Anda di halaman 1dari 91

ANITA ARUSZI

PROLOG
IA memandang sekujur tubuh yang terbaring lemah di katil itu. Wajah wanita itu pucat lesi. Senyuman yang dulu tidak pernah lekang dari bibirnya, kini lenyap sudah. Dia tahu wanita itu menerima tamparan hebat dalam hidupnya. Siapa sahaja akan terkejut jika segala-gala yang diimpikan dalam hidup, berubah dalam sekelip mata. Mak, sedarlah mak. Jangan tinggalkan Hana. Hana tak boleh hidup tanpa mak. Bisiknya pilu. Namun mata wanita itu masih terkatup rapat. Dia menekup wajahnya di lengan ibunya. Airmata yang cuba ditahan, menitis jua di pipi gebunya. Saat itu dia merasakan dirinya bagai di hujung tanduk. Terpaksa pasrah tanpa rela. Pintu di hadapannya tiba-tiba terbuka. Dia tergamam. Bulat matanya memandang dua lelaki bersama seorang wanita berketurunan Cina, tercegat di hadapan pintu bilik. Terkejut dengan kehadiran ketiga-tiga wajah yang tak dikenali itu, dia bingkas bangun dari kerusi yang didudukinya. Pak cik ni siapa? Soalnya agak ragu-ragu. Dia belum pernah melihat mereka sebelum ini. Salah seorang lelaki bercermin mata itu tersenyum

REMBULAN BERDARAH

memandangnya. Adik ni Raihana Munif? Soalnya. Raihana mengangguk. Namun terbit jua rasa hairan kerana lelaki itu mengenalinya, sedangkan dia tidak pernah melihat lelaki itu sebelum ini. Lelaki itu tersenyum. Apabila mata lelaki itu beralih ke arah teman-temannya, Raihana melihat lelaki itu seperti menunjukkan isyarat mata. Sepantas kilat, lengannya tibatiba dipaut agak kasar. Dia terkejut. Pak cik, kenapa ni? Jangan melawan, kalau tak mahu nyawa mak kamu melayang, getus lelaki bercermin mata itu, menyeringai. Dia cuba meronta-ronta, namun usahanya tidak sepadan dengan tenaga lelaki yang memegangnya. Mak, tolong Hana mak. Mereka nak tangkap Hana. Jeritnya separuh ketakutan. Dia mengeraskan badannya apabila tubuhnya ditolak kasar keluar dari bilik tersebut. Matanya sempat memandang ibunya yang langsung tidak menunjukkan reaksi. Mak. Jeritan Raihana semakin sayup dari luar bilik. Wanita Cina itu tidak berganjak dari bilik itu. Matanya memerhatikan tubuh wanita yang terbaring kaku di hadapan matanya. Dia membuka tas tangannya. Dari dalam beg, dia mengeluarkan sebuah picagari dan sebotol cecair. Picagari itu lalu disuntik ke dalam botol ubat. Sejurus kemudian pandangannya dialihkan ke arah wanita itu. Tanpa belas kasihan, dia menyuntik cecair dalam picagari ke dalam tiub intravena yang disalurkan ke lengan wanita yang masih terlena itu. Melihat cecair itu sedikit demi sedikit mengalir melalui tiub itu, wanita Cina itu merenung kosong pada

ANITA ARUSZI

wajah tenang yang sedikit berkerut. Meskipun hatinya simpati, namun apakan dayanya. Dia terpaksa melakukannya. Jika tidak hari ini, mungkin esok lusa kau dan anak kau akan tetap menemui nasib malang ini. Mungkin lebih baik jika aku mempercepatkannya untuk kau! Bisik wanita Cina itu sebelum beredar pergi dari situ.

REMBULAN BERDARAH

Bab 1
ATANYA merenung kosong pada wajah riang kanak-kanak perempuan yang sedang bermain di riba ibunya. Apabila diagah, kanak-kanak kecil itu tertawa polos. Sang ibu turut sama tersenyum. Keletah anak kecil itu menarik minatnya untuk terus memandang. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia teringatkan seseorang. Kalau boleh, Hana mahu terus hidup bersama abang sampai bila-bila pun. Dengan abang saja? Dia merenung nakal. Gadis itu tertawa. Sepasang mata yang bening itu menatap ke arahnya yang sedang tersenyum. Sejurus gadis itu tunduk malu. Dia hanya tertawa nakal. Bukan dengan abang saja. Hana nak kita semua bersama. Hana, abang, mak, ayah, baba. Gadis itu mencanang satu persatu. Baba? Dia tergamam. Hmmm... baba. Gadis itu mengangguk selamba. Kenapa Hana selalu panggil ayah abang baba? Tak rasa pelik ke? Apa nak dipelikkan, ayah abang yang suruh Hana

ANITA ARUSZI

panggil dia baba. Baba sayangkan Hana. Hana pun sayangkan baba, sama macam Hana sayangkan ayah. Bisik gadis itu riang. Dan dia hanya tersenyum mendengar bicara gadis itu yang keletah. Entah kenapa dia turut senang mendengar kata-kata itu. Naz? Panggil suatu suara. Dia tersentak. Sepantas kilat lamunannya hilang entah ke mana. Serentak tangannya pantas memegang kalung kecil bertatah sapphire di lehernya, sesuatu yang kini menjadi tabiatnya sejak dulu. Nashriq memandang ke arah tuan empunya suara. Dahinya berkerut. Erman tersenyum memandangnya. Kenapa? Kita dah sampai. Bisik Erman di cuping telinganya. Dia tergamam. Serentak matanya mengintai dari celah jendela kapal terbang yang hampir mendarat. Entah mengapa perasaannya tiba-tiba bergolak. Dia menarik nafas panjang. Dua belas tahun. Dua belas tahun lamanya tempat itu ditinggalkannya. Apakah segala-galanya masih sama seperti dulu? Abang jangan pergi, jangan tinggalkan Hana. Rayu Raihana berkali-kali. Dia hanya mampu memandang gadis itu. Hatinya kelu melihat pipi licin yang kebasahan dan riak muram yang terukir di wajah gadis kecil itu. Tiada sebarang janji terbit dari bibirnya. Entah kenapa dia takut mahu berjanji, bimbang harapan gadis itu menggunung tinggi terhadapnya. Sedangkan perasaannya masih samarsamar. Hana tahu abang bencikan Hana. Abang bencikan seluruh keluarga Hana. Dia menggeleng. Tuduhan Raihana memeritkan perasaannya. Hatinya rasa terbeban. Cukuplah apa yang dia

REMBULAN BERDARAH

rasakan selama ini. Kamu kena lupakan dia Naz. Dia anak pembunuh! Kata-kata pak ciknya, Engku Iskandar membuatkan dia resah. Anehnya, mulutnya bagaikan terkunci ketika itu. Sedikitpun dia tidak membela Raihana. Perlakuannya bagaikan membenarkan tuduhan demi tuduhan itu tertimpa pada gadis kecil yang baru berusia 12 tahun. Umi tak mahu Naz sebut nama budak tu lagi. Sekali umi benci, sampai tujuh keturunannya pun umi haramkan kita memandangnya. Bentak Engku Latifah pula, menyorot resah berpanjangan dalam dirinya. Nashriq panggil Erman perlahan. Anak muda itu menoleh. Bibirnya tersenyum tenang. Abang balik ke hotel dulu, saya nak ke suatu tempat. Ujarnya pada Erman ketika mereka sudah tiba di balai ketibaan. Tapi Naz Kata-kata Erman tersekat di kerongkong, apabila lelaki itu melewatinya lalu hilang di sebalik kelibat orang ramai. Erman kaget.

MATANYA asyik terperosok ke arah air tasik yang membiru. Melihat ketenangan air tasik itu, dia tidak dapat menahan dirinya. Seketul batu dikutip lalu dilemparkan mengena air tasik. Air tasik yang tadi tenang mula bergolak. Gelora air tasik itu dihujani batu-batu kecil, sama seperti gelora yang ada dihatinya sejak sekian lama. Dia memandang lesu ke arah rumah dua tingkat bercirikan gabungan tradisional moden yang menjadi tempatnya bermain bersama Raihana suatu ketika dahulu. Rumah itu masih wujud, hanya gelak ketawa yang

ANITA ARUSZI

ditinggalkannya dahulu sudah hilang pudar entah ke mana. Papan tanda tertulis Vila Kecil yang menjadi lambang suatu ikatan hati yang termeterai antara dia dan Raihana dulu, kini umpama papan tanda yang sudah tidak ada ertinya lagi. Hambar dan kosong. Rumah itu tidak lagi seseri dahulu. Rumput-rumput panjang tumbuh meliar tidak terjaga. Malah dinding rumah itu juga dipenuhi lumut dan catnya juga sudah terhakis, tidak seperti semasa arwah ayahnya masih hidup. Sewaktu dulu, ayahnya amat menyayangi rumah itu. Vila Kecil, nama yang diberi pada rumah itu seakan memberi satu makna yang mendalam buat ayahnya. Dia sendiri bagaikan dapat merasai hati ayahnya ada di vila itu. Setiap tenaga dan usaha ayahnya tercurah sepenuhnya untuk membina sebuah vila yang diidam-idamkan oleh lelaki itu. Hanya selepas itu, rumah itu diserahkan pada Munif sekeluarga, pemandu ayahnya yang sangat rapat dengan mereka. Malah hubungan erat itu, memungkinkan satu ikatan hati yang cukup tulus antaranya dengan Raihana, anak pemandu ayahnya. Gadis cilik berpipi tembam yang cukup keletah dan manja dengannya. Tapi itu semua kenangan lama. Kini Vila Kecil terbiar begitu sahaja. Rumah itu bagaikan disumpah. Semuanya kerana peristiwa yang mencengkam hatinya sejak sekian lama. Naz, kita kena bertolak sekarang. Dah tiba masanya. Lelaki bercermin mata gelap itu menyentuh bahunya. Dia terkesima. Wajah Erman tampak serius. Abang, saya tak mahu pergi.. Lelaki itu terdiam. Dia membuka kacamata hitam yang dipakainya. Kita kena pergi Naz. Ini permintaan Tuan Zainal.

REMBULAN BERDARAH

Dia bimbang kalau Naz masih di sini, nyawa Naz akan terancam. Abang rasa betul ke pak cik Munif yang bunuh ayah? Entah kenapa dia mengajukan soalan itu tiba-tiba. Lelaki di hadapannya itu tidak bersuara. Namun mata lelaki itu seolah memikirkan sesuatu. Soalannya terus terbiar sepi tanpa jawapan. Dia menarik nafas panjang. Wajah ayahnya pula bermain di hadapan mata. Suatu hari nanti, Naz akan mewarisi perniagaan ayah. Perniagaan yang lahir dari setiap keringat dan darah yang ayah tumpahkan. Tapi sebelum saat itu tiba, kita terpaksa korbankan banyak benda dalam hidup ini. Suatu hari nanti, Naz akan faham maksud ayah. Dan jika suatu hari nanti ayah sudah tiada di samping Naz, Naz kena janji dengan ayah, jaga diri Naz baikbaik. Dan yang paling penting, Naz kena lindungi Hana selalu. Ayah sayangkan kamu berdua. Ucap lelaki itu sebak. Setitis air hangat mengalir dari celah pipinya. Dia cepat-cepat menyapunya dengan tangan, bimbang gelodak hatinya dapat disilau oleh mata-mata pejalan kaki yang melalui kawasan tasik itu. Namun kenangan lalu tak mampu dihalau keluar dari hidupnya. Kami dah cuba sedaya upaya. Tapi kami tak mampu selamatkan dia. Badannya melecur teruk. Kata-kata lelaki berpakaian serba putih itu pula mengintai di celah ingatannya. Nashriq memejamkan matanya. Dadanya sebak. Fragmen-fragmen luka datang bertandang, mengetuk tangkai hatinya tanpa dia sedari. Mana mungkin dia lupa pada sebuah kelukaan yang terbit dari tragedi dua belas tahun yang lalu. Luka di hatinya entah kenapa enggan sembuh.

ANITA ARUSZI

TUAN ASRI, Nashriq dah balik. Orang kita di kedutaan di sana, baru sahaja hantar faks pada kita. Dia naik penerbangan malam semalam dari LAX terus ke Kuala Lumpur. Ujar seorang lelaki muda, mengadap seorang lelaki separuh umur yang sedang asyik merenung ke luar jendela. Lelaki itu segera menoleh. Nama Nashriq menarik minatnya. Di mana dia sekarang? Vila Kasih? Soalnya ingin tahu. Saya dapat tahu mereka terus ke hotel untuk menginap. Mereka tak pulang ke Vila Kasih. Lelaki itu termenung panjang. Kenapa anak itu tidak terus pulang ke rumah? Hampir dua belas tahun tidak pulang ke tanahair, takkan dia tidak rindu pada ibunya? Tuan nak jumpa dia? Tanya lelaki muda itu. Dia hanya tersenyum lantas menggelengkan kepala. Tak payahlah Lan, belum sampai masanya untuk kami bertemu. Biarlah dulu. Kau dah berjaya jejak Molin? Azlan mengangguk. Kami dah jumpa dia bersembunyi di kampung halamannya di Banting, Kedah. Kamal akan bawa dia ke sini nanti. Ujar lelaki itu. Bagus. Dah sampai masanya kita tahu cerita sebenar. Awasi Molin baik-baik, jangan sampai dia terlepas. Arah lelaki itu. Azlan mengangguk akur. Dia sudah maklum dengan tugas yang sudah lama diserahkan kepadanya. Sudah hampir dua tahun mereka menjejak Molin Rahman. Baru kini mereka berjaya mengesan jejak lelaki itu. Hanya dengan kewujudan Molin Rahman, baru mereka boleh membawa CK Tan jatuh dari singgahsananya.

REMBULAN BERDARAH

Bab 2
IA memberhentikan langkah. Tertarik pada seorang wanita gempal yang sedang menjual pisang goreng di gerai kecil, tidak jauh dari simpang masuk ke rumahnya. Aroma pisang goreng semerbak harum membuatkan perasaannya jadi ceria. Dia teringatkan ayahnya yang suka benar menjamah pisang goreng petang-petang begitu. Beli pisang goreng dik? Tegur wanita si penjual.a Dia sekadar tersenyum lalu mengangguk. Bagi tiga ringgit kak, pintanya seraya meraba-raba dompet kecil dalam saku bajunya. Sebentar sahaja, dia mengeluarkan wang tiga ringgit lalu segera dihulurkan ke arah si penjual. Wang dan pisang goreng bertukar tangan. Hatinya terasa puas. Langkahnya diatur laju menuju ke arah sebuah rumah teres dua tingkat di kawasan perumahan itu. Sesekali matanya menoleh ke arah sekawan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di taman permainan yang hanya terletak beberapa ela di hadapan rumahnya. Baru hendak melangkah masuk, dia terdengar bunyi

10

ANITA ARUSZI

kaca terhempas ke lantai. Dia terpanar. Serta-merta jantungnya berdegup kencang. Pantas dia menolak daun pintu, lalu berlari ke arah dapur. Melihat seorang lelaki separuh umur sedang tunduk mengutip sisa kaca yang pecah, serta-merta darahnya menyirap. Ayah. Dia bersuara separuh panik. Lelaki yang sedang tunduk itu tergamam. Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah Duha Maisara yang kelihatan kaget. Serentak mulutnya melepaskan keluhan berat. Dah balik pun kamu, aku ingatkan kamu tak mahu balik hari ni. Agaknya kamu nak biarkan orang tua macam aku ni mati kelaparan, baru kamu puas hati? Sindir lelaki itu tiba-tiba. Duha Maisara terkedu. Duha minta maaf ayah. Tadi Duha nak balik awal, tapi bos di tempat kerja Duha suruh kami kemaskan stokstok buku lama. Itu sebabnya Duha lambat balik, tapi tadi Duha ada belikan ayah pisang goreng. Kamu ingat sekadar dengan pisang goreng tu, kamu boleh penuhkan perut aku ni? Apa yang aku nak duit. Mana duit gaji kamu bulan ni? Asak Bustaman sambil mencerlung tajam ke wajah anak gadis itu. Duha Maisara terdiam. Dia memandang ayahnya seketika, sebelum perlahan-lahan mengeluarkan dompet duit dari saku bajunya. Namun sebelum sempat dia membuka dompetnya, tiba-tiba sahaja dompet di tangannya direntap kasar. Duha Maisara kaku melihat Bustaman rakus mengeluarkan beberapa keping not dari dompetnya. Banyak ni aje kamu ada? Bustaman seolah naik berang.

