Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti Ice breaking

1. Name Game
Dalam kumpulan, setiap ahli menuliskan namanya di atas sekeping potongan kertas.
Namanya didahului dengan satu kata sifat bermula dengan huruf yang sama dengan
huruf pertama pada namanya, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Contohnya
Cantik Chitra, Handsome Hairil, Nice Nora dan sebagainya.

2. Tag Nama Kreatif


Setiap ahli kumpulan bebas menggambarkan nama mereka dengan sebarang bentuk
tulisan, lukisan, objek pada tag nama mereka.

3. 2 Truths & A Lie


Setiap ahli kumpulan memikirkan 2 perkara benar dan mencipta satu fakta palsu tentang
diri mereka. Kemudian, ahli-ahli kumpulan cuba meneka yang mana satu benar dan
yang mana satu palsu.

4. Paired Sharing
Semua bergerak dan memilih seseorang yang paling tidak dikenali atau asing. Setiap
orang mesti mempunyai pasangan. Kemudian, ketua akan mengumumkan satu topik
untuk setiap pasangan bincangkan dan lebih mengenali antara satu sama lain.

5. Siapa Dia?
Atas sehelai kertas, setiap orang menuliskan satu perkara menarik tentang dirinya dan
memasukkan dalam balang kaca atau kotak. Kemudian, ketua akan mengambil sehelai
kertas secara rawak dan membacakannya. Semua akan cuba meneka siapa pemilik
kertas itu. Jika tiada yang berjaya, pemilik akan memunculkan diri dan mengakui dirinya.

6. Movie Ball
Sebiji bola akan dilantunkan dari seorang ke seorang dan sesiapa yang menangkap
atau terkena bola perlu menamakan satu filem. Masa diberikan hanya 5 saat dan
sekiranya gagal, individu tersebut akan keluar kumpulan. Peserta juga dikira kalah jika
mengulangi nama filem yang telah pun disebutkan dalam pusingan.

7. Extreme Rock, Paper & Scissors


Permainan osom ini adalah agak klasik. Cumanya, ia dimainkan secara berpasangan.
Yang kalah akan melaung-laung nama yang menang. Yang menang akan menandingi
ahli yang menang dari pasangan lain sehinggalah pada hujungnya hanya terdapat 2
orang peserta akhi. Anda akan mendengar laungan yang kuat untuk kedua-dua pemain.

8. Never Have I Ever... (Saya Tidak Pernah...)


Dalam bulatan, setiap ahli menunjukkan 10 jari. Secara berturutan, setiap ahli akan
bergilir menyebut satu perkara yang dirasakan pernah dibuat oleh ahli-ahli lain tetapi
tidak diri sendiri. Contohnya, saya tidak pernah pergi ke Cyber Cafe. Sesiapa yang
pernah perlu menutup satu jari dan tinggal 9. Permainan ini menjadikan ahli-ahli
kumpulan lebih mengenali antara satu sama lain.

9. Tall Tales
Setiap ahli dalam bulatan akan memulakan atau menyambung dengan 2 ayat. Selesai
ayat ke-2, ia perlu diakhiri dengan perkataan tiba-tiba....., (kemudian orang seterusnya
pula menyambung). Setelah selesai kesemua giliran, kumpulan itu perlu mengulangi
keseluruhan cerita dan berkongsi dengan kumpulan yang lain.

10. Word Chains


Ahli pertama akan menyatakan ayat pertama dan orang seterusnya menambah satu
perkataan yang sesuai. Orang itu perlu menyatakan keseluruhan ayat orang pertama
dan perkataan dari dirinya. Orang yang ketiga pula akan menyatakan ayat orang
pertama + perkataan orang kedua + perkataan daripada dirinya. Permainan ini menguji
kekuatan memori ahli dan pasti menyeronokkan.

Anda mungkin juga menyukai