilik latihan yang ada komputer menjadi bilik latihan bentuk kelas dan dinamakan Akademi Hero. Saya sewa ruang pejabat dan menjadikannya bilik latihan yang kecil. tidur tidak menentu masa dan pelbagai lagi kisah manis pahit yang dihadapi menjadikan ia sebagai kerjaya makan gaji terbaik dan paling berharga pernah saya alami. juga menjadi antara penyumbang hati kita terdorong mengikit jejak mereka. Tuhan beri rezeki kepada saya bagi menubuhkan kompeni kedua iaitu Hero Edutaining Services. membuka Kedai Buku Bacha di Kuala Pilah. Saya beli. Bergantung kepada kita bagaimana mengendali. paling lama saya bertahan 10 bulan sahaja di sesebuah tempat kerja. . Nekad berhenti dari PLKN semasa saya masih diamanahkan sebagai Ketua Jurulatih Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti. dan terkini. waktu kerja yang amat fleksibel. dan aku tidak akan berpatah balik!. Dalam fikiran saya. Sakit ini hanya permulaan. iaitu selama empat tahun. Makan dan tidur mula berterabur. Perspeksi ‘berbisnes adalah jalan keluar daripada tekanan makan gaji’ adalah salah sama sekali. saya bekerja keras menempatkan kompeni saya dalam industri latihan. Semuanya saya kuatkan juga kerana bisik saya pada hati. empat tahun bekerja keras dalam bidang yang diceburi ini. Ini adalah hasil kerja keras. pendapatan bersih terus masuk ke poket sendiri. Saya ke sana ke sini menyertai pelbagai kursus dan bengkel berkaitan. saya mahu perubahan. Saya mula aktif dalam Facebook dan berkawan dengan orang-orang hebat dan berjaya. Melihat kawan-kawan yang berbisnes mempunyai masa lapang yang banyak. Menjadi jurulatih PLKN . Saya berhenti kerana berfikir ‘Aku sudah empat tahun melakukan kerja ini. Tidak ada kerja yang tiada tekanan. Alhamdulillah. Aku mahu kerja begini sehingga bila?’ Ya. saya bergerak sendirian dalam bisnes. Kerja saya yang terakhir adalah sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmatan Negara (PLKN).

kita sendiri beli joran dan mata kail. 4. 5. Dengan rendah diri. Maka keluarga perlu diberi penjelasan supaya mereka mengerti. malah suksesnya membawa hingga ke syurga. sebaliknya kita sendiri perlu kerja keras mencari dan mendapatkan ilmu. Tuan Puan yang saya hormati. sebaliknya kita yang perlu berusaha dan kerja keras sehingga Tuhan perkenankan para malaikat mengangkat kita ke syurga. bisnes Tuan Puan akan menjadi lebih sukses. Bisnes tidak semudah yang dilihat. Usah mengharap orang menyediakan semuanya. dan pancinglah ikan untuk di makan. Usah mengharap orang memberi ilmu. Usah berfikir mahu copy paste hasil kerja orang berjaya. 2. 3. ketidakupayaannya berfikir dan bergerak menghalang dia mencari dan menyuap makanan ke mulut sendiri. saya berpesan apabila ada keinginan berbisnes. Usah harap orang menyuap. 6. perlu bersedia untuk kerja keras. dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seakan kamu mati esok hari” [Abdullah bin Umar Al-Khattab] Mudah-mudahan dengan kegigihan dan kerja keras. berbanding kerja makan gaji’. saya percaya ramai ahli bisnes yang bersetuju dengan kenyataan saya ini iaitu. istilah rehat dan cuti. 5 Tip Kejayaan Bisnes 1. sebaliknya usaha dan kegigihan orang berjaya itu yang perlu kita copy paste dalam diri. kita sendiri belajar cari makanan di dapur dan suap ke mulut. Biasakan diri dengan istilah ‘modal hangus’. sebaliknya kita sendiri perlu kerja keras mendapatkannya. Mala. “Bekerjalah kamu untuk duniamu seakan kamu hidup selamanya. Saya menyampaikan pesanan ini kerana sudah ramai kakitangan kerajaan dan swasta yang berhenti kerja dan mahu berbisnes. Usah harap orang berikan ikan. . Usah duduk mengharap malaikat membawa turun syurga ke rumah kita. maka dia akan menangis kelaparan. Maka bersedialah mengikut perut dan menangguhkan kepuasan. Keluarkan sementara dari kamus kehidupan kita. berkelakuan seperti bayi yang menunggu disuap makanan.Realiti Bisnes-Kerja Keras Kunci Kejayaan Ketahuilah. Jika ibunya tidak menyuap. ‘bisnes memerlukan kerja keras yang berganda-ganda. Maklum sahaja.