11

REMBULAN BERDARAH

Duha simpan separuh di bank. Kalau ayah nak pakai duit tu ayah ambillah, tapi duit di bank tu Duha simpan untuk kegunaan abang, sahut Duha Maisara perlahan. Bustaman terdiam. Dia memandang gadis itu. Timbul rasa serba salah, tapi dia perlukan duit itu untuk mendapatkan semula wangnya yang banyak dihabiskan di meja judi. Dia teringatkan janjinya dengan Hussain dan Badri untuk bertaruh pada perlawanan poker malam nanti. Kalau kau nak menang balik duit yang kau kalah pada Black tempoh hari, inilah masanya. Aku dengar Black nak buat pertaruhan besar malam nanti. Ujar Hussein galak. Tapi aku tak ada duit. ManMan, anak kau kan ada. Mintalah duit dari dia. Siang malam aku tengok dia kerja, takkan tak ada duit di tangan. Pancing Badri pula. Dan dia seperti orang bodoh, seolah dirasuk untuk mendapatkan balik wangnya yang banyak dihabiskan di meja judi. Kerana judi, dia bagaikan lupa pengorbanan Duha Maisara yang bertungkus-lumus bekerja keras menyara keluarga. Tugas yang sepatutnya dia lakukan, terpaksa dibebani di pundak Duha Maisara seorang. Ayah, Duha nak masak malam nanti. Ayah nak makan apa, Duha masakkan ya, ujar Duha Maisara cuba mengambil hati. Tutur kata gadis itu sentiasa lembut tersusun. Biar bagaimana kuat sekalipun dia menghamun anak gadis itu, Duha Maisara tidak pernah melawannya. Tidak sekali juga meninggikan suara padanya. Errr... tak payahlah, aku nak keluar malam ni. Oh ya, tadi Jun tu telefon, dia suruh kamu datang ke Blue Ocean malam ni. Katanya penyanyi yang sepatutnya buat persembahan malam ni, demam. Mereka tak sempat nak cari

12

ANITA ARUSZI

ganti, kamu ke sana malam ni. Putus Bustaman. Duha Maisara tergamam. Wajahnya berkerut resah. Dia memandang Bustaman yang mula mengatur langkah ingin beredar. Ayah, Duha tak mahu lagi kerja di sana. Kalau ayah suruh Duha kerja apa pun tak apa, biar susah sekalipun. Tapi Duha dah tak mahu jejakkan kaki ke sana lagi. Duha dah serik. Mendengar kata-kata Duha Maisara, Bustaman tidak jadi mengatur langkah. Dia memandang anak gadis itu tidak berkelip. Entah mengapa, dia naik radang mendengar butir bicara anak itu. Aku suruh kamu ke sana jadi penyanyi, bukannya aku suruh kamu jadi pelacur atau perempuan pelayan di situ. Keras tutur kata Bustaman. Lagipun satu malam di situ kamu boleh untung banyak, dari kamu penat bekerja bermati-matian di kedai buku yang tak seberapa tu. Aku tak peduli, malam ni kamu mesti ke Blue Ocean. Putus Bustaman tanpa menghiraukan perasaan Duha Maisara. Air mata Duha Maisara bergenang. Dia terduduk lemah di suatu sudut. Kata-kata pemutus lelaki itu bagaikan memberi hukuman mati padanya. Entah bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki-lelaki buas di kelab malam itu. Meskipun dia hanya penyanyi, namun situasi yang dihadapinya sama seperti GRO-GRO lain. Malah sudah acap kali juga Mami Jun, pemilik kelab malam itu memujuknya bertemankan lelaki-lelaki kaya yang mahu memikatnya. Hanya wanita itu masih ada hati perut, tidak pula memaksa apabila dia menolak. Meskipun terpaksa bekerja di sana, iman Duha

13

REMBULAN BERDARAH

Maisara masih tebal. Dia masih tahu baik buruknya. Malah dia tak putus-putus berdoa agar Allah melindunginya selalu. Itulah doanya saban malam setiap kali selepas menunaikan solat.

14

ANITA ARUSZI

Bab 3
RMAN yang sedang menonton televisyen di ruang tamu terganggu dengan deringan loceng pintu yang tak henti-henti singgah. Dia memperlahankan volume televisyen. Dahinya berkerut. Siapa agaknya yang datang malam-malam begini? Matanya sempat mengintai kelibat Nashriq yang asyik berkurung di dalam biliknya sejak tadi. Apabila tombol pintu dipulas, nafas Erman bagai terhenti apabila melihat riak airmuka yang kurang menyenangkan di hadapan matanya. Puan Engku.... Erman tergagap-gagap bersuara. Wanita itu melangkah masuk tanpa disuruh. Nashriq mana? Kenapa kau tak bawa Naz pulang ke rumah terus? Erman diajukan dengan pelbagai pertanyaan. Buntu kepalanya mahu memberi jawapan. Apatah lagi mata wanita itu seolah memancarkan api kemarahan ke arahnya. Maaf Puan Engku, ini permintaan Nashriq. Saya tak mampu menolak. Erman, kau kena ingat, tugas kau hanya

15

REMBULAN BERDARAH

melindungi Nashriq, bukannya mengikut apa kehendak dia. Aku ni ibunya, aku lebih berhak.

sahaja

Tapi Nashriq adalah keutamaan saya Puan Engku. Setiap arahan dari Nashriq adalah menjadi tanggungjawab saya, kewajipan saya. Inilah janji saya pada arwah Tuan Zainal dulu. Balas Erman, berani. Huh, buang masa saja aku cakap dengan kau ni. Mana Nashriq? Aku nak jumpa dia. Mata Engku Latifah meliar mengawasi setiap inci bilik hotel itu. Apabila bebola matanya mengarah ke sebuah bilik, dia memandang Erman. Aku tahu Nashriq ada di dalam. Kau panggil dia sekarang, katakan aku nak bercakap dengan dia. Suruh Engku Latifah. Erman terdiam membisu. Dia ragu-ragu mahu mengikut arahan wanita itu. Tapi kalau dia tidak patuh, mulut wanita itu akan bertambah bising. Mahu tak mahu, Erman segera menghampiri kamar di hadapannya. Tangannya diangkat tinggi-tinggi. Dia bersedia mahu mengetuk pintu bilik. Namun belum sempat dia mahu berbuat demikian, pintu di hadapannya tiba-tiba dibuka dari arah dalam. Erman tergamam. Begitu juga dengan Engku Latifah. Nashriq tercegat dengan wajah tenang. Matanya memandang ke arah ibunya tidak berkelip. Namun pandangannya jelas hambar. Umi apa khabar? sapanya. Umi baik, tapi Naz yang umi bimbangkan. Kenapa umi tengok Naz macam sengaja nak elakkan diri dari umi. Kenapa sayang? Soal Engku Latifah dengan wajah rungsing. Nashriq terdiam. Dia memusingkan badannya ke arah jendela. Matanya seolah memandang jauh, seperti memikirkan sesuatu. Kita pulang ke Vila Kasih ya Naz, umi dah lama

16

ANITA ARUSZI

rindukan Naz. Selama ini umi selalu bosan tinggal sorangsorang di rumah. Umi dah pesan suruh Mak Ngah siapkan makanan istimewa untuk Naz malam ni. Maaf umi. Buat masa ini, rasanya lebih baik kalau saya tinggal di hotel saja dengan abang Erman buat sementara. Engku Latifah terdiam. Memang sudah terang lagi bersuluh, anak lelakinya itu sengaja mahu mengelakkan diri darinya. Sepertimana masa dua belas tahun itu berlalu, sekarang ini juga sama. Nashriq tetap dingin dengannya. Kenapa Naz buat umi macam ni? Sampai bila Naz nak marahkan umi? Saya tak marahkan umi. Bohong. Kalau Naz tak marah, kenapa Naz seolah tidak sudi memandang wajah umi? Kenapa Naz tak mahu pulang ke rumah kita? Nashriq terdiam. Haruskah dia mencanang satu persatu perkara yang membuatkan hatinya terbelenggu selama ini? Selama ini bukan dia tidak rindu untuk menjenguk rumah itu. Setiap kenangan usia kecilnya ada di rumah itu. Kenangan terindah yang dianyamnya bersama Raihana dulu juga ada di situ. Malah dia rindu pada bisikan dan gelak ketawa Raihana yang keletah dan berpipi tembam. Bukan umi yang halau Raihana dan ibunya. Selepas Naz ke luar negara dan Munif meninggal dunia, mereka ghaib macam tu saja. Percayalah Naz, umi tak tahu mana mereka pergi. Bersungguh-sungguh Engku Latifah mahu menyakinkan Nashriq. Namun anak muda itu tetap mendiamkan diri.

17

REMBULAN BERDARAH

NASHRIQ mengusap potret usang yang sudah lama berada dalam simpanannya. Wajah seorang gadis manis sedang tersenyum, indah menghiasi dada potret di sampingnya yang menunjukkan wajah lucu. Anehnya, potret itu seolah berbicara di telinganya. Cantikkan gambar ni. Sekarang abang simpan gambar ni sekeping, Hana simpan sekeping. Hana nak buat frame, letak di bilik, cadang gadis itu. Hmmm... tak mahulah simpan gambar ni. Gambar Hana ni buruk sangat, tak selera abang tengok. Siapa buruk? Gambar Hana ke gambar abang? Raihana sudah mula menunjukkan muncung sedepa. Dan dia hanya tertawa. Lucu kerana gadis itu cepat sahaja merajuk jika dia menyakat. Gambar Hanalah hodoh. Abang memang dah handsome, ramai peminat dekat sekolah tu. Dia mencanang kelebihan diri sendiri. Raihana dilihatnya mencebikkan bibir. Kenapa, tak percaya? Dia tersenyum. Raihana tiba-tiba tertawa kecil. Melihat gadis itu tertawa, dia turut sama tergelak. Lucu dengan sikap masingmasing. Nashriq mengeluh. Sukar untuknya memadamkan kenangan lama. Bagaikan baru semalam juga dia menerima kematian ayahnya. Malah tangisan gadis itu terdengar di telinga hampir setiap malam, sejak dua belas tahun dulu. Mana mungkin dia melupakan Raihana begitu sahaja. Mana mungkin dia menyimpan perasaan benci pada gadis itu. Ayah Hana bukan pembunuh. Abang kena percaya cakap Hana. Dia memandang gadis itu tidak berkelip. Mata

18

ANITA ARUSZI

Raihana yang bening melemparkan raut sedih. Bekas-bekas airmata masih tersisa di pipinya. Dia menggetapkan bibirnya. Terasa sakit sebagaimana hatinya saat itu. Hana balik rumah dulu. Suruhnya. Tak mahu, Hana nak jumpa ayah. Hana nak ayah mengaku depan abang bukan dia yang bunuh baba. Untuk apa? Kalau bukan ayah Hana yang buat, kenapa polis jumpa dia dengan tong minyak tanah tu. Kenapa dia cuba lari bila nampak polis datang? Nada suaranya bertukar keras. Sesaat kemudian dia jadi kesal. Raihana terdiam. Mata gadis itu merah memandang ke arahnya. Dia kaku. Perasaan serba salah muncul tatkala melihat wajah Raihana pucat lesi. Dia mendekati Raihana perlahan-lahan, lalu memegang bahu gadis itu. Bahu Raihana dibawa ke dalam pelukannya. Dia memeluk gadis itu kemaskemas. Matanya dipejamkan, cuba menahan airmatanya yang hampir mahu tumpah. Abang pun tak percaya cakap Hana? Pertanyaan itu singgah di telinganya. Dia membuka matanya perlahanlahan. Bahu Raihana dilepaskan. Mata gadis itu basah ketika menatapnya. Hana sangkakan abang akan percaya pada Hana. Tapi rupa-rupanya Hana silap. Abang sama sahaja macam umi abang. Hana, abang. Raihana mundur beberapa langkah. Wajahnya kelihatan bingung. Selama ini ayah sayangkan abang. Sampai hati abang tak percayakan dia. Bisik anak gadis itu sayu. Damn it! Tangannya pantas menolak barang-

19

REMBULAN BERDARAH

barang yang terusun di atas meja. Habis bersepah semua barang-barang itu tercampak ke lantai. Nashriq terduduk lemah. Wajahnya merah padam. Mendengar bunyi bising dari dalam bilik Nashriq, Erman segera berkejar ke situ. Terperanjat besar lelaki itu melihat barang-barang yang bertaburan di lantai. Nashriq pula dilihat berteleku di suatu sudut dengan wajah muram. Erman mengeluh panjang. Perlahan-lahan anak muda itu segera didekati. Dia memandang wajah itu berkali-kali. Selama dia hidup bersama Nashriq, dia faham benar perasaan Nashriq. Dia tahu gelora rindu yang menyelubungi diri Nashriq. Dia mengerti. Teramat mengerti sebenarnya. Abang tak suka kalau Naz terus-terusan bersikap begini. Sekarang Naz dah balik ke sini, tentu tak ada masalah untuk cari dia lagi. Ucap Erman. Abang cakap senang, tapi kita pernah buat segalagalanya untuk cari dia beberapa tahun yang lalu. Kita upah PI, kita kesan namanya di setiap tempat, tapi mana dia? Dia seolah-olah tidak wujud lagi. Erman terdiam. Memang mereka berusaha keras mencari Raihana sejak beberapa tahun yang lalu. Namun semuanya menemui jalan buntu. Erman mengeluh kecil. Kalau ada keinginan, maka di situ ada jalan. Kalau susahsusah sangat, kita iklankan saja di suratkhabar, cadang Erman. Iklan di surat khabar? Nashriq tercengang. Hmmm, abang ada kawan yang bekerja di suratkhabar. Kita iklankan gambarnya, tentu ada hasilnya nanti. Nashriq terdiam. Kata-kata Erman membuatkan dia

20

ANITA ARUSZI

termenung panjang. Waktu Raihana hilang, usianya baru dua belas tahun. Kini hampir dua belas tahun juga masa berlalu. Bermakna usianya sekarang pasti mencecah dua puluh empat tahun. Pasti wajahnya banyak berubah. Bagaimana kalau dia gagal mengecam Raihana? Atau bagaimana kalau Raihana sengaja mengelak diri untuk bertemunya. Apa yang kau fikirkan lagi tu? Erman mengerutkan dahi. Bimbang melihat lelaki itu diam sahaja. Saya takut kalau saya tak boleh kenal dia lagi. Bisik Nashriq sedikit risau. Erman tersenyum. Dia menepuk bahu Nashriq perlahan. Naz, kalau hati kita terlalu rindukan seseorang. Biar seribu tahun sekalipun, hati kita akan tetap mengecamnya. Percayalah cakap abang ni. Nashriq tersenyum. Pandai Erman memujuknya. Sangkanya lelaki seserius Erman tidak pandai menghela madah kata. Namun dugaannya meleset. Erman bagaikan penasihatnya pula. Lagi satu, kalau kau tak mahu balik ke Vila Kasih, kita sewa apartment atau rumah. Sampai bila kita nak tinggal di hotel macam orang berkelana. Cadang Erman. Suka hati abanglah. Tinggal di mana-mana sama sahaja bagi saya. Balas Nashriq muram. Sabarlah. Lambat laun kita pasti bertemu dia. Pujuk Erman lagi apabila dilihatnya wajah Nashriq terus diimbau keresahan.

21

REMBULAN BERDARAH

Bab 4
NGKU ISKANDAR termenung panjang. Dia memandang isterinya seperti tidak percaya. Engku Zarina hanya mengangguk mengiyakan. Betul bang, I dengar perkara ni dari mulut Latifah sendiri. Latifah yang beritahu I budak Nashriq tu dah balik ke mari dengan Erman. Huh, apa mimpi Nashriq tu balik? Selama ini bukan dia yang enggan balik ke mari, meski berbuih mulut Latifah tu memujuk? You agak, Nashriq balik ke mari sebab nak ambilalih tugas you di syarikat? Tanya Engku Zarina. Lelaki itu terdiam. Mungkinkah? Lagipun anak muda itu pewaris empayar Zainal Ikram. Dia tahu selagi Erman ada di samping Nashriq, pasti lelaki itu akan kembali menuntut hak yang sah sepertimana yang termaktub dalam wasiat. Apa lagi Latifah cakap fasal Nashriq? Fasal apa lagi kalau bukan fasal budak Hana tu. Dari dulu sampai sekarang, mulut Nashriq tak lekang menyebut nama budak keparat tu. Engku Zarina mencebik. Dia tahu tentang Hana?

22

ANITA ARUSZI

Saya tak rasa macam tu. Kalau Latifah tak tahu, maka Nashriq juga takkan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Entah apa reaksi Nashriq kalau tahu budak Raihana tu sebenarnya sudah mati. Engku Zarina tergelak kecil. Engku Iskandar tersenyum. Hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dua belas tahun tahun dulu. Suatu ceritera yang dicipta untuk memalsukan dongeng yang hampir wujud. Kalau bukan kerana dia menemui pusara Suhana di Kampung Telaga Pandak, sudah tentu dia takkan tahu rahsia yang cuba disembunyikan oleh Zainal dan Munif dari pengetahuannya dan adiknya Engku Latifah. Sebijak-bijak kau Zainal, kau tetap tak boleh menipu aku, Engku Iskandar tersengih. Dia mula teringat kisah lama. Tubuh gadis itu dihenyak kasar ke arah dinding, Gadis itu mengaduh kesakitan. Namun kedua-dua lelaki, orang suruhannya hanya tertawa memandang ke arah tubuh kecil itu. Dia yang duduk tersorok di suatu sudut hanya memandang tanpa sepatah kata.. Pak cik-pak cik ni siapa? Kenapa buat Hana macam ni? Gadis itu teresak-esak menahan sakit. Tangannya masih terikat sejak dia di bawa dari hospital tadi. Kau tak perlu tahu kenapa kami buat semua ni. Lagipun kami dibayar tinggi untuk menangkap kau. Pak cik nak buat apa dengan Hana? Wajah itu jelas ketakutan. Itu bukan urusan kami. Nasib kau juga bukan kami yang tentukan. Lelaki bercermin mata itu bersuara, lantas menoleh ke belakang. Dia tahu sudah tiba masanya dia muncul. Perlahanlahan dia mara ke hadapan. Raihana turut menyorot

23

REMBULAN BERDARAH

langkahnya perlahan-lahan. Dan seperti yang diduga, anak gadis itu tergamam melihatnya. Pak cik Is? Dia memandang gadis itu tidak berkelip. Bibirnya mengorak senyuman lebar. Wajah gadis yang dalam ketakutan itu ditenung tajam. Kenapa, kamu terkejut tengok aku? Pak cik Is ke yang suruh mereka tangkap Hana? Tapi kenapa? Kenapa? Sepatutnya kamu lebih tahu. Tanyalah ayah dengan mak kamu kenapa aku buat begini. Dia tergelak besar. Tapi Hana tak salah pak cik. Hana juga percaya ayah bukan pembunuh. Siapa yang percaya kata kamu? Nashriq percaya? Gadis itu terdiam. Raut wajahnya serta-merta berubah. Dia memerhatikan gadis itu dengan perasaan benci yang semakin kuat bercambah dalam dirinya. Sejak dia tahu rahsia itu, wajah gadis kecil itu sentiasa merantai jiwanya. Setiap keinginan yang dia himpunkan sejak sekian lama, musnah begitu sahaja. Ayah kamu pembunuh. Anak seorang pembunuh macam kamu tak layak hidup bersama waris kekayaan empayar Zainal Ikram. Kamu mengerti maksud aku kan? Jadi pak cik nak buat apa dengan Hana? Pak cik nak bunuh Hana? Bunuh? Aku takkan kotorkan tangan aku untuk anak pembunuh macam kamu. Aku hanya nak bawa kamu jauh dari sini. Ujarnya. Raihana tersentak. Pergi dari sini? Tidak! Hana tak boleh tinggalkan tempat ini. Hana tak mahu tinggalkan mak, pak cik. Mak perlukan Hana. Kalau
24

ANITA ARUSZI

pak cik tak mahu Hana jumpa dengan abang, Hana janji. Hana takkan bertemu abang lagi seumur hidup Hana. Rayu gadis itu. Namun airmata gadis itu sedikitpun tidak mampu melenturkan keras hatinya. Kamu ingat aku peduli dengan janji kamu? Lagipun mak kamu dah tak boleh menemani kamu lagi. Kamu pun tak perlu tunggu dia. Dia tergelak besar, diikuti deraian tawa teman-temannya. Raihana tergamam. Entah kenapa kata-kata lelaki itu mencambahkan rasa gementar dalam dirinya. Dia bimbang. Benar-benar risau jika ada sesuatu yang buruk berlaku pada ibunya. Mak kamu dah mati, Raihana. Ayah kamu juga akan mati sendirian di dalam penjara. Bisiknya di tepi telinga yang kecil mulus itu. Mata Raihana menatapnya dengan pelupuk yang bergenang. Dia tahu umpannya mengena. Dia tahu kata-katanya umpama racun berbisa yang sedang mengalir dalam urat saraf gadis kecil itu. Kamu tak percaya mak kamu dah mati? Baru sebentar tadi aku hantar mak kamu ke syurga. Ketawanya semakin besar sambil menggoyang-goyangkan botol kecil berwarna hitam gelap di tangannya. Melihat botol di tangan lelaki itu, jantung Raihana bagaikan berhenti berdenyut. Dia menggelengkan kepalanya. Tidak! Tak mungkin! Mak tak akan tinggalkan Hana sendirian. Mak tak mungkin pergi! Ketawa lelaki-lelaki itu bergema lagi, sedangkan tubuh Raihana sudah terkulai di suatu sudut. Dalam sekelip mata, dia hilang segala-galanya. Wajah ibu dan ayahnya silih berganti muncul, sebelum semakin berbalam dalam kilauan airmata yang kian lebat menitis di pipinya. Dia pasrah. Bibir Engku Iskandar
25

melemparkan

senyum

REMBULAN BERDARAH

senang. Siapa sangka, duri yang cuba dihapuskan dalam hidupnya dengan mudah sahaja dibuang. Tidak perlu dia bersusah payah. Ada orang menyenangkan lagi kerjanya. Selagi gadis itu kekal diam di alam barzakh, Nashriq tidak akan tahu rahsia yang tersembunyi sejak sekian lama.

BUSTAMAN mengeluh panjang. Wajah Black nampak riang di hadapan matanya. Dia cuak. Bulat matanya melihat wangwangnya habis begitu sahaja di tangan Black. Namun dia akui lelaki itu cukup pakar dalam permainan poker. Jika tidak, masakan dia berulangkali kalah di tangan lelaki itu. Bagaimana Man? Hehehejangan sedih, lain kali kau boleh cuba lagi. Black tertawa sinis. Dia menggetapkan bibirnya. Sedari tadi, lelaki itu tak habis-habis berlagak di hadapannya. Helaian wang yang dimenanginya, tak sudahsudah ditayangkan di hadapannya. Dia tahu lelaki itu sengaja mahu menaikkan darahnya. Sabar Man, kau bukan tak tahu Black ni banyak kaki. Mati kau nanti dihentamnya, bisik Hussein, seolah memberi amaran. Dia sudah mengenggam penumbuk. Celaka punya Black, habis semua wang aku malam ni. Ini kaulah punya fasal. Dia mencerlung tajam ke arah Hussein. Hei kawan, aku pulak yang disalahkan. Kau tu yang tak pandai main poker, balik belajar dulu lah. Hussein melawan. Bustaman mengeluh. Dia sudah mati kutu. Nak balik, tambang teksi pun tak lepas. Hussein, pinjam duit kau sikit pada aku. Dia memandang lelaki itu.

26

ANITA ARUSZI

Sorrylah Bustaman, malam ni aku dah taja dua orang kawan kita kat meja hujung tu. Duit aku entah boleh dapat balik ke tidak. Kau pergi cari Badri. Suruh Hussein. Huh mamat tu lagi kedekut nak mampus. Bustaman mencebik. Hussein tergelak besar. Tak pun, kau call anak kau minta dia datang ke mari. Siapa? Bustaman mengerutkan dahinya. Hai anak sendiri pun tak ingat. Mana-manalah yang kau rasa boleh beri kau duit. Saran Hussein. Dia diam. Hendak minta duit pada siapa? Baru siang tadi, dia minta wang dari Duha Maisara. Hampir setengah bulan gaji gadis itu dihabiskan di meja judi. Lagipun kalau dia memaksa Duha Maisara mengeluarkan lagi wangnya di bank, sampai mati pun Zafran takkan memaafkannya. Bustaman termenung panjang. Dia melangkah lemah melalui lorong-lorong di belakang bangunan itu. Namun langkahnya terhenti tiba-tiba, tatkala terpandang sesusuk tubuh sedang berlalu di hadapannya. Black! Lelaki itu terhoyong hayang melangkah. Bustaman tersengih tiba-tiba. Barangkali lelaki itu mabuk agaknya. Bagus! Orang mabuk selalunya tak boleh melawan. Baik aku rampas semula duit aku tadi. Bustaman mula berkira begitu. Perlahan-lahan langkah Black diekori dari jarak dekat. Dia sudah tidak kira. Perasaan tamak lebih menguasai dirinya saat itu, berserta dengan dendam terhadap lelaki berkulit hitam gelap itu. Tangannya digenggam kuat. Bersedia untuk memulakan tindakan pertama!

27

REMBULAN BERDARAH

Bab 5
ASHRIQ asyik memerhatikan Erman yang sedang menghirup kopi pekat tanpa gula di hadapannya. Dahinya berkerut. Namun wajah Erman biasa sahaja, seolah-olah dia langsung tidak berasa pahit. Apabila Erman mendongakkan wajah, matanya bertembung pandang dengan renungan Nashriq yang nampak aneh. Kenapa kau pandang abang macam tu? Soal Erman hairan. Nashriq tersengih. Lantas kepalanya digelengkan sambil dia mengacau tehnya sendiri yang telah bercampur karamel dan gula batu. Kenapa? Kau masih hairan tengok abang minum kopi tanpa gula? Nashriq memandang lelaki itu. Dia tersenyum. Dah berbelas tahun, abang tetap suka kopi pahit tu. Sekalipun muka abang tak pernah berkerut ketika menghabiskannya. Apa rahsianya? Soal Nashriq mengulang soalan yang selama ini tak pernah dijawab secara logiknya oleh Erman.

28

ANITA ARUSZI

Erman ketawa terkeheh-keheh. Siapa kata kopi pahit tak pahit? Tapi yang pahit itulah yang sedap. Jawab Erman seperti selalu. Apa yang sedapnya? Banyak. Bau harum biji kopi takkan hilang, aromanya akan tetap kekal sampai bila-bila pun. Lagi satu, minum kopi pahit ni seolah seperti kita sedang mendefinisikan semula hidup kita. Memberi kekuatan dan kelebihan pada diri. Terang Erman sambil tergelak besar. Nashriq tercengang. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini kata-kata Erman lebih pelik kedengaran berbanding dulu. Lebih baik dia hanya mendiamkan diri jika begini. Jawapan Erman tak pernah mudah. Naz., panggil Erman tiba-tiba. Nashriq menatap lelaki itu. Wajah Erman tampak serius kali ini. Kopi ni memang kopi yang paling pahit di Kuala Lumpur sejak kali terakhir kita bercuti di Venice dulu. Ucap Erman perlahan. Nashriq terdiam. Dia tahu lelaki itu ingin terus berkata-kata. Dalam dua belas tahun ni, tugas abang membuatkan abang semakin dekat dengan kau. Setiap perasaan dan emosi yang terpamer di wajah kau, abang akan pura-pura tidak tahu. Pura-pura tidak nampak kesedihan yang kau lalui Naz. Tapi berpura-pura tidak nampak dan tidak tahu itu sangat sukar untuk abang lakukan. Hanya dengan cara meminum kopi pahit ini saja abang boleh terus berpurapura. Abang latih diri abang sejak dua belas tahun dulu semata-mata kerana mahu kau selesa. Ujar Erman perlahan.

29

REMBULAN BERDARAH

Nashriq terpaku. Wajah Emran tak putus merenungnya. Dia jadi serba-salah. Rupa-rupanya segala yang Erman lakukan adalah untuknya. Malah pengorbanan yang dilakukan oleh Erman selama ini bukan sedikit. Dari usianya tiga belas tahun lagi, Erman sudah muncul dalam hidupnya. Lelaki itu asalnya adalah pembantu kanan ayahnya di Mega Timur Construction. Waktu itu Erman baru berusia dua puluh empat tahun. Masih muda dan berfikiran luas. Barangkali itulah yang menambat hati ayahnya untuk mengupah Erman sebagai pemandu peribadinya. Nashriq masih ingat lagi, saban minggu lelaki itu akan muncul di asramanya, menemaninya berbual-bual. Malah seingatnya Erman lebih kerap datang dari ayah dan uminya sendiri. Kerana itu diam-diam dia menganggap Erman sebagai abangnya sendiri. Kini usia Erman sudah mencecah 38 tahun, tapi lelaki itu masih setia menemaninya. Malah Erman seakan-akan tidak mahu berbicara tentang hidup berkeluarga dengannya. Apa yang kau fikirkan tu? Soal Erman ingin tahu. Nashriq tersenyum, sambil menggelengkan kepala. Namun sebelum sempat dia membalas, tumpuannya terganggu ke meja sebelah. Erman turut menoleh. Kau fikir kau boleh tipu aku? Perempuan bedebah! Kau belum kenal siapa aku! Lelaki itu berwajah garang mengadap ke arah seorang gadis tinggi lampai. Please Syahrul, you ni macam budak-budaklah. Setiap kata I, you salah anggapkan. Selama ini I tak pernah sukakan you. Balas gadis itu berani. Habis yang you ikut I ke mana saja tu apa dia? You hantar mesej sayang, rindu itu apa tandanya? Atau you ni memang betina murahan! Lancang tutur kata lelaki itu.

30

ANITA ARUSZI

Jaga mulut you Syah! Jangan nak cakap main ikut sedap mulut saja. Tak salah kata I kan? You ni memang sundal! Nashriq dan Erman saling berpandangan. Nashriq tersengih. Bosan betul! Ada ke restoran macam ni nak dijadikan tempat bergaduh. Tak malu ke dengan orang sekeliling, rungut Nashriq di dalam hati. Dia mengambil cawan teh di hadapannya. Belum sempat minuman itu melalui anak tekaknya, wajahnya tiba-tiba disimbah dengan air. Nashriq tergamam. Erman juga turut terkejut melihat muka dan baju Nashriq basah lencun. Serentak kedua-duanya berpaling. Nashriq menggetapkan bibirnya. Entah mengapa dia naik geram. Matanya bertembung pandang dengan sepasang mata redup yang penuh rasa bersalah. Pantas gadis itu menghampiri mejanya. Maaf encik, saya tak sengaja tadi. Saya tak sangka kena muka encik. Maaf! Ucap gadis itu serba-salah. Habis kenapa awak lakukannya? Awak ingat maaf awak tu boleh buat angin saya reda? Balas Nashriq geram. Sakit betul hatinya dengan telatah pasangan itu. Apatah lagi kini dirinya pula menjadi tumpuan pengunjung restoran itu yang sedang menjamu selera. Gadis itu seakan terkejut mendengar herdikan Nashriq. Dia memandang lelaki itu tanpa sepatah suara. Wajah Nashriq yang sedang ralit mengesat air yang terkena mukanya dengan saputangan, sedikit sebanyak membuatkan dadanya berdebar-debar. Maaf, saya tak sengaja. Balasnya lembut. Nashriq hanya diam. Dia memandang Erman yang hanya tersengih sambil mengangkat bahunya. Seketika

31

REMBULAN BERDARAH

pandangannya dialihkan ke wajah gadis itu. Gadis itu seperti ikhlas mahu meminta maaf. Nashriq mengeluh panjang. Tak fasal-fasal dia terkena tempias orang lain. Abang, saya nak ke restroom sebentar. Lepas ni abang terus balik, jangan tunggu saya. Saya masih ada hal lain, ujar Nashriq pada Erman. Tanpa mempedulikan gadis itu, dia segera berlalu pergi. Erman hanya mengangguk. Apabila matanya dialihkan ke arah gadis itu, bebola mata gadis itu dilihatnya begitu asyik mengekori langkah Nashriq. Erman tersenyum. Agaknya, malam ni budak ni akan termasuk jerat baru, bisik hati Erman nakal.

SEBAIK Nashriq selesai membersihkan diri di restroom, dia bergegas keluar. Namun langkahnya terhalang, apabila sesusuk tubuh dengan berani menghalang laluannya. Mata Nashriq segera mencerun ke arah wajah yang nampak selamba itu. Dia cuba melangkah, namun sekali lagi dia dihalang. Nashriq memandang gadis itu tidak berkelip. Bibir gadis itu melemparkan senyuman. You nak apa ni? Soal Nashriq hairan. Gadis itu tidak terus menjawab. Hanya tangannya dihulur pantas ke arah lelaki itu. I Suraya. Suraya Mustadza. Ujar gadis tinggi lampai itu. Nashriq hanya memandang salam yang dihulurkan. Dia tersenyum. Melihat Nashriq seolah sudi membalas senyumannya, hati Suraya seperti di awang-awangan. Dia yakin lelaki itu akan menyambut tangannya. So what? Suraya ke siapa ke, do I really care?

32

ANITA ARUSZI

Senyuman itu tiba-tiba bertukar dingin. Suraya tergamam. Mata Nashriq merenung tajam ke arahnya. Dia terpaku apabila lelaki itu tiba-tiba mendekatinya. Jarak tubuh lelaki itu dengannya begitu rapat. Entah mengapa dadanya berdebar kencang. Hisk, apa dia nak buat ni? Hati Suraya sudah bergelodak dilambung gelora, apatah lagi tangan Nashriq sudah naik ke bahunya. Perlahan-lahan dia memberanikan diri memandang lelaki itu dari jarak dekat. Entah kenapa hatinya terbuai dengan renungan Nashriq. Dia mula membayangkan saatsaat indah penuh impian. Suraya tersenyum tanpa sedar. Aneh! Bagaimana dia boleh berangan sejauh itu dengan seorang lelaki yang baru setengah jam tadi dikenali? Namun impian Suraya terkulai layu tatkala Nashriq menolak bahunya ke tepi. Wajah anak muda itu serius memandangnya. I cuma nak beritahu you, yang I tak berminat dengan ex-girlfriend orang lain. So please jangan nak memalukan diri you macam ni. I am really not interested! Bisik Nashriq di tepi telinganya. Dia terpegun. Nashriq segera melangkah pergi tanpa menoleh, meninggalkan dirinya yang tiba-tiba rasa tersinggung. Not interested? Huh, suatu hari nanti aku pasti kau akan melutut juga di kaki aku ni. Gumam Suraya dengan hati panas. Lelaki itu memang sombong! Berlagak! Kau belum kenal siapa Suraya Mustadza. Selagi aku tak jinakkan kau, jangan harap aku akan berputus asa, bisik Suraya di dalam hati.