berapa nilai rumah. Ini tempoh yang penting tentang masa depan kita. Berminda seperti orang biasa-biasa tidak akan membebaskan kewangan. Smalah juga pengurusan kewangan peribadi. 45 (umur bebas kewangan) . #1 . berapa nilai ekar tanah. tidak tahu apa yang pertama patut dilakukan. Jika mahu tulisakan semua hutang dan tanggungan pula. Tapi kebanyakkannya tiada tindakan. kali ini kita akan memposisikan minda kita untuk bebas kewangan. Tuliskan umur kita mahu bebas kewangan. berapa nilai perniagaan yang diusahakan sekarang.Kenalpasti Lokasi Kewangan Jika kita sesat di hutan yang sangat tebal. tulis di atas kertas semua simpanan tunai yang ada. Akhirnya. sambil melihat angka yang besar tadi dan berkatalah pada diri sendiri. Mula-mula. azam hanya tinggal azam. Jumlahkan dan tuliskan besar-besar. Contohnya. “Di sini aku bermula!” #2 . Berubah mengundang peluang. Tahukah kita. tidak mengapa. Jawapannya tulis besar-besar. Fikirkannya. Jika tida ada. Katakan pada diri sendiri: “Saya perlu berubah. tidak tahu berapa yang mahu dikumpul. apa tindakan pertama yang kita lakukan. Mengapa? Ini adalah kerana tidak tahu mahu bermula dimana. berkatalah sambil melihat angka yang besar itu. ambil sehelai kertas kosong. Berubah cepat. berapa nilai saham. “Inilah masa untuk bertindak!” . mengundang peluang yang cepat. Baik. Ya!jumlahkan dan tulis besar-besar. Kemudian tuliskan semua harta yang ada. tidak tahu ruang masa bertindak. tahu tinggal tahu. Sekali lagi letakkan jari telunjuk di dahi. Posisi dirimu. Barulah boleh dituju arah ke mana sahaja. Sudah tentu peta itu tidak berguna jika kita tidak tahu di mana lokasinya. Ya. letak jari telunjuk di dahi. cari lokasi di mana kamu sekarang. Senaraikan semua harta yang ada. Tolakkan dengan umur kamu sekarang.Jelas Garis Mula mENCAPAi BEBAs KEWANGAN Oleh: Hafiszi Othman Setelah mengetahi asbab bocor kewangan pada bulan lalu.” Mari mulakan. Langkah Pertama. Semakin banyak. sedar tinggal sedar.Tahu Ruang Masa Tindakan Sekali lagi. Mengapa mereka berjaya? Kerana mereka tahu apa yang kita tidak tahu. Bersedia untuk fokuskan tenaga dan dalam masa tiga hingga lima tahun ini. hanya 15% populasi dunia adalah benar-benar bebas kewangan.Tahu Di Mana Mahu Bermula Ambil sehelai kertas kosong. sangat singkat. berapa nilai emas. Jangan tulis pada umur 58 tahun. sangat. Itu umur pencen. Ramai antara kita sedar dan tahu. kenalpasti di mana ‘lokasi’ kita sekarang. semakin bagus. dan di tangan kita ada sekeping peta topografi lokasi itu.35 (umur sekarang) = 10 tahun. Masa adalah sangat. sekian.

Katakanlah. dengan gaya hidup sederhana mewah. Saya ada masa 10 tahun untuk bertindak. Katakanlah juga. Tuliskan perkara ini. . Maka. Saya ada bekal RM1200 sahaja simpanan tunai. Berhenti buang masa. kos hidup anda ialah RM90. Ini adalah contoh. mari lari laju. mengapa tidak kita? Mari mula berniaga.7 juta.Berapa Jumlah yang Mahu Dikumpul Ambil sehelai kertas lagi. Maka tuliskan kos hidup setahun tadi. “Aku perlu kumpulkan RM2.000 x 30) = RM2. Garis mula sudah sangat jelas. kita hidup sihat sehingga 70 tahun. Umur persaraan kita adalah 70 -45 (umur bebas kewangan tadi) ialah 30 tahun. Jika orang lain boleh lakukannya.000. berkatalah sambil menyebut angka jawapan tadi.700. Berhenti mengeluh. Baiklah. mengapa tunggu esok untuk bermula? Kita tidak ada banyak masa lagi. Buat kali terakhir letakkan jadri telunjuk di dahi. tembak mula akan berbunyi.7 juta untuk bebas kewangan!” #4 . Jumpa lagi nanti. 2. Lebih laju lebih bagus. Saya perlu mengumpul RM2. sesuaikan dengan jangkaan kos hidup masing-masing. Bebas kewangan seperti larian olahraga. 3. Mari cari peluang.#3 .000 setahun. darab dengan 30 tahun iaitu (RM90. Tuliskan angka jawapan itu besar-besar.Tahu Tindakan Pertama yang perlu Dilakukan Masa sekarang sudah jelas tanpa perlu bersuluh: 1.