33

REMBULAN BERDARAH

SEBAIK terpandang kelibat gadis itu melangkah memasuki ruang lot parking, Syahrul tersengih. Keluar juga dia. Gadis itu harus diajar. Berani dia mempermain-mainkan aku! Syahrul mengenggam penumbuknya. Dia benar-benar tidak puas hati. Sikap Suraya benar-benar mencabar kesabarannya. Dia memandang ke arah teman-temannya. Itu perempuan yang aku maksudkan. Sekarang, kau tahu apa yang patut kau buat kan? Aku nak dia rasa apa yang aku rasakan, ujar Syahrul geram. Fendi dan Samad tergelak besar. Kau nak aku main kasar ke? Samad tersengih nakal. Suka hati koranglah, janji dendam di hati aku ni terbalas. Perempuan macam tu harus diajar. Bentak Syahrul. Dia memerhatikan dari dalam kereta, tatkala Fendi dan Samad perlahan-lahan merapati Suraya. Dia tersenyum senang. Padan muka dia! Dia ingat dia cantik sangat agaknya! Tapi sejurus kemudian, Syahrul terdiam. Memang cantik! Kalau tidak masakan dia terpikat pada gadis itu. Asalnya hubungan mereka baik-baik sahaja. Dia pula kerap membawa Suraya keluar. Beribu duitnya habis membeli hadiah yang mahal-mahal untuk gadis itu. Malah dia sudah berangan-angan mahu membawa gadis itu berjumpa keluarganya di kampung. Hajatnya ikhlas untuk mempersuntingkan Suraya. Namun harapannya punah di tengah jalan. Siapa yang tak hampa bila akhirnya pelaburan yang dibuat langsung tak mendatangkan keuntungan. Sejak seminggu yang lalu, Suraya mula dingin dengannya. Tambah dia bengang apabila terserempak Suraya berpegangan tangan dengan lelaki lain di pusat beli belah beberapa hari yang lalu. Apabila ditanya

34

ANITA ARUSZI

Suraya memberi alasan rakan sekerja. Rakan sekerja konon! Rakan sekerja apa sampai berpegangan tangan begitu. Syahrul mencebik. Mati-mati dia ditipu oleh perempuan selicik Suraya. Dari jauh dia melihat gadis itu dikelilingi oleh teman-temannya. Wajah Suraya nampak takut. Syahrul ketawa terbahak-bahak. Rasakan! You nak apa ni? Please jangan ganggu I, boleh tak? Suraya meraba-raba tas tangannya. Namun entah apa malangnya, kunci kereta yang dicari gagal ditemui. Kami bukan nak ganggu cik adik, kami cuma nak ajak cik adik ni temankan kami malam ni. Tentu boleh kan? Fendi tersengih. You all jangan nak cari fasal. I jerit nanti. Ugut Suraya. Oh nak jerit. Ha tunggu apa lagi, jeritlah. Fendi membakar emosi gadis itu. Samad di sebelahnya perlahanlahan merapati gadis itu. Suraya semakin gementar. Hmmm... cantik juga perempuan ni Fendi. Patutlah member kita tu terbakar sangat. Samad ketawa kecil. Tangannya naik ke wajah Suraya. Gadis itu menepis. Jangan kurang ajar! Hui melawan nampaknya, Samad semakin galak ketawa. Suraya menggigit bibir. Terasa geram sekali gus marah. Dia terus mencari kunci kereta, namun yang ditemuinya hanyalah botol pepper spray yang sentiasa tersimpan di dalam tas tangannya. Dia menggenggam botol itu di belakangnya. Kalau lelaki itu cuba berbuat sesuatu

35

REMBULAN BERDARAH

yang tidak senonoh terhadapnya, dia akan menggunakan pepper spray itu. Abang nak cium sikit boleh tak sayang? Samad menyakat. Mulutnya dimuncungkan ke arah Suraya. Kalau abang tu dapat, abang yang ini pun nak. Pintas Fendi pula galak. Dia melangkah menghampiri gadis itu. Suraya mengundur selangkah dua. Dia menarik nafas panjang. Namun belum sempat dia bertindak, tubuh Fendi seolah tertarik ke belakang. Pemuda itu jatuh terhempas. Suraya tercengang. Samad yang juga tergamam segera menoleh. Seorang lelaki tinggi lampai berwajah serius, menatap tajam ke arahnya. Samad menggetapkan bibirnya. Geram. Dia memandang Fendi yang terkiai-kiai cuba bangun. Bedebah! Kau ni siapa pulak? Bentak Samad. Pemuda itu tidak menjawab. Suraya tersenyum senang. Dia segera mengundur ke tepi. Entah kenapa dia betul-betul bertuah malam ini. Dia diselamatkan oleh lelaki itu, umpama puteri raja dalam cerita dongeng yang pernah dibacanya sedari zaman kecil.

36

ANITA ARUSZI

Bab 6
UHA MAISARA baru selesai menyanyikan sebuah lagu diiringi petikan gitar sekumpulan pemuzik. Habis bernyanyi, dia menerima tepukan gemuruh dari pelanggan-pelanggan Blue Ocean. Tak kurang juga siulan-siulan nakal dilemparkan padanya. Dia tunduk sedikit, sebelum melangkah keluar dari pentas. Langkahnya segera dihela ke bilik pakaian. Beberapa orang gadis kelihatan sedang berbual-bual di suatu sudut. Dia tidak berniat mahu menegur gadis-gadis itu. Dibiarkan sahaja mereka riuh rendah menjaja pelbagai cerita. Dia menanggalkan anting-anting yang dipakainya. Matanya menjunam ke arah cermin besar di hadapannya. Wajahnya yang bermekap tebal itu dipandang agak lama. Sampai bila dia mahu terus begini? Ini bukanlah dirinya yang sebenar. Semua solekan, pakaian bergemerlapan dan gaya rambut itu bukanlah menunjukkan dirinya, tapi orang lain. Duha Maisara segera menyapu mekap di wajahnya. Dia benci bermekap tebal. Dia benci berpakaian singkat seperti ini. Tapi apa dayanya, dia terpaksa tanpa rela. Hendak dikarang dukanya pada siapa, jika tiada siapa yang mahu mendengar. Mahu berkeluh kesah dengan Zafran, lelaki itu

37

REMBULAN BERDARAH

tentunya sedang sibuk dengan tugas barunya. Lagipun sampai sekarang Zafran masih belum tahu yang dia bekerja di tempat seperti itu. Dia sendiri tidak berniat mahu Zafran tahu. Jika lelaki itu tahu, pasti Zafran mengamuk sakan. Kamu nak kerja apa? Siapa yang akan ambil kamu kerja dengan setakat sijil STPM kamu tu? Kerja kilang? Shiftnya saja bukan main panjang. Lebih baik kamu ikut kata aku, kerja di tempat Mami Jun tu. Kerjanya senang, gajinya pun banyak. Bicara ayahnya hampir setahun yang lalu, membuatkan air matanya berlinangan tanpa sedar. Ayah! Duha tahu ayah bencikan Duha. Duha tahu yang Duha tidak ada tempat yang istimewa di hati ayah seperti Zafran. Sebab itu ayah tak pernah mahu memandang wajah Duha lama-lama. Benci benar ayah pada Duha. Selama ini hanya Duha seorang sahaja yang menyimpan perasaan kasih dan hormat pada ayah. Sedangkan ayah? Duha, pergi cuci pinggan lepas tu masak nasi. Jangan ganggu Zafran nak belajar! Jerit lelaki itu tatkala dia menjenguk Zafran yang sedang belajar. Biarlah ayah, Duha pun nak belajar juga. Biarlah dia temankan Yan kat sini. Pintas Zafran pula. Jangan nak melawan cakap aku. Tugas kamu belajar Zafran, bukannya melayan dia. Lagipun kalau dia ada di situ, apa yang dia boleh buat? Itulah dari dulu lagi Yan dah suruh ayah sekolahkan Duha, tapi ayah tak nak. Ayah suruh dia buat macam-macam kerja macamlah dia pembantu rumah kita. Zafran mencebik. Sinis. Ayahnya tergamam. Bulat mata lelaki itu memandang Zafran yang selamba sahaja menuturkan ayat berbisa.

38

ANITA ARUSZI

Dia menoleh ke arah Zafran. Anak muda itu tersengih memandangnya. Dia hanya mampu tersenyum dengan tingkah-laku Zafran. Namun mujurlah Zafran sentiasa ada untuknya. Mengharungi hidup seharian bersamanya. Kerana Zafran juga, setahun kemudian dia mengambil peperiksaan SPM sebagai calon bebas. Semunya kerana jasa Zafran memaksa ayahnya membayar yuran peperiksaan untuknya. Abang nak Duha ambil buku-buku lama abang ni, dan kemudian study rajin-rajin. Abang tak boleh bantu Duha study, tapi kalau sesekali abang balik, abang akan bantu Duha mana yang terdaya. Tapi Duha kena usaha lebih sikit. Ujar Zafran sebelum menyambung pelajaran ke kolej perubatan. Semua nota-nota lama abang ada kat dalam fail tu. Duha gunakanlah sebaiknya. Abang harap Duha akan berjaya. Sambung Zafran. Kalau lulus tu bolehlah, tapi Duha tak rasa Duha akan dapat keputusan yang cemerlang macam abang. Ujarnya merendah diri. Siapa kata tak boleh? Zafran mencerlung tajam ke arahnya. Memang sejak dulu, Zafran sering memarahinya kalau fikirannya sentiasa negatif. Duha jangan putus asa. Duha dah tengok kan bagaimana cara abang study? Bagaimana keadaan rumah kita, keadaan ayah? Semua yang berlaku langsung tak menggugatkan semangat abang untuk berjaya. Kenapa? Sebab abang dah bosan hidup dalam rumah sempit ni. Abang dah bosan dengan ayah yang selalu berjudi siang malam. Abang nak ubah kehidupan kita. Bisik Zafran. Duha Maisara tersenyum. Kata-kata Zafran suatu

39

REMBULAN BERDARAH

masa dulu selalu membakar semangatnya untuk terus tabah mengharungi liku-liku hidup. Lamunan Duha Maisara terpadam tatkala seorang pelayan di situ memanggil namanya. Duha, ayah kau nak bercakap dengan kau. Ujar gadis itu sambil menunjukkan gagang telefon ke arahnya. Duha Maisara segera mendapatkan gagang telefon dari tangan gadis itu. Helo, assalamualaikum. Bicara Duha Maisara penuh hormat. Ya ayah, Duha bercakap ni. Sejurus kemudian, Duha Maisara meletakkan gagang telefon. Wajahnya pucat lesi. Dia merenung gagang telefon itu tidak berkelip. Tubuhnya terkulai layu di suatu sudut. Perkhabaran dari lelaki itu membuatkan dia resah. Oh tuhan, mana aku nak dapatkan wang sebanyak itu? Gaji yang ada hanya cukup untuk duit makan dan biaya bil-bil yang tertunggak sejak sekian lama. Selebihnya pula disimpan untuk Zafran jika lelaki itu memerlukannya. Manalah dia ada duit sebanyak itu untuk menjamin ayahnya. Duha Maisara kian buntu. Aduh! Kenapalah lelaki itu selalu terlibat dalam masalah? Seingatnya, dalam tempoh tidak sampai 6 bulan, sudah dua kali ayahnya ditahan polis. Kali pertama ayahnya dituduh mencuri di pasaraya. Kali ini sebab apa pula? Ringan tangannya ingin mendail nombor telefon Zafran. Namun seketika kemudian, gagang telefon cepatcepat diletakkan. Pesanan ayahnya jelas di ingatannya. Kamu jangan sesekali beritahu hal ni pada Zafran. Kalau tidak, masak kamu aku kerjakan nanti. Lelaki itu memberi amaran keras. Takut benar dia jika hal itu sampai ke pengetahuan anak kesayangannya. Duha Maisara mengeluh panjang. Sukarnya dia

40

ANITA ARUSZI

mahu bertenang jika cara penyelesaian kepada masalah itu kian samar. Dia termenung panjang, sehingga tidak sedar derap sepatu melangkah perlahan mendekatinya dari arah belakang. Mami Jun menggeleng melihat anak gadis itu termenung dengan wajah muram. Dia berdehem beberapa ketika, namun renungan Duha Maisara bagaikan terawangawang. Dia sedar Duha Maisara sedang asyik memikirkan sesuatu. Jika tidak masakan kerut di wajah manis itu, tampak gusar.

DUHA MAISARA bergegas menaiki tangga ke bangunan besar di hadapan matanya. Sempat dia berhenti bertanya pada anggota polis yang bertugas di kaunter. Apabila mendapat jawapan di mana ayahnya berada, dia terus menuju ke tingkat dua, lalu mencari-cari bilik ke tiga dari arah kanannya. Begitulah peta yang dicanang oleh pegawai polis yang berada di kaunter pertanyaan. Setelah berjumpa bilik yang dicari, Duha Maisara tanpa berfikir panjang terus menerpa masuk. Namun dia cuba mengelak apabila menyedari pintu di hadapannya tibatiba tertolak ke arahnya. Dia tergamam. Kerana tidak sempat mengelak, kepalanya terhantuk pada pintu, menyebabkan tubuhnya terdorong ke arah lantai. Beg yang dibawanya tercampak sama. Tergamam dia melihat barang-barang yang terkeluar dari dalam begnya. Pantas dia meluru ke arah barang-barangnya, lalu mula mengutip. Satu persatu barangbarang itu dikutip lalu dimasukkan kembali ke dalam tas tangannya, sambil dia merungut panjang. Namun apabila

41

REMBULAN BERDARAH

tangannya hendak mencapai lipsticknya yang tergolek, matanya tertancap pada sepasang kaki berkasut kulit sedang berdiri di hadapannya. Duha Maisara pantas menoleh. Satu renungan tajam singgah di wajahnya, membuatkan dia jadi gugup. Lelaki itu menatap ke arahnya tidak berkelip. Duha Maisara turut memandang lelaki itu dengan perasaan hairan. Aneh dia ni! Kenapa pandang aku macam tu sekali? Dia buat-buat tidak peduli lalu terus mengutip barang-barangnya. Setelah itu Duha Maisara bingkas bangun. Sekali lagi dia memberanikan dirinya memandang lelaki bertubuh tinggi lampai itu. Mata lelaki itu masih ke arahnya. Duha Maisara mengerutkan dahinya. Dia kenal akukah? Maaf encik, saya nak lalu. Ujar Duha Maisara apabila menyedari tubuh lelaki itu menghadang jalannya. Namun lelaki itu buat-buat tidak peduli. Duha Maisara tercengang. La... biar betul mamat ni. Kenapa dengan dia agaknya! Belum sempat dia mahu melangkah pergi, tiba-tiba Duha Maisara terdengar suara bersiul dari arah belakang. Dia segera menoleh. Dua lelaki bergari tangannya dipimpin anggota polis berlalu di hadapannya sambil tersengih-sengih ke arahnya. Duha Maisara terkedu. Dia memandang pakaian yang membalut tubuhnya. Baru dia perasan, pakaian yang dipakainya sedikit terdedah menampakkan peha. Lagipun dia bergegas datang ke situ dari Blue Ocean. Langsung dia terlupa menukar baju sebelum datang. Aduh! Malunya dirasakan pada anggota polis yang turut menjelingnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah lelaki tadi. Baru dia faham kenapa lelaki itu memandangnya satu macam. Pasti fikiran lelaki itu dipenuhi andaian yang bukanbukan terhadap dirinya.

42

ANITA ARUSZI

Seorang lelaki lain tiba-tiba muncul dari arah belakang bersama seorang gadis. Menyedari kehadiran lelaki dan perempuan itu, Nashriq segera menoleh. Duha Maisara segera memalingkan wajahnya ke arah lain. Entah kenapa dia benar-benar segan dengan keadaan dirinya. Dah beres, rasanya tiada dakwaan akan dibuat terhadap kau. Ujar Erman. Suraya yang berada di sisi lelaki itu nampak serba salah mahu memandang wajah Nashriq. Nasib baik ada Cik Suraya ni. Kau kena berterima kasih pada dia, Naz. Kalau bukan Cik Suraya tampil sebagai saksi, belum tentu kau terlepas dari dakwaan itu. Lagipun yang bengkak bengkil mereka, bukannya kau. Kalau mereka buat cerita yang bukan-bukan, teruk juga kau kena bersoal jawab dengan polis. Nasib baik semua dah selesai sekarang. Sambung Erman. Nashriq terdiam. Silapnya juga kerana melampau membelasah Syahrul dan teman-temannya. Dia memandang Suraya yang turut menatap ke arahnya. Terima kasih sebab you sanggup bantu I, ucap Nashriq perlahan. Suraya tersenyum. Entah mengapa dia gembira kerana Nashriq sudah mula menunjukkan sikap lembut terhadapnya. I yang salah, kalau bukan you yang bantu I, entah apa akan jadi pada I agaknya. Balas Suraya merendah diri. Nashriq tersenyum. Hari dah lewat, you patut pulang sekarang. Saran Nashriq.

43

REMBULAN BERDARAH

Dia memandang ke arah Erman. Abang, tolong hantarkan Cik Suraya pulang. Pinta Nashriq. Suraya terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Meskipun dia masih ingin bersama Nashriq, namun dia akui, malam semakin larut. Kalau begitu I ucapkan terima kasih sekali lagi. Selamat malam. Ucap Suraya sebelum beredar mengekori langkah Erman. Sempat dia berpaling memandang Nashriq yang tercegat memerhatikannya. Sebaik kelibat Suraya dan Erman hilang dari pandangan matanya, Nashriq kembali memandang gadis di sebelahnya. Dia tersenyum sinis melihat wajah Duha Maisara yang nampak serba salah mahu memandangnya. Melihat tubuh gadis itu berbalut dengan pakaian sendat berlabuci, hati Nashriq tertanya-tanya sendiri. Apa pekerjaan gadis ini agaknya. Lagi-lagi dia muncul tiba-tiba pada waktu tengah malam berpakaian menjolok mata. Mata Nashriq tidak putus-putus merenung wajah gadis itu. Orangnya cantik juga. Sayang kalau gadis secantik ini, terjerumus dalam gejala yang tidak sihat. Dia merengus sendirian. Tapi ini Kuala Lumpur. Di bandar ini, apa sahaja mungkin berlaku. Lagipun dia sering terbaca di berita-berita utama tentang gadis muda yang mencari kesenangan dengan cara mudah. Barangkali gadis ini salah seorang darinya. Nashriq ingin melangkah pergi. Namun melihat gadis itu seolah berpeluk tubuh menahan kedinginan malam hari, sambil tak putus-putus menarik kain skirtnya yang singkat, dia tidak sampai hati pula. Pantas kot yang sedang dipegangnya dihulurkan ke arah gadis itu. Duha Maisara tergamam. Tindakan lelaki itu

44

ANITA ARUSZI

mengejutkannya. Namun wajah itu tidak lagi merenung dingin ke arahnya. Dia memandang kot yang dihulurkan ke arahnya. Hatinya serba-salah. Ambil kot ni. Tutup tubuh kau tu. Di sini ramai penjahat, juga ramai lelaki. Takkan kau nak mereka semua ghairah melihat kau begini. Selamba lelaki itu menghamburkan kata-kata. Duha Maisara terkesima dengan kata-kata lelaki itu. Namun dia akui kata-kata itu ada kebenarannya. Mahu tak mahu kot di tangan lelaki itu berganti tangan. Dia ingin mengucapkan terima kasih, namun lelaki itu lebih pantas melangkah pergi. Duha Maisara hanya mampu memerhatikan derap sepatu lelaki itu semakin menjauh. Kot di tangannya direnung lama. Entah mengapa hatinya terasa senang. Dia tahu lelaki itu ikhlas membantu. Siapa dia sebenarnya?

45

REMBULAN BERDARAH

Bab 7
NGKU LATIFAH memandang ke arah dinding di bilik mesyuarat itu dengan perasaan resah. Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi. Bermakna hampir sejam ahli-ahli lembaga pengarah menunggu di situ. Beberapa lelaki yang sedang duduk di hadapannya secara terangterangan menunjukkan wajah kurang senang. Engku Latifah sendiri sudah bosan menunggu. Oleh itu dia faham perasaan lelaki-lelaki di hadapannya. Pasti mereka naik marah kerana masa yang berharga, dibazirkan begitu sahaja demi menunggu seseorang. Engku Latifah memandang Engku Iskandar di sisinya. Abang Is, mana Nashriq ni? Kalau sepuluh minit lagi dia tak datang, saya akan batalkan mesyuarat ni. Ujar Engku Latifah. Sabarlah Tif, mungkin sekejap lagi dia sampai. Pujuk Engku Iskandar. Padahal dia sendiri berharap agar lelaki itu tak muncul-muncul. Namun melihat suasana meeting board yang nampak panas, hatinya jadi senang tiba-tiba. Bodohnya budak

46

ANITA ARUSZI

Nashriq ni. Senang-senang saja dia lepaskan kepercayaan ahli lembaga pengarah terhadapnya. Selepas ini, mana mungkin dia boleh mendapat sokongan dari mereka lagi. Dan bila peluang ini datang, aku akan singkirkan dia, detik hati kecil Engku Iskandar. Melihat masa sudah berlalu sepuluh minit lagi, Engku Latifah sudah tidak berdaya menangguh mesyuarat itu lagi. Dia baru hendak membuka mulutnya untuk membatalkan mesyuarat hari itu, tatkala pintu di hadapannya terkuak luas. Nashriq muncul tiba-tiba bersama Erman di sisinya. Bibir Engku Latifah serta merta melemparkan senyuman. Dia gembira bercampur lega kerana anak muda itu muncul juga akhirnya. Tuan-tuan semua, saya perkenalkan anak saya Nashriq Adli yang baru pulang dari US. Dia akan menerajui Mega Timur Construction selaku pengarah operasi. Wanita itu mengumumkan perlantikan itu. Namun kebanyakan ahli lembaga pengarah hanya mendiamkan diri. Engku Iskandar seperti ingin ketawa. Nashriq tercegat di hadapan ahli-ahli lembaga pengarah dengan wajah serius. Dia tahu lelaki-lelaki kenalan lama ayahnya itu, seakan mahu memboikotnya. Dia menoleh ke arah ibunya yang nampak resah. Seketika kemudian, matanya kembali menjunam ke setiap wajah yang ada di hadapan matanya. Tuan-tuan semua, saya mohon maaf di atas keterlewatan saya. Keterlewatan saya bukan disengajakan, kerana saya telah menyediakan beberapa dokumen-dokumen untuk tuan-tuan semua. Tapi sebelum itu saya ingin meminta persetujuan ahli-ahli lembaga pengarah agar perlantikan saya

47

REMBULAN BERDARAH

sebagai Pengarah Operasi dibatalkan. Ujar membuatkan seisi ahli mesyuarat tergamam.

Nashriq

Engku Latifah terperanjat besar, manakala Engku Iskandar pula mengerutkan dahinya. Hairan. Jika anda semua bersetuju, saya ingin agar jawatan Pengurus Besar yang dipangku oleh pak cik saya Engku Iskandar selepas kematian Syed Tahir, diserahkan kepada saya untuk ditadbir. Sambung Nashriq lagi. Apa Naz buat ni? Naz tak boleh buat begini. Engku Latifah berbisik di telinga anak muda itu. Namun Nashriq seakan tidak mempedulikan ibunya. Saya seratus peratus yakin yang saya boleh membawa Mega Timur Construction ke mercu kejayaan dengan penghasilan profit dari 21.2 peratus pada tahun lepas kepada lebih 50 peratus pada masa hadapan. Oleh itu saya sudah menyediakan beberapa usul baru untuk tuan-tuan semua. Pembantu saya Encik Erman akan mengedarkan kepada tuan-tuan usul saya yang pertama sebagai Pengurus Besar Mega Timur Construction. Ucap Nashriq sambil memandang ke arah Erman yang membawa berdozen fail-fail cadangan. Beberapa ahli lembaga pengarah kelihatan terpegun. Masing-masing sibuk berbisik-bisik sesama sendiri. Melihat keyakinan pada wajah Nashriq, Engku Latifah terdiam. Entah mengapa dia yakin, usul Nashriq pasti senang menawan hati ahli-ahli lembaga pengarah yang kini tersepit. Engku Iskandar menggetapkan bibirnya. Entah mengapa, dia jadi kurang senang dengan kata-kata Nashriq. Menjadi Pengurus Besar, bermakna Nashriq mendapat full access kepada semua urusan jual beli yang berlaku dalam Mega Timur Construction. Sedangkan inilah yang paling
48

ANITA ARUSZI

ditakutinya. Selama ini, dia yang mengawal semua urusan jual beli, setelah kematian Syed Tahir yang sudah lama berkhidmat di Mega Timur Construction. Tapi setelah orang tua itu meninggal dua tahun yang lalu kerana barah perut, Mega Timur Construction sudah tidak mempunyai pengurus besar. Lamunan Engku Iskandar terhenti apabila fail berwana biru itu diletakkan di hadapannya. Dia memandang fail tersebut sekilas lalu. Dahinya berkerut. Betulkah apa yang aku lihat ni? Seperti yang anda semua tahu, prestasi Mega Timur Construction sebagai sebuah syarikat pemaju pembinaan hartanah terbukti merosot dengan unjuran profit yang agak mengecewakan sepanjang tahun lalu. Oleh itu apa yang harus difokuskan pada tahun ini adalah bagaimana untuk mengatasi kemerosotan itu dan menstabilkan nilai profit. Maka usul saya yang pertama adalah supaya meminta semua elaun-elaun serta keistimewaan ahli-ahli lembaga pengarah dibekukan buat sementara waktu. Kata-kata Nashriq menimbulkan reaksi yang agak mengejutkan. Engku Latifah sendiri tergamam jadinya. Apa kaitan elaun-elaun ALP dengan prestasi syarikat yang merundum? Saya tak rasa semua ini berpunca dari elaun-elaun kami semua. Ujar salah seorang dari lelakilelaki itu. Yang lain-lain hanya mengiyakan. Nyatalah mereka semua tidak setuju dengan usul itu. Nashriq tersenyum tenang. Lelaki yang nampak emosi itu dipandang agak lama. Setiap produktiviti syarikat saling berkait dengan sumber kerja yang proaktif dan efisien.

49

REMBULAN BERDARAH

Jika produktiviti yang terhasil tak seiring, maka ia berpunca dari sumber tenaga kerja yang lemah. Kita sebagai pentadbir harus menguatkan dahulu bahagian yang lemah ini dengan cara menjaga kebajikan mereka dengan menyamaratakan kedudukan mereka dengan kita. Pertama dengan mengurangkan elaun pihak pentadbir, kita sudah boleh menjimatkan sebahagian besar kewangan syarikat. Malah kemudahan-kemudahan syarikat harus diberi kepada pegawai-pegawai operasi dan unit-unit penting dalam syarikat untuk melancarkan perjalanan kerja. Ujar Nashriq petah. Sebahagian hadirin terdiam. Engku Iskandar memandang sebahagian besar ahli-ahli lembaga pengarah yang kelihatan berbincang sesama sendiri. Dia yakin usul Nashriq itu akan ditentang bulat-bulat oleh lelaki-lelaki itu. Namun bunyi tepukan gemuruh datangnya dari suatu arah mengejutkan Engku Iskandar. Dia menoleh. Dato Mustadza, salah seorang pesero syarikat kelihatan tersenyum sambil memandang ke arah Nashriq. Seperti dipukau, beberapa ahli lembaga pengarah yang lain turut menyambut sokongan yang diberi oleh lelaki itu. Engku Latifah tersenyum lega di kerusinya.

LAJU kakinya melangkah mendaki tingkat lima. Mahu menaiki lif, dia bimbang lagi terlambat, apatah lagi ramai orang sedang berkerumun di hadapan pintu lif. Aduh! Apa malangnya nasibnya hari ini kerana terlewat bangun. Hampir sesak nafasnya melihat jam di dinding biliknya yang hampir menunjukkan pukul sepuluh setengah pagi. Kalau bukan dia

50

ANITA ARUSZI

terdengar anak jiran sebelah rumahnya yang melalak pagipagi buta, sudah tentu dia kesiangan sehingga ke tengah hari. Sebaik sampai di hadapan pintu bilik mesyuarat, langkah Suraya terhenti. Seorang wanita bercermin mata bulat yang berdiri di hadapan pintu bilik, merenung tajam ke arahnya. Baru sampai Cik Suraya? Tegur wanita itu. Maaf Puan Mahira, saya terlewat. Mesyuarat dah mula? Tanya Suraya. Dah hampir sejam mula. Apa nak jadi dengan you ni Suraya. Masuk bulan ni saja, dah dua tiga kali you lewat. Kalau hari-hari lain tak apalah, tapi hari ni hari penting. You pun tahu kan ini mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat. Ramai ahli-ahli ALP yang datang untuk meraikan anak Puan Engku. Leter Mahira. Suraya hanya diam. Dia sedar dia tersilap. Semuanya kerana peristiwa malam semalam. Sudahlah dia tersekat sampai tengah malam di balai polis. Sampai di rumah pula, teruk dia disoal bertubi-tubi oleh ayahnya sehingga pukul dua pagi. Marah benar orang tua itu kerana kelewatannya. Belum sempat Mahira mahu menyambung memarahi Suraya, pintu di belakangnya terbuka tiba-tiba. Muncul Katrina, setiausaha bosnya dari dalam. Kak Ira, mesyuarat dah nak selesai. Lepas ni tolong kemaskan terus bilik mesyuarat sebab kita nak guna bilik ni untuk meeting dengan delegasi dari US pukul tiga petang nanti, beritahu Katrina. Mahira hanya mengangguk.

51

REMBULAN BERDARAH

Mata Katrina terpandang Suraya di belakang Mahira. Mata gadis itu mencerlung tajam memandang Suraya. Suraya hanya tersengih. Serentak dengan itu pintu di belakang Katrina terbuka lebar. Ketiga-tiganya serentak mengundur ke tepi. Apabila para ALP keluar dari bilik mesyuarat, Suraya mengundur sedikit ke belakang Mahira. Dia tunduk. Salah seorang lelaki separuh umur yang hampir botak melangkah melewati Mahira dan Katrina, lalu terhenti di hadapan keduanya. Namun anak matanya tertumpu pada Suraya yang kelihatan tunduk. Dia mendengus. Dengusan lelaki itu membuatkan Suraya mengangkat kepalanya. Matanya bertembung pandang dengan sepasang mata yang berkerut memandangnya. Mahu tak mahu Suraya tersenyum lebar. Dia tahu lelaki itu tentunya belum puas berleter padanya. Namun lelaki itu tidak berkata apa-apa padanya. Langkah lelaki itu segera diatur pergi, membuatkan Suraya sedikit lega. Jika tidak, pasti Mahira dan Katrina akan tahu bahawa lelaki yang baru keluar itu adalah ayahnya. Dan jika kedua-duanya tahu bahawa ayahnya adalah salah seorang pesero utama Mega Timur, sudah pasti kecoh satu jabatannya. Selama ini dia memang merahsiakan hubungannya dengan Dato Mustadza. Sedang dia asyik tersenyum, tiba-tiba nafasnya seakan mahu terhenti melihat kemunculan seorang lelaki beriringan bersama pengerusi syarikat. Lelaki itu cukup segak berkot dan bertalileher. Mulanya dia tidak yakin apakah lelaki yang dilihatnya itu Nashriq, namun apabila melihat Erman di belakang lelaki itu, dia mula mempercayai matanya. Tapi apa dia buat di sini?

52

ANITA ARUSZI

Anak bos kita tu boleh tahan kacaknya kan? Bisikan Katrina ke telinga Mahira jelas terdengar di telinganya. Suraya terpempan. Biar betul! Apakah lelaki yang sering diheboh-hebohkan di pejabatnya sejak dua minggu yang lalu adalah Nashriq?

SURAYA asyik termenung panjang sejak pagi tadi. Dia benar-benar tidak menduga akan dipertemukan semula dengan Nashriq dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Hatinya terbuai semula. Mana tidaknya, dia dan Nashriq akan jadi rakan sepejabat kelak. Malah hari-hari seterusnya dia akan sering ternampak Nashriq di bangunan Mega Timur Construction. Entah kenapa Suraya rasa seronok tiba-tiba. Sekurang-kurangnya akan hilang rasa bosannya bekerja di situ jikalau Nashriq ada. Kau tak nak makan ke nasi tu Sue? Tegur Katrina apabila melihat anak gadis itu hanya memandang kosong pada makanan yang masih banyak berbaki. Suraya tidak menjawab. Matanya terkelip-kelip memandang ke suatu arah. Katrina tercengang. Apa kena dengan perempuan ini? Katrina pantas menarik dulang makanan di hadapan Suraya. Namun anak gadis itu langsung tidak memberi sebarang reaksi. Katrina kian diterpa rasa hairan. Demamkah dia? Kenapa kau datang lambat tadi? Kau tak sihat? Soal Katrina ingin tahu. Suraya memandangnya agak lama. Kat, aku rasa aku dah jatuh cinta, bisik Suraya perlahan. Katrina tergamam. Tak lama kemudian tawa Katrina meletus. Semakin lama semakin kuat. Giliran Suraya pula tercengang. Apa kena temannya yang seorang itu?

53

REMBULAN BERDARAH

Bukankah kau jatuh cinta dengan semua lelaki di pejabat kita ni. Sekarang siapa pula mangsa baru kau? perli Katrina tersenyum simpul. Bukan dia tidak tahu dengan perangai Suraya yang kuat menggoda. Siapa di pejabatnya yang tak pernah termasuk dalam umpan Suraya? Namun setelah hati lelaki-lelaki itu berjaya ditakluk, Suraya akan mengundur diri. Malah tidak ada satu pun lelaki yang lekat dengannya, tidak kurang dari sebulan. Kadang-kadang Katrina naik pelik dengan sikap Suraya. Dia kenal Suraya sejak mereka sama-sama menuntut di universiti. Namun semasa di universiti, Suraya tidak pula menunjukkan sikap-sikap nakal. Tapi setelah mereka di alam pekerjaan, sikap nakal Suraya semakin menjadi-jadi. Pernah suatu ketika dahulu, seorang lelaki datang ke pejabat dan marah-marah pada Suraya. Kononnya Suraya memainkan perasaannya. Sudah banyak wangnya berhabis untuk gadis itu. Tapi akhirnya Suraya yang pertama membuat keputusan untuk meninggalkan lelaki itu. Kali ini aku rasa lain. Jawab Suraya. Senyumannya terawang-awang. Lain? Lain yang bagaimana tu? Katrina juga tersengih. Suraya tidak menjawab. Entah bagaimana dia harus menyatakan apa yang terbuku di lubuk hatinya. Lagipun Katrina tidak tahu menahu langsung siapa yang dimaksudkannya.

54

ANITA ARUSZI

Bab 8
AFRAN menumbuk meja di hadapannya agak kuat. Wajahnya merah padam menahan marah yang menggunung tinggi. Wajah ayahnya dan Duha Maisara dipandang silih berganti. Tajam renungannya, membuatkan Duha Maisara langsung tidak berani mengangkat muka. Dia benar-benar tidak sangka kepulangan Zafran hari itu membawa angin puting beliung. Kalau dia tahu begini, baik dia overtime saja di tempat kerjanya. Sekurangkurangnya dia tidak perlu menanggung beban resah yang berpanjangan. Zafran melempiaskan dirinya ke dada sofa. Namun matanya masih menatap ke arah ayahnya yang terpaku di suatu sudut. Mulut Zafran melepaskan keluhan berat. Sudah lama dia bersabar dengan lelaki itu. Tapi nampaknya sabarnya hanya sia-sia sahaja. Dia benar-benar hampa dengan sikap lelaki itu. Yan benar-benar tak sangka ayah macam ni. Yan ingat bila usia ayah dah meningkat, ayah akan berubah sikap. Ayah akan ingat tanggungjawab ayah, tapi dugaan Yan silap. Ayah benar-benar mengecewakan Yan. Ujar Zafran kesal. Bustaman terdiam. Dia mengerling Duha Maisara

55

REMBULAN BERDARAH

yang tercegat macam tunggul kayu. Duha Maisara turut memandangnya. Wajah gadis itu nampak serba salah. Ayah jangan nak pandang Duha macam tu. Bukan Duha yang ceritakan pada Yan perihal ayah ni. Ada orang nampak ayah kena tahan polis di sarang judi tu. Getus Zafran. Yan, ayahayah tak sengaja. Balas Bustaman tergagap-gagap. Tak sengaja? Tak sengaja berjudi atau tak sengaja memukul orang? Ayah tahu tak betapa Yan malu dengan sikap ayah ni. Dari ayah muda sampai ke tua, sikap ayah langsung tak berubah. Sampai bila ayah nak macam ni? Soal Zafran, benar-benar rungsing. Bustaman terdiam. Dia sudah mati kutu mahu menjawab. Nasib lelaki tu tak mati. Tapi kalau dia mati bagaimana? Ayah akan di penjarakan, ayah tahu tak? Sambung Zafran separuh geram. Duha pun satu. Kenapa Duha tak beritahu abang fasal ayah? Duha ingat dengan merahsiakan hal ni, abang takkan tahu sampai bila-bila, begitu? Giliran Duha Maisara pula dihujani pelbagai pertanyaan. Mata Zafran melirik tajam ke arahnya. Duha Maisara serba-salah. Sekarang beritahu abang, mana Duha dapat wang sebanyak tu untuk jamin ayah? Soal Zafran. Duha Maisara memandang ayahnya, namun Bustaman tunduk tidak berani mengangkat wajah. Lelaki itu memang takutkan Zafran sejak dulu. Errr Duha keluarkan wang simpanan Duha. Jawabnya. Zafran tergamam. Wang simpanan?