salah satu perkara yang wajib dipelajari adalah teknik yang tepat. saya ingin berkongsi dengan anda 3 asas utama untuk menghasilkan satu bungkusan yang baik. pembeli akan menerima barang dalam keadaan yang kemas dan teratur serta teknik pembungkusan yang baik akan menampilkan imej yang profesional.3 Oleh: Eruwan Gerry Teknik Asas Pembungkusan Produk Fizikal Sekiranya kita adalah seorang penjual barangan berbentuk fizikal dalam dunia internet seperti di portal eBay. Dalam artikel ini. untuk membungkus barang yang akan anda hantar kepada para pelanggan. Lebih-lebih lagi mereka yang baru menjual di portal eBay atau Lelong. anda boleh di anggap sebagi seorang usahawan yang menjual barangan fizikal dengan jayanya. portal Lelong atau laman web anda sendiri. Barang akan sampai di tempat pembeli dalam keadaan selamat. . Sekiranya anda mampu mencapai ketiga-tiga objektif ini. Teknik pembungkusan yang tepat merupakan perkara yang kurang mendapat perhatian oleh seseorang usahawan. Teknik pembungkusan barang yang tepat akan mampu mencapai 3 objektif utama iaitu.

Oleh itu. Asas #3 Penutupan Penutupan yang saya maksudkan dalam asas ini adalah bahan yang kita gunakan. apabila kita menerima barang pembelian. kotak kayu. Walaupun kita menggunakan syarikat penghantaran yang terkemuka untuk menghantar barangan. Kita perlu pastikan mana satu yang sesuai untuk digunakan. Ia bergantung pada jenis bungkusan luar dan bungkusan dalam yang kita gunakan. Itulah sedikit sebanyak pengetahuan yang boleh saya kongsikan mengenai teknik pembungkusan yang tepat. mudah untuk rosak. Oleh itu. atau tidak penting kepada sesetengah orang. Setelah barang dimasukkan ke dalam bungkusan luar yang khas seperti kotak kadbod. dengan ribuan penjual produk fizikal lain dalam dunia internet. perkara-perkara kecil dan remeh inilah yang jika dilakukan dengan baik akan mampu membezakan diri kita. Maklumat ini mungkin nampak remeh. maka sudah pasti akan ada masanya yang bungkusan kita tidak dapat dijaga seperti sepatutnya. Asas #2 Bungkusan Dalam Asas yang setrusnya di dalam menghasilkan bungkusan yang baik adalah bungkusan dalam.Asas #1 Bungkusan Luar Asas pertama dalam menghasilkan satu bungkusan yang baik adalah bungkusan luar. Tidak semua bahan penutupan adalah sesuai digunakan dalam semua keadaan. Contoh bahan penutupan yang sering digunakan adalah pita pelekat atau cellotape. Bungkusan luar merupakan asas yang penting bagi menjamin keselamatan produk fizikal semasa penghantaran. kita tidak mahu barang itu tergolek-golek dalam bungkusan luar yang telah kita gunakan. maka ia akan lebih . bekas plastik atau sebarang bahan lain. Bungkusan dalam yang baik akan menampilkan diri kita sebarang seorang penjual yang profesional. ia tidak bermaksud mereka dapat memberi jaminan pada keselamatan barang kita. dalam bungkusan luar yang telah kita tetapkan. untuk menjaga keselamatan barangan semasa penghantaran. atau tiada sokongan khas. Bungkusan luar adalah lapisan pertama yang akan dilihat oleh pelanggan-pelanggan kita. Oleh itu. pembalut plastik (plastic wrap) dan juga kertas kadbod. penggunaan bungkusan dalam adalah satu aspek penting bagi menghasilkan satu bungkusan yang baik. tidak merosakkannya dan boleh memberikan keselamatan tambahan kepada barang. salam hormat dan salam kejayaan dari saya. Jika barang dalam kotak itu tidak stabil. pembalut foam (foam wrap). Memandangkan mereka akan menguruskan beratusratus bungkusan. agar cara penutupan dapat menampilkan imej professional kita sebagai seorang penjual. Tetapi ingin saya tekankan. ia menjadi tanggungjawab kita untuk mencari bungkusan luar yang sesuai. bungkusan dalam yang kita gunakan boleh menstabilkan barang. dawai kokot (stapler) dan gam pelekat. semasa proses penghantaran. Bungkusan dalam penting kerana ia memberikan sokongan kepada barangan fizikal. Contoh bungkusan luar adalah seperti kotak kadbod. jika kita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya. Hal ini berlaku meskipun kita telah meletakkan tanda Fragile (mudah pecah) padanya. dan surat pada setiap hari. Setiap bungkusan luar untuk produk berbeza-beza. Jenis bungkusan dalam yang sering digunakan adalah pembalut buih (bubble wrap). untuk menutup keseluruhan kotak. Kepentingan di sini adalah. Sehingga berjumpa di lain hari. kita perlu memilih bahan penutupan yang sesuai.