56

ANITA ARUSZI

Banyak simpanan Duha sampai beribu. Betul itu duit Duha sendiri, bukan Duha pinjam dari sesiapa? Soal Zafran lagi bagaikan kurang percaya. Duha Maisara menganggukkan kepalanya. Namun matanya seakan tidak mampu bertentang pandang dengan Zafran. Bimbang Zafran dapat menghidu pembohongannya. Bagaimana kalau Zafran dapat tahu wang yang digunakan untuk menjamin ayahnya dipinjam dari Mami Jun? Entah mengapa Duha Maisara serba salah jadinya. Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana berbohong dengan Zafran.

MATA Zafran asyik mencuri pandang wajah ayu Duha Maisara yang sedang menghirup secawan kapucino pekat. Tingkahlaku Duha Maisara lemah lembut memikat hati. Dia terkesima seketika apabila sepasang mata berbulu lentik itu mengangkat wajah memandangnya. Terasa dadanya sarat dengan debaran. Hati lelakinya bergetar tak tertahan. Kenapa abang pandang Duha macam tu? Abang masih marahkan Duha? Duga gadis itu, sedikit resah. Zafran melarikan matanya. Dia memandang cawan kopinya sendiri yang masih banyak berbaki. Hatinya terusik. Duha tahu Duha salah. Duha tak patut rahsiakan dengan abang fasal ayah ditangkap polis. Duha minta maaf, bang, ucap Duha Maisara. Zafran mengeluh. Lagi-lagi soal ayahnya menjadi punca perbincangan mereka setiap kali bertemu. Kadangkala dia risaukan keselamatan Duha Maisara. Apatah lagi ayahnya memang ramai musuh. Zafran risau jika salah seorang musuh ayahnya datang mencari Duha Maisara untuk

57

REMBULAN BERDARAH

membalas dendam. Lain kali Duha jangan buat macam ni lagi. Apa-apa saja yang ayah buat, Duha kena beritahu abang. Abang sayangkan Duha. Abang tak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada Duha. Duha Maisara terdiam mendengar kata-kata Zafran. Dia tahu lelaki itu mengambil berat tentangnya. Dalam dunia ini, hanya Zafran yang baik dengannya. Kalau tiada Zafran, mungkin dia sudah mati di kaki lima. Ayah tu tak jahat. Dia cuma suka berjudi, tapi dia baik dengan Duha, ujar Duha Maisara. Zafran menarik nafas panjang. Apakah kata-kata Duha Maisara itu ikhlas atau sekadar untuk menyedapkan hatinya. Mana mungkin lelaki tua itu melayan Duha Maisara dengan baik. Bukan dia tidak tahu sikap ayahnya selama ini. Kerja abang kat hospital tu macamana? Tanya Duha Maisara tiba-tiba. Sengaja dia mahu menukar topik dari terus berbual fasal ayahnya. Okey, tak lama lagi praktikal abang tamat. Kemungkinan abang akan ditugaskan di hospital yang sama. Baguslah kalau macam tu. Senang Duha nak berulangalik melawat abang nanti. Duha Maisara tersenyum senang. Lega mendengar perkhabaran Zafran. Bimbang juga dia jika Zafran ditugaskan di hospital yang agak jauh, mana mungkin dia boleh bertemu Zafran selalu. Kalau abang dah ditugaskan nanti, abang nak cari rumah lain yang dekat dengan hospital. Abang nak Duha tinggal dengan abang. Putus Zafran. Ayah? Ayah tak termasuk dalam rencana abang. Hanya kita berdua, Duha. Ujar Zafran serius.

58

ANITA ARUSZI

Duha Maisara tersentak. Dia memandang Zafran yang turut merenungnya. Pandangan keduanya bertaut. Duha tak faham. Abang nak Duha tinggal dengan abang. Duha saja, bukan ayah. Duha Maisara tergamam. Dia keliru jadinya mendengar kata-kata Zafran itu. Apa maksud Zafran mengatakan hanya mereka berdua sahaja yang tinggal? Bagaimana dia boleh tinggal berdua saja dengan Zafran. Zafran lelaki dan dia seorang gadis. Mana mungkin dia tinggal berdua dengan Zafran dalam satu rumah. Lagipun, dia dan Zafran bukannya adik beradik di sisi agama, meskipun ayah Zafran yang membelanya. Tangan Zafran tiba-tiba meraih jari-jemarinya. Jemari halus runcing itu dibawa rapat ke dadanya. Duha Maisara terkejut besar dengan tindakan Zafran. Apabila mata anak muda itu menatapnya tidak berkelip, Duha Maisara terkedu. Bingung dengan panahan mata Zafran yang nampak berbeza. Lepas abang tamat latihan nanti, abang nak bawa Duha tinggal dengan abang. Abang nak kita hidup bersama sampai bila-bila pun. Abang nak Duha wujud dalam hati abang sama macam dulu. Abang nak Duha jadi isteri abang. Ucapan Zafran membuatkan jantung Duha Maisara bagaikan terhenti berdegup. Dia memandang lelaki itu seperti tidak percaya. Namun wajah Zafran tampak serius.

SEPANJANG malam dia tidak dapat lena. Sekejap dia berbalik ke kanan, sekejap dia berbalik ke kiri pula. Namun matanya

59

REMBULAN BERDARAH

masih tidak dapat dilelapkan. Pengakuan Zafran hari ini benar-benar di luar dugaan. Abang dah lama sukakan Duha, sejak kali pertama ayah abang bawa Duha balik ke rumah. Duha tahu kan yang abang tak ada adik beradik perempuan. Waktu itu abang sayangkan Duha dan anggap Duha macam adik abang. Kita membesar sama-sama. Tapi entah sejak bila, perasaan abang mula bertukar. Sayang abang bertukar menjadi cinta. Abang cintakan Duha. Matanya dipejamkan. Entah kenapa kata-kata Zafran membuatkan dadanya bergolak kencang. Selama ini Zafran tidak pernah menunjukkan tanda-tanda menyukai dirinya lebih dari seorang adik. Malah bersama Zafran, dirinya terasa dilindungi oleh seorang abang. Mana mungkin lelaki itu akan mencintainya. Duha Maisara bingkas bangun. Dia pantas membuang selimut yang membalut tubuhnya. Kakinya dihela menghampiri jendela biliknya yang sedikit terbuka. Matanya memandang awan gelap. Entah mengapa, perasaan Duha Maisara terhimbau pada kenangan lama. Dia cuba bangun, namun kepalanya terasa berdenyut kuat. Dia mendesis kesakitan. Kepalanya lantas jatuh ke dada bantal semula. Dia tidak berupaya langsung untuk bangun. Tangannya meraba-raba kepalanya yang berbungkus kain putih. Terasa perit. Jangan bangun, kepala awak cedera. Nanti lagi teruk jadinya. Muncul suara yang entah di mana gerangannya. Dia tergamam. Kepalanya ditoleh ke sebelah kiri. Cepat sahaja matanya menangkap sesusuk tubuh seorang budak lelaki yang sedang duduk membaca di tepi tingkap, mengadap ke arahnya.

60

ANITA ARUSZI

Abang ni siapa? Tanyanya ingin tahu. Mendengar suaranya bertanya, budak lelaki itu menoleh sebentar. Namun belum sempat budak itu ingin membalas, pintu bilik itu terburu-buru dikuak dari luar. Kedua-dunya serentak berpaling. Seorang lelaki berusia awal 40an melangkah masuk, tergesa-gesa. Yan, ayah kena pergi sekarang. Kamu tunggu di rumah ni elok-elok. Kalau ada orang datang tanyakan ayah, jawab saja kamu tak tahu, pesan lelaki itu. Dia ingin beredar keluar, namun matanya tertancap pada wajah gadis kecil yang sedang memandangnya dari katil bujang di bilik itu. Perlahan-lahan lelaki itu mendekatinya. Kamu dah sedar ya? Baguslah, dah tiga hari kamu pengsan tak sedarkan diri. Ini rumah aku. Aku yang bawa kamu balik ke rumah ni. Nama aku Bustaman dan itu anak aku Zafran. Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Dia sekadar memandang kosong pada dua wajah asing itu. Fikirannya jadi keliru tiba-tiba. Siapa nama kamu ni? Kat mana kamu tinggal? Soal lelaki itu. Dia tidak menjawab. Matanya asyik mengawasi kelibat lelaki itu. Sesaat pandangannya beralih ke arah budak lelaki yang turut memandangnya. Haruskah dia percaya pada lelaki itu? Bagaimana kalau lelaki itu sama macam lelakilelaki yang pernah menangkapnya dulu. Aku tanya siapa nama kamu? Takkan nama sendiri pun tak ingat, kata-kata lelaki itu berupa sindiran. Pedas kedengaran. Dia memandang lelaki itu agak lama. Beberapa ketika, bibirnya terketar-ketar menyebut namanya. Maisara. Du... Duha Maisara.

61

REMBULAN BERDARAH

Dia tidak tahu kenapa dia harus berbohong. Tapi pada waktu itu, fikirannya tak dapat berfikir panjang. Nama Maisara terlalu dekat di hatinya kerana itu nama ibunya. Asalnya dia tidak ingat bagaimana dia boleh sampai ke rumah Bustaman dua beranak. Namun suatu hari dia mendengar Zafran dan ayahnya bergaduh besar. Yan takkan bagi ayah pergi lagi. Ayah tak boleh tinggalkan rumah ni! Jerit Zafran ketika itu. Yan, ayah kena lari. Along tu dah tahu kat mana ayah tinggal. Kalau sampai dia jumpa, mati ayah nanti. Tak boleh. Kalau ayah nak lari, ayah kena bawa Yan sekali. Yan nak ikut ayah. Habis budak tu bagaimana? Ayah tak boleh bawa dia. Kalau Yan nak ikut ayah, Yan kena setuju dengan cadangan ayah. Zafran kedengaran terdiam. Duha Maisara mendekatkan dirinya pada pintu. Entah mengapa hatinya teramat ingin tahu kemelut apa yang sedang melanda keluarga itu sebenarnya. Tak boleh. Kita tak bolehkan tinggalkan Duha macam tu saja. Kasihan dia. Lagipun ayah yang langgar dia. Kalau bukan sebab ayah, tentu dia masih ingat siapa kelaurganya. Tentu kita boleh hantar dia kepada keluarganya. Bentak Zafran radang. Duha Maisara terpempan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zafran. Baru dia ingat tentang kemalangan yang dialaminya beberapa minggu yang lalu. Dia masih ingat bagaimana ketika dia cuba melarikan diri dari lelaki-lelaki yang menangkapnya, sebuah kenderaan muncul tiba-tiba semasa dia hendak melintas. Namun yang dia ingat hanyalah pancaran cahaya yang menyuluh ke wajahnya. Selepas itu dia

62

ANITA ARUSZI

tidak ingat apa-apa. Sedar-sedar sahaja kepalanya sudah berbungkus. Rupa-rupanya Bustaman yang melanggarnya. Syyy, jangan cakap kuat sangar, dengar dek budak tu nanti. Ayah tak sengaja langgar dia. Lagipun dia yang tibatiba muncul di hadapan van ayah. Bustaman cuba membela diri. Tapi ayah bawa dia balik ke rumah kita, sedangkan ayah sepatutnya bawa dia ke hospital. Yan tahu, ayah takut ditangkap polis kan? Duga Zafran. Bustaman terdiam. Anak itu terlalu pintar untuk dibohongi. Ayah nak tunggu sampai dia ingat, baru ayah nak pulangkan dia pada keluarganya. Jawab Bustaman, cuba memberi alasan. Bukan ayah nak tinggalkan saja dia macam tu sebab nak lari dari along? Duha Maisara tersandar lemah di dinding bilik. Hatinya terasa sebak. Rupa-rupanya Bustaman mahu meninggalkan dia sendirian. Sebenarnya bukan dia tidak ingat siapa dirinya, siapa keluarganya. Hanya dia berpurapura tidak ingat. Lagipun apa gunanya dia kembali ke rumah itu, kalau ibunya sudah pergi mengadap Ilahi. Tapi kerana Zafran, Bustaman sudi jua membawa dia pergi. Hari itu juga mereka meninggalkan tempat itu dan memulakan kehidupan baru di tempat lain. Kepada Bustaman, dia memanggil lelaki itu ayah dan Zafran menjadi abangnya saat itu. Namun hidupnya bukan semudah yang disangka. Lagi-lagi kerana Bustaman terang-terangan menunjukkan sikap pilih kasih terhadapnya. Sedari kecil, dia sudah bekerja di merata tempat. Malah dipaksa bekerja keras, sedangkan Zafran disuruh

63

REMBULAN BERDARAH

belajar. Namun dia langsung tidak kisah. Lagipun Zafran lebih pandai belajar darinya. Lagipun dia amat bersyukur kerana dibenarkan tinggal di situ. Kalau bukan kerana Zafran dan ayahnya, mungkin jua dia akan membesar dan kelaparan di jalan. Mungkin jua dia akan mati di jalanan. Mulai hari ni, Duha adik abang.kata-kata Zafran hanya disambut dengan senyuman. Dia tahu Zafran menyayanginya. Betul Duha tidak ingat siapa keluarga Duha? Dia menggelengkan kepala. Tapi Duha boleh ingat nama Duha sendiri. Aneh kan! Dia hanya diam mendengar bicara Zafran ketika itu. Hendak berterus terang pada Zafran, dia bimbang lelaki itu akan menuduhnya pembohong besar. Malah Zafran mungkin akan menghalau dia keluar dari tempat itu. Sedangkan dia masih perlukan perlindungan Zafran dan ayahnya. Dia masih mengingini kasih sayang Zafran terhadapnya. Oh tuhan! Apa patut aku lakukan sedangkan luka di hati ini terlalu ingin aku lupakan buat selama-lamanya.

64

ANITA ARUSZI

Bab 9
ASHRIQ memandang ruang pejabat barunya yang nampak elegan. Mulai hari itu dia secara rasminya akan memegang jawatan baru sebagai Pengurus Besar Mega Timur Construction yang baru. Kalau Naz tak suka, umi akan suruh decorator hiaskan yang baru. Bagaimana? Tanya Engku Latifah. Dia memandang anak muda itu tidak berkelip. Tak perlulah umi. Pejabat ni dah cukup baik. Balas Nashriq ringkas. Umi gembira dengan usul Naz, malah semua ahli lembaga pengarah sebulat suara bersetuju dengan cadangan Naz. Malah Dato Mustadza kata, cadangan itu takkan menyusahkan ALP. Umi bangga dengan Naz, puji Engku Latifah. Thanks. Jawab Nashriq sepatah lagi. Engku Latifah diam. Dia sudah kematian idea untuk terus berbual. Wajah Nashriq sentiasa serius apabila berhadapan dengannya. Malah kemesraan antara ibu dan anak bagaikan tidak wujud langsung antara mereka. Kadangkala dia rasa sedih dengan layanan dingin Nashriq padanya.

65

REMBULAN BERDARAH

Umi dah sediakan seorang pembantu untuk Naz, ujar wanita itu semula. Nashriq menoleh. Pembantu? Engku Latifah mengangguk lalu tersenyum. Seorang Pengurus Besar perlukan pembantu kanan. Umi cadangkan Katrina, setiausaha umi. Dia memang berpengalaman dalam hal ehwal Mega Timur. Dia boleh bantu Naz dalam semua urusan. Tak perlulah umi, saya dah ada abang Erman. Dia akan jadi pembantu saya di sini. Pintas Nashriq pantas. Engku Latifah tergamam. Lagi-lagi Erman yang disebutnya. Entah kenapa Engku Latifah benar-benar tidak berkenan dengan persahabatan antara Nashriq dan bekas pembantu kanan suaminya itu. Tapi Katrina boleh Umi jangan bimbang, Erman tahu semua hal ehwal dalaman Mega Timur. Malah dia yang banyak membantu dalam usul yang dikemukakan dalam mesyuarat ALP minggu lepas. Ujar Nashriq. Engku Latifah terdiam. Dia sudah mati kutu mahu memujuk Nashriq bersetuju dengan cadangannya.

ENGKU LATIFAH menghempaskan dirinya ke dada sofa dengan perasaan geram. Entah kenapa gelora dalam hatinya membuak-buak hendak keluar. Sudah dicuba bersabar tapi setiap kali sendirian, dia kembali sakit hati. Sudah dua belas tahun lamanya. Dia bimbang masa dua belas tahun yang berlalu pergi itu akan gagal digapainya. Dia juga risau jika jarak waktu itu juga akan merenggangkan hubungannya dengan Nashriq.

66

ANITA ARUSZI

Hampir setiap minggu sejak dua belas tahun yang lalu, dia sering cuba menghubungi Nashriq di US. Malah tak cukup dengan itu, setiap dua bulan sekali dia akan menjenguk anak muda itu di apartmentnya di Kensington Street. Namun hari demi hari layanan Nahsriq padanya ala kadar sahaja. Jika dia telefon Nashriq akan menjawab. Jika dia datang, Nashriq akan menjemputnya. Namun hubungan mereka bagaikan hambar. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena. Dia sendiri tidak tahu kenapa sampai begitu rentak hubungan antaranya dengan anak muda itu. Naz dah tak sayangkan umi? Pernah dia bertanya begitu suatu ketika dahulu. Namun anak muda itu bertindak mendiamkan diri. Dia kian lemas dengan sikap Nashriq yang seolah sengaja mahu mendera perasaan hatinya. Apa patut umi buat supaya Naz boleh memaafkan umi? Takkan umi harus merayu untuk dimaafkan? Apakah kasih sayang Naz pada umi tak sebesar rindu Naz pada Hana? Kenapa umi tak suka dengan Hana. Apa yang Hana dah buat pada umi sampai umi marah macam ni? Soalan itu pernah diajukan padanya suatu ketika dahulu. Dia terkejut bila Nashriq tiba-tiba muncul di hadapannya dengan wajah merah padam. Anak muda itu masih lengkap berpakaian uniform sekolah. Kenapa tiba-tiba sebut nama budak tu? Dia memandang Nashriq. Hana umi. Nama budak yang umi maksudkan itu Hana. Raihana Munif. Cukup Naz! Kenapa kurang ajar sangat dengan umi ni? Apa yang budak tu bagi Naz makan sampai Naz berani lawan cakap umi? Marah sungguh dia bila Nashriq berani meninggikan suara di hadapannya.

67

REMBULAN BERDARAH

Naz takkan kurang ajar macam ni, kalau umi tak malukan Hana malam semalam. Patutlah bila Naz datang semula, Hana dah tak ada kat situ. Rupa-rupanya umi yang suruh dia pulang bukan. Tuduh Nashriq. Panas benar hatinya dengan sikap uminya. Umi tak suruh dia pulang. Dia pulang sebab dia sedar kedudukan dia dalam rumah kita. Dan umi rasa Naz juga patut sedar siapa dia. Dia cuma anak orang gaji Naz, umi tak mahu Naz terlalu beri muka pada budak tu. Naz tak malu ke dengan kawan-kawan Naz semalam? Apa umi cakap ni? Sejak bila Hana jadi anak orang gaji, sedangkan ayah juga sayangkan Hana? Dia terdiam. Kata-kata Nashriq semakin membuatkan hatinya panas. Dia tahu suaminya memberi sepenuh kebebasan pada Raihana untuk keluar masuk dalam rumah itu. Layanan suaminya pada Raihana tak ubah seperti anak sendiri. Itulah yang membuatkan hatinya tidak senang selama ini. Awak tak boleh layan Hana macam tu. Dia tu budak-budak lagi. Apa salahnya dia berkawan dengan Nashriq? Dia yang sedang menyapu losen di tangannya, mengerling suaminya yang sedang membaca. Kata-kata suaminya membuatkan dia sangsi. Bukan sekali dua dia mendengar kata-kata orang tentang kecurangan suaminya di luar rumah. Malah sudah acap kali. Namun dia hanya memekakkan telinga, membutakan hatinya. Setiap kali suaminya dekat dengan keluarga Raihana, entah mengapa timbul rasa cemburu dalam dirinya. Apatah lagi suaminya selalu mengunjungi keluarga itu, kadangkala menghantar barangan keperluan rumah. Apa yang paling dirisaukannya

68

ANITA ARUSZI

selama ini adalah renungan mata suaminya yang menatap ibu Raihana dengan pandangan mesra. Itulah yang membuatkan hati perempuannya bergetar selama ini. You kena hati-hati sikit Latifah, lelaki ni kalau dah terpandang yang cantik jelita di hadapan mata, isteri orang ke, tunang orang ke, dia bukan kira. Lagi-lagi kalau dia berkemampuan untuk cari yang lain, macam suami you tu. Engku Zarina, kakak iparnya sering mencucuknya, sehingga mata hatinya kian samar hari demi hari. Fikirannya pula dipenuhi dengan rasa sangsi dan sakit hati. Bunyi ketukan yang singgah pada daun pintu, mengejutkan Engku Latifah seketika. Hilang sudah semua kenangan lama yang terimbas satu per satu dalam kotak fikirannya. Dia menoleh ke arah pintu. Abangnya Engku Iskandar sedang tercegat memandang ke arahnya. Abang ganggu kamu? Tanya Engku Iskandar. Eh taklah, masuklah bang. Apa hal abang cari saya? Engku Iskandar tidak terus menjawab. Sebaliknya dia mendekati wanita itu lalu duduk di sofa berhadapan dengan Engku Latifah. Abang nak bincang dengan kamu fasal tugas pertama Nashriq. Engku Latifah mengerutkan dahinya. Dia tidak faham sebenarnya, apa maksud lelaki itu. Namun dia sabar menunggu sehingga Engku Iskandar membuka mulut. Begini Latifah. Macam kamu sedia maklum, selepas Tahir meninggal dua tahun lalu, abang mengambilalih tugas memangku jawatan pengurus besar. Tapi kini bila jawatan itu dah diambil alih oleh Nashriq, tentu ada sedikit perubahan dari segi pengurusan klien-klien lama kita.

69

REMBULAN BERDARAH

Ya saya dengar ni. Kamu pun tahu kan Latifah, klien-klien kita ada pelbagai seribu kerenah yang hendak dilayan. Abang takut Nashriq tak mampu menguruskannya nanti. Soal itu abang jangan bimbang. Saya benar-benar yakin dengan kebolehan Nashriq. Lagipun Farouk boleh bantu Naz. Balas Engku Latifah. Engku Iskandar terdiam. Kalau begitu kata kamu, abang terpaksa akur. Kalau begitu, klien kita dari US tu, abang serahkan sepenuhnya pada Nashriq. Malam esok, dia kena berbincang dengan klien-klien itu semua fasal projek pembinaan loji peralatan mekanikal di Putrajaya. Ujar Engku Iskandar tenang. Namun jauh di sudut hati, dia seperti hendak ketawa. Kita tengok nanti Nashriq, siapa yang paling berkebolehan antara kita berdua. Aku benar-benar nak tengok, apakah kau mampu menghadapi klien itu semua.

SURAYA berjalan mundar mandir serba tak kena. Sekejap sekejap dia akan kelihatan berulangalik di hadapan pintu bilik itu. Sejak beberapa hari yang lalu, begitulah rutin hariannya. Entah kenapa sejak kehadiran Nashriq di bilik yang sudah lama kosong itu, hatinya teramat ingin menemui Nashriq semula. Namun apakan dayanya, hajatnya sentiasa tak kesampaian. Contohnya kelmarin, dia bertembung Nashriq sedang makan sendirian di kafeteria pejabat, namun belum sempat dia mahu menghampiri lelaki itu, tiba-tiba sahaja Nashriq dihampiri seorang staf. Geram hatinya tuhan saja yang tahu. Petang kelmarin juga begitu, ketika berjalan bersama Katrina di ruang lobi pejabat, matanya tiba-tiba

70

ANITA ARUSZI

terpandang Nashriq sedang berjalan bersama beberapa orang lelaki menuju ke arahnya. Apabila mereka berpapasan, Katrina sempat menyapa lelaki itu. Nashriq menoleh namun hanya mengangguk. Namun lelaki itu langsung tidak memberi perhatian padanya. Suraya menggetapkan bibir. Apa lelaki itu purapura tidak perasan dia, atau sememangnya dia memang sudah tidak kenal aku? Tangan Suraya sudah naik ke dada pintu. Namun tangannya seakan berat untuk mengetuk pintu bilik di hadapannya. Aduh! Bagaimana kalau dia benar-benar sudah tidak ingat aku? Tentu aku akan malu sendiri kalau begini. Suraya menarik nafas berat. Dia berpusing mahu beredar ke biliknya, namun dia terkejut besar. Nyaris-nyaris dia tersembam ke dada bidang itu. Wajah Suraya pucat lesi. Dia mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Mata lelaki itu menjamah tajam ke wajahnya. Suraya menahan nafas. Dia gugup tiba-tiba. Maaf. Ujar Suraya ringkas. Cik ni nak cari siapa? Tanya lelaki itu. Matanya masih menjamah wajah Suraya tidak berkelip. Macam kenal! Rasanya macam kita pernah berjumpa. Sambung lelaki itu tiba-tiba. Suraya terpinga-pinga. Matanya sekali lagi menyorot wajah di hadapannya. Lelaki itu berkulit sawo matang dan tampan orangnya. Tiba-tiba Suraya tersenyum. Aduh! Kenapa pula aku tidak boleh cam dia, sedangkan aku pernah melihatnya bersama Nashriq tempoh hari. Encik Erman dah lupa siapa saya? Suraya cuba menduga lelaki itu.

71

REMBULAN BERDARAH

Erman termenung seketika sebaik mendengar katakata Suraya. Lama matanya menjamah wajah di hadapannya itu. Cik Suraya kan? Lelaki itu menyoal agak raguragu. Suraya tersenyum. Tak sangka lelaki itu masih mengingati namanya. Namun belum sempat Suraya mahu membalas kata-kata lelaki itu, pintu di belakangnya tiba-tiba terkuak. Kedua-duanya serentak berpaling. Nashriq tergamam melihat Suraya tercegat di sisi Erman. Namun dia tidak menegur gadis itu, sebaliknya memandang Erman yang kelihatan kaget. Abang, masuk sekejap. Ada hal kita kena bincang. Ujar Nashriq serius. Dia berpaling ke arah biliknya. Wajah Suraya sedikit berubah. Erman yang menyedari keadaan itu segera melaung nama Nashriq. Errr... Naz, kau ingat lagi Cik Suraya bukan? Celah Erman. Langkah Nashriq terhenti. Dia memusingkan badannya perlahan-lahan. Wajah Suraya ditatap teliti. Dahi Nashriq berkerut. You kerja di sini? Suraya mengangguk. Suraya Mustadza, eksekutif bahagian perhubungan awam di sini. Balas Suraya sambil menghulurkan tangannya. Bibirnya tersenyum biarpun dia tahu wajah Nashriq tidak menunjukkan sebarang reaksi. Nashriq hanya memandang huluran tangan Suraya. Wajah gadis itu tampak ceria. Dia teringat peristiwa kelmarin di restoran. Peristiwa yang membuatkan dia ditahan polis bersama lelaki-lelaki yang menganggu gadis itu.

72

ANITA ARUSZI

Nice to see you you here Cik Suraya. Sambut Nashriq akhirnya seraya berlalu pergi begitu sahaja. Suraya terpegun dengan reaksi Nashriq. Apa kena dengan dia ni agaknya! Sombong semacam! Semalam lelaki itu sudah mahu tersenyum dengannya, namun hari ini dia berpura-pura tidak kenal. Sorry Cik Suraya, jangan ambil hati. Nashriq memang macam tu. But anywhere just like he said before, nice to meet you here. Ujar Erman seraya tersenyum. Mahu tak mahu Suraya turut tersenyum sama, meskipun Tuhan saja tahu betapa hatinya terasa terhina dengan tindakan Nashriq sebentar tadi.

AKU tak faham kenapa kau layan Suraya macam tu Naz. At least kau sepatutnya lebih berlembut dengan dia. Lagipun kau sekarang dah jadi orang atasan dia. Rungut Erman, sedikit kesal dengan sikap Nashriq yang tidak pernah mahu berubah. Do I ever treat her like a garbage? Nashriq merenung lelaki itu tidak berkelip. Erman mengeluh. Sukar benar dia mahu berbicara dengan Nashriq kalau begini. Tidaklah sampai begitu, tapi tindakan kau boleh menyinggung perasaan dia. Saya dan dia bukannya berkawan pun. Kami bertemu pun secara tak sengaja. Untuk apa dia dilayan lebih istimewa dari pekerja-pekerja lain di sini? Atas dasar apa, saya harus berbual panjang dengan dia semata-mata kerana peristiwa remeh-temeh semalam? Erman terdiam. Dia tahu tidak ada gunanya lagi dia

73

REMBULAN BERDARAH

bertikam lidah dengan Nashriq. Anak muda itu memang degil. Sama degil dengan ayahnya, Zainal Ikram. Abang, boleh tak kalau kita jangan bercakap atau bergaduh fasal dia. Sekarang yang lebih penting adalah urusan syarikat ini. Saya nak abang terus jadi pembantu saya di sini macam abang bantu ayah dulu. Pinta Nashriq serius. Erman tergamam. Pembantu? Saya nak abang bantu saya uruskan syarikat ini sama macam abang pernah bantu ayah dulu. Saya tak boleh harapkan umi, sebab umi terlalu mengikut telunjuk Pak Cik Is. Lagipun saya masih ragu-ragu dengan niat Pak Cik Is terhadap Mega Timur. Ujar Nashriq menyatakan kebimbangannya. Erman tersentak. Apa Nashriq tahu fasal Engku Iskandar? Saya baru sahaja semak akaun syarikat tadi. Ada berpuluh-puluh baucar dibayar atas nama Engku Iskandar dalam jumlah yang agak besar sejak dua tahun yang lalu. Bila saya tanya Syafiq, dia seperti tak boleh memberikan jawapan yang memuaskan. Katanya baucar itu adalah baucar yang dibayar untuk belanja layanan terhadap klien-klien utama kita. Tapi mustahil sampai berpuluh ribu digunakan untuk membelanja klien. Erman diam. Dia memang sudah lama dengar tentang perkara itu. Sejak arwah Tuan Zainal masih hidup lagi, Engku Iskandar sudah bermain helah seperti ini. Tak mustahil bila arwah sudah tiada, lagi besar peluangnya untuk berbuat sesuka hati. Apatah lagi, apabila Engku Latifah melantiknya sebagai Pengarah Mega Timur Construction, lagi besarlah langkahnya. Nanti abang siasat fasal hal ni Naz. Kau tumpukan

74

ANITA ARUSZI

saja pada urusan syarikat. Ujar Erman akhirnya. Dia tahu bagaimana mahu menjejak perbuatan Engku Iskandar sehingga ke akar umbi. Malam ni, abang ikut saya ke suatu tempat? Ke mana? Nashriq tidak terus menjawab. Dia teringat katakata Farouk, pegawai perhubungan awam Mega Timur yang datang bertemunya sebentar tadi. Encik Nashriq kena layan tatamu-tetamu dari US malam ini. Ini arahan Puan Engku dan Tuan Engku. Mereka nak bertemu dengan Encik Nashriq malam ni di tempat biasa. Kata Farouk. Tempat biasa? Dia memandang Farouk. Farouk kelihatan serba salah. Maaf Encik Nashriq, selalunya kalau klien-klien dari US datang, Tuan Engku akan bawa mereka ke kelab malam untuk berhibur. Mereka pun nampak seperti gembira saja. Selalunya mereka berhibur dahulu, sebelum berbincang soal perniagaan. Jelas Farouk berterus terang. Dia tergamam mendengar kata-kata lelaki itu. Apa di US sudah tidak ada kelab malam sehingga hendak berbincang soal perniagaan pun di tempat seperti itu? Apa, ibu saya tahu tentang hal ini? Farouk memandang Nashriq yang galak merenungnya. Melihat mata Nashriq semakin mencerun tajam ke wajahnya, perlahan-lahan dia mengangguk. Nashriq menarik nafas panjang. Kalau ayah masih hidup, sudah tentu dia takkan setuju dengan perkara seperti ini.

75

REMBULAN BERDARAH

SURAYA menggenggam mug di tangannya sekuat hati. Perasannya bercampur gaul. Hilang sudah rasa riangnya kerana sepejabat dengan lelaki bernama Nashriq Adli itu. Timbul pula rasa kurang senangnya. Sepatutnya dari awal lagi dia sudah boleh menjangka, sikap Nashriq sukar diduga. Sekejap lelaki itu berlemah lembut dengannya, sebentar pula hatinya sedingin ais. Dia sangka dia siapa? Berani betul berlagak di depan aku! Rungut Suraya sendirian. Mulutnya tak habis-habis mengomel sendirian. Rasa sakit hatinya semakin bersarang. Kalau begitu cara kau pegang mug tu, alamat berderailah mug tu jadi kaca, celah suatu suara. Suraya tergamam melihat Katrina tiba-tiba menjengah masuk ke ruang rehat di pejabat tersebut. Gadis itu segera membuka peti ais. Dia memandang sesaat dua, sebelum menutup kembali peti ais. Hmmm... apa kau minum tu? Tanya Katrina. Milo. Jawab Suraya ringkas. Bak kat aku sikit, malaslah aku nak buat air. Tanpa sempat Suraya mahu membalas, mug di tangannya cepat sahaja dirampas oleh Katrina. Tercengang Suraya melihat Katrina menghabiskan air Milo di dalam mugnya. Amboi, perempuan ni! Maaf, aku dahaga sangat ni. Gadis itu tersengih. Suraya hanya diam. Lama mata Katrina tertumpu ke arah gadis kecil molek itu. Kau kenapa? Macam ada masalah aje. Suraya tersenyum hambar. Dia menatap Katrina yang kelihatan hairan.

76

ANITA ARUSZI

Masalah hati, Kat. Jawabnya ringkas. Masalah hati? Macam parah saja? Kau putus kasih dengan siapa pulak kali ni? Katrina tergelak kecil. Takkan orang ramai peminat macam Suraya boleh patah hati? Susah kalau jatuh hati pada orang sombong ni, keluh Suraya entah pada siapa. Katrina terdiam. Siapa yang sombong? Namun tidak terkeluar pertanyaan itu dari mulutnya.