Untuk pengetahuan. Selain itu.Foosball Foosball atau lebih dikenali sebagai bola sepak meja.uk menyenaraikan faedah mempunyai meja pingpong di pejabat. “pemilik-pemilik perniagaan mendapati. •Membuatkan pekerja berada di dalam pejabat ketika waktu rehat.Meningkatkan Produktiviti syarikat menceritakan.A PERMAINAN INDOOR PILIHAN DALAM PEJABAT 5 Oleh: Hazlam Anuar #2 .Pool Permainan pool merupakan pilihan-pilihan syarikat besar untuk pekerja beriadah. gim sentiasa tersedia kerana memahami tekanan akan hilang menerusi aktiviti fizikal. jika permainan konsul diletakkan di tempat terbuka. Oleh itu. meja pingpong boleh dijadikan sebagai meja mesyuarat. Dottie Ward-Wimmer. rtikel Permainan . .Permainan Papan Permainan papan adalah permainan yang murah harganya berbanding permainan lain dalam pejabat. idea dart ini diinspirasikan daripada sukan memanah. dan karom. Permainan konsul yang masih popular dimainkan adalah Guitar Hero daripada Activision. berdasarkan pembelian yang memberangsangkan oleh pihak majikan terhadap pekerja mereka. Permainan yang mengajar kita fokus kepada sasaran. melakukan aktiviti riadah di pejabat dapat meningkatkan produktiviti syraikat. memupuk semangat dan mengurangkan tekanan.Ping Pong Laman web table-tennis-tables.” Hanya memerlukan sofa atau bean bag dan televisyen. •Permainan ping pong hanya memerlukan skil yang rendah. menyebabkan semua orang boleh bermain. #3 . Contoh.co. #1 . Washington menyatakan. yang menyebabkan mereka perlu mandi atau bertukar baju. seorang pakar permainan terapi dari William Wendt Center for Loss and Healing.Permainan Konsul Ekstra Permainan Dart Satu lagi permainan yang boleh dimainkan di pejabat adalah permainan dart. #4 . pemasangan lampu gantung dperlukan. jenis permainan papan seperti catur. Dalam syarikat besar seluruh Amerika. Monopoly. •Bagus untuk pekerja menjadi aktif tanpa masalah peluh berlebihan. Ukuran normal meja pool dalam 4’2” x 8’4”. Cuma memerlukan dinding kosong untuk mengantung papan dart. Boleh diletakkan di sudut ruang makan pejabat. kita memerlukan ruang yang luas dan lapang untuk bermain. bagi mengelak objek bola dan batang kayu terkena staf atau perabot. Boleh di tempatkan di bilik khas atau tempat rehat pekerja. #5 . Headphones perlu dipakai untuk mengelak kebisingan. •Permainan ini lebih selamat dan menyihatkan berbanding sukan lain. •Memberi peluang kepada pekerja untuk bersosial dan membantu moral mereka. Perabot yang diperlukan hanyalah kerusi dan sebuah meja. Boleh bermain secara berdua (perseorangan) dan berempat (berpasangan). Tidak memerlukan ruang yang luas. •Memerlukan empat orang permain atau perseorangan. •Bagi syarikat atau ofis yang mempunyai ruang pejabat yang terhad. bermaksud semua boleh beriadah pada masa yang sama. dan mudah meminta pertolongan ketika diperlukan pada masa tersebut. ruang jarak 7 kaki untuk melontar buah dart. permainan dapat memberikan kesegaran.

E-majalah ini diberikan PERCUMA! Hak cipta terpelihara oleh MajalahNiaga.com.com C FLAREBIZ NETWORK SDN BHD .majalahniaga. MAJALAH NIAGA www. bahkan digalakkan menyebar e-majalah ini untuk tujuan kebaikan. dilarang sama-sekali menerbit semula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-majalah ini untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari pihak MajalahNiaga. Namun begitu anda dibenarkan.com. tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.