77

REMBULAN BERDARAH

Bab 10
ALAM dua minggu yang lalu, hampir tiap-tiap hari dia terpaksa menyanyi di situ. Meskipun dia tidak suka, namun dia tidak berkuasa memilih pekerjaan. Selagi Bustaman menyuruh dan Mami Jun menghendakinya menyanyi, dia terpaksa juga melakukannya. Dia terpaksa jua melemparkan senyuman yang penuh dengan kepura-puraan. Dia sendiri sudah tidak ingat bagaimana dia boleh mula-mula menjadi penyanyi di tempat itu. Namun dia masih ingat, ketika itu dia mengikut Bustaman yang kenal baik dengan Mami Jun. Asalnya dia setuju bekerja di situ sebagai pencuci, namun entah bagaimana silapnya, salah seorang penyanyi di Blue Ocean kemalangan dan tidak dapat datang malam itu. Ketika Mami Jun kalut mahu mencari ganti, tibatiba sahaja Bustaman mengatakan yang dia pandai menyanyi. Duha Maisara ingat bagaimana pucat lesinya wajahnya berada di atas pentas, mengadap ke arah puluhan mata-mata nakal yang memandangnya. Namun apabila muzik dimainkan, suaranya terus beralun mengikut irama dan nada yang dia tahu. Dan serta-merta juga rasa gementarnya hilang begitu sahaja. Sedar-sedar sahaja, dia mendapat tepukan gemuruh malam itu. Rata-rata pelanggan Mami Jun suka

78

ANITA ARUSZI

dengan suaranya. Mujurlah dia sendiri suka menyanyi sebelum itu. Mungkin juga ayahnya pernah mendengar dia menyanyi suka-suka di dapur. Kerana itu Bustaman bagaikan yakin merekomenkannya sebagai penyanyi ketika itu di Blue Ocean. Itulah saat-saat di mana dia mula-mula bekerja di Blue Ocean hampir setahun yang lalu. Jauh lamunana Duha Maisara mengimbas kenangan lama sehingga dia tidak sedar, Zarina salah seorang GRO di situ perlahan-lahan mendekatinya. Melihat Duha Maisara bagaikan tidak perasan dengan kehadirannya, Zarina tersengih. Pantas bahu gadis itu ditepuk perlahan. Duha Maisara tersentak. Bulat matanya memandang Zarina yang hanya tertawa. Kak Ina, terkejut Duha tadi. Ucap Duha Maisara seraya mengurut dada yang gementar. Wanita itu tergelak besar. Apa yang dimenungkan tu? Soal Zarina ingin tahu. Duha Maisara menggelengkan kepala. Namun matanya terpaku ke arah baju di tangan Zarina. Macam aku pernah tengok! Menyedari mata Duha Maisara terpegun merenung baju di tangannya, Zarina tersenyum lagi. Mana kak Ina jumpa kot tu? Soal Duha Maisara ingin tahu. Dua hari lepas, Mak Minah bersihkan bilik persalinan. Dia nampak kot hitam ni atas kerusi tempat Duha selalu duduk. Dia kata mungkin Duha yang punya sebab dia pernah nampak Duha bawa balik kot ni tempoh hari. Jelas

79

REMBULAN BERDARAH

Zarina. Duha Maisara segera membelek kot hitam itu dengan teliti. Dia termenung panjang, cuba mengingati sesuatu. Sejurus kemudian, dia terpaku. Memang dia yang bawa balik kot hitam itu ke Blue Ocean. Entah kenapa, wajah lelaki yang memberinya kot hitam itu untuk melindungi tubuhnya muncul semula di ingatannya. Lelaki itu agak tampan dengan tubuh tinggi lampai. Pakaiannya kemas menggambarkan yang dia bukan calangcalang orang. Kulitnya sawo matang dengan kumis tipis yang kerap dicukur barangkali. Yang paling dia ingat ialah sinaran mata lelaki itu yang kelihatan muram, bagaikan membendung masalah. Tapi dia tidak nampak jelas wajah lelaki itu kerana dia sibuk melindungi wajahnya sendiri kerana malu. Aduh, sepatutnya aku kena pulangkan kot ini awalawal lagi. Lagipun tentu kot ni mahal dan beratus-ratus harganya. Tapi bagaimana aku nak pulangkan, jika aku sendiri tidak kenal siapa lelaki itu? Siapa pemilik kot ni Duha? Tanya Zarina membuatkan Duha Maisara tergamam. Dia tersenyum nipis memandang mata Zarina yang bagaikan ingin menyelidik cerita darinya. Tak ada siapalah Kak Ina, kawan Duha yang pinjamkan kot ni pada Duha. Duha nak pulangkan tempoh hari, tapi lupa. Duha Maisara mereka alasan. Betul ke kawan Duha atau salah seorang pelanggan kelab ni? Zarina meneka. Duha Maisara tersentak. Apakah Zarina menyangkakan yang dia dalam diam-diam menjalin hubungan dengan lelaki-lelaki di kelab itu? Betul kak, kot ni bukan pelanggan kelab ni punya.

80

ANITA ARUSZI

Memang kawan Duha yang pinjamkan. Pintas Duha Maisara. Dia tidak sanggup membiarkan Zarina menyangka yang bukan-bukan padanya. Baguslah begitu Duha. Kakak bukan apa, dah tujuh bulan kakak kenal Duha. Kakak dah anggap Duha macam adik kakak sendiri. Sebab tu kakak tak mahu Duha terjebak jauh macam kakak. Duha Maisara terdiam. Dia tahu hati Zarina luhur, bukan seperti sesetengah wanita yang bekerja di situ. Kebanyakkannya sentiasa cemburu mencemburui antara satu sama lain. Jika ada yang cantik sedikit, mudah sahaja dia dimusuhi. Duha Maisara tahu yang dirinya juga tidak berkecuali. Nasib baik dia hanya penyanyi dan bukannya pelayan. Tak apalah macam tu, Duha cepat siap. Tak lama lagi giliran Duha menyanyi, kakak nak ke belakang sekejap. Ujar Zarina seraya bingkas bangun. Duha Maisara hanya memerhatikan kelibat wanita berusia awal tiga puluhan itu berlalu pergi. Dia mengeluh panjang.

SELESAI bersiap, Duha Maisara segera keluar. Namun belum jauh kakinya melangkah, dia terdengar bunyi bising di luar. Hairan dengan bunyi yang didengarinya, dia segera menjengah keluar. Dia terpempan melihat seorang lelaki berkulit hitam dan berkepala botak, bersama dengan kawan-kawannya sedang bercekak pinggang di hadapan Mami Jun. Suara mereka menengking kuat. Duha Maisara mengerutkan dahinya. Meskipun suara herdikan lelaki-lelaki itu sampai di telinganya, namun dia tidak dapat mendengar dengan jelas

81

REMBULAN BERDARAH

kerana bergema seiring dengan bunyi muzik yang agak kuat di situ. Tiba-tiba Duha Maisara merasakan tangannya disentap seseorang. Dia tercengang apabila menyedari Zarina menghelanya ke arah pintu. Wajah wanita itu pucat lesi. Kak Ina, kenapa ni? Dada Zarina turun naik menahan semput. Pertanyaan Duha Maisara tidak terus dijawab. Dia cuba bertenang. Melihat keadaan Zarina, Duha Maisara semakin hairan. Kak Ina, siapa lelaki-lelaki yang bercakap dengan Mami tu? Soal Duha Maisara ingin tahu. Duha tak kenal siapa mereka? Tanya Zarina, cemas. Gadis itu menggeleng. Zarina terpinga-pinga. Duha tahu tak mereka semua tu tengah cari Duha. Ini mesti ada kena-mengena dengan ayah Duha tu. Mereka kata, selagi mereka tak dapat Duha, mereka takkan beredar dari sini. Mami yang suruh kakak cari dan halang Duha dari keluar ke pentas. Mami suruh Duha menyorok dulu. Jelas Zarina termengah-mengah. Duha Maisara tercengang. Cari aku? Tapi kenapa? Perlahan-lahan Duha Maisara mara ke arah pintu. Dari situ dia memandang ke arah lelaki-lelaki yang bertekak dengan Mami Jun. Mujurlah ada beberapa orang bouncer di sisi Mami Jun, serta beberapa pelanggan lama Blue Ocean yang turut campur tangan. Mata Duha Maisara terfokus ke arah lelaki botak

82

ANITA ARUSZI

itu. Wajah yang lebam-lebam itu dipandang teliti. Entah kenapa, dia merasakan seperti dia pernah melihat wajah lelaki itu sebelum ini. Tapi di mana ya? Dia termenung panjang, cuba mengingati sesuatu. Beberapa ketika kemudian, wajah Duha Maisara berubah. Oh Tuhan! Duha, kenapa ni? Wajah Zarina mula kalut apabila melihat kerut resah di wajah Duha Maisara muncul tiba-tiba. Kak, itulah lelaki yang Duha jumpa masa ikat jamin ayah tempoh hari. Ayah bergaduh dengan lelaki itulah. Agaknya dia nak balas dendam pada Duha tak. Wajah Duha Maisara membayangkan ketakutan. Kalau kau tak nak suruh dia keluar, aku akan geledah tempat ni satu per satu! Jerit lelaki berkepala botak itu. Duha Maisara dan Zarina saling berpandangan. Melihat lelaki-lelaki itu mula melangkah ke setiap tempat, Zarina lekas-lekas menghela tangan Duha Maisara ke arah pintu keluar. Namun belum jauh melangkah, mata kedua-duanya menyorot dua lelaki yang tercegat di pintu keluar. Bukan bouncer kelab itu, kerana Zarina mengenali semua bouncer yang bekerja di Blue Ocean. Duha, lekas. Bisik Zarina seraya membawa gadis itu ke sebuah bilik VIP. Sampai di sebuah bilik, tanpa berfikir panjang,. Zarina segera menolak tubuh gadis itu ke dalam. Dia segera menutup pintu dari luar. Terkejut Duha Maisara kerana ditolak secara tibatiba memasuki bilik itu. Dia cuba mendengar dari sebalik pintu, namun tidak terdengar sebarang bunyi. Bibirnya melepaskan keluhan. Bagaimana kalau lelaki botak itu menerpa masuk dan menjumpainya di situ? Apa patut dia buat? Bolehkah Mami Jun melindunginya dari lelaki-lelaki

83

REMBULAN BERDARAH

itu? Mampukah dia berselindung dari lelaki-lelaki yang memusuhi ayahnya? Apa kau buat kat sini? Soal suatu suara tiba-tiba. Agak keras. Duha Maisara tersentak. Dia mengerutkan dahinya. Sangkanya bilik itu tiada penghuni kerana lampu di bilik itu samar-samar. Perlahan-lahan Duha Maisara memusingkan tubuhnya. Dari tempat dia berdiri, dia melihat seorang lelaki sedang merenung ke arahnya sambil duduk di sebuah sofa panjang di situ. Tangan lelaki itu menjalar ke arah sebuah lampu meja tidak jauh dari sofa yang didudukinya. Tak lama kamudian lampu di ruangan itu terbuka. Mata Duha Maisara silau. Pantas tapak tangannya dihala ke arah mukanya, cuba menahan matanya dari merenung ke arah cahaya itu. Aku tanya kau, apa kau buat kat sini? Aku dah tempah bilik ni, dan aku tak mahu diganggu! Herdik lelaki itu garang. Kecut perut Duha Maisara mendengar suara garang itu. Dia melarikan tangannya. Matanya perlahan-lahan merenung wajah lelaki itu. Sesaat kemudian, jantung Duha Maisara bagaikan hendak luruh. Dia tunduk ke bawah, tidak berani memandang wajah lelaki itu lama-lama. Oh tuhan, minta-mintalah dia tidak ingat siapa aku. Namun apabila dia mengerling lelaki itu sepintas lalu, mata lelaki itu masih menyorot ke wajahnya. Kali ini renungan lelaki itu menikam tepat ke matanya. Dia serba salah, juga gugup. Maaf encik, saya tak sengaja ganggu encik. Saya ingatkan bilik ini tak ada orang tadi, ujar Duha Maisara meminta maaf. Dia cepat-cepat beredar ke arah pintu. Tombol

84

ANITA ARUSZI

pintu dipulas perlahan. Apabila pintu itu terkuak, mata Duha Maisara cepat terpandang kelibat si botak dan temantemannya sedang membuka pintu bilik berhadapan dengan bilik itu. Serentak dia menutup pintu itu. Langkahnya segera dihela ke arah lelaki yang masih merenungnya. Encik, saya nak minta tolong encik. Boleh tak encik tolong saya sembunyikan diri dari lelaki-lelaki di luar sana? Mereka semua nak tangkap saya, tolonglah encik, rayu Duha Maisara resah. Lelaki itu memandang ke arah pintu. Bunyi bisingbising di luar diiringi derap sepatu yang kuat menarik perhatiannya. Beberapa saat kemudian, pandangannya beralih ke wajah Duha Maisara yang ketakutan. Kenapa aku mesti tolong kau? Tanyanya serius. Duha Maisara terpaku. Wajah lelaki itu mencerlung tajam ke arahnya. Dia memandang sekali lagi ke arah muka pintu. Bila-bila masa, lelaki-lelaki di luar sana boleh merempuh masuk dan menemuinya di situ. Entah apa nasibnya jika dia ditangkap lelaki-lelaki itu. Namun belum sempat Duha Maisara mahu berfikir panjang, lelaki itu tiba-tiba meluru ke arahnya. Tubuh Duha Maisara dirangkul dalam pelukannya. Duha Maisara tergamam. Serentak dia mendengar pintu di belakangnya dirempuh kasar. Mahu tak mahu dia membenamkan mukanya ke dada lelaki itu. Matanya dipejamkan. Dia resah. Tak mungkin dia. Kita cari di tempat lain. Telinganya mendengar dengan jelas lelaki-lelaki itu berbicara. Seketika kemudian pintu di belakangnya kembali terkatup. Duha Maisara sedikit lega. Menyedari tubuhnya masih dirangkul lelaki itu, Duha Maisara cepat-cepat menolak tubuh sasa itu. Entah

85

REMBULAN BERDARAH

kenapa dia merasa segan. Perlahan-lahan, dia mendongakkan wajah memandang lelaki itu. Mata lelaki itu seolah terpaku menatap wajahnya. Terima kasih sebab tolong saya, maaf sebab saya ganggu masa encik, ucap Duha Maisara sambil tersenyum. Dia mahu beredar pergi, namun tangannya tiba-tiba disentap agak kuat oleh lelaki itu. Duha Maisara terpaku. Mata lelaki itu masih menjamah wajahnya. Begitu hampir. Dia kian resah. Oh tuhan! Kenapa dengan lelaki ini? Apakah dia sama seperti lelaki-lelaki lain di kelab ini yang setiap masa menagih tubuhnya. Dia cuba menghindar jauh, namun tangan lelaki itu memaut pinggangnya pula. Duha Maisara semakin takut. Encik, tolonglah jangan buat begini. Saya bukan GRO di sini. Saya hanya penyanyi. Tolonglah kasihani saya, rayunya memohon belas. Dia memejamkan matanya. Tuhan, selamatkanlah hambaMu dari melakukan dosa. Keadaanku seperti di hujung tanduk. Jika aku tak mampu melawan, Kau lindungilah aku ya Allah! Tak putus-putus dia berdoa begitu, bilamana perasaan takutnya mula menjalar di lubuk hatinya. Sedikit demi sedikit tubuhnya terasa dilepaskan oleh sepasang tangan yang sasa itu. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Mata lelaki itu masih tertumpu ke arahnya. Namun renungan itu kelihatan aneh. Sesaat kemudian lelaki itu memalingkan wajahnya ke arah lain. Keluar dari sini sekarang. Jangan ganggu aku lagi. Lelaki itu menghalaunya. Dia terkedu. Namun sedikit sebanyak dia rasa bersyukur kerana lelaki itu tidak mengapa-apakannya. Perlahan-lahan Duha Maisara melangkah ke arah pintu. Namun dia tidak terus melangkah keluar. Matanya

86

ANITA ARUSZI

memandang ke arah lelaki yang termenung sendirian mengadap ke arah skrin televisyen besar di bilik itu. Maafkan saya encik. Saya ucapkan terima kasih sebab encik sanggup bantu saya. Kalau ada peluang, saya akan balas budi baik encik. Maaf sebab ganggu masa encik, ucap Duha Maisara sebelum melangkah keluar dari situ. Perlahan-lahan, mata lelaki itu menoleh ke arah pintu bilik itu. Tubuh gadis itu sudah menghilang dari situ. Dia melepaskan keluhan berat. Entah kenapa perasaannya tiba-tiba berkecamuk.

NASHRIQ menggenggam stereng kereta sekuat hati. Kepalanya disandarkan ke kepala kusyen. Matanya dipejamkan. Bayang wajah Raihana semasa kecil muncul silih berganti dengan wajah gadis yang ditemuinya di Blue Ocean tadi. Entah kenapa, perasaan Nashriq jadi tidak menentu apabila berhadapan dengan gadis itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berperasaan begini. Namun apabila gadis itu tersenyum dengannya, dia benar-benar terkejut. Senyuman gadis itu dan Raihana jelas sama. Malah lesung pipit yang dirindukannya saban waktu dulu, tergambar jelas di hadapan matanya. Maaf sebab saya ganggu masa encik. Kata-kata gadis itu kedengaran lunak di pendengarannya. Bibir gadis itu melemparkan senyuman. Dan dia seperti orang bodoh, tercegat macam patung memandang ke arah gadis itu. Ah, tak mungkin gadis itu dan Raihana orang yang sama. Dia kenal Raihana. Raihana takkan berakhir di tempat seperti itu. Hanya senyuman

87

REMBULAN BERDARAH

mereka sahaja yang sama, bukan orangnya. Nashriq cepatcepat membuang sangkaan yang mula bersarang di kotak fikirannya. Naz, mana kau pergi? Semua wakil dari US tertanya-tanya mana kau pergi tadi. Kenapa tinggalkan mereka macam tu aje? Suara Erman bergema bimbitnya. Dia hanya mengeluh. dari corong telefon

88

No. ISBN:- 978-967-5067-20-4 Jumlah muka surat: 827 Harga Runcit:Semenanjung Msia: RM24, Sabah/Sarawak: RM27 Harga Ahli KKN:Semenanjung Msia: RM20, Sabah/Sarawak: RM23 Sinopsis:Penganiayaan terhadap Raihana sekeluarga telah menyebabkan dia nekad menukar identitinya kepada Duha Maisara. Sudahlah ayahnya dituduh membunuh majikannya (Zainal Ikram), ibunya pula koma akibat terjatuh tangga apabila dihalau oleh isteri Zainal Ikram, Engku Latifah. Dia sendiri diculik dan hampir dijual ke tanah

seberang. Dua belas tahun telah berlalu... Anak tunggal Zainal Ikram - Nashriq Adli kembali semula ke Malaysia untuk menyiasat kes kematian ayahnya dan mencari Raihana. Dalam usahanya menjejaki Raihana, dia kerap bertembung dengan Duha Maisara yang kini bekerja di kedai buku pada waktu siang dan menyanyi di kelab Blue Ocean pada malam hari. Berjayakah Nashriq Adli menjejaki Raihana? Siapakah dalang di sebalik kejadian pembunuhan ayahnya? Siapa pula yang menculik Raihana dua belas tahun lalu? Antara dendam dan cinta, dia harus memilih hanya satu. Dan yang satu itulah lebih pahit. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan REMBULAN BERDARAH di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